Siraj Fahmi, Licensed Financial Planner
Open in Telegram
809
Subscribers
No data24 hours
-17 days
No data30 days
Posts Archive
Marginal Propensity to Consume (MPC) vs Marginal Propensity to Save (MPS)
Anda dapat bonus RM500, kemudian anda belanjakan RM400 beli kasut baru. Baki RM100 anda simpan.
Untuk contoh ini, MPC anda 0.8 (RM400/RM500) dan MPS adalah 0.2 (RM100/RM500).
Kalau diterjemahkan kepada gaji dan pattern perbelanjaan untuk keperluan, orang yang bergaji besar akan ada MPC yang lebih kecil dan yang bergaji kecil akan ada MPC yang besar.
Kalau gaji RM3,000, mungkin RM2,800 dah habis pakai untuk keperluan dan komitmen. MPC si polan A ni adalah 0.93
Berbanding yang bergaji RM10,000 dan hanya perlukan RM6,000 untuk gaya hidup mereka. MPC si polan B ni pula 0.6.
Walaupun B hidup lebih mewah, tapi MPC beliau masih kecil berbanding A yang hidup biasa-biasa.
Jadi dari teori MPC dan MPS ni kita boleh faham, yang kadang-kadang majority daripada kita ni bukannya tak nak menyimpan, tapi tak mampu pun untuk menyimpan sebenarnya.
Dan kita nampak juga kenapa yang kaya akan terus kaya. Dengan MPS yang besar, mereka ni ada bullet untuk melabur dan tambahkan lagi kekayaan mereka.
Nombor tidak menipu.
Apa yang kita boleh buat?
Kecilkanlah MPC dan besarkanlah MPS.
Tambah income, downgrade lifestyle. Whichever suits our preference.
—
Siraj Fahmi,
Financial Planner Representative (Expanded Scope)
Licensed by Securities Commission
#TSIGroup
#TSIMarvel
#HolisticFinancialPlanning
Data boleh datang dalam macam-macam bentuk dan kemudiannya boleh ditafsirkan kepada pemahaman yang mungkin berbeza-beza, mengikut pihak yang baca tu lah.
Ada data yang mungkin menyokong sesuatu situasi, dan ada juga data yang mengatakan sebaliknya untuk situasi yang sama.
So boleh jadi ada orang yang tengok data yang sama:
1️⃣ Dia guna data tu untuk take action sebab dia setuju tanpa tengok data lain. Ni jenis gullible & easily influenced.
Contoh tengok ada 18 tan emas dalam app akaun yang ditunjukkan pada dia & terus percaya. Walhal sebelum tu dah ada bunyi kata ada 31 tan. Kan contradict tu.
2️⃣ Dia tengok data tu, dan dia tak bersetuju. So dia cari data lain untuk back up view dia yang tak setuju dengan data asal tadi. Ni jenis kaki berdebat & keyboard warrior.
Contoh ada neutral party dah bedah dah financial statement dan kata sesuatu skim tu tak sustainable based on data. Tapi dia kata mana ada masalah sebab skim tu mampu je bayar selama ni.
3️⃣ Ada yang tengok positive data, dia faham, dia tengok data yang kata sebaliknya, dia faham, lepas tu baru dia decide nak buat apa. Ni geng yang buat due diligence.
Yang no 3 kalaulah dia join apa-apa investment scheme dan dia rugi, insyaAllah takde meroyan apa sebab dah faham risiko. Kalau untung Alhamdulillah.
Tapi ada satu jenis lagi pembaca data. Dia buat ni sekadar suka-suka isi masa lapang & jalankan tanggungjawab sebagai netizen hahah
So kita ni pembaca data yang mana satu?
Philippines: 12.6%
South Korea: 11.5%
Indonesia: 10.6%
Vietnam: 10%
Singapore: 9.8%
China: 9%
Hong Kong: 8.8%
India: 8.6%
Australia: 8.3%
Thailand: 7.9%
USA: 6.0%
Figure di atas ni adalah medical cost inflation untuk tahun 2023
Malaysia? A whopping 13.8%, kalah dengan New Zealand je yang lagi tak masuk akal naik sampai 15%
Biggest factor kenapa sumbangan bulanan takaful sentiasa naik ada lah sebab medical inflation.
Tapi kita bukan nak defend kenapa takaful patut naik. Memang sepatutnya yang pengguna ni kena bising, sama jugak kita akan bising dengan harga barang lain yang baik.
Cuma sebagai pihak yang terlibat sebagai distribution channel & penyumbang takaful myself, kita nak cuba making sense kenapa manjang naik je.
Tak ada lagi ke usaha yang pihak syarikat takaful & pihak regulator boleh buat selain tinkering with the products & passing the cost to clients?
Speaking of passing the cost to end user, ini realiti dunia kapitalisme. Benda yang takkan berubah, unless the whole structure is changed.
So bila zoom in sikit dekat bahagian cost, dekat sini yang developing countries akan ada masalah, compared to developed countries.
Sebagai contoh, kenapa medical inflation di US hanya sekitar 6% berbanding kita yang lebih dari double?
US ada better
✅ Healthcare infrastructure & technology
✅ Well-developed insurance system to spread the costs more effectively
Not to say dekat US tak ada masalah medical cost juga despite inflation figure yang nampak rendah, tapi tu cerita lainlah.
Anyway, kita dekat first point tu je dah ada masalah besar sebab in this regard, kita ada high dependency for imported medical technology & pharmaceuticals.
Sebab tu regulator untuk takaful & insurans di Malaysia ni cuba sehabis baik untuk improve the system & cuba dapatkan solution yang fair untuk clients & takaful/insurance provides.
Cuma ada lagi party yang kena take responsibility juga untuk jaga medical cost ni.
Berdasarkan Global Medical Trends Survey yang dijalankan oleh WTW, punca utama kenaikan medical cost 👇🏻
🔸 “Overuse of care (81%) due to medical professionals recommending too many services or overprescribing”
🔶 “Insured members' poor health habits (58%)”
🔸 “The underuse of preventive services (46%)”
Point no 2 & 3 tu on us. Kita pun kena fair juga pada diri sendiri.
But what seems to be the biggest culprit is.. private hospitals & practices, we’re looking at you here.
Tak guna juga kalau takaful provider & regulator je yang pening nak solve issue takaful naik harga ni, kalau punca terbesar harga naik tu sendiri tak dicantas.
Sudahnya jadi macam apa yang Michael Moore cakap dalam movie Sicko arahan beliau,
“The health care system is not designed to take care of you. It is designed to make money.”
But what other options do we have? 🥴
—
Siraj Fahmi,
Islamic Financial Adviser Representative (iFAR)
Approved by Bank Negara Malaysia
#WealthManagingDirector
#TSIWealthPlanner
#TSIMarvel
Rezeki Jumaat hamdellah 🤲🏻
Best betul guna sementara promo period ni. Setel dah duit minyak nak pergi KL esok haha
AEON kena bayar referral fee jugak dekat den ni. Manjang promote ekau je 😏
#SpendSmart
Data untuk rakyat Malaysia setakat 2023,
🔸 84% tiada simpanan tetap setiap bulan
🔸 50% tiada simpanan walau RM1,000 pun dalam akaun
So kalau ikut data ni, majoriti kita mungkin masih berada dekat Level 1, dan of course it’s not healthy.
Cadangan dalam ni untuk reduce spending tu betul dah. Cuma nak reduce ni ada limit.
Nak reduce macam mana kalau lepas ni petrol pun bakal naik? Yang naik motor memang jimat dah, takkan nak suruh naik basikal pulak kan
Either kita harapkan government intervention yang totally not within our control, atau terpaksa usaha cari income tambahan sendiri.
Anyway, buatlah whatever it takes untuk at least capai level 3.
Trust me, the extra inner peace & emotional freedom yang dapat bila sampai level ni sangatlah membantu untuk kita grow further.
Ada yang dah capai level 3 ke atas dekat sini?
—
Siraj Fahmi,
Financial Planner Representative (Expanded Scope)
Licensed by Securities Commission
#TSIGroup
#TSIMarvel
+1
Aduh sikit lagi nak sampai popit 1 juta % 🤣
Ini salah satu contoh pembongakan dalam dunia saham guys.
Ye remisier boleh edit average price beli tu sampai ke harga paling rendah, 0.5sen atau 1sen.
So kalau dah kaunter macam MPI ni yang harganya sampai nak dekat RM40, kalau beli harga 0.5sen memang la profit % dia sampai 6 angka tu.
Gambar pertama tu saya saja minta remisier saya editkan average price. Gambar kedua tu actual holding yang ada.
Untuk klien, takde effect apa pun kalau edit ni. Actual investment value & profit dia tetap sama je. Mungkin ada la buat tambah hormon gembira & placebo effect sikit.
Tapi untuk sifu-sifu & remisier saham, kalau tak jujur tu memang mudah la nak buat jadi modal gebang dia power..
So berjaga-jagalah dengan gebangan yang tak munasabah macam ni
#FahmiAdelaide
+1
Bagus FAQ TnG ni
Terang-terang dah bagitau produk baru e-Mas tu tak patuh syariah. Mudah kita sebagai pengguna Muslim untuk bermuamalah.
Alternatif lain masih ada banyak untuk beli emas. Akaun emas digital yang patuh shariah pun ada macam Maybank MIGA-i & Bursa Gold Dinar.
Jangan pergi beli dekat Kuntum je dah lah
Hasil sebulan guna AEON Bank
Baru lepas redeem cash reward sebanyak RM35 dan dapat profit dari saving account RM18.45. So total sebulan guna saya dapat balik RM53.45. Not too bad.
Reward ni dapat sebab belanja guna debit kad dia & currently ada promo belanja RM1 = 3 point. Untuk convert pulak RM200 = RM1 cash reward.
Yang profit tu pulak dapat dari rate 3.88% setahun untuk savings yang ada dalam tu. Profit calculated daily so sehari dapat dalam 0.0106% untuk whatever daily balance yang ada.
User experience wise sama je macam bank yang lain. Boleh online transfer, QR scan, paywave untuk bayar, ada tabung, boleh set favourite account etc.
So Alhamdulillah puas hati guna. No issue. Siap dapat duit minyak free untuk seminggu lagi
Untuk bahagian emergency saving tu boleh expand sikit 👇🏻
✅ 3 bulan gaji/belanja untuk yang kerja kerajaan
✅ 6 bulan gaji/belanja untuk kerja swasta
✅ 12 bulan gaji/belanja untuk yang kerja sendiri
High yield saving accounts tu boleh consider AEON Bank sementara masih ada promo rate 3.88% pa ni.
Kalau rate tu turun lepas habis promo (31 August 24) then boleh kembali utilize TH atau ASB.
High risk options boleh juga tambah explore crypto & FCPO. ETF dekat Malaysia masih kurang participation so agak illiquid. Alternative lain boleh ke global ETF atau high risk equity unit trust.
Bond/sukuk pun masih kurang involvement dari retails. Option lain, kita ada EPF yang boleh bagi return lebih kurang sukuk dan boleh simpan situ sampai umur 100 tahun.
Atau buat dividen portfolio dari saham-saham blue chip. Yang ini boleh engage financial planner masing-masing for advice. Lagi better kalau FP tu ada lesen Expanded Scope 🙂↔️
Happy planning guys 🫶🏻
Jom cuba biasakan diri kita dengan istilah-istilah yang patuh shariah untuk perkara di bawah ni:
Loan/Pinjaman —> Financing/Pembiayaan
Interest Rate —> Profit Rate
Insurance —> Takaful
Insurance Premium —> Takaful Contribution
Mungkin kita faham je istilah yang diguna pakai dalam perbankan atau produk kewangan Islam, tapi sebab dah terbiasa dari dulu lagi guna terma konvensional, jadi tabiat dah.
Istilah ni nampak sama tapi sangatlah tak serupa.
Baik dari segi kontrak mahupun cara perlaksanaan fungsi produk-produk tersebut.
Kita pun diajar dalam Islam yang segala sesuatu amal dalam dunia ni adalah berdasarkan niat.
Jadi kita niatkanlah untuk mencari yang halal dalam muamalah, dan memahami serta menggunakan istilah yang betul InsyaAllah dapat membantu meletakkan niat tadi di tempat yang betul.
—
Siraj Fahmi,
Financial Planner Representative (Expanded Scope)
Licensed by Securities Commission
#TSIGroup
Untuk setiap life stages, keperluan kewangan kita akan jadi berbeza.
Ini guide secara umum apa yang kita boleh buat berkenaan kewangan sendiri untuk setiap peringkat umur.
Bukan cerita nak jadi mahakaya atau financial freedom lagi, cuma sekadar perancangan asas yang kita semua paling kurang perlu tahu dan buat untuk kurangkan risiko masalah kewangan di hari tua
—
Siraj Fahmi,
Financial Planner Representative (Expanded Scope)
Licensed by Securities Commission
#HolisticFinancialPlanning
#TSIGroup
Memang life changing betullah bila pandai guna tools AI ni.
Walaupun rasanya baru scratch the surface je, dan guna pun yang free, tapi banyak dah task yang jadi mudah sejak ada technology generative AI.
Nah try apply guna cheat sheet ni
