en
Feedback
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Open in Telegram

Telegram Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa.

Show more
2 963
Subscribers
+124 hours
+17 days
-1130 days
Posts Archive
اِنَّا لِلهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن٬ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Salam takziah bua
اِنَّا لِلهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن٬ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Salam takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, memberikan keampunan ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمين.

Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa mendapat keberkatan, berada dalam rahmat Allah SWT, diluaskan rezeki dan diper
Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa mendapat keberkatan, berada dalam rahmat Allah SWT, diluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan setiap hari, Insya-Allah. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu

Semoga semua yang membaca posting ini dikurniakan kebaikan serta segala doa dan permintaan diperkenankan oleh Allah SWT. Amin
Semoga semua yang membaca posting ini dikurniakan kebaikan serta segala doa dan permintaan diperkenankan oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu

Allah SWT menciptakan dua pancaindera penting bagi manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Dua pancaindera ini juga merupa
Allah SWT menciptakan dua pancaindera penting bagi manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Dua pancaindera ini juga merupakan nikmat yang perlu dipelihara dan dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kebaikan. Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara daripada melihat dan mendengar perkara yang tidak baik dan menjerumuskan ke kancah dosa dan maksiat. Amin. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu

📢 PENJELASAN MENGENAI ISU PENUTUPAN MASJID ABU UBAIDAH AL-JARRAH, TAMAN SRI RAMPAI Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil maklum berhubung isu penutupan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Sehubungan itu, berikut dikongsikan penjelasan berkaitan pelaksanaan Projek Menaik Taraf Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah yang telah diluluskan di bawah Peruntukan Pembangunan Rolling Plan Ke-4 (2024) RMK12. 🔹 Projek menaik taraf dan pembaikan masjid melibatkan skop kerja sivil (pembaikan bumbung, siling, lantai), mekanikal dan elektrik. 🔹 Penutupan sepenuhnya masjid bermula 1 Ogos 2026 bagi membolehkan kerja-kerja projek dilaksanakan dengan lancar serta mengambil kira aspek keselamatan pengguna. 🔹 JAWI turut mengambil kira pandangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penaiktarafan surau berdekatan bagi menampung keperluan kariah sepanjang tempoh penutupan masjid. 🔹 Pelaksanaan projek melibatkan proses dan tatacara pembangunan yang merangkumi kelulusan, penyediaan spesifikasi, pelantikan kontraktor serta pemantauan projek. JAWI sentiasa komited memastikan pengurusan dan pembangunan masjid dilaksanakan secara terancang, selamat dan mengambil kira keperluan masyarakat Islam setempat. Semoga penjelasan ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat berhubung pelaksanaan projek menaik taraf Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #MasjidAbuUbaidahAlJarrah

🤲 SOLAT HAJAT BERIKUTAN SITUASI JEREBU Dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda, marilah kita bersama-sama menadah tanga
🤲 SOLAT HAJAT BERIKUTAN SITUASI JEREBU Dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada segala kemudaratan, mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan, serta mempermudah segala urusan. Ayuh bersama-sama menunaikan Solat Hajat selepas Solat Jumaat pada hari ini: 📅 18 September 2026 (Jumaat) 🕌 Di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Semoga segala doa yang dipanjatkan diperkenankan dan kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan-Nya. اللهم آمين يا رب العالمين 🤲 #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #Jerebu

سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #سنتياس_دچونتوهي

Semoga setiap perbuatan kita diiringi doa keberkatan, membawa sinar kebaikan dan membawa rahmat kepada hidup kita dan orang-o
Semoga setiap perbuatan kita diiringi doa keberkatan, membawa sinar kebaikan dan membawa rahmat kepada hidup kita dan orang-orang di sekeliling kita. Amin 🤲 #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu

SATU MALAYSIA, SATU JIWA, SATU CINTA 🇲🇾 Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa perbezaan bukan alasan untuk berpecah, sebal
SATU MALAYSIA, SATU JIWA, SATU CINTA 🇲🇾 Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa perbezaan bukan alasan untuk berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita terus melangkah bersama. Dalam kepelbagaian, kita bersatu. Dalam keharmonian, kita saling melengkapi. Dalam kecintaan kepada tanah air, kita membina masa depan bersama. Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan keberkatan. Selamat Hari Malaysia Ke-63! Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JAWI. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #HKHM2026

🇲🇾 Semarak Patriotisme Mewarnai Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia (HKHM) JAWI 2026 Hari ini kami telah menganjurkan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia (HKHM) 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik dan meriah bersama warga JAWI. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta ucapan perasmian penutupan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI. Kemuncak majlis turut diserikan dengan persembahan ceria cilik, penyampaian hadiah bagi pelbagai aktiviti dan pertandingan sempena sambutan kemerdekaan, antaranya Jigsaw Puzzle Merdeka, Briskwalk Merdeka: Anak Desa, Dekorasi Bahagian, Pertandingan Ekspresi Kreatif Merdeka dan Pertandingan Arca. Turut berlangsung ialah penyampaian hadiah kepada pemenang Pakaian Tema Melayu Tradisional, selain persembahan anak cilik dari taska yang menambahkan lagi kemeriahan majlis dan aksi spontan yang mencuit hati semua yang hadir. Penganjuran sambutan ini bukan sekadar menyemarakkan bulan kemerdekaan, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat patriotisme, memperkukuh ukhuwah serta menyatukan warga JAWI dalam meraikan identiti dan kecintaan terhadap tanah air. Semoga semangat Malaysia MADANI terus mekar dalam jiwa setiap warga JAWI, selaras dengan aspirasi untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. 🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾 #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #HKHM2026

Esok 16 September kita bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-63. Benarlah, dengan melihat situasi dan apa yang berlaku di sek
Esok 16 September kita bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-63. Benarlah, dengan melihat situasi dan apa yang berlaku di sekeliling kita, banyak perkara yang harus kita syukuri antaranya ialah nikmat keamanan. Keamanan negara adalah anugerah yang tak ternilai. Dalam suasana yang aman, kita dapat hidup dengan tenang, bekerja dengan penuh semangat, dan mengejar impian tanpa rasa khuatir. Keamanan adalah asas bagi kemakmuran, perpaduan, dan keharmonian. Bersama-sama, mari kita pelihara dan lestarikan nikmat keamanan negara ini sebagai warisan berharga buat generasi akan datang. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Allah yang dikurniakan hikmah serta kebijaksanaan dan menggunakan akal fikir
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Allah yang dikurniakan hikmah serta kebijaksanaan dan menggunakan akal fikiran ke arah kebaikan sebagaimana firman Allah SWT : "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (Surah al-Baqarah:269) #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu

Langkah awal ke Tanah Suci kini lebih terancang. Capai minimum RM15,000 untuk giliran haji automatik dengan Tabung Istito'ah.
Langkah awal ke Tanah Suci kini lebih terancang. Capai minimum RM15,000 untuk giliran haji automatik dengan Tabung Istito'ah. #SeruanIstitoah Siaran Media: https://www.tabunghaji.gov.my/bm/siaran-media/haji/pr11092026_BM

سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #سنتياس_دچونتوهي

TAHNIAH LEMBAGA TABUNG HAJI! Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kep
TAHNIAH LEMBAGA TABUNG HAJI! Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas pencapaian membanggakan apabila bayaran haji kekal selama empat tahun berturut-turut. Inisiatif ini mencerminkan komitmen TH dalam memastikan urusan ibadah haji terus dipermudah dan kebajikan bakal haji sentiasa diberi perhatian. Semoga segala usaha dan khidmat yang dicurahkan terus dipermudahkan serta memberi manfaat kepada seluruh umat Islam. Buat semua bakal haji terpilih, semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan dianugerahkan haji yang mabrur. 🤲🏻 #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #KosHaji1448H

[KENYATAAN MEDIA] BAYARAN HAJI KEKAL 4 TAHUN BERTURUT-TURUT : KERAJAAN KOMITED RINGANKAN BEBAN BAKAL JEMAAH HAJI Jabatan Agam
+1
[KENYATAAN MEDIA] BAYARAN HAJI KEKAL 4 TAHUN BERTURUT-TURUT : KERAJAAN KOMITED RINGANKAN BEBAN BAKAL JEMAAH HAJI Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengucapkan syabas kepada pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pencapaian ini. Walaupun Lembaga Tabung Haji (TH) berdepan dengan cabaran inflasi perkhidmatan serta impak konflik geopolitik di Asia Barat, namun TH tetap berjaya memantau dan mengawal kenaikan kos berasaskan tadbir urus yang cekap tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan. #JAWI #SentiasaDicontohi #MalaysiaMADANI #MADANIMembantu #KosHaji1448H

Kos haji bagi Musim Haji 1448H/2027M kekal RM33,300 bagi setiap seorang jemaah haji iaitu pengekalan kos yang sama untuk tahun keempat berturut-turut. TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) secara bersasar bagi meringankan beban kewangan bakal jemaah daripada kumpulan B40 dan M40. Bagi musim haji 1448H/2027M, TH memperuntukan sekitar RM234 juta bagi tujuan tersebut. Kadar bayaran haji bagi jemaah B40 ialah RM15,000 selepas menerima HAFIS sebanyak RM17,300 serta bantuan Kerajaan RM1,000. Jemaah M40 pula membayar RM23,500 dengan HAFIS RM9,800, manakala jemaah T20 perlu membayar Kos Haji penuh sebanyak RM33,300. Kemampuan TH mengekalkan Kos Haji, menyediakan Bantuan Kewangan Haji dan pada masa sama meningkatkan kualiti perkhidmatan turut disokong oleh kedudukan institusi yang semakin kukuh hasil pengurusan kewangan berdisiplin, pengurusan risiko yang dipertingkatkan dan penambahbaikan tadbir urus secara berterusan. Buat #BakalHaji1448H, pastikan simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH untuk layak menerima Surat Tawaran Haji yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.