cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Ebit Lew

Saluran khas untuk menyebarkan usaha amal kebajikan Ustaz Ebit Lew.

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
1 867
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu. Lokasi & No Telefon 1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646 2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181 3.Semporna,Sabah 01159023120 4.Bintulu,Sarawak 0164035460 5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974 6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263 7.Kudat,Sabah 0169771243 8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716 9.Sungai Petani,Kedah 01127226330 10.Ipoh,Perak 01151523766 11.Kunak,Sabah 0166033149 12. Pasir Gudang JB 0107068364 13. Kuala Terengganu 01120507611 14 Melaka Tengah 01139900575 15.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906
Show all...
Doakan yer. Saya bersama team nak ke Afrika atas misi kemanusiaan dan kasih sayang. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew
Show all...
Dating depan sekolah jerrr...tunggu ambil anak sekolah. Saya bisik padanya, bidadari sayang nak tahu tak? pelbagai ujian dan terasa banyak doa masa belajar dulu tak dikabulkan. Rupanya gabungan semua doa itu jawapannya ialah bertemu denganMu bidadariku. Hadiah hasil sebahagian doa dari dulu. Doa mak ayah. Doa orang miskin dan anak yatim. Dapat abang kesana sini berkhidmat kerana memiliki bidadari yang kuat tabah senyum dan tak mengeluh. Bidadariku sayang, insyaAllah bersama kita didunia ini dan bersama kita disyurga nanti. Ini semua kerana kasih sayangnya-ebitlew
Show all...
Sampai je Melaka tadi nampak 3 beradik ini terus peluk saya. Madrasah ini atapnya semua musnah. Saya bantu beli atap baru. Sekejap je hari tu viral adik ni susah dan masa tu macam-macam orang kata. Saya ke rumah mereka dan cari madrasah. Terus ambil dan belikan baju dan daftarkan mereka di Tahfiz Ibnu Talib Pulai Melaka. Sekarang mereka berempat dah mula hafal Al-Quran. Tanya nak jadi apa. Seorang tu nak jadi pensyarah. Nak jadi doktor. Allahuakbar. Berkat doa mak ayah mereka dan doa ramai orang diluar sana. Bila mereka sampai rumah keluarga terharu kerana 4 beradik ni seorang lagi perempuan akan solat berjemaah dan mengaji bersama-sama dirumah. Rumah jadi suasana madrasah. Hari tu ingat lagi pujuk mereka masa tu dekat cyber cafe main game. Baik sangat anak ni. Rajin dan kuat berusaha. Paling penting akhlak mereka. Semoga Allah jaga adik semua yer. InsyaAllah panjang umur jadi pemimpin masa depan.
Show all...
Hai bidadariku. Tak terungkap dengan kata. I love you bidadariku. Terima kasih ya Allah beri bidadari ini dalam hidupku. Wanita ini berkorban segalanya dalam menemani hidupku. Berilah kebaikan,kesihatan,kecantikan,kekuatan dalam menemani hidupku didunia ini sampai syurga Firdaus. Bila saya tengok seseorang hargai bidadarinya dan hargai ibunya hati saya kata, orang ini akan berjaya kerana dia ada doa yang sangat kuat. Doa sangat ajaib. Boleh mengubah apa sahaja-ebitlew Terima kasih Surprise_YourLove
Show all...
Rezeki besar untuk saya selepas jamu anak istimewa, selepas Isya dapat ziarah Hj Abdullah Chong di Masjid Jamek Sri Petaling. Beliau ahli Syura Malaysia Usaha Dakwah Tabligh. Saya nak minta nasihat dan doa. Sayu sebak kerana dari saya umur 12 tahun saya kenal beliau. Sifat dan akhlak beliau yang amat mulia. Masa diuji Allah beberapa kali sebelum Subuh beliau call beri semangat. Beliau selalu kongsikan doa dan amalan. Sampai sekarang saya masih ingat. Katanya sebelum Subuh menangis pada Allah. Doa kebaikan dan rahmat buat semua manusia. Doa Allah sayang pada umat ini. Minta keampunan untuk semua orang.. Doa pertolongan Allah dalam segala apa kita buat. Niatkan apa sahaja kita buat jadi asbab hidayah. Sebelum balik Hj Abdullah Chong hadiahkan saya kuih raya isterinya buat sendiri. Katanya selalulah datang. Rumah saya rumah ustaz ebit. Bila-bila hadirkanlah ke sini. Allah pilih ustaz ebit jadi asbab khidmat untuk umat. Tak semua orang terpilih buat kerja begini. Terharu dengan kata semangat dan doa daripada beliau. Rindu nak dengar tangisan beliau masa berdoa. Kadang masa iktikaf. Waktu Tahajud kuat tangisan beliau. Hari-hari puluh tahun doa menangis untuk semua manusia lain. Begitulah ramai pendakwah yang terlalu sayangkan manusia yang lain. Tidak mahu apa-apa dari dunia ini. Dunia yang mereka miliki pun mereka korbankan untuk kebaikan orang lain. Hanya Allah yang balas jasa mereka semua. Saya hanya debu berbanding usaha mereka semua. Saya hormat dan kagum pada mereka semua. Usaha mereka tiada gaji. Tiada elaun. Mereka guna diri dan harta sendiri. Diluar berdakwah dengan kasih sayang. Dirumah mereka didik keluarga dengan dakwah, majlis ilmu,ibadah dan kasih sayang. Malam mereka menangis berdoa. Bukan senang nak menangis. Ini menangis untuk diri dan umat. Usaha mereka tak pernah berhenti di seluruh dunia bawa kebaikan. Ya Allah berilah kesihatan rahmat buat beliau dan semua ahli syura. Ya Allah jaga dan beri kesihatan buat semua alim ulama kami di seluruh dunia. Ya Allah berjuta rahmat yang kau beri pada Hj Abdullah Chong dan semua pendakwah diluar sana berilah sedikit pada saya. Moga catatan ini menjadi kenangan indah dalam hidup saya -ebitlew
Show all...
Saya nak hadiahkan 1000 cermin mata berjumlah Rm200,000 untuk pelajar yang memerlukan dari seluruh Malaysia. Kita akan beri mengikut sekolah yang terpilih. Guru atau wakil sekolah boleh wasap 0149255109. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Show all...
Doakan yer. Saya nak bagi hadiah Rm 200,000 Ringgit untuk 400 orang dengan seorang mendapat rm500. Hadiah untuk guru yang mengajar di Masjid dan Surau yang hilang pendapatan. Begitu juga yang berkhidmat di Kuil, Tokong dan Gereja. Boleh hubungi atau wasap 01170315822. Semoga menjadi asbab kebaikan- ebitlew Telegram t.me/EbitLew2021
Show all...
I love you bidadariku dan anak-anak. Bersama keluarga nikmat yang sangat besar. Dari 12 tahun hampir setiap hari saya akan hidupkan amalan baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Sekarang umur saya dah 37 tahun. Rindu masa tu baca Hadis pada mak saya. Mak pendengar pertama saya masa baca hadis Nabi saw. Mak saya kata, insyaAllah satu hari nanti ramai akan dengar ebit berkongsi nasihat. Terima kasih mak bapak sentiasa mendoakan. Ini semua doa mak ayah. Kita dapat apa yang kita dapat asbab doa mak ayah kita. I Miss u mak. Sayang mak, rindu mak sangat. Orang cakap atau perli apapun takpe. Jangan berhenti buat baik kerana mak ayah kita menanti amal baik anaknya. Mak ayah kita lebih kenal kita dari orang lain. 'Allah sayang' itulah kekuatan segalanya. Hari ini bersama bidadari dan anak-anak setiap hari masa di rumah selepas Maghrib atau Solat Subuh saya akan dengar anak baca Al-Quran dan berkongsi Hadis Nabi saw. Kadang bidadari saya baca. Kadang anak-anak baca. Saudaraku, saat bersama bidadari dan anak-anak ialah saat paling berharga. 3 perkara kita buat bersama. Solat, majlis ilmu/Talim, dan makan bersama. Doakan buat bidadari dan anak-anak. Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh baca Surah Ibrahim ayat 40. Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan baca surah Al-Furqan ayat 74. Supaya semua keluarga sentiasa bahagia dan dapat kebaikan hidayah baca Al Ahqaf ayat 15. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Show all...