en
Feedback
Anwarul Mustafa ﷺ

Anwarul Mustafa ﷺ

Open in Telegram

Menyebarkan sinaran dakwahnya Al Mustafa ﷺ Follow instagram kami : instagram.com/anwarulmustafa.ig

Show more
The country is not specifiedReligion & Spirituality40 925
2 696
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Ahlan Wa Sahlan Ya Sayyidi Habib Umar Bin Hafidz ❤️ Jadual Rehlah Dakwah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin
Ahlan Wa Sahlan Ya Sayyidi Habib Umar Bin Hafidz ❤️ Jadual Rehlah Dakwah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz

Bismillah. Peluang Infaq Jumaat Siri Ke 4. Bagi sesiapa yang ingin kongsi rezeki setiap Jumaat boleh salurkan ke acc rasmi Ma
Bismillah. Peluang Infaq Jumaat Siri Ke 4. Bagi sesiapa yang ingin kongsi rezeki setiap Jumaat boleh salurkan ke acc rasmi Majlis Ta'lim Nurul Bayan Bank Islam 0116 20 1001 2695 Nurul Bayan Centre

—Semoga kita dapat bertemu dengannya, dapat menghadiri majlisnya, mendengar suaranya & meraih keberkatannya. Ahlan Wasahlan S
—Semoga kita dapat bertemu dengannya, dapat menghadiri majlisnya, mendengar suaranya & meraih keberkatannya. Ahlan Wasahlan Sayyidna Al-Habib Umar Ben Hafidz

Apabila masuknya bulan Ramadan, Imam Malik bin Anas meninggalkan majlis riwayat hadis dan majlis ilmu, beliau memberikan penu
Apabila masuknya bulan Ramadan, Imam Malik bin Anas meninggalkan majlis riwayat hadis dan majlis ilmu, beliau memberikan penumpuan membaca al-Quran. Begitu juga Imam Sufyan at-Tsawri ketika Ramadan meninggalkan ibadah sunat yang lain dgn menghabiskan waktunya membaca al-Quran Bahkan Imam Ahmad bin Hambal menutup kitab-kitabnya sepanjang Ramadan dengan berkata "bulan ini adalah bulan Al-Qur'an." Begitulah Ibadah membaca Al-Quran menjadi lubuk pahala bagi ahli Ramadan. Banyakkan baca al-Quran. Semangat ya! *malam ni saya akan live IG selepas terawih jam 11pm. Sama sama kita mencari tahu apa hubungan al-Quran dan Ramadan.

Terima kasih bagi siapa yang join & istiqomah bersama Anwarul Mustafa🤍

photo content
+1

Assalamualaykum ikhwah wal ahbab, Sesiapa yang belum mendapatkan dan membaca kitab terbaru: Fatwa perihal Wanita dan hukum ha
+4
Assalamualaykum ikhwah wal ahbab, Sesiapa yang belum mendapatkan dan membaca kitab terbaru: Fatwa perihal Wanita dan hukum hakam berkaitannya. Disini saya ada kepilkan beberapa halaman isi kandungan kitab ini. Kitab ini berkulit keras serta memuatkan 340 halaman dan 205 persoalan hukum hakam wanita. Jika anda perempuan yang mencintai kebaikan dan ingin menjalani kehidupan berlandaskan syariat, maka buku ini adalah solusinya. Kalau anda seorang lelaki, maka buku ini adalah hadiah terbaik untuk perempuan yang anda cintai. Boleh dapatkan dengan dua cara: 📍 wasap.my/60175840223 Atau 📍https://shp.ee/cxecqiw

Kerendahan hati Rasulullah kepada Allah selepas diuji bertubi-tubi adalah hal terhebat & agak sukar untuk diterbitkan daripada hati-hati manusia seperti kita . Sejarah mengkhabarkan tentang ujian-ujian besar yang dihadapi oleh ‘Sebaik-baik hamba’ ini diantaranya adalah kewafatan isteri tercinta iaitu Siti Khadijah & Abu Talib sekaligus peristiwa ngeri penolakan dakwah Rasulullah dengan begitu kejam di bumi Thaif. Kerendahan hati Rasulullah terbukti dari ucapannya selepas peristiwa Thaif dengan sabdaannya : “ Ya Allah jika engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli ( dengan hinaan, cacian & makian penduduk Thaif) mereka kepadaku”. Maha Suci Allah dengan akhlak agung Rasulullah selepas diasak dengan begitu keras, akhirnya Rasulullah mangangkat tangan & berdoa agar anak-cucu penduduk Thaif akan memeluk Agama Islam suatu hari nanti. Kerendahan hati Rasulullah itu disifatkan oleh Allah untuk menghiburkan hatinya dengan mempersembahkan keagunganNya didalam Surah Al-Isra’ yang bermaksud ; “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Perjalanan agung Rasulullah adalah mukjizat & kemuliaannya yang terzahir pada makhluk bumi & penghuni langit. Mukjizat agung yang terzahir pada makhluk bumi; Diperjalankan Rasulullah daripada Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dengan tempoh yang amat singkat, perjalanan yang mustahil bagi akal & tidak dapat ditiru oleh mana-mana makhluk pada ketika itu. Manakala mukjizat kubra teragung yang terzahir pada penghuni langit dengan bukti Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.” Diangkat Rasulullah daripada Masjid Al-Aqsa naik ke langit ditemani Jibril, sehingga suatu had yang mana Jibril pun tidak mampu menemani Rasulullah apabila hampir sampai ke Sidratul muntaha disampingnya Jannatul Ma’wa untuk bertemu dengan Allah SWT. Dengan hal itu, ianya menjadi perkara ‘mencarik adat’ buat penghuni langit. Menjadi suatu ‘istimewa’ dengan kedua-dua mukjizat yang telah berlaku bagi seluruh makhluk. Yang teristimewanya lagi adalah cara berinteraksi, lokasi & kaifiyyah Rasulullah saat bertemu dengan Allah menjadi suatu rahsia diantara Allah & kekasihNya sahaja. Semoga Allah menjadikan hati kita rendah seperti Rasul Agung Muhammad ﷺ

Perbahasan Nabi Melihat Allah pada Malam Mi'raj: 1. Sayyidah Aisyah , Abu Dzar berpendapat Nabi tidak melihat Allah pada Mi'raj. Bahkan Abu Dzar mengatakan Nabi hanya melihat cahaya. 2.Ibnu Abbas , Sayidina Hasan, Seluruh Bani Hasyim (Ahli Bait) dan Imam Abu Hasan Asyari, bersepakat Nabi melihat Allah dengan mata kepala secara khusus. Keistimewaan agung buat Baginda Nabi. 3.Sebahagian Ulama Ahlu Sunnah seperti al-Qadhi Iyadh mengatakan Nabi Melihat Allah dengan mata hati . Rujukan: Syeikh Nawawi, Nur al-Zholam Syarah ‘Aqidatil ‘Awam, [halaman 152] Dr. Said Fodah berkata: " Bagi yang Meyakini Nabi Melihat Allah bukan bermakna Rasulullah mengetahui hakikat Allah, akan tetapi bertambahnya idrak (memahami dan mengenal) kepada Allah pada diri Rasulullah, dan idrak ini pun tidak sampai pada batas ihathah (meliputi) terhadap kesempurnaan Allah Ta'ala" Semua Pendapat Ulama Ahlu Sunnah benar . Pendapat yang tidak benar bagi mereka yang meyakini Allah sebuah jisim yang berhajat kepada tempat dan zat yang mengambil ruang dan arah.

— Langkahmu sia-sia jika hatimu tercoret tanpa berdakwat. Coretkanlah tujuan bermurni, agar bila berjalan di suasana kelam ia
— Langkahmu sia-sia jika hatimu tercoret tanpa berdakwat. Coretkanlah tujuan bermurni, agar bila berjalan di suasana kelam ia terlihat bercahaya. Wahai Sang pembolak-balik hati, tetapkanlah hati-hati kami didalam agamamu. #anwarulmustafaﷺ

AUDIO-2023-01-28-06-05-21.m4a4.10 KB

Repost from Puisi Tarim
photo content

— Inilah pemandangan terakhir sebelum jasad dikambusi tanah. Ingatlah pesan Sayyidina Ali Karamallahu Wajhahu; “ Jadilah kamu
— Inilah pemandangan terakhir sebelum jasad dikambusi tanah. Ingatlah pesan Sayyidina Ali Karamallahu Wajhahu; “ Jadilah kamu orang yang baik. Bila ada disukai, bila tiada dirindui & bila mati ditangisi, Jangan jadi orang yang jahat. Bila ada dibenci, bila tiada disukai & bila mati disyukuri…” Berbuat baiklah, sedang jasad masih utuh walaupun jiwamu mati. Kerana apabila jasadmu nanti sudah terkambus, kelak rohmu lah yang akan hidup & utuh di hati-hati mereka dengan kasih sayang & doa-doa. Yallah biha, Yallah biha, Yallah bihusnil khatimah!

Ini doa yang dibaca oleh Sayyid al Habib Umar yang terdapat pada halaman keempat pdf di atas. Boleh dibaca dan amalkan pada setiap malam-malam di bulan Rejab sambil mengikuti rakaman suara dari Sayyid al-Habib.

Istighfar Rejab (Beserta Terjemahan).pdf2.40 MB

photo content

Jika ingin membeli pakaian tanpa melihat harga, bekerjalah tanpa melihat masa. Jika ingin kehidupan berlalu dengan tenang, bersangka baiklah kepada Tuhan tanpa syarat.

Di hari kiamat nanti, manusia akan saling membayar hutang antara satu sama lain bagi mereka yang urusan hutang piutangnya belum selesai di dunia. Mereka akan membayar hutang-hutangnya menggunakan amal soleh yang mereka miliki. Adapun bagi orang yang tidak memiliki amal soleh untuk membayar hutang, maka akan diberikan dosa dari orang lain yang dia berhutang kepadanya, sebagai ganti kerana ia tidak memiliki amal soleh untuk membayar hutang piutang tersebut. Begitu juga Allah. Di akhirat nanti, Allah juga akan membayar lunas hutang-hutangNya kepada hamba-hambaNya. Bagaimana mungkin Allah memiliki hutang kepada hamba-hambaNya ? Jawapannya adalah bahawa ketika seorang hamba berdoa kepada Allah, namun Allah tidak memberikan apa yang hamba itu minta di dunia, maka Allah menjadikan ia sebagai hutang-Nya kepada hamba tersebut. Dan Allah adalah Zat Yang Tidak Pernah Zalim. Dia akan membayar seluruh hutang-hutangNya terhadap seluruh hamba-hambaNya. Dia akan membayar seluruh doa-doa hamba yang belum Dia kabulkan di dunia, dengan bayaran yang jauh lebih baik daripada apa-apa yang hambaNya minta di dalam doanya ketika di dunia.Sehingga tidak ada sedikitpun kekecewaan di hati para hamba yang pernah berdoa kepada Allah ketika di dunia. Kerana pemberian di akhirat, jauh lebih baik dibandingkan dengan hajat yang mereka pinta di dunia. - Ustaz Ali Imran