Anwarul Mustafa ﷺ
Open in Telegram
Menyebarkan sinaran dakwahnya Al Mustafa ﷺ Follow instagram kami : instagram.com/anwarulmustafa.ig
Show moreThe country is not specifiedReligion & Spirituality40 925
2 696
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
2 696
Repost from Majlis Ta'lim Nurul Bayan (Zawiyah al-Bayan)
📗📗Peluang WAQAF Kitab di Bulan Ramadhan📘📘
KE MADRASAH/PUSAT PENGAJIAN/JEMAAH MASJID & SURAU
(KITAB 116 HADIS PILIHAN RIYADHUS SOLIHIN TERJEMAHAN QUTUFUL FALIHIN
SUSUNAN AL HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ)
RM 19 PER KITAB
KELEBIHAN WAQAF KITAB :
"Jika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya".
Riwayat Muslim (4310), al-Tirmizi (1376) dan al-Nasa’ie (3651)
Maybank
MUHAMMAD IRHAM
0125 5811 1202
REF : WAQAF KITAB
HANTAR SLIP BANK KE WHATSAPP
http://wa.me/+60178422040
2 696
Repost from ✨Erham Benefits✨
Terjemahan Kitab Hadis Qutuful Falihin. Rm19 shj (tidak termasuk postage).
Order :
http://wa.me/+60178422040
2 696
Salam Isra’ Mi’raj.
Kerendahan hati Rasulullah kepada Allah selepas diuji bertubi-tubi adalah hal terhebat & agak sukar untuk diterbitkan daripada hati-hati manusia seperti kita . Sejarah mengkhabarkan tentang ujian-ujian besar yang dihadapi oleh ‘Sebaik-baik hamba’ ini diantaranya adalah kewafatan isteri tercinta iaitu Siti Khadijah & Abu Talib sekaligus peristiwa ngeri penolakan dakwah Rasulullah dengan begitu kejam di bumi Thaif.
Kerendahan hati Rasulullah terbukti dari ucapannya selepas peristiwa Thaif dengan sabdaannya : “ Ya Allah jika engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli ( dengan hinaan, cacian & makian penduduk Thaif) mereka kepadaku”. Maha Suci Allah dengan akhlak agung Rasulullah selepas diasak dengan begitu keras, akhirnya Rasulullah mangangkat tangan & berdoa agar anak-cucu penduduk Thaif akan memeluk Agama Islam suatu hari nanti.
Kerendahan hati Rasulullah itu disifatkan oleh Allah untuk menghiburkan hatinya dengan mempersembahkan keagunganNya didalam Surah Al-Isra’ yang bermaksud ;
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Perjalanan agung Rasulullah adalah mukjizat & kemuliaannya yang terzahir pada makhluk bumi & penghuni langit.
Mukjizat agung yang terzahir pada makhluk bumi;
Diperjalankan Rasulullah daripada Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dengan tempoh yang amat singkat, perjalanan yang mustahil bagi akal & tidak dapat ditiru oleh mana-mana makhluk pada ketika itu.
Manakala mukjizat kubra teragung yang terzahir
pada penghuni langit dengan bukti Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.”
Diangkat Rasulullah daripada Masjid Al-Aqsa naik ke langit ditemani Jibril, sehingga suatu had yang mana Jibril pun tidak mampu menemani Rasulullah apabila hampir sampai ke Sidratul muntaha disampingnya Jannatul Ma’wa untuk bertemu dengan Allah SWT. Dengan hal itu, ianya menjadi perkara ‘mencarik adat’ buat penghuni langit.
Menjadi suatu ‘istimewa’ dengan kedua-dua mukjizat yang telah berlaku bagi seluruh makhluk. Yang teristimewanya lagi adalah cara berinteraksi, lokasi & kaifiyyah Rasulullah saat bertemu dengan Allah menjadi suatu rahsia diantara Allah & kekasihNya sahaja.
Semoga Allah menjadikan hati kita rendah seperti Rasul Agung Muhammad ﷺ
2 696
—Malam ni masuk malam 1 rejab. Diantara malam yang dimakbulkan doa. Tapi, jangan kita ghairah untuk berdoa, minta untuk kelengkapan diri kita sedangkan kita kosong takda apa-apa.
Persembahkan dahulu ibadat kepada Tuhan. Sujud rapat ke bumi, hati tunduk kepada yang Maha Esa dengan khusyuk. Dia tak minta banyak pun, minta untuk kita ingat & rintih kepadaNya sahaja.
Walaupun malam ni malam weekend, berhenti sebentar. Hormati malam yang mulia & bulan mulia ini untuk manfaat dunia serta akhirat yang abadi.
Saya sertakan istighfar amalan istighfar bulan rejab untuk dibaca setiap malam Rejab. Semoga bermanfaat🤍
2 696
Repost from Ali Imran Abdul Aziz
Alhamdulillah, penyertaan dibuka seluasnya dengan berkapasiti 100 penyertaan.
"Ketika dunia memujuk kita untuk follow public opinion, berita politik yang tidak pernah reda, gossip rumah tangga yang datang bersilih ganti, Surah al-Kahfi mengajar kita untuk be with the truth even it is unpopular. Dan sebenarnya, kita telah menyibukkan diri pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita sibukkan sehingga akhirnya mesej sebesar surah al-kahfi ini kita tinggalkan."
:(
Jemputlah sertai dan belajar menghadapi akhir zaman ini melalui petunjuk Ilahi Surah al-Kahfi.
https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/alkahfi
2 696
Repost from Ali Imran Abdul Aziz
Insha-Allah selasa depan bermula kelas baharu di Halaqah Hadramiyah untuk slot Tadabbur.
Kita akan telusuri ayat demi ayat dari surah ini, perlahan-perlahan kerana kita akan terdedah banyak tentang ilmu-ilmu al-Quran.
Dari setiap satu ayat saya hurai dengan 3 perspektif.
1. Perspektif bahasa. Lughah, istilah, dan kepelbagaian makna yang akhirnya melitup cantik mesej yang al-Quran ingin sampaikan.
2. Perspektif uslub. Kedudukannya di dalam ayat dan kebentukannya sehingga memberi kesan kepada makna keseluruhan ayat.
3. Perspektif ibrah dari perkataan tersebut. Apa yang boleh kita belajar, amal dan manfaatkan.
Insya-Allah semoga bermanfaat. Saya tekad, selagi hayat dikandung badan, hidup mati dengan menyebarkan ilmu-ilmu al-Quran.
Insya-Allah doakan ya 🤲🏻
Siapa sudi ikut serta dengan, tekan-tekanlah link di bawah ya.
https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/8
2 696
🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠”Assalamualaikum”
Dari Bait Al Rahmat
————————————
🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋
🌸 "Ahlan Wasahlan"
Di Jemput ke Majlis *"MAULID AKBAR Bait Al Rahmat*
🇲🇾 Tarikh:
31 Oktober 2023 , Selasa bersamaan dgn 16 Rabiulakhir 1445H
🇲🇾 Alamat:
"Bait Al- Rahmat"
No.2, Jalan Merah Saga,U9/5B Kayangan Heights,40150,Shah Alam, Selangor.
Use Waze to drive to 2, Jalan Merah Saga U9/5b: https://waze.com/ul/hw281yhu6s
📜 Aturcara Majlis:
🌹6.58 malam :
⭐Solat Maghrib berjemaah:
*Pimpinan Imam Arif (Imam Masjid Al-Istiqamah)*
🌹 7.20 malam :
⭐ Makan Malam
🌹 8.00 malam :
⭐ Maulid Ad-Dhiya Ullami'
Pimpinan *Ustaz Ibrahim Al-Ansari*
🌹 9.00 malam
⭐ Tausiyah Slot 1:
*Sayyidd Iqbal Seif Jamalullail*
🌹 9.10 malam
⭐ Tausiyah Slot 2:
*Dai Syed*
🌹 9.20 malam
⭐ Tausiyah Akbar oleh:
*Habib Mohd Faqeh Muqaddam Al-Idrus*
🌹Topik:
”Kenali, Rasai
Cinta Rasulullah ❤️
Cinta yang Kekal & Abadi"
🌹10.00 malam :
⭐Bacaan Doa & Majlis Sanah Helwah
🌹10.15 malam :
⭐Persembahan Istimewa Marawis dari *Kumpulan Ad-Dhiya'*
🌹11.00 malam:
⭐ Majlis Bersurai
⭐Diharap sudi menerima undangan kami⭐
🌹 Salam Kedamaian :
Datuk Hjh Rozzana Dato Hj Rahmat,
Datuk Dr Hj Ahmad Anasri Dahalan
serta seluruh keluarga Bait Al- Rahmat 👨👩👧👧
🌹Turut menjemput Sayyid Iqbal Seif Jamalullail
My#InfaqIhsan
#sweettalkkesyurga
#savepalestine
#freepalestine
#taufanalaqsa
#israelcuak
📲 RSVP - Sila tekan link dibawah sebelum Ahad (29 Oktober 2023) 5.00 petang :
https://forms.gle/pKpy8WhuEW83F7rLA
2 696
Repost from Ali Imran Abdul Aziz
Alhamdulillah, Allah sahaja tahu betapa bahagianya kerjaya dakwah ni apabila kita berjaya ajak ramai orang kenal Baginda Rasulullah.
Sebenarnya saya baru bercadang dengan rakan-rakan untuk membaca Syamail ini di dalam kumpulan kecil. Bacaan santai sambil minum kopi.
Kemudian Syahid tanya, “okay tak nak ajak orang lain join?”
Saya kata kalau macam tu kita open for all -lah. Terus jemput asatizah yang lain, minta khidmat designer buat poster jadual dll.
Kelas percuma sahaja, tapi kita buat sehabis baik. Dan akhirnya hampir seribu orang bergabung dalam group.
Mungkin terselit niat-niat baik dari kalangan kita sehingga Allah memudahkan segala hal.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
——
Saya sertakan jadual dan susun atur bacaan syamail.
Malam ni kita mula ! 🙏🏻💚
2 696
Repost from Ali Imran Abdul Aziz
Korang, boleh bantu sebarkan tak Pengajian Syamail tu? Bantu ya, kita kena kenalkan ummat dengan Rasulullah SAW. 🙏🏻❤️
2 696
Repost from Ali Imran Abdul Aziz
Ahlan Wasahlan Rabi’ al-Anwar!
Bulan kelahiran, kewafatan dan bulan hijrah Nabi Muhammad saw yang sangat kita kasihi dan rindui.
Tidak sempurna bulan Rabi’ al-Awwal ini tanpa kita membaca dan mengimbas kembali helaian-helaiana Syamail al-Muhammadiyyah.
Sebuah buku agung yang menceritakan segala-galanya tentang Baginda Rasulullah.
Kita akan telusuri setiap malam sepanjang Bulan Rabi’ al-Awwal ini secara atas talian. Terbuka kepada umum, percuma dan penuh keterujaan!
Jemput tekan link di Bio untuk kebersamaan.
https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/syamail
2 696
Doa akhir tahun : Dibaca selepas asar atau sebelum maghrib.
Dia awal tahun : Dibaca selepas maghrib.
2 696
Salam fajar juma’at, penghulu hari.
Juma’at adalah penghulu hari, didalamnya terdapat waktu yang mengumpulkan seluruh lelaki muslim untuk memberikan nasihat & pesanan buat menjalani hari-hari lain sehingga tiba jumaat yang baharu.
Sungguh mulia & sempurnanya agama sehingga pedulinya ia kepada lelaki muslim & tidak mengetepikan mereka kerana mereka adalah punca sukses masyarakat.
Jika ada hari ini sesiapa yang bekerja, pakailah baju yang baharu atau berwarna putih. Berwangi-wangianlah & potong kuku, rapikan rambut, janggut & bulu muka. Kemaskanlah diri dengan menta’zimkan hari jumaat & Tuhan.
Sebelum bergerak keluar, niatkanlah seluruh kebaikan pada hari ini kerana Allah. InshaAllah berkah!
