Nota Emas Dr Nadiah Shukree
Open in Telegram
Belajar simpan/pelaburan emas bersama Dr. Nadiah Mhd Shukree PG00181308. Whatsapp saya 60189633514
Show more846
Subscribers
-124 hours
-17 days
-630 days
Posts Archive
Emas fizikal 1 gram edisi Durian Udang Merah telah dilancarkan✨
Anda boleh tebus dari akaun emas GAP🥳
Log masuk ke akaun GAP anda di Public Gold.
1. Pilih menu withdraw
2. Pilih produk 1 gram Durian Udang Merah
3. Sahkan withdrawal dan bayar caj berkaitan seperti Gold Premium (GP) dan penghantaran jika berkenaan.
4. Atau Ambil di Gold ATM bila stok di ATM dah tiba 🥳
Belum ada akaun? Klik
https://naksimpanemasjuga.wasap.my/
Emas fizikal 1 gram edisi Durian Udang Merah telah dilancarkan✨
Anda boleh tebus dari akaun emas GAP🥳
Log masuk ke akaun GAP anda di Public Gold.
1. Pilih menu withdraw
2. Pilih produk 1 gram Durian Udang Merah
3. Sahkan withdrawal dan bayar caj berkaitan seperti Gold Premium (GP) dan penghantaran jika berkenaan.
4. Atau Ambil di Gold ATM bila stok di ATM dah tiba 🥳
Belum ada akaun? Klik
https://naksimpanemasjuga.wasap.my/
⭐ 𝑨𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝑹𝒂𝒋𝒂 𝑩𝒖𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑬𝒎𝒂𝒔 ⭐
Setiap ukiran membawa kisah.
Setiap gram membawa nilai.
✨ Diinspirasikan daripada durian Udang Merah yang terkenal dengan keunikan rasa dan warnanya, lahirlah 𝑷𝒖𝒃𝒍𝒊𝒄 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝟏𝒈 𝑫𝒖𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑬𝒎𝒂𝒔 𝑼𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒓𝒂𝒉 — sebuah koleksi yang meraikan salah satu khazanah terbaik Malaysia.
🔸 Bagi peminat durian, ia membangkitkan rasa cinta terhadap raja buah.
🔸 Bagi pengumpul emas, ia adalah 𝐤𝐨𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢.
📆 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢 : 𝟏𝟖 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝟏𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
🔥 𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 – hanya 𝟐𝟎,𝟎𝟎𝟎 unit di seluruh dunia!
📌 𝐓𝐨𝐩 𝐔𝐩 𝐆𝐀𝐏 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 & bersedia untuk pengeluaran melalui GAP esok hari!!
Tertakluk kepada terma & syarat.
#TopUpGAP #DurianEmasUdangMerah #PublicGold #SimpanEmas #BuahEmas
+2
Alhamdulillah, beberapa minggu lepas saya diberi peluang menghadiri sesi perkongsian ilmu kewangan bersama mentor kewangan tersohor Malaysia, Tuan Haji Azizi Ali.
Lebih bermakna, saya juga diberi ruang untuk berkongsi sedikit pengalaman dan perjalanan sendiri bersama para peserta.
Banyak ilmu, perspektif dan peringatan tentang pengurusan kewangan yang sangat membuka mata.
Semoga dapat dimanfaatkan untuk terus membantu lebih ramai masyarakat merancang kewangan dengan lebih bijak, Insha Allah.
🌙 Salam Maal Hijrah 1448H
✨ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
Hijrahkan tabiat berbelanja kepada tabiat menyimpan.
Hijrahkan wang yang bocor kepada aset yang bernilai. 💛
Hijrah kewangan bermula dengan satu langkah, tabungan emas juga bermula dengan satu keputusan untuk bertindak hari ini.
Semoga tahun baru Hijrah ini membawa keberkatan rezeki, ketenangan jiwa dan kejayaan dalam membina simpanan untuk masa depan.
Dr Nadiah Shukree
Ramai ibu bapa sanggup ikat perut demi anak dapat sambung belajar.
Bila anak berjaya masuk universiti, satu keluarga gembira… tapi dalam diam mula fikir:
“Macam mana nak bayar semua ni?”
Akhirnya ramai terpaksa bergantung pada PTPTN.
Belajar dulu… hutang tunggu di belakang.
Padahal kalau mula sikit-sikit dari anak masih bayi, beban itu boleh jadi jauh lebih ringan.
Bayangkan simpan cuma 1 gram emas sebulan.
Tak nampak besar hari ni… tapi bila konsisten 18 tahun, ia boleh jadi aset pendidikan anak sendiri.
Emas bukan sekadar simpanan.
Ia usaha ibu bapa supaya anak melangkah ke universiti dengan lebih tenang… bukan dengan beban hutang yang panjang.
Tak perlu tunggu kaya baru nak mula.
Yang penting mula dulu.
Sikit-sikit. Konsisten. Diam-diam jadi dana pendidikan anak. ✨
Public Gold GAP
RM 100 = 0.1623 gram
RM 616 = 1.0000 gram
Harga GAP 🔽 RM 1
Terendah: RM 574 (23 Mar 2026)
Tertinggi: RM 764 (29 Jan 2026)
Dikemaskini: 17 Jun 2026 @ 12:01 am
Alhamdulillah, tumpang gembira melihat sahabat dealer saya, selesai membantu seorang customer dari South Africa collect 170 keping 10 Dinar di Menara Public Gold.
Menariknya, customer ini sebenarnya menemui rakan dealer melalui website beliau selepas membaca artikel berkaitan perbezaan emas digital dan emas fizikal, termasuk aspek pematuhan syariah.
Daripada pembacaan itu, customer mula menghubungi beliau untuk bertanya lebih lanjut tentang pelbagai pilihan simpanan emas termasuk emas yang ditawarkan oleh pihak bank.
Banyak perbincangan dibuat dari sudut pemilikan, penyimpanan dan patuh syariah, sebelum akhirnya customer memilih untuk memiliki emas fizikal Public Gold.
Bukan kecil pembelian kali ini — 170 keping 10 Dinar 😄 Sampai kena bawa satu beg masa collect di Menara Public Gold!
Yang paling menarik, customer ini sangat tertarik dengan kemudahan Public Safe di Level 4 Menara Public Gold.
Lepas collect emas, terus boleh simpan di safe deposit box dalam bangunan yang sama.
Mudah, selamat dan beri ketenangan untuk pemilik emas fizikal.
Tahniah atas kepercayaan yang diberikan customer antarabangsa.
Semoga terus menjadi asbab lebih ramai orang faham tentang kepentingan pemilikan emas yang jelas, penyimpanan selamat dan patuh syariah 💛
🚨 Nampaknya konflik Iran–US mungkin menuju penghujung… tapi persoalan besarnya:
Siapa sebenarnya “menang”? 🤔
Selepas lebih 100 hari ketegangan, laporan menyebut satu persetujuan untuk hentikan konflik telah dicapai dan Selat Hormuz juga dijangka dibuka semula.
Iran melihat ini sebagai tanda mereka berjaya bertahan di bawah tekanan besar. Tapi seperti biasa dalam geopolitik… setiap pihak ada naratif masing-masing.
Kalau perang ini betul-betul tamat:
📉 Harga minyak boleh berubah
📈 Pasaran dunia mungkin kembali stabil
🌍 Kesan kepada ekonomi global memang besar
Tapi adakah ini betul-betul penamat… atau cuma rehat sementara sebelum episod seterusnya? 👀
Apa pendapat korang? Iran menang, US menang… atau sebenarnya semua rugi?
👇
👀 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐭𝐢𝐛𝐚... ⚽
⚽ + 💛 = 😱❓
Simbol yang bakal menyatukan jutaan peminat di seluruh dunia. 🌍✨
Sedia untuk memiliki sesuatu yang bakal menjadi rebutan?
𝐍𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢. 🔥
#ComingSoon #PublicGold #StayTuned
Jom masuk kelas emas bersama sayaaaa ✨
Tanya soalan ya, bagi lebih faham
https://vt.tiktok.com/ZS9jPQ8FPw6Ab-xG9SV/
✨ *PG JEWEL KINI DIBUKA DI MIRI, SARAWAK!* ✨
Tahniah warga Sarawak dan Brunei Darussalam!
Kini anda boleh menikmati pengalaman membeli barang kemas emas premium di cawangan pertama PG Jewel di Sarawak, bertempat di Miri.
📍 PG Jewel Miri membuka lembaran baharu untuk pelanggan yang mencari barang kemas emas berkualiti tinggi dengan harga yang lebih berpatutan.
Kenapa Ramai Pilih PG Jewel?
💎 Mutu Premium, Harga Lebih Rendah
Barang kemas PG Jewel dihasilkan dengan standard kualiti tinggi, reka bentuk eksklusif dan kemasan premium. Dengan rangkaian pengeluaran dan operasi Public Gold yang besar, pelanggan menikmati harga yang lebih kompetitif berbanding kebanyakan kedai emas di Malaysia.
💎 Spread Margin Antara Yang Terendah Di Malaysia
Inilah antara sebab utama ramai pelanggan memilih PG Jewel:
✅ Emas 999 : Spread hanya 9%
✅ Emas 916 : Spread hanya 13%
Spread yang rendah bermaksud jurang harga beli dan jual semula lebih kecil, menjadikan emas anda lebih mudah mengekalkan nilainya dalam jangka panjang.
💎 Withdraw Barang Kemas 999 Dari Akaun GAP
Sudah menyimpan emas dalam akaun GAP?
Kini anda boleh menggunakan gram yang terkumpul dalam akaun GAP untuk menebus (withdraw) barang kemas emas 999 yang eksklusif.
Simpan gram sedikit demi sedikit, kemudian tukarkan kepada barang kemas apabila gram sudah mencukupi.
💎 Trade-In Emas Lama
Ada barang kemas lama, emas rosak, atau gold bar jenama lain?
Boleh bawa ke PG Jewel untuk penilaian dan trade-in kepada koleksi emas yang baharu dan lebih menarik.
💎 Pilihan Emas 999 & 916
Sesuai untuk:
✔ Simpanan jangka panjang
✔ Hadiah perkahwinan
✔ Hantaran pertunangan
✔ Koleksi peribadi
✔ Dana pendidikan anak
✔ Dana persaraan
✔ Pewarisan keluarga
💎 Lokasi Strategik Untuk Pelanggan Brunei
Bagi pelanggan dari Brunei Darussalam, PG Jewel Miri kini menjadi lokasi paling dekat dan mudah diakses untuk mendapatkan koleksi eksklusif emas 999 dan 916.
📍 Alamat PG Jewel Miri
Ground Floor, *Time Square, Miri* Central Superstore
(Barisan kedai yang sama dengan supermarket)
Miri, Sarawak
🕘 Waktu Operasi:
Dibuka 7 hari seminggu
⸻
🌟 Jika anda memang bercadang membeli emas, menambah koleksi barang kemas atau menukar emas lama kepada yang baharu, inilah masa terbaik untuk berkunjung ke PG Jewel Miri.
📅 Grand Opening 20 Jun 2026
🎁 Pelbagai hadiah pembukaan menanti pelanggan terawal.
📲 WhatsApp: 60194003514
“Beli emas bukan sekadar untuk dipakai. Beli emas untuk membina aset yang boleh diwariskan kepada generasi akan datang.”
🚨 3 SEBAB KENAPA DIRECT DEBIT EMAS PUBLIC GOLD LEBIH MENGUNTUNGKAN DARIPADA BELI SECARA MANUAL 🚨
Ramai orang tahu mereka patut membeli emas.
Tetapi ramai juga gagal melakukannya secara konsisten.
Sebab itu Direct Debit boleh menjadi "senjata rahsia" yang membezakan antara penyimpan biasa dan mereka yang berjaya mengumpul ratusan gram emas.
1️⃣ ANDA BELI EMAS TANPA PERLU BERFIKIR
Setiap bulan, wang akan ditolak secara automatik dan ditukarkan kepada emas.
✅ Tiada alasan "bulan depan"
✅ Tiada alasan "tunggu bonus"
✅ Tiada alasan "nanti saya beli"
Anda membina simpanan emas walaupun ketika sibuk bekerja, bercuti atau terlupa.
💡 Kekayaan dibina melalui sistem, bukan semangat yang datang sekali-sekala.
2️⃣ ANDA BELI KETIKA HARGA TINGGI DAN RENDAH
Ramai orang menunggu harga "sempurna".
Masalahnya?
Harga sempurna hampir tidak pernah datang.
Dengan Direct Debit, anda membeli secara konsisten setiap bulan.
📉 Harga turun → dapat lebih gram
📈 Harga naik → gram sedia ada bertambah nilai
Lama-kelamaan, anda menikmati kesan purata kos (cost averaging) tanpa perlu meneka pasaran.
3️⃣ EMAS TERKUMPUL TANPA ANDA SEDAR
RM100.
RM300.
RM500 sebulan.
Nampak kecil.
Tetapi selepas beberapa tahun...
🪙 50 gram
🪙 100 gram
🪙 200 gram
boleh terkumpul tanpa terasa.
Ramai orang terkejut melihat jumlah emas yang berjaya dikumpul hanya kerana mereka bermula lebih awal dan konsisten.
🔥 RAHSIA SEBENAR
Orang yang berjaya mengumpul emas bukan semestinya orang yang bergaji besar.
Mereka ialah orang yang mempunyai sistem yang memaksa mereka menyimpan setiap bulan.
🚀 Jangan bergantung kepada disiplin semata-mata.
Bina sistem yang membuat anda membeli emas secara automatik.
Hari ini anda mungkin hanya membeli beberapa gram.
Tetapi beberapa tahun dari sekarang, anda mungkin berterima kasih kepada diri sendiri kerana membuat keputusan itu hari ini. 🪙💰🔥
Sahabat sekalian. Usah kita hipokrit dengan mengatakan, duit tu tak penting. Jangan kita perkecilkan usaha mereka yang buat 2-3 kerja, berniaga contohnya untuk cari duit lebih.
Jika kita tak nak beli, sokong sahaja dengan like posting mereka dan boleh juga bagi kata-kata semangat.
Ada orang, mungkin dah rasa selesa dengan gaji yang ada. Alhamdulillah. Tapi ada juga orang yang ingin dapat lebih, maka mereka buat “hustle job” pendapatan sampingan kerana misi mereka lebih besar demi kewangan lebih kukuh di masa akan datang.
Dan bila kita dah ada duit lebih tu kawan-kawan, belajar untuk uruskan. Elak pembaziran dan boros.
Asingkan siap-siap untuk:
- Tabung Kecemasan
- Tabung Pendidikan anak-anak
- Tabung Rukun Islam : Haji
- Tabung Persaraan
- Tabung Perlindungan
Banyak juga punca penceraian, disebabkan oleh masalah duit. Duit memang tak boleh beli bahagia, tapi begitulah hakikat, kebahagiaan boleh terjejas disebabkan isu duit.
Jom jadi bijak, urus kewangan kita dengan baik.
Hari Ahad, dekat mana saya boleh jual emas terpakai dengan harga yang tinggi?
Jawapan: PG Jewel ✅
Harga PG Jewel (Buy)
Emas 999 = RM 545
Emas 916 = RM 495
Make sure dah ada akaun Public Gold terlebih dahulu sebelum jual emas di sana ya.
Daftar Percuma ➡️ https://naksimpanemasjuga.wasap.my/
Dr Nadiah Shukree
Dealer Aktif Public Gold
+6019-4003514
Public Gold GAP
RM 100 = 0.1669 gram
RM 599 = 1.0000 gram
Harga GAP 🔼 RM 1
Terendah: RM 574 (23 Mar 2026)
Tertinggi: RM 764 (29 Jan 2026)
Dikemaskini: 14 Jun 2026 @ 12:01 am
