cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

#PijahSharing℗

Thankyou Subscribe. Spread Love, No Hate! ❤️ PAID REVIEW TELEGRAM (DM) @pijahmohamad

Show more
Malaysia3 867The language is not specifiedReligion & Spirituality2 384
Advertising posts
29 150
Subscribers
-1124 hours
-1107 days
-48930 days
Posts Archive
00:23
Video unavailableShow in Telegram
Ada sesiapa nak beli tak buku ni? Min nak jual semua. 1. Fahami bacaan dalam solat 2. Ketika hati berfatwa 3. Teruntuk langit yang bercanda 4. Allah itu dekat 5. Noktah yang memujuk 6. Amalan harian wanita 7. Patah sayap sebelum sembuh 8. Checklist amalan rezeki 9. Ibu kita kuat 10. Stay istiqomah in 90days WhatsApp : www.wasap.my/60174058687/nakbuku
Show all...
IMG_7821.MOV17.39 MB
Ini antara tanda seorang suami itu betul-betul cintakan isterinya; 1. Suami mudah ceritakan apa sahaja dengan isterinya. 2. Selalu membantu isteri dalam urusan kerja rumah. Tidak membiarkan isteri buat semuanya seorang diri. 3. Selalu cerita kebaikan isteri depan orang lain. Yang baik-baik sahaja dia cerita ke orang. 4. Suami lebih melihat kekurangan diri sendiri berbanding nak mencari kesalahan pasangan dia. 5. Sangat ambil berat tentang perasaan isteri. Nampak ada yang tak kena, terus dia bertanya dan nak bantu selesaikan. 6. Menjadi suami yang sangat terbuka dan jujur dalam semua hal. Terutama hal terkait dengan kewangan rumah tangga mereka sendiri. 7. Isteri menjadi keutamaan dalam dia nak buat keputusan. 8. Selalu ingin ada bersama dengan isteri sebagai teman dan kawan yang paling baik. 9. Menjadi suami yang selalu mendoakan kebaikan untuk isterinya. Kebaikan dunia, lebih lagi kehidupan akhirat. Ada banyak lagi, kita cuba lengkapkan senarai ini dulu ya. Tapi tak cukup jadi yang begini pun bukan tanda tak cintakan isteri ye dak? Apa pun, masing masing ada cara mencintai yang tersendiri. 😌 Begitulah. - Firdaus Mokhtar
Show all...
19🥰 2👍 1
Seronok tengok pasangan yang dah lama berumahtangga masih lagi bergurau senda. Bukan nak mengada cuma itulah cara mereka menjaga keharmonian rumahtangga. Sebenarnya, tak kisah lah pengantin baru ataupun pengantin lama, kita perlu sentiasa semarakkan cinta dalam rumahtangga. Kalau boleh, kemesraan pada awal perkahwinan kita eloklah dikekalkan hingga ke hari tua. Pemberian hadiah. Luangkan masa berkualiti. Kata-kata cinta. Menyediakan perkhidmatan (act of service). Sentuhan. Tak semua orang memiliki bahasa cinta yang sama. Namun kesemuanya manis jika boleh dilakukan secara konsisten sepanjang berumahtangga. Pemberian hadiah, misalnya. Tak semestinya sesuatu yang bernilai dan berharga. Pisang goreng dan air kelapa yang dijual tepi jalan pun tak mengapa. Luangkan masa berkualiti pula tak semestinya keluar berdua ke mana-mana, duduk menyembang sambil minum air kopi bersama pun okay saja. Kata-kata cinta pula tak perlulah bermadah pujangga, sekadar "terima kasih sayang" pun sudah mencukupi sebenarnya. Menyediakan perkhidmatan pula tidak seperti yang diiklankan di spa kecantikan. Tolong bawakan beg tangan ketika keluar bersiar-siaran pun merupakan satu act of service yang suami boleh buatkan. Sentuhan pula, bersalaman sebelum keluar rumah pergi ke tempat kerja. Nampak simple tapi itulah yang menambahkan kasih dalam rumahtangga. Kalau diikutkan, tak banyak pun modal duit yang diperlukan untuk menjaga keharmonian rumahtangga. Nak tak nak buat, itu saja sebenarnya. Semoga dengan menjaga bahasa-bahaaa cinta ini Allah peliharakan cinta dalam rumahtangga kita sampai syurga. #thesolusi
Show all...
👍 11 7🥰 1
Pernah tak korang tengok sorang ni update story ke, post kat social media ke - lepas tu dia tak buat salah apa pun, tapi sebab korang tak suka dekat dia, korang rasa annoyed, sakit hati, dan sentiasa mencari alasan untuk justifikasikan rasa sakit hati korang terhadap orang tersebut? Ni namanya "Hate Stalking". Ianya adalah apabila korang follow seseorang di social media walaupun tidak menyukai orang tersebut, dan rasa sakit hati setiap kali terlihat post daripada mereka. Kalau ada perasaan ni, tanya pada diri sendiri, kenapa kita teruskan follow orang ni, padahal bila nampak dia je, kita sakit hati? Kenapa tak unfollow? Oh, sebab dia ahli keluarga atau rakan sekerja. Okay, kalau tak suka, mesti ada sebab - cuba berkomunikasi seperti seorang dewasa, dan bukannya bertindak seperti orang yang kurang matang dan anggap yang bukan-bukan dan negatif tanpa cuba berkomunikasi. Tak boleh bawa diri untuk berkomunikasi? Masalah nya adalah pada anda. Sekurang-kurangnya cuba, kalau gagal, barulah kita tahu kita dah cuba terbaik untuk pulihkan silaturrahim. Tapi tak kisah lah, nak komunikasi atau tidak, seeloknya unfollow sahaja daripada teruskan ada perasaan negatif dalam hati. Bersihkan hati tu. Dah tau tak suka, jangan follow. Elakkan daripada simpan perasaan negatif dalam hati lama-lama. Isikan hati dengan perkara yang positif. Percayalah, bila hati kita positif, tentang apa jua keadaan sekalipun, saya janji - bukan sahaja akan rasa lebih tenang, pasti akan berkembang dalam hidup, kerana mindset yang positif secara overall, akan bantu kita menjadi semakin berwawasan dan produktif. - Shaukat
Show all...
🥰 7 2😢 2🍓 2
Hati yang bersih, maksudnya hati yang kurang melakukan dosa. Atau ada dosa tapi segera bertaubat. Mempunyai hati ini akan membuatkan kita menilai sesuatu dengan nilaian yang berbeza. Melihat kemusnahan yang Allah izinkan ke atas manusia, gerun rasa. Melihat musibah yang melanda kecut perut dibuatnya. Sentiasa berdoa minta Allah terus berikan hidayah dan minta dijauhkan. Kawan-kawan, usahalah miliki hati yang ada rasa. Yang sensitif atas semua hal yang terkait dengan Allah. Begitulah. Selamat pagi ya 🤲🏻 - The Solusi
Show all...
23👍 1🥰 1🍓 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tumpang iklan. Nak prelove baju dari ria muslimah. Size M. Kalau ada yang berminat boleh pm min terus ye. Www.wasap.my/60174058687/pmbaju
Show all...
👍 1
Di antara tanda-tanda kiamat apabila zina berleluasa, dan pelakunya langsung tak malu bahkan berbangga dengan perbuatannya itu. Tengoklah sekarang, maksiat zina dinormalisasikan.
Show all...
💔 8
Hi mommy2…👋 Dah nak penghujung sesi persekolahan tak lama lagi.. musim kawan2 @ anak2 Nak kawin pun ramai juga.. tengah pening nak cari gift apa❓ Meh saya nk share satu group best dekat u olls.. Group tu jual barangan Tupperware murah2 yg penting ORIGINAL Brand tau… yg suka Tupperware mur2... pergi la serbu group dia cepat.. Harga memang puas hati.. Psss dia tgh buat sale hujung minggu ni pulak tu... Jommm la tgu apa lg.. *LINK GROUP WHAT'SAPP* 👇 https://chat.whatsapp.com/EAQFilOES0v85E9TcI5wT0 *Pertanyaan* 👇 Nak order & pertanyaan.. https://wassap.my/60196837663/NakOrder
Show all...
👍 1
Suami yang tolong jemur kain bukanlah suami yang takut bini. Isteri yang sentiasa minta izin suami juga bukanlah isteri yang takut suami. Tetapi itulah sifat ihsan dan hormat terhadap pasangan yang dipraktiskan dalam kehidupan perkahwinan. Jika ihsan dijadikan pegangan, si suami pasti akan bertolak ansur dengan isteri yang tak larat nak jemur kain kerana mengandung. Jika hormat dijadikan pegangan, si isteri pasti tidak akan berbuat yang bukan-bukan di rumah sementara suami keluar bekerja dan akan minta izin walaupun sekecil-kecil perkara. Nampak macam remeh. Namun percayalah bahawa ini merupakan salah satu tips rumahtangga kekal hingga ke akhir usia. Apabila sudah bertahun lamanya usia sebuah rumahtangga, cinta yang ada pastinya tidak akan kembang mekar seperti dulu kala. Tetapi jika ihsan dan hormat terhadap pasangan masih ada, insya-Allah rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga sana. Tak kira lah banyak mana sekalipun kedutan yang ada pada kulit, tak kiralah teruk macam mana sekalipun tahap kesihatan yang ada, jika ihsan dan hormat masih ada maka rumahtangga yang dibina pasti terjaga. Maka, jika benar kalian mahukan rumahtangga yang sebegitu rupa, mulakan praktis ihsan dan hormat terhadap pasangan mulai daripada sekarang. Ihsan adalah kebaikan. Hormat pula adalah tanda penghargaan. Buatkan air, kebaikan. Belikan hadiah, penghargaan. Basuhkan pinggan, kebaikan. Ucap terima kasih, penghargaan. Buatlah apa-apa saja tindakan atas alasan kebaikan dan juga penghargaan. Insya-Allah tindakan tersebut pasti akan disenangi oleh pasangan. Insya-Allah juga, sekecil-kecil tindakan tersebut menjadi asbab untuk Allah menjaga rumahtangga kita semua sehingga ke akhir usia. #thesolusi
Show all...
👍 16 15🥰 3👏 1
Photo unavailableShow in Telegram
💗*PRELOVEDBYRAA*💗 -Jual preloved baju , beg & dll. -Jual tudung secara sehelai /borong. -we Share LINK SHOPEE & TIKTOK juga bagi memudahkan korang beli brg Direct beli dari tekan link tu je😉 JOIN CHANNEL DIBAWAH TANDA SUPPORT ANAK MELAYU BISNES🫶🏻 https://t.me/prelovedByRaaaa
Show all...
👍 2
Hari ini ada pesan untuk kaum Hawa. Iya, buat semua yang bergelar perempuan. 1. Perempuan yang tidak bertudung bukanlah jahat. Ada juga yang bertudung tapi perangai ya ampun ngeri. Namun begitu Rasulullah dah pesan kalau tak bertudung akan di seksa di akhirat nanti. 2. Perempuan jika ada simpan perasaan ke lelaki tak solat, elok nasihatkan dia utamakan solat dulu. Kalau tidak mahu juga, kau carilah lain. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke syurga. Kalau diri sendiri pun tak mampu nak bawa, apatah lagi diri orang lain ye dak? 3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur. 4. Seorang yang solehah itu punya sifat malu yang sangat tinggi. Maka dia tidak akan memalukan diri sendiri. Tik tok untuk challenge itu ini (yang tanpa ada batas menjaga aurat) tanda sifat malu telah lebur. 5. Perempuan yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga. Maka usaha itu kita hargailah. 6. Isteri yang solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Di rumah terutamanya dia sangat berhias. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri di syurga nanti. 7. Isteri yang bersalaman dengan suaminya akan berguguranlah dosanya. Maka selalulah bersalaman dengan suami ya. Santunilah suami elok-elok. 8. Yang ini kena selalu hati-hati. Isteri yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga. Allahu. Maka usah minta yang bukan-bukan. Begitulah. Firdaus Mokhtar,
Show all...
25👍 4🥰 3
Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum maaf ganggu.Pd yg mencari laptop murah boleh beli ni ok.RM320.. hari ni promo rm290 shj guys.Sapa cpt dia dpt ya..DM.Boleh byr 2 kali ansur😍 Click link ni utk beli : www.wasap.my/60132937441/nkbelinotebook
Show all...
👍 1 1
Di syurga nanti orang kaya ada, orang miskin pun ada. Pengarah syarikat ada, pengemis jalanan pun ada. Orang duduk bandar ada, orang kampung pun ada. Yang ada degree boleh masuk syurga, yang tak ada degree pun boleh masuk syurga. Semua golongan ada. Apa pun kedudukan kita di dunia tetap melayakkan kita ke syurga sana. Begitu juga dalam neraka. Semua golongan yang ada dalam dunia ini boleh ada dalam neraka. Maka yang membezakan kita cuma iman dan taqwa. Baik iman kita, ke syurgalah. Jika sebaliknya, ke nerakalah. Jadi, kenapa perlu pandang rendah pada orang lain? Jangan-jangan yang kita rendahkan itu ahli syurga kerana iman dia lebih baik daripada kita. Kawan-kawan, berbaik sangka lah. Nasib kita sendiri belum tahu. Selamat pagi ya. 🤲🏻 - The Solusi
Show all...
18🥰 4
Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaykum hi😊 ❤️Sempena Tahun Baru 2024, Gummy Booster Pastil Kanak2 jenama ISQ nak belanja Electric Cooker bernilai RM265, percuma! Untuk tak terlepas peluang cepat2 mesej kami di sini : https://yup.la/wasapsini Boleh juga terus stanby esok pukul 11 PAGI di sini : https://osini.co/gummy-special-offer
Show all...
4
Photo unavailableShow in Telegram
📚 Halaqah Tadabbur Mingguan 📚 Sebagai pembuka tahun 2024, Halaqah Hadramiyah menjemput kepada semua yang ingin memaknai ayat al-Quran dan mendedahkan diri dengan al-Quran. Marilahh kita menyusun perjalanan kehidupan 2024 dengan al-Quran, Insha-Allah kelas tadabbur akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: 📕 Bermula dengan Surah ad-Dhuha dan seterusnya 🗓 Hari: Rabu ⏰ Masa: 9.00 malam - 10.00 malam 📌 BERMULA 10 Januari 2024 📌 Klik link untuk perincian: 📺 https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/tadabbur ▫️ atau pertanyaan, sila hubungi: 📲 http://wa.me/60147316598 (Admin)
Show all...
👍 2 2
InsyaAllah REZEKI MELIMPAH 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya. 3. AL-QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. 4. ZIKIR. Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari. 5. SOLAT BERJEMAAH. Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih. 6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang. 7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali. 8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat. 9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana. 10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha. 4 amalan surah setiap hari. ● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu ● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha ● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar ● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur Lain-lain: . 1. Minumlah air masak 3 liter sehari. 2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAALLAH
Show all...
15👍 2
Rahsia hidup tenang di Tahun 2024 ada di sini. Ada 4 elemen penting untuk dapat hidup sejahtera: 1. Fizikal. - Pastikan bangun 2 jam lebih awal dari biasa. - Shower sejuk, bagus untuk peredaran darah. - Minum air masak 2 gelas. 2. Minda. - Membaca Al-Quran untuk kelapangan fikiran. - Hayati maksud dan fikirkan mesejnya. - Kaitkan mesej tersebut untuk pembelajaran kehidupan kita. - Mula menulis jurnal tentang apa wishlist dan manfaat yang kita nak sumbangkan hari ini. 3. Jiwa. - Solat Subuh berjemaah di masjid. - Jika masjid dekat, jalan kaki. - Sepanjang jalan dapat lihat suasana yang tenang untuk 'healing' kan jiwa. - Berzikir sepanjang jalan, kerana ia adalah makanan untuk jiwa. - Target untuk solat awal waktu. - Sedekah subuh di masjid. 4. Hubungan. 1. Pastikan hubungan kita dengan Allah SWT semakin dekat. Sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap percakapan harian kita. Contoh: "Alhamdulillah, dapat juga aku ke masjid subuh ini. Ini semua, Allah permudahkan." Pastikan hubungan kita dengan sesama manusia pun semakin dekat. Sentiasa bantu diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai yang berada dalam kesulitan. Hulurkan tangan dan ringankan beban mereka. 2. Sentiasa letak dalam kepala bahawa, "aku nak bantu orang hari ini iaitu ..." Pastikan hubungan kita dengan sesama manusia pun semakin dekat. Sentiasa bantu diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai yang berada dalam kesulitan. Hulurkan tangan dan ringankan beban mereka. Sentiasa letak dalam kepala bahawa, "aku nak bantu orang hari ini iaitu ..." Semoga tahun ini, hidup kita lebih tenang untuk menang. Ada kejayaan luar biasa yang kita idamkan selama ini. Dan rezeki mencurah-curah serta dipermudahkan oleh Allah SWT juga. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Berjuang di tahun 2024.
Show all...
21👍 4
Andai kita sebelum ini tak sempat atau tak mampu untuk berbuat baik pada ibu bapa saat mereka hidup, hari ini kita masih lagi boleh usahakan sesuatu. Banyakkan bersedekah atas nama mereka. Niatkan usaha sedekah kita khusus untuk ibu bapa kita yang telah tiada. Selain itu kita terus meneruslah mendoakan mereka. Saat teringat, terus doakan. Moga kita nanti dikumpulkan bersama mereka di syurga sana. Amin. 🤲🏻 - Firdaus Mokhtar
Show all...
38👍 2
Rak bawang aesthetic katanya. Tapi serius lawa. Jimat ruang. Multifuntion sangat boleh letak macam². Beli kat sini je 👇🏻 https://goeco.mobi/4T1L7ssg
Show all...
IMG_6921.MOV31.22 MB
3
Photo unavailableShow in Telegram
*WANZIEY GOLD* Menjual emas baru dan terpakai. Hubungi kami ditalian 013-2764836 untuk sebarang pertanyaan. ( *Hanya no. ini sahaja untuk urusniaga emas wanziey gold*❗Sila berhati-hati dengan scammer❗) Anda semua dijemput untuk join ke group emas kami di aplikasi whatsapp@telegram. 👇🏻👇🏻👇🏻 🫐TELEGRAM : https://t.me/wanzieygoldpekan 🍏WHATSAPP: https://chat.whatsapp.com/Eu1gd0Tv8N3H8f326q30od
Show all...
👍 1
10 Tanda bahawa kamu orang yang tabah dan cekal: 1. Kamu tidak menyalahkan orang lain atas kesan dan akibat yang berlaku dalam situasi hidup kamu. 2. Kamu memaafkan di saat orang lain tak menjangkakan perkataan maaf dari kamu. 3. Kamu tidak mengeluh malah bertambah bersyukur di saat diuji. 4. Kamu fokus untuk hasil jangka masa panjang. 5. Penilaian orang terhadap kamu adalah kamu terima dengan lapang dada. Yang buruk, kamu terima dan perbaiki segera. 6. Kamu hargai hidup dan menghargai sesiapa pun yang hadir dalam hidup kamu. 7. Kamu adalah penasihat juga pendengar setia bagi orang yang tersayang di sekeliling kamu. 8. Kamu percayakan orang tetapi tidak terburu-buru. Kamu menilai pembuktian, perlakuan dan hasil terlebih dahulu. 9. Kamu sentiasa mencari keseimbangan di antara emosi dan kebijaksanaan akalmu. 10. Masa lalu adalah pengajaran, masa sekarang adalah masa untuk kamu fokus 100%. Anak cucu dan sahabat Tok Abah, Dalam hidup ini, kuat sahaja tidak cukup. Kamu perlu belajar untuk kuat, cekal dan sudah pastinya berlapang dada dengan tiap ujian yang datang satu persatu. Berserah kepada Allah SWT. Hanya Dia yang akan membantu dan memudahkan segala urusan kita hari ini dan hari seterusnya. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Salam Jumaat buat semua anak cucu Tok Abah.
Show all...
🥰 11👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Booster / Apps premium 📍 Min ada open untuk apps premium & service booster . Sesiapa yang berminat , boleh tekan link yang disediakan 🫣 Nak join dropship pun boleh Untuk apps premium ada promo YES untuk pembelian 2 apps & ke atas . PREMIUM + STABIL Untuk booster , ada free service 🙈 Harga promo sini https://t.me/+YmRBmT-8PZk5NDM9 Yang berminat sahaja tekan link : www.wasap.my/+60167034228/PROMO+YES
Show all...
Ada banyak perkara yang akan membuatkan kita rasa lemah. Terutama tentang rezeki dan apa yang kita minta tapi belum Allah izinkan untuk kita dapat. Pandanglah pada apa yang kita dah ada. Selama yang telah Allah beri bersama kita. Pada saya ada isteri dan anak-anak. Ini kekuatan dan harapan. Inilah anugerah dan rezeki yang sangat indah telah Allah diberikan. Kalian pun sama. Pandanglah apa yang telah Allah beri saat kita berasa lemah menanti apa yang belum lagi jadi milik kita. Nikmat yang telah Allah beri pun tak dapat kita syukuri. Atas sebab lagi Tuhan nak bagi lebih ye dak? Ok. Mari bersyukur dulu.
Show all...
13
Hari ini kita ulang pesanan ini untuk kaum Hawa. Iya, buat semua yang bergelar perempuan. 1. Perempuan yang tidak bertudung bukanlah jahat. Ada juga yang bertudung tapi perangai ya ampun ngeri. Namun begitu Rasulullah dah pesan kalau tak bertudung akan di seksa di akhirat nanti. 2. Perempuan jika ada simpan perasaan ke lelaki tak solat, elok nasihatkan dia utamakan solat dulu. Kalau tidak mahu juga, kau carilah lain. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke syurga. Kalau diri sendiri pun tak mampu nak bawa, apatah lagi diri orang lain ye dak? 3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur. 4. Seorang yang solehah itu punya sifat malu yang sangat tinggi. Maka dia tidak akan memalukan diri sendiri. Tik tok untuk challenge itu ini (yang tanpa ada batas menjaga aurat) tanda sifat malu telah lebur. 5. Perempuan yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga. Maka usaha itu kita hargailah. 6. Isteri yang solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Di rumah terutamanya dia sangat berhias. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri di syurga nanti. 7. Isteri yang bersalaman dengan suaminya akan berguguranlah dosanya. Maka selalulah bersalaman dengan suami ya. Santunilah suami elok-elok. 8. Yang ini kena selalu hati-hati. Isteri yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga. Allahu. Maka usah minta yang bukan-bukan. Begitulah. Firdaus Mokhtar, Moga baik-baik aja.
Show all...
13👍 6
Photo unavailableShow in Telegram
https://goeco.mobi/Y9TavKup Dessini tengah buat sale hujung tahun tu. Electric cooker. RM49 je dapat pulak free shipping. Cepat ler grab. Hehe.
Show all...
https://shope.ee/3VKkYYEclU Dessini tengah buat sale hujung tahun tu. Electric cooker. RM49 je dapat pulak free shipping. Cepat ler grab. Hehe.
Show all...
Nak tampil menarik di mata orang sekeliling hari ini? . Lakukan 7 tabiat kecil ini: . 1. Beri kejutan kepada orang yang kamu ambil berat hari ini. . 2. Jaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat, bersenam dan urus perbelanjaan dengan bijak. . 3. Buat kebaikan pada seseorang yang kamu tak kenal hari ini. Sesiapa yang kamu jumpa dalam perjalanan nak ke tempat kerja/belajar. Kemudian, lihat senyuman mereka. . 4. Kekal diam dan bertenang apabila ada seseorang yang cuba buat kamu marah hari ini. Dengar dan terima bahawa mereka datang sebagai ujian. Dan ujian itu untuk bentuk kamu jadi lebih baik hari ini. . 5. Belajar dengan orang lain yang kelihatan biasa di mata kamu selama ini. Jika bertemu dengan cleaner, perhatikan cara mereka bertungkus lumus membersihkan lantai. . Tanya khabar dan ucap terima kasih padanya. . 6. Berniat untuk kekal setia dan saling percaya mempercayai dalam hubungan yang kamu jalinkan selama ini. . 7. Jaga ibubapa, keluarga, pasangan, anak-anak dan sesiapa sahaja yang tersayang dengan sepenuh hati. . Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah, . Kita nampak molek di mata orang lain, bukan semata-mata pada rupa dan penampilan kita. Tetapi kita ada hati nurani dan jiwa yang besar untuk dipancarkan pada mereka. . Kita nak tampil menarik, kena bijak menarik budi pekerti dalam diri. . Semoga hari ini, kehidupan kamu jadi lebih indah berbanding semalam. Dan rezeki melimpah-ruah dengan luar biasanya ya. . Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Kekal menarik sepanjang zaman. Cewah!
Show all...
13👍 1
"JANGAN SALAH FAHAM YE KALAU TENGOK VIDEO NI" 😂 Kita post sebab nak beriklan je. 😄 Storage box cabinet ni walaupun murah tapi berquality tau. Korang boleh letak macam² dalam tu. Senang pasang, dan storage box jenis lipat. Mudah yakmat. Korang beli kat sini tau : https://goeco.mobi/5NphyMNd
Show all...
IMG_6630.MOV32.73 MB
👍 1
24 CARA UNTUK BINA HIDUP YANG KITA IMPIKAN DI TAHUN 2024: 1. Mula dengan luangkan masa dengan orang yang tepat. 2. Mula berlaku jujur dengan diri sendiri terhadap semua perkara. 3. Mula jadikan kebahagiaan kamu sebagai keutamaan hidup. 4. Mula belajar untuk berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah. 5. Mula rapat dengan orang yang membuat kesihatan mental dan fizikal kamu lebih mantap dari tahun ini. 6. Mula jadi diri sendiri. Jangan ikut trend atau ikut budaya orang lain yang negatif. 7. Mula belajar untuk lebih peka dan hidup dalam momen sekarang. Bukan momen yang lepas. 8. Mula berfikir dengan baik dan jangan overthinking benda yang belum berlaku. 9. Mula hargai semua pengalaman buruk dalam hidup kamu. Ambil hikmah dan pelajaran daripadanya. 10. Mula berlaku adil dan baik terhadap diri sendiri. 11. Mula nikmati apa yang kamu ada. Bukan bersedih akan hal yang kamu tiada. 12. Mula bina kebahagiaanmu sendiri. 13. Mula memberi idea dan laksanakan apa yang kamu impikan. Jangan idea tinggal idea semata-mata. 14. Mula yakin bahawa kamu sudah berada di level yang lebih tinggi. 15. Mula luaskan circle yang berkualiti. Cari mereka yang fikir tentang Allah dan Rasul-Nya, perjuangan dan masa hadapan. 16. Mula beri peluang untuk orang yang kamu baru temui. Bagi manfaat tanpa mengharapkan apa juga balasan. 17. Mula bersaing dengan diri sendiri. Persaingan sebenar adalah antara diri kamu hari ini dan diri kamu semalam. Bukan orang lain. 18. Mula mencari hikmah atas apa juga perkara yang terjadi dalam hidup. Bukan menyalahkan takdir. 19. Mula memaafkan diri sendiri dan orang lain. 20. Mula membantu orang di sekeliling kamu. 21. Mula mendengar dengan hati dan tapis dengan akal fikiran. Jangan terlalu kasihan dan bersimpati sehingga orang boleh memanipulasi kamu. 22. Mula untuk pantau stress level kamu. Ambil masa berehat dari segi minda dan emosional. Rawat dengan solat taubat dan tahajud. 23. Mula lihat kecantikan dalam tiap-tiap perkara kecil. 24. Mula menerima bahawa kita sedang menuju kesempurnaan. Maka, apa juga yang dilihat tidak sempurna itu adalah langkah-langkah kecil menuju kesempurnaan mutlak. Semoga 24 cara ini akan memberikan sinar baharu untuk kita di Tahun 2024 nanti. Satu tahun yang penuh manfaat dan pastinya banyak pintu pintu rezeki terbuka untuk kita semua. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Mulakan dengan Bismillah.
Show all...
23👍 1🥰 1
Rak ampaian baju. ✅ Gantung telekung ✅ Gantung baju ✅ Gantung payung Berat : 2kg Tinggi : 158cm Lebar : 42cm Panjang : 86cm Beli kat sini : https://goeco.mobi/nbfiKofY Free Shipping ✅
Show all...
👍 2