cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Zarimi Shubrawi

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته Channel ini bertujuan sebagai satu medium sebaran bagi memaksimumkan penggunaan media baru demi untuk melihat Islam sentiasa disampaikan walau apa cara sekalipun. Terima kasih kepada semua subscribers 😍 Semoga bermanfaat

Show more
Advertising posts
399
Subscribers
No data24 hours
+17 days
+1630 days
Posting time distributions

Data loading in progress...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Publication analysis
PostsViews
Shares
Views dynamics
01
_Wafa al Hana wakil Pahang kategori Hafazan (1 - 10 Juzuk) isnin, 27 Mei 2024_ Baca selanjutnya: https://berita.pas.org.my/pelajar-mtis-antara-peserta-majlis-tilawah-menghafaz-al-quran-peringkat-kebangsaan-2024/
530Loading...
02
Ahli Al-Quran عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا Daripada Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: "Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan  bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.". (HR Tirmidzi No: 2838) Status: Hadis Hasan Sahih. Pengajaran: 1.  Sohibul Quran ialah mereka yang ahli dalam al-Quran, sentiasa mendampingi al-Quran juga penghafal al-Quran. 2.  Ahli al-Quran akan sentiasa menjaga hak al-Quran dengan membacanya, menghafal, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran. 3.  Orang yang membaca dan menghafal al-Quran perlu memberi tumpuan dan perhatian serta bersungguh-sungguh secara berterusan membaca dan menjaganya. Semoga al-Quran menjadi pegangan dan panduan hidup. عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (HR. Malik No: 1395). 4.  Pada hari akhirat nanti orang yang membaca  al-Quran berterusan akan menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga dan  terus membacanya dengan tartil sebagaimana ia membacanya ketika di dunia. Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan  Tahun 2024 yang sedang berlangsung di Kuantan Pahang, marilah kita melazimi membaca al-Quran dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya agar ia menjadi hidayah dan panduan hidup. Berusahalah menjadi Sohibul Quran.
531Loading...
03
Media files
520Loading...
04
Rangkaian Ibadah Haji🕋 Semoga kita semua Allah mampukan untuk berangkat ke tanah suci...
670Loading...
05
Media files
590Loading...
06
AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH 👉 AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT ● Firman Allah SWT: Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai [Surah Al-Baqarah :144] ● Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran "Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah. Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah. 👉 AYAT 2 - SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN ● Firman Allah SWT: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa [Ali 'Imran : 133] ● Ayat 133 dari surah Ali 'Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran "Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa. 👉 AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA ● Firman Allah SWT: Allah yang menerangi langit dan bumi [An-Nur : 35] ● Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna النور yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya. 👉 AYAT 4 - UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH ● Firman Allah SWT Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman [Al-Fath : 27] ● Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah. Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka. Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah. 👉 AYAT 5 - BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA ● Firman Allah SWT: Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud [Al-Fath : 29]
600Loading...
07
● Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah. Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud. WAllahua'lam.
540Loading...
08
Media files
520Loading...
09
DOA UNTUK ANAK-ANAK AMALAN PARA ULAMA Ya Allah, berkatkanlah bagi kami anak-anak kami dan janganlah Engkau memudaratkan mereka. Dan kurniakanlah mereka taufik bagi mentaati-Mu serta kurniakan kami amal kebaikan mereka. Ya Allah wahai Yang Mengajari Musa dan Adam, ajarkan mereka ilmu pengetahuan. Wahai Yang Memahamkan Sulaiman, kurniakanlah mereka kefahaman. Wahai Yang Memberikan Luqman hikmah dan kepetahan berikanlah mereka hikmah dan kepetahan. Ya Allah, ajarkanlah mereka apa yang mereka tidak tahu, dan ingatkan mereka apa yang mereka lupa dan bukakan bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Yang Memperkenankan Doa. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon daripada-Mu agar berikan mereka kekuatan daya hafalan, cepat faham dan otak yang jernih. Ya Allah, jadikanlah mereka petunjuk bagi mereka yang mengikut jalan hidayah bukannya orang yang sesat lagi menyesatkan. Ya Allah, jadikan mereka cinta akan keimanan dan hiasilah ia dalam jantung hati mereka serta jadikan mereka benci akan kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan dan jadikanlah mereka dalam kalangan orang yang teguh atas jalan petunjuk. Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk hati yang melihat dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah, jadikanlah mereka hamba-Mu yang paling beruntung di dunia dan akhirat. Ya Allah, jadikan mereka dalam kalangan para wali-Mu yang cahaya-cahaya mereka menerangi depan dan belakang mereka dan dalam kalangan mereka yang tiada ketakutan atas mereka dan mereka yang tidak berduka cita. Ya Allah, ampunkan dosa mereka, sucikan jantung hati mereka, peliharalah kemaluan mereka, baikilah akhlak mereka, penuhkanlah jantung hati mereka dengan nur dan hikmah, jadikanlah mereka layak menerima segala nikmat dan perbaikilah mereka serta jadikan mereka penyebab baiknya umat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada kejahatan, ujian, goncangan dan fitnah apa-apa yang zahir daripadanya dan apa-apa yang tersembunyi. Ya Allah, jauhkan mereka daripada teman yang jahat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada zina dan liwat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada arak, dadah dan segala yang diharamkan. Ya Allah, selamatkan mereka daripada wabak dan penyakit. Ya Allah, selamatkan mereka daripada segala keburukan sepanjang malam dan siang, dalam terang dan sembunyi. Dan tunjuki mereka kepada apa yang Engkau suka daripada mereka dan ampuni mereka wahai Yang Maha Pengampun. Ya Allah, jangan Engkau palingkan jantung hati mereka setelah Engkau tunjukkan mereka hidayah, dan berikanlah mereka rahmat daripada-Mu serta permudahkan bagi mereka urusan mereka dengan petunjuk.
790Loading...
10
Media files
640Loading...
11
Selesai Retreat Akademik Maahad Tahfiz Al Istiqamah terus kami ke MTNP ziarah pelajar MTIS Wafa Al Hana Binti Ahmad Fahizme, yg berkampung di MTNP selama hampir 3 minggu menjalani latihan bagi menghadapi musabaqah hafazan. Insya Allah, esok semua peserta musabaqah tilawah dan hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan dah mula cek in di penginapan.. guru² hadir ziarah petang ini bagi sokongan semangat, motivasi dan doa.. Sama² kita doakan moga beliau boleh buat yg terbaik insya Allah. Amin.
750Loading...
12
Hari ini 10 Zulkaedah, bererti 20 hari lagi kita akan memasuki 10 hari yang paling afdhal dan paling dicintai oleh Allah pada setiap amal solehnya. Juga sebulan lagi akan tibanya hari wukuf iaitu hari pengampunan, hari mustajab doanya juga hari pembebasan azab neraka. Namun andaikata kita tidak mampu berwuquf di Padang Arafah nanti, maka berwukuflah di perbatasan hukum-hakam Allah. Andai kita tidak mampu bermabit di Muzdalifah, maka bermabitlah berdua-duan bermalam dalam ketaatan bermunajat kepada Allah. Andai kita tidak mampu menyembelih haiwan korban di Mina, maka sembelihlah segala hawa nafsu dan kemaksiatan kita kepada Allah. Dan, Andai kita tidak mampu mengembara sehingga ke Baitullah, maka mengembaralah hati kita kepada Allah Tuhan Pemilik Baitullah. Kita tidak mampu memilih menjadi Dhuyufurrahman, tetapi kita mampu memilih menjadi hamba yang disayangi al-Rahman. Semoga Allah memilih kita untuk menerima sebanyak mungkin kebaikan dan kecintaan-Nya pada hari-hari paling terbaik di dunia ini iaitu 10 hari awal Zulhijjah nanti.
730Loading...
13
Media files
630Loading...
14
Tips nak bangun subuh awal. 1. Tidur awal. Lepas pukul 10:00 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat. 2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10:00 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet. 3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh. 4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di FB orang lain. 5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh. 6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh. Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh. Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh. Kalau subuh kita pukul 7:00, mampukah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan? Mampu nak hadapi ujian? Mampu nak hadapi kecaman? Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh. Penulis asal: Abu Hurairah
741Loading...
15
SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR !! Rupanya 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda : "Jarak antara dua pintu syurga adalah sebesar ANTARA MEKAH DAN HAJAR, atau ANTARA MEKAH DAN BUSRA." Hari ini, teknologi pengimejan Satelit telah mengesahkan bahawa jarak antara kedua-dua lokasi ini memang sama! Begitu juga dengan hadis sahih dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi ﷺ bersabda : Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya, sesungguhnya jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti jarak antara Mekah dan Hajar (kini Bahrain), atau seperti jarak antara Mekah dan Busra (kini selatan Syria)." Hadis Riwayat Muslim Di sini, Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah menyatakan ukuran antara dua daun pintu Syurga adalah bersamaan dengan dua jarak. Pertama, bersamaan dengan jarak antara Mekah dan Hajar. Kedua, bersamaan dengan jarak antara Mekah dan Busra Di manakah terletak Hajar dan Busra? Hajar terletak di timur Semenanjung Tanah Arab, dan sekarang ia berada dalam negara Bahrain. Manakala Busra terletak di selatan negara Syria. Boleh buat carian di Google Maps Difahami daripada hadis ini, kedua-dua jarak tersebut (Mekah/Hajar dan Mekah/Busra) sudah tentu lebih kurang sama kerana Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah menjadikan kedua-duanya sebagai pengukur bagi jarak antara dua daun pintu Syurga Sheikh Abdul Majid Zindani, Pengerusi Lembaga Mukjizat Saintifik Dalam Al-Quran dan As-Sunnah, semasa mengulaskan berkenaan perkara ini menegaskan bahawa jarak antara dua tempat yang jauh sukar untuk mendapat ukurannya yang tepat, melainkan jika ia diukur dari udara, kerana ia tidak terhalang oleh bentuk muka bumi yang tidak rata, jalan yang bengkang-bengkok. Di era Nabi sallallaahu alaihi wasallam untuk membuat pengukuran dari udara bukanlah satu perkara yang mudah. Perkara ini sukar dilakukan sehingga muncul abad ke-20 apabila proses pemfotoan muka bumi dapat dibuat dengan terperinci Berdasarkan pengukuran jarak dua tempat dari udara dan dalam garis lurus, ternyata antara Mekah dan Busra (selatan Syria) dan antara Mekah dan Hajar (sekarang di Bahrain) jaraknya adalah sama Jaraknya 1,273 kilometer! Subhanallah! Kecanggihan satelit pada hari ini telah mengakui kebenaran kata-kata yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu alaihi wasallam, bila mana baginda membicarakan tentang jarak antara pintu Syurga Kebenaran Mukjizat Baginda Rasullullah ﷺ telah dibuktikan secara ilmiah melalui teknologi-teknologi zaman sekarang padahal ketika zaman baginda, tiada sebarang teknologi canggih pun digunakan. Sungguh benar Firman Allah Swt: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapannya itu tiada lain adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat." (An-Najam 3-5) "Simpan kat wall fb masing-masing ya"
700Loading...
16
Media files
720Loading...
17
Bercakap mengenai jenayah seksual sering dikaitkan dengan negeri pantai timur. Berpijaklah di bumi nyata. Saya sebenarnya tidaklah ingin tuju keburukan kepada mana2 negeri. Cuma buat para walanon sekalian, tak perlulah nak hodohkan mana2 negeri. Jenayah ni di mana2, menjadi tanggungjawab kita untuk sama bangunkan negara ini. Apa yang penting, moga kadar jenayah kita semakin menurun di seluruh negara ini.
910Loading...
18
*Majlis Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang 2024* *_18 Mei 2024 | Sabtu_* Ruang Legar Kuantan Parade, Kuantan Pahang https://www.facebook.com/share/v/673Mjy3rQXmXLXzD/?mibextid=oFDknk
790Loading...
19
https://vt.tiktok.com/ZSYRnJDfC/
720Loading...
20
Media files
970Loading...
21
Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rasulullah SAW: مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236] SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik di seluruh dunia. "Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani" #HariGuru #teachersday #pasti #sriti #GuruMurobbiMembinaGenerasiRabbani #PemudaPAS #GenerasiSejahteraMengisiKemenangan
1150Loading...
22

10Loading...
23
NAKBAH MODEN PASCA 7 OKTOBER 15 Mei 1948 merupakan tanggal hitam dalam sejarah umat Islam era moden. Pada tarikh ini, hampir 700 ribu warga Palestin diusir dan ratusan buah kampung asal yang diduduki orang Palestin dibakar dan dihancurkan. #PemudaPAS #GenerasiSejahtera #ZikraNakbah76 https://www.facebook.com/share/sZGyGxTqrJPdc4H8/?mibextid=WC7FNe
1290Loading...
24
𝗡𝗔𝗦𝗬𝗜𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗭𝗔 Dipersembahkan oleh: Koir Tentera - Briged Al-Qassam Sumber: Briged Al-Qassam
3395Loading...
25
INFO2 BERKAITAN AL QURAN & SAHABAT2 NABI. Sahabat yg paling tepat bacaannya ialah Ibn Masud r.a Sahabat yg paling merdu suara ketika membaca alQuran ialah Abu Musa al Asy’ari r.a Sahabat yg mengetuai lajnah pengumpulan alQuran dlm satu mushaf ialah Zaid bin Thabit r.a Sahabat yg menjadi imam besar di zaman sayyidina umar r.a ialah Ubai bim Kaab r.a Satu2nya sahabat yg disebut namanya secara jelas (bkn gantinama) ialah Zaid bin Harithah r.a Sahabat yg ayat alQuran diturunkan bertepatan dgn cadangannya ialah Umar al-Khattab r.a Sahabat yg mudah menangis kerana mghayati alQuran ketika membacanya ialah Saiyiduna Abu Bakr al Siddiq r.a Sahabat yg membuat penyelarasan semula tulisan mushaf ialah Sayyiduna Uthman r.a Di antara sahabat2 penulis wahyu ialah 4 khulafa al rasyidin, Aban b Said b alAsh, Ubai b Kaab, Zaid b Thabit, Muaz b Jabal, Arqam b Abi alArqam, Thabit b Qais, Hanzalah b alRabie’, Khalid b Said b alAsh, Khalid b alWalid, alZubair b alAwwam, Abdullah b Saad b Abi Sarh, Amir b Fuhairah, Abdullah b alArqam, Abdullah b Zaid b Abd Rabbih, al’Ala’ b alHadhrami, Muhammad b Maslamah, Muawiyah b Abi Sufyan, alMughirah b Syu’bah Radhiyallahu ‘anhum.
2920Loading...
26

2290Loading...
27
Laaa ..... Patutlah Allah guna ayat plural bagi perut lebah ni 🐝, perut-perut.. Rupa-rupanya memang ada lebih dari satu perut! *Perut-perut tu terjemahan dalam bahasa melayu dan ayat asal dalam bahasa Arab itu sendiri menggunakan ayat majmuk bagi perut tersebut .. Bermaksud lebih dari satu perut.. MasyaAllah.. Dan kita kemudian akan tertanya-tanya, ayat mana pula lagi yang akan mendedahkan lagi rahsia tentang alam ? Seronok... Orang yang suka tentang alam, suka tentang sejarah, suka tentang misteri dah rahsia, dia pasti seronok, teruja, kagum dengan Quran.. Cuma yang hatinya mati, dia akan memandang sepi.. Mudah-mudahan Allah bersihkan hati dan mematikan kita semua dalam perasaan kasih dan sayang nya pada Al-Quran .. InsyaAllah Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻
1591Loading...
Photo unavailableShow in Telegram
_Wafa al Hana wakil Pahang kategori Hafazan (1 - 10 Juzuk) isnin, 27 Mei 2024_ Baca selanjutnya: https://berita.pas.org.my/pelajar-mtis-antara-peserta-majlis-tilawah-menghafaz-al-quran-peringkat-kebangsaan-2024/
Show all...
Ahli Al-Quran عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا Daripada Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: "Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan  bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.". (HR Tirmidzi No: 2838) Status: Hadis Hasan Sahih. Pengajaran: 1.  Sohibul Quran ialah mereka yang ahli dalam al-Quran, sentiasa mendampingi al-Quran juga penghafal al-Quran. 2.  Ahli al-Quran akan sentiasa menjaga hak al-Quran dengan membacanya, menghafal, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran. 3.  Orang yang membaca dan menghafal al-Quran perlu memberi tumpuan dan perhatian serta bersungguh-sungguh secara berterusan membaca dan menjaganya. Semoga al-Quran menjadi pegangan dan panduan hidup. عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (HR. Malik No: 1395). 4.  Pada hari akhirat nanti orang yang membaca  al-Quran berterusan akan menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga dan  terus membacanya dengan tartil sebagaimana ia membacanya ketika di dunia. Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan  Tahun 2024 yang sedang berlangsung di Kuantan Pahang, marilah kita melazimi membaca al-Quran dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya agar ia menjadi hidayah dan panduan hidup. Berusahalah menjadi Sohibul Quran.
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Rangkaian Ibadah Haji🕋 Semoga kita semua Allah mampukan untuk berangkat ke tanah suci...
Show all...
00:46
Video unavailableShow in Telegram