en
Feedback
πŸ„±πŸ„΄πŸ„±πŸ„°πŸ…‚ πŸ„ΏπŸ„°πŸ„»πŸ„΄πŸ…‚πŸ…ƒπŸ„ΈπŸ„½πŸ„΄

πŸ„±πŸ„΄πŸ„±πŸ„°πŸ…‚ πŸ„ΏπŸ„°πŸ„»πŸ„΄πŸ…‚πŸ…ƒπŸ„ΈπŸ„½πŸ„΄

Open in Telegram

Show more
The country is not specifiedSales42 113
1 222
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Gambar Kereta Kebal Merkava Israel musnah di Al Zira'a, Utara Beit Hanoun Gaza akibat serangan Briged Al Qassam
Gambar Kereta Kebal Merkava Israel musnah di Al Zira'a, Utara Beit Hanoun Gaza akibat serangan Briged Al Qassam

Briged Al-Qassam menerbitkan grafik video yang memperincikan rancangan Taufan Al-Aqsa yang terperinci dari jam sifar sehingga masa kini

Hizbullah mengeluarkan statistik Risikan mereka ke atas Formasi Tentera Israel di Utara Israel atau Sekitar Sempadan Lubnan-Israel 30% dari keseluruhan Tentera Israel. 80,000 Tentera dan pegawai menghadap kami sekarang ini. 100,000 lagi menyerang Gaza 7 Kapal Tentera Laut Israel digerakkan. Pasukan Khas Laut Shayetet 13 turut digerakkan bersama Kapal Selam Dolphin ke Gaza. Bersamaan 47% jumlah kekuatan Tentera Laut Israel 25% kekuatan Tentera Udara Israel dengan 100 buah pesawat termasuk pesawat perisikan dan pesawat peperangan elektronik Separuh sistem pertahanan dan Misil Israel menghadap kami dengan 42% lagi sistem menghadap Gaza

Malam yang mengerikan di Gaza. Rakaman memaparkan situasi di langit Hospital al-Shifa pada ketika ini.

Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di kejiranan Zaytoun, utara Semenanjung Gaza telah dimusnahkan oleh pesawat perang Israel.
Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di kejiranan Zaytoun, utara Semenanjung Gaza telah dimusnahkan oleh pesawat perang Israel.

Abu Ubaidah: Briged Al-Qassam mengumumkan beberapa hari lalu mereka akan membebaskan 12 tahanan warganegara asing di Gaza, te
Abu Ubaidah: Briged Al-Qassam mengumumkan beberapa hari lalu mereka akan membebaskan 12 tahanan warganegara asing di Gaza, tetapi penjajah Zionis menghalangnya. Kami masih menegaskan bahawa kami bersedia untuk membebaskan mereka, tetapi keadaan di lapangan dan pencerobohan Zionis yang mengancam nyawa mereka inilah yang menghalang perkara ini untuk diselesaikan.

Video terbaru pertempuran al-Qassam yang sengit di sekitar Barat Bait Lahia. Ada digunakan pelbagai senapang & RPG. Anda akan dapat lihat banyak simbol πŸ”» di dalam video ini. Itu tandanya sasaran telah tersedia untuk dihancurkan. Hebat Mujahidin kita! Sumber: Briged al-Qassam

Briged Al-Qassam menyerang pasukan musuh yang menceroboh Semenanjung Gaza dengan peluru mortar.

Perancangan rejim Zionis untuk membahagikan kawasan Masjid al-Aqsa antara orang Islam dan Yahudi. 2/3 daripada kawasan Masjid
Perancangan rejim Zionis untuk membahagikan kawasan Masjid al-Aqsa antara orang Islam dan Yahudi. 2/3 daripada kawasan Masjid al-Aqsa akan diberikan kepada orang Yahudi. Sumber: Watan Media

Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan secara unilateral ter
Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan secara unilateral terhadap individu, agensi atau negara lain yang memberi sokongan kepada Hamas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, sebaliknya pendirian Malaysia hanya mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersifat multilateral.

Pesawat perang Israel mengebom lokasi berhampiran Hospital Indonesia, hospital kedua terbesar di Gaza. Sumber: Quds News Network

DI Singapura, sebarang tanda sokongan kepada mana-mana pihak dalam perang Israel- Palestin secara terbuka, boleh membawa kepa
DI Singapura, sebarang tanda sokongan kepada mana-mana pihak dalam perang Israel- Palestin secara terbuka, boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda SGD500. Pelawat luar negara pula boleh dilarang dari memasuki Singapura. Amaran ini dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Singapura. Orang ramai dan pelawat perlu memiliki permit khas jika ingin memperlihatkan sokongan kepada mana-mana pihak. Untuk rekod, Singapura menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

5 November lepas, 1000 orang doktor Zionis pengganas menandatangani surat terbuka yang menyokong penjajah tersebut mengebom hospital di Gaza. Ini adalah respon rasmi daripada para doktor dan petugas kesihatan yang sedang bertungkus-lumus membantu rakyat Gaza tanpa henti. Kredit: Taufan Al Aqsa t.me/taufan_alaqsa

Pemimpin Hamas, Osama Hamdan: Hamas akan kekal di Gaza dan tiada kuasa di bumi ini akan dapat merampas Hamas dari tanahnya da
Pemimpin Hamas, Osama Hamdan: Hamas akan kekal di Gaza dan tiada kuasa di bumi ini akan dapat merampas Hamas dari tanahnya dan rakyatnya, dan rakyat kami tidak akan menerima kerajaan baharu daripada wakil penjajah Zionis atau Amerika. Sumber: Al Jazeera t.me/hadispalestin

PELAN HAMAS UNTUK KALAHKAN ISRAEL. (PART 2) Oleh: Ahmed Mansour 3. Keyakinan Hamas bahawa konsep hanya dengan peperangan yang boleh dilakukan apabila berhadapan kekuatan musuh. Keyakinan ketenteraan mereka bergantung kepada apa yang diperintahkan Allah yang menyedari bahawa kemenangan hanya datang dari Allah. Terdapat banyak kes di mana kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah, dan Allah sebelum ini telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam peperangan terdahulu pada tahun 2009 dan 2014, di mana Israel tidak dapat menguasai Gaza, Sementara itu, tentera penjajah Israel memiliki kepercayaan ketenteraan yang kabur, bergantung kepada penindasan, pencurian, & kekuatan senjata yang mereka miliki, serta sokongan kuasa Barat yang berdiri di belakang mereka. Mereka ingin terus hidup, sedangkan pejuang Hamas mencari syahid. 4. Hamas punyai segala macam kelengkapan ketenteraan (perisikan & pusat kajian). 7 Okt, mereka berjaya menyingkap kegagalan keselamatan Israel, yang mana akan membuatkan mereka berkecamuk teruk yang pasti akan meruncing selepas tamatnya perang ini. 5. Hamas berjuang di atas tanahnya yang sah. Israel berperang dari atas tanah yang dijajah & dicuri. Penjajah sentiasa akan kalah. Sejarah telah tunjukkan. Walaupun mereka punyai kelengkapan yang paling hebat. 6. Rakyat Gaza menunjukkan sokongan kepada pejuang tanpa berbelah bahagi. Sokongan yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini. Bahkan, mereka menambahkan sokongan ini dengan keimanan & redha yang sangat hebat terhadap Allah SWT. Manakala, Israel ketakutan dengan SUMPAH LAKNAT 80 TAHUN. 7. Rakyat Gaza sedar dengan perancangan menghalau mereka.. Mereka lebih rela syahid di atas tanah air mereka sendiri daripada terhina menunggu bantuan di kem pelarian. Ini membuatkan mereka menyokong penuh para mujahidin. 8. Taufan al-Aqsa mengubah paradigma & naratif dunia kepada Palestin, Hamas & Mujahidin. Mereka bersama Mujahidin. Israel mengalami kecaman yang jitu dari seluruh dunia. Wajah binatang mereka tersingkap penuh. 9. Kejatuhan Institusi Media Sosial Barat yang menyokong penuh Israel. Sokongan penuh beralih kepada Palestin. Mereka telah banyak membantu membetulkan naratif yang sebenar. Kini, Isu Palestin menjadi rutin harian untuk dibaca bagi sesiapa yang punyai HP. 10. Sehingga kini Hamas masih belum menunjukkan kekuatannya secara 100%. Dengan sebahagian kekuatan ini Hamas telah mengugut Netanyahu, bahawa dia akan kalah melutut kehinaan. Hamas telah berjaya mengawal perang ini dalam segala genap, media, tentera & politik 11. Hamas telah mengucar-kacirkan seluruh sistem pentadbiran Israel. Netanyahu bergaduh dengan kabinetnya. Menteri Kewangan berkata mereka mengalami keruduman ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara. Rakyat pula mendesak Netanyahu beredar dari kerusi PM. Kesimpulan: Hamas telah kaji perang ini dengan sangat teliti. US mengambil masa berbulan untuk tawan Iraq, namun tidak berjaya. Jadi bagaimana Israel mampu untuk tawan Gaza sedangkan mereka tidak tahu di mana terowong & dari mana Mujahidin akan menyerang? Dalam masa yang sama, seleruh rakyat Gaza dipenuhi dengan iman & redha kepada Allah SWT pada tahap yang tertinggi. Mereka telah berjaya menukar perasaan sedih, geram, pasrah kepada tenaga kekuatan untuk bertahan melawan penjajah. Mereka tidak akan kalah dengan mudah! t.me/hadispalestin

PELAN HAMAS UNTUK KALAHKAN ISRAEL. (PART 1) Oleh: Ahmed Mansour 1. Kemenangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober telah terca
+1
PELAN HAMAS UNTUK KALAHKAN ISRAEL. (PART 1) Oleh: Ahmed Mansour 1. Kemenangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober telah tercatat dalam sejarah & diakui oleh seluruh dunia, dan tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Hamas mencapai kemenangan pada hari pertama. Kini, mereka meneruskan perjuangan seperti apa yang mereka rancangkan. 2. Hamas hanya memasuki pertempuran selepas mengambil kira perintah  Allah, "وأعدوا". Mereka mempersiapkan pejuang & senjata mereka serta mengambil langkah-langkah kemenangan, yakin bahawa Allah tidak akan meninggalkan mereka. Mereka telah berdepan dengan Israel selama 50 hari dalam pada tahun 2014, & mereka telah menyediakan diri mereka untuk pertempuran yang lebih panjang pada kali ini. t.me/hadispalestin

Briged Al-Qassam telah musnahkan 97 kereta kebal dan kenderaan tentera Israel sejak perang darat di Gaza. Sumber: Ismaweb t.m
Briged Al-Qassam telah musnahkan 97 kereta kebal dan kenderaan tentera Israel sejak perang darat di Gaza. Sumber: Ismaweb t.me/ismaweb