en
Feedback
Nota Nuraini Shahbuddin

Nota Nuraini Shahbuddin

Open in Telegram

Suka berkongsi tentang Al-Quran - Tadabbur dan Jurnal Quran sebagai terapi diri. Diuruskan sepenuhnya oleh Nuraini Shahbuddin. Pegasas Instagram Journaling Bonda dan penulis buku Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang.

Show more
1 479
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-530 days

Data loading in progress...

Similar Channels
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+4
in 0 channels
August '26
+86
in 0 channels
Get PRO
July '260
in 2 channels
Get PRO
June '260
in 1 channels
Get PRO
May '260
in 1 channels
Get PRO
April '260
in 0 channels
Get PRO
March '260
in 0 channels
Get PRO
February '260
in 0 channels
Get PRO
January '260
in 1 channels
Get PRO
December '250
in 0 channels
Get PRO
November '250
in 0 channels
Get PRO
October '25
+1
in 0 channels
Get PRO
September '25
+2
in 0 channels
Get PRO
August '25
+5
in 0 channels
Get PRO
July '25
+10
in 1 channels
Get PRO
June '25
+3
in 1 channels
Get PRO
May '25
+2
in 1 channels
Get PRO
April '250
in 0 channels
Get PRO
March '25
+5
in 0 channels
Get PRO
February '25
+11
in 1 channels
Get PRO
January '25
+7
in 0 channels
Get PRO
December '24
+64
in 1 channels
Get PRO
November '24
+24
in 1 channels
Get PRO
October '24
+43
in 0 channels
Get PRO
September '24
+15
in 0 channels
Get PRO
August '24
+53
in 0 channels
Get PRO
July '24
+34
in 0 channels
Get PRO
June '24
+28
in 0 channels
Get PRO
May '24
+23
in 0 channels
Get PRO
April '24
+10
in 0 channels
Get PRO
March '24
+27
in 0 channels
Get PRO
February '24
+39
in 1 channels
Get PRO
January '24
+67
in 0 channels
Get PRO
December '23
+68
in 0 channels
Get PRO
November '23
+22
in 1 channels
Get PRO
October '23
+16
in 0 channels
Get PRO
September '23
+24
in 0 channels
Get PRO
August '23
+1 100
in 0 channels
Date
Subscriber Growth
Mentions
Channels
07 September0
06 September0
05 September0
04 September+1
03 September+2
02 September+1
01 September0
Channel Posts
Saya perasan ibu yang istiqamah membaca Al-Quran biasanya melakukan 3 perkara ini. Ramai ibu mahu lebih dekat dengan Al-Quran. Tetapi apabila jadual semakin padat, rutin itu perlahan-lahan hilang. Saya pun pernah berada di fasa itu. Sehinggalah saya sedar, saya tidak perlukan lebih banyak semangat. Saya cuma perlukan rutin yang lebih mudah. Ini tiga perkara yang banyak membantu saya. 1. KENAL PASTI GOLDEN TIME KITA. Setiap ibu ada waktu yang berbeza. Ada yang selepas Subuh. Ada yang ketika anak tidur. Ada juga yang hanya mempunyai 10 minit sebelum tidur. Jadi, cari waktu yang paling mudah untuk kita istiqamah. 2. JADIKAN AL-QURAN YANG UTAMA DALAM JADUAL HARIAN Jangan tunggu ada masa. Tetapi tetapkan waktu bila kita mahu membaca al-Quran. Apa yang kita letakkan dalam jadual, biasanya lebih mudah untuk kita tunaikan. 3. LETAKKAN AL-QURAN DI TEMPAT YANG MUDAH DICAPAI Di meja kerja. Di sisi katil. Atau di tempat yang selalu kita lalui. Apabila Al-Quran sentiasa di depan mata, kita lebih mudah mencapainya walaupun hanya beberapa minit. Saya selalu sangka saya perlukan motivasi. Rupanya saya cuma perlukan sistem yang memudahkan saya kembali kepada Al-Quran. Kalau ibu-ibu ada satu lagi tip yang membantu diri istiqamah membaca Al-Quran, kongsikan di ruangan komen. Mudah-mudahan lebih ramai ibu dapat mengambil manfaat.

2
Saya ubah satu perkara semasa membaca Al-Quran. Sejak itu, saya lebih menghargai setiap surah yang saya baca. Dulu, saya fikir yang penting ialah menghabiskan bacaan. Tetapi selepas selesai membaca satu surah, saya sering tertanya-tanya, “Mengapa Allah turunkan surah ini?” “Apakah yang sedang berlaku ketika ayat-ayat ini diturunkan?” Saya sedar, saya sedang membaca ayat-ayat Allah. Tetapi saya belum benar-benar mengetahui kisah di sebalik penurunannya. Lama-kelamaan, saya mula mencari jawapan. Saya mula membaca tentang sirah di sebalik setiap surah sebelum membaca ayat demi ayat al-Quran. Rupa-rupanya, apabila kita tahu latar belakang surah, kita mula faham mengapa Allah menurunkan ayat itu pada waktu tersebut. Ada kisah yang membuat saya berhenti lebih lama. Ada surah yang terasa lebih dekat dengan kehidupan. Sirajan Munira oleh Ustaz Syaari Ab Rahman ini antara buku yang banyak membantu saya memahami sirah di sebalik surah. Bahasanya mudah difahami dan membantu saya melihat hubungan antara sirah Rasulullah ﷺ dengan ayat-ayat Al-Quran. Buku inilah yang sering saya capai sebelum mula membaca sesuatu surah.https://s.shopee.com.my/AUsK1I06rK Saya yakin apabila kita mengetahui kisah di sebalik sesuatu surah, kita bukan sahaja lebih memahami ayat-ayatnya. Kita juga belajar menghargai betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh umat terdahulu untuk menjemput satu per satu ayat-ayat Allah SWT daripada langit.
160
3
Saya perasan satu persamaan pada ibu yang bertumbuh dengan Al-Quran. Mereka bukanlah ibu yang hidupnya sentiasa mudah. Ada hari penat mereka sungguh luar biasa. Ada hari mereka dalam ‘survival mode’. Mereka juga pernah merasa tidak cukup menjadi ibu yang baik. Tetapi saya perasan satu perkara. Apabila diuji, mereka tidak berlama-lamaan dalam rasa putus asa. Malah, mereka tahu ke mana hati ini perlu kembali. Saya juga pernah melalui hari-hari yang terasa begitu berat. Ada banyak perkara yang tidak menjadi seperti yang saya harapkan. Kadangkala, saya rasa letih bukan kerana banyaknya kerja. Tetapi kerana hati yang terlalu lama memikul semuanya sendirian. Ketika saya mula membiasakan diri mentadabbur Al-Quran, saya sedar sesuatu. Allah bukan sahaja memberi jawapan kepada masalah saya. Bahkan, Allah sedang membentuk cara saya melihat masalah itu. Di situlah perubahan yang sebenar bermula. Saya selalu sangka saya perlu menunggu hidup menjadi tenang untuk benar-benar dekat dengan Al-Quran. Rupanya, sayalah yang perlu kembali kepada Al-Quran supaya mampu melalui hidup yang tidak selalu tenang. Sejak itu, setiap kali hati terasa berat, saya tidak lagi mencari jalan keluar saja. Saya cuba mencari petunjuk daripada ayat-ayat Allah. Sedikit demi sedikit, hati menjadi lebih tenang. Bukan kerana ujian sudah tiada. Tetapi kerana saya belajar melihat setiap ujian dengan panduan daripada Al-Quran. Mudah-mudahan hari ini, walaupun kita masih bergelut dengan pelbagai urusan, Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk kembali kepada kalam-Nya. Kerana di situlah hati seorang ibu perlahan-lahan dibentuk menjadi lebih tenang, lebih sabar dan lebih yakin dengan setiap ketetapan-Nya.
144
4
Assalamualaikum semua. Terima kasih banyak kepada semua yang dah mendaftar webinar Tenang Dalam Ujian. Tak sabar nak belajar dan tadabbur bersama nanti, insya-Allah. Saya nak ingatkan satu perkara ya. Kalau dah mendaftar, jangan lupa semak e-mel pengesahan pendaftaran. Dalam e-mel tu ada link untuk masuk ke grup peserta webinar. Pastikan dah masuk supaya tak terlepas sebarang info nanti. Oh ya, hari ini juga adalah hari terakhir harga Early Bird. Lepas hari ini, harga pendaftaran akan berubah ya. Boleh mendaftar di sini: ezy.la/tenangujian Jumpa nanti, insya-Allah.
148
5
Saya perasan satu perkara tentang wanita yang dekat dengan Al-Quran ketika diuji. Mereka bukan tidak menangis. Mereka bukan tidak merasa berat ujian yang menimpa. Mereka juga bukan sentiasa kuat. Kadangkala mereka pura-pura terlihat kuat di hadapan manusia, namun ketika bersendirian hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Namun saya perasan, ada satu perkara yang perlahan-lahan berubah dalam diri mereka. Bukan ujiannya yang semakin ringan. Tetapi cara mereka melihat ujian itu mula berubah. Dulu mungkin mereka tertanya-tanya, “Kenapa Allah memilih aku untuk melalui semua ini?” "Kenapa aku harus menghadapi kesusahan ini, sedangkan setiap hari aku berdoa agar Allah lapangkan dada dan mudahkan urusanku?" Namun apabila hati mula melihat dengan kaca mata iman, mereka mula memahami bahawa tidak semua kesusahan datang untuk menjatuhkan mereka. Kerana ujianlah yang menzahirkan bagaimana hati kita berpaut kepada Allah ketika keadaan tidak seperti yang diharapkan. Semasa saya tadabbur ayat ini: وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ “Dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut dan kelaparan...” (Surah Al-Baqarah: 155) Saya terhenti seketika. Ada satu perkataan yang menarik perhatian saya dalam ayat ini. Kalimah “بِشَيْءٍ” - dengan sedikit daripada ketakutan dan kelaparan. Allah tidak mengatakan Dia akan menguji kita dengan seluruh ketakutan. Allah juga tidak mengatakan Dia akan memberikan semua kesusahan. Berkata Sheikh As-Sa’di, jika seluruh kesusahan ditimpakan kepada manusia, kita mungkin tidak mampu menanggungnya. Binasalah kita. Di situlah saya mula memahami yang ujian daripada Allah bukan untuk memusnahkan. Ia hadir untuk membentuk hati kita agar tidak mengingati Allah ketika senang sahaja, bahkan kita tahu untuk kembali kepada-Nya ketika diuji. Mungkin hari ini ada sesuatu yang sedang kita lalui. Sesuatu yang terasa berat. Sesuatu yang kita harap Allah segera mengangkatnya. Tetapi yakinlah dengan melalui ujian itu, Allah sedang membentuk sesuatu dalam diri kita yang tidak akan lahir melalui kesenangan. Mungkin kesabaran yang lebih indah. Mungkin pergantungan yang lebih kuat kepada-Nya. Mungkin juga hati yang lebih dekat dengan Al-Quran. Sungguh, Allah tidak memberi ujian untuk menjauhkan kita daripada-Nya. Kadang-kadang, ujian itulah jalan untuk Allah membawa kita lebih dekat kepada-Nya. Insya-Allah, kita akan sama-sama mentadabburi ayat ini dengan lebih mendalam dalam webinar Tenang Dalam Ujian. Kita akan melihat bagaimana Allah membimbing hati orang beriman ketika berhadapan dengan rasa takut, kehilangan dan kesusahan melalui tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 155–157. Pendaftaran akan dibuka malam ini, jam 8.00 malam. Saya menjemput sahabat-sahabat untuk bersama dalam sesi ini. Klik link di bawah ini untuk mendaftar ya. ezy.la/tenangujian Jumpa nanti, insyallah.
216
6
Esok (22 Julai 2026), insyallah pendaftaran untuk webinar akan dibuka pada jam 8.00 malam. Jika sejak kebelakangan ini hati t
Esok (22 Julai 2026), insyallah pendaftaran untuk webinar akan dibuka pada jam 8.00 malam. Jika sejak kebelakangan ini hati terasa berat menghadapi ujian, saya berharap kita dapat bertemu dalam sesi ini. Kita akan sama-sama mentadabbur Surah Al-Baqarah ayat 155 hingga ayat 157. Dan kita belajar melihat ujian dengan panduan daripada Al-Quran. 50 peserta terawal akan dapat harga Early Bird. Jika tidak mahu terlepas harga Early Bird, sertai dahulu Komuniti Wanita Bertumbuh Dengan Al-Quran. Sebaik sahaja pendaftaran dibuka esok malam, link pendaftaran akan dikongsikan terus di dalam grup tersebut. Jumpa esok ya, insyallah. P/s: Saya kongsikan link untuk sertai grup komuniti di bawah. https://chat.whatsapp.com/IuIb1vgnxg8InmxxRu91mk?s=cl&p=i&ilr=0&amv=1
181
7
Saya perasan, wanita yang menjaga hubungan dengan Al-Quran perlahan-lahan semakin kurang melakukan satu perkara ini. Mereka semakin kurang membandingkan hidup sendiri dengan orang lain. Saya rasa ramai antara kita pernah berada di fasa ini. Membuka media sosial. Melihat orang lain memiliki apa yang kita impikan. Melihat keluarga orang lain kelihatan lebih bahagia. Tanpa sedar, hati mula bertanya, “Kenapa hidup aku tidak seperti mereka?” “Alangkah indahnya kalau dapat macam mereka” Semakin kerap kita melihat apa yang Allah beri kepada orang lain, semakin mudah kita terlupa apa yang Allah sudah beri kepada kita. Semasa saya tadabbur ayat ini, وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya satu persatu.” (Surah An-Nahl: 18) Saya berhenti seketika. Rupa-rupanya Allah tidak meminta saya menghitung rezeki orang lain. Allah meminta saya melihat nikmat yang sudah ada dalam hidup saya. Di situlah cara saya melihat kehidupan mula berubah. Saya selalu sangka ketenangan datang apabila saya memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain. Rupanya, ketenangan lahir apabila saya mula menghargai nikmat yang Allah sudah amanahkan kepada saya. Apabila hati dipenuhi dengan ayat-ayat Allah, perlahan-lahan rasa iri itu semakin hilang. Bukan kerana hidup kita menjadi serba lengkap. Tetapi kerana sibuk menghitung nikmat sendiri daripada membandingkan kehidupan orang lain. Itulah yang saya belajar daripada ayat ini. Mudah-mudahan hari ini, Allah membantu kita melihat nikmat yang selama ini sudah ada di depan mata. Kerana boleh jadi, ketenangan yang kita cari bukan datang dengan bertambahnya nikmat. Tetapi apabila hati mula menghargai nikmat yang selama ini kita terlepas pandang.
208
8
Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tidak lama lagi. Sejak beberapa minggu ini, saya banyak mengulang-ulang tadabbur Surah
Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tidak lama lagi. Sejak beberapa minggu ini, saya banyak mengulang-ulang tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 155 hingga ayat 157. Setiap kali membacanya, saya rasa Allah sedang mengajar kita melihat ujian dari sudut yang berbeza. Insya-Allah pada 8 Ogos 2026, saya akan mengadakan Kelas Tadabbur Ayat Pilihan (TAP), khusus membincangkan ayat-ayat ini. Saya berharap ia menjadi ruang untuk kita sama-sama duduk bersama al-Quran. Bukan sekadar membaca ayatnya, tetapi memahami bagaimana Allah membimbing hati ketika berdepan ujian. Pendaftaran akan dibuka pada hari Rabu, 22 Julai 2026, jam 8.00 malam. Nantikan pengumuman saya pada hari Rabu nanti, insya-Allah.
235
9
Saya perasan satu persamaan pada ibu yang istiqamah membaca Al-Quran. Mereka bukanlah ibu yang paling banyak masa terluang. Mereka juga sibuk mengurus rumah. Menjaga dan mendidik anak. Kadangkala “to-do-list” harian sudah elok tersusun. Saya tahu, kerana saya juga pernah berada di fasa itu. Saya selalu berkata, “nanti saya baca Al-Quran bila semua kerja selesai.” Tetapi saya sedar, “nanti” itu hampir tidak pernah kunjung tiba. Apabila selesai satu urusan, datang pula urusan yang lain. Tanpa sedar, Al-Quran menjadi perkara yang paling mudah ditangguhkan. Semasa saya tadabbur surah al-‘Asr, saya mula bertanya kepada diri sendiri, “Adakah saya benar-benar tidak mempunyai masa?” Atau sebenarnya, “saya belum meletakkan Al-Quran sebahagian daripada rutin harian saya?” Di situlah cara saya melihat Al-Quran mula berubah. Selama ini saya fikir, saya perlu menunggu waktu lapang untuk membaca Al-Quran. Rupanya saya hanya perlu membina rutin untuk Al-Quran. Walaupun hanya lima atau sepuluh minit. Kerana hubungan dengan Al-Quran tidak dibina dalam satu hari yang panjang. Ia dibina melalui beberapa minit yang dijaga setiap hari. Mungkin sebab itulah, ibu yang istiqamah membaca Al-Quran bukan ada lebih banyak masa daripada kita. Mereka cuma memilih untuk tidak membiarkan sehari berlalu tanpa kembali kepada ayat-ayat Allah. Mudah-mudahan hari ini, kita tidak lagi menunggu waktu lapang untuk membaca Al-Quran. Sebaliknya, kita mula menyediakan ruang untuk Al-Quran. Kerana boleh jadi, hati yang paling penat itulah yang paling memerlukan beberapa minit bersama Al-Quran.
236
10
Mengapa tadabbur membuatkan seorang wanita kurang overthinking? Overthinking selalunya bermula apabila kita terlalu sibuk memikirkan perkara yang belum berlaku. “Macam mana kalau aku tak mampu?” “Macam mana anak-anak kalau aku tiada nanti?” “Macam mana kalau rezeki tak cukup?” Semakin difikirkan, semakin hati terasa sesak. Badan berada di sini. Tetapi fikiran sudah berlari jauh ke hari esok. Saya rasa ramai wanita pernah melalui fasa ini. Semasa saya tadabbur Surah Asy-Syu’ara’ ayat 61–62, saya berhenti membaca seketika. Bayangkan situasi Nabi Musa dan pengikutnya. Di hadapan mereka terbentang laut yang luas. Di belakang pula Firaun bersama tenteranya yang semakin menghampiri. Pengikut Nabi Musa berkata, إِنَّا لَمُدْرَكُونَ “Sesungguhnya kita pasti akan dapat ditangkap.” Kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan berkata perkara yang sama. Kerana itulah yang mata saya nampak. Tetapi jawapan Nabi Musa benar-benar menyentuh hati saya. قَالَ كَلَّآ ۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku Ia akan menunjuk jalan kepadaku” Saya berhenti lama pada ayat itu. Nabi Musa juga belum nampak laut itu akan terbelah. Baginda belum tahu bagaimana Allah akan menyelamatkannya. Tetapi Baginda yakin kepada Tuhan yang akan menunjukkan jalan. Di situlah saya sedar, overthinking membuatkan mata kita hanya tertumpu kepada “laut” yang terbentang di hadapan. Sedangkan al-Quran mengingatkan kita bahawa Allah mampu membuka jalan yang belum pernah kita bayangkan. Saya selalu sangka, saya perlu nampak jalan penyelesaiannya dahulu, barulah hati boleh menjadi tenang. Rupanya, Allah mengajar saya sesuatu yang lebih indah. Ketenangan tidak datang kerana kita sudah nampak jalan. Tetapi ketenangan datang apabila kita yakin Allah akan menunjukkan jalan, walaupun kita belum mampu melihatnya. Sejak itu, setiap kali fikiran mula dipenuhi pelbagai kemungkinan, saya akan mengingat kembali kisah Nabi Musa. Bukan kerana semua persoalan saya terus terjawab. Tetapi, kerana hati diingatkan semula kepada siapa yang sedang memegang jalan keluar itu. Itulah yang saya belajar daripada ayat ini. Mungkin hari ini, kita juga sedang berdiri di hadapan “laut” masing-masing. Jalannya belum kelihatan. Tetapi mudah-mudahan kita tidak berhenti berharap kepada Allah Taala. Kerana Allah yang membantu Nabi Musa, ialah Allah yang sama sedang menguruskan kehidupan kita hari ini.
232
11
Wanita yang menjaga hubungan dengan Al-Quran biasanya memiliki satu sifat ini. Ramai yang menyangka wanita yang dekat dengan Al-Quran sentiasa tenang kerana hidup mereka tidak banyak masalah. Hakikatnya bukan begitu. Mereka juga diuji. Mereka juga pernah kecewa. Ada hari mereka menangis sendirian. Ada hari mereka penat menjadi isteri. Penat menjadi ibu. Penat memikul tanggungjawab yang tidak pernah habis. Bezanya bukan pada ujian yang mereka hadapi. Tetapi pada tempat mereka pulang apabila hati mula terasa sesak. Semasa saya tadabbur Surah Ar-Ra’d ayat 28, saya baru faham mengapa. Allah berfirman: أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ “Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Ar-Ra’d:28) Saya selalu sangka ketenangan akan datang apabila masalah selesai. Rupanya Allah mengajar sesuatu yang berbeza. Ketenangan bukanlah bermula apabila hidup berubah, bebas masalah. Ketenangan bermula apabila hati kembali mengingati Allah. Sebab itu wanita yang menjaga hubungan dengan Al-Quran bukan tidak pernah bersedih. Tetapi mereka tidak membiarkan kesedihan itu membawa mereka jauh daripada Allah. Dan setiap kali hati terasa berat, mereka tahu ke mana hendak kembali. Mungkin itulah ketenangan yang paling berharga. Bukan hidup yang bebas daripada ujian. Tetapi hati yang sentiasa mempunyai jalan untuk kembali kepada Allah. Jika hari ini Allah masih memberi kita ruang untuk mengingati-Nya, mungkin itu sudah satu nikmat yang patut kita syukuri.
196
12
Dulu saya ingat ucapan “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” hanya diucapkan apabila ada orang meninggal dunia. Rupanya tidak. Semasa saya tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 155–156, saya baru faham mengapa Allah mengajar kita kalimah ini. Allah terlebih dahulu memberitahu bahawa setiap daripada kita pasti akan diuji. Ada hari kita diuji dengan rasa takut tentang masa depan. Ada hari rezeki terasa sempit. Ada hari orang yang kita sayang jatuh sakit. Ada juga ujian yang tidak mampu kita ceritakan kepada sesiapa. Lalu Allah mengajar apakah respons pertama seorang mukmin apabila ditimpa musibah. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156) Saya tersentak. Rupa-rupanya kalimah ini bukan sekadar ucapan apabila mendengar berita kematian. Ia adalah latihan hati. Latihan untuk mengingatkan diri bahawa kita bukan pemilik. Kita hanyalah penjaga kepada segala yang Allah amanahkan. Anak yang kita sayang. Pasangan yang menemani hidup. Kesihatan, pekerjaan, rezeki bahkan diri kita sendiri. Semuanya milik Allah. Apabila hati memahami hakikat ini, kehilangan tetap terasa berat. Air mata tetap mengalir. Rasa rindu tetap muncul. Tetapi kita tidak lagi mempersoalkan mengapa Allah mengambilnya. Kerana kita sedar, sejak awal lagi semuanya adalah milik-Nya. Itulah yang saya belajar daripada ayat ini. Dan saya tertanya-tanya, Apabila ujian datang, adakah hati saya benar-benar mengakui bahawa segala yang saya miliki adalah milik Allah? Atau saya hanya mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” tanpa benar-benar menghayati maknanya?
229
13
Mengapa ibu yang dekat dengan Al-Quran lebih mudah mengurus emosi? Saya dulu sangka ibu yang tenang itu adalah ibu yang hidupnya tidak banyak masalah. Rupanya bukan itu. Kerana saya sendiri pernah lalui hari-hari yang sama. Bangun pagi sudah rasa penat. Belum sempat tengah hari, tangki emosi sudah penuh. Anak meragam sedikit, saya sudah rasa hampir hilang sabar. Rumah berselerak, hati jadi serabut. Kerja bertimbun, saya jadi cepat sensitif. Dan saya mula perasan satu perkara, Bukan hidup saya yang terlalu berat. Tapi hati saya yang terlalu lama dibiarkan “kosong”. Sehinggalah satu hari, saya duduk seketika. Di atas sofa, bertemankan bunyi kipas angin. Saya buka Al-Quran. Saya baca perlahan-lahan. Ayat demi ayat, maksud demi maksud. Dan ketika itu saya tidak terus “magically tenang”. Tapi sesuatu yang berubah sedikit demi sedikit, Saya jadi tidak mudah meletup seperti tadi. Saya jadi lebih sedar sebelum respon. Saya jadi lebih “lapang” walaupun keadaan masih sama. Barulah saya faham, Al-Quran bukan datang untuk menafikan emosi seorang ibu. Tapi untuk mengurus emosi itu daripada menguasai kita. Dan menariknya, Semakin saya kembali kepada Al-Quran dalam hari yang sibuk, semakin saya sedar yang saya tidak perlu tunggu hidup tenang untuk jadi tenang. Saya hanya perlu ada tempat untuk pulang. Dan bagi saya tempat itu adalah Al-Quran.
291
14
Sebelum surah Al-Qiyamah berbicara tentang Hari Kebangkitan, Allah terlebih dahulu mengajak kita melihat ke arah diri sendiri
Sebelum surah Al-Qiyamah berbicara tentang Hari Kebangkitan, Allah terlebih dahulu mengajak kita melihat ke arah diri sendiri. Menariknya, pada permulaan surah ini, Allah bukan sahaja bersumpah dengan Hari Kiamat, bahkan juga dengan an-nafs al-lawwamah iaitu jiwa yang sentiasa muhasabah dan mencela dirinya apabila melakukan kesalahan. Seolah-olah Allah mengajar kita bahawa persiapan menuju Hari Akhirat bermula dengan jiwa yang sentiasa menilai dan memperbaiki diri. Bagaimana Surah Al-Qiyamah menghubungkan antara muhasabah, kehidupan di dunia dan Hari Kebangkitan? Insyallah, kita akan Tadabbur bersama Surah Al-Qiyamah ini yang akan berlangsung selama 3 siri. Program ini adalah percuma dan dianjurkan oleh Muslimat HAM Bandar Baru Bangi. Jemput masuk ke sini untuk link kelas : https://chat.whatsapp.com/IuIb1vgnxg8InmxxRu91mk?mode=gi_t Barakallahu feekum✨
262
15
Woman to woman, Belajarlah tadabbur Al-Quran. Bukan untuk menjadi alim, tetapi supaya hati ada tempat berehat setiap kali kehidupan terasa berat.
250
16
Ini yang saya harap saya tahu tentang tadabbur Al-Quran lima tahun lalu. Dulu saya sangka, kalau nak belajar tadabbur Al-Quran, saya perlu ada banyak ilmu. Perlu banyak masa lapang. Sebab itu saya selalu berkata, "nantilah bila dah kurang sibuk." Lagi-lagi selepas tamat belajar, saya memilih untuk menjadi suri rumah. Anak-anak pula masih kecil dan memerlukan perhatian hampir sepanjang masa. Saya yakin, bila keadaan lebih tenang nanti, barulah saya akan mula belajar. Tetapi hari berganti hari, kesibukan itu tidak pernah berakhir. Selesai satu urusan, datang pula urusan yang lain. Al-Quran tetap saya baca, tetapi saya jarang berhenti untuk benar-benar menghayati apa yang Allah sedang sampaikan kepada hati saya. Saya terus menunggu. Seolah-olah saya perlu menjadi "ibu yang tidak sibuk" sebelum layak mendekati Al-Quran dengan lebih mendalam. Rupanya, saya bukan kekurangan masa. Saya hanya menunggu untuk rasa "bersedia". Sedangkan rasa itu mungkin tidak akan pernah benar-benar saya rasakan. Apabila saya mula belajar tadabbur sedikit demi sedikit, saya baru faham bahawa tadabbur bukan tentang menjadi orang yang paling banyak tahu. Ia tentang memberi ruang kepada hati untuk mendengar apa yang Allah ingin sampaikan melalui ayat-Nya. Walaupun hanya satu ayat. Walaupun hanya beberapa minit sehari. Dari situlah, hubungan saya dengan Al-Quran mula berubah. Saya tidak lagi melihat Al-Quran sekadar bacaan yang perlu dihabiskan. Sebaliknya, ia menjadi tempat saya kembali setiap kali hati terasa penat, berserabut atau hilang arah. Kalau hari ini ibu-ibu masih rasa belum cukup ilmu atau belum cukup masa untuk mula, Jangan tunggu semuanya menjadi sempurna. Mungkin yang ibu-ibu perlukan hanyalah keberanian untuk bermula dengan satu ayat. Kerana perjalanan mendekati Al-Quran selalunya bermula dengan satu langkah kecil yang kita ambil.
300
17
Wanita yang membiasakan dirinya dengan tadabbur Al-Quran, perlahan-lahan berubah dari dalam. Ramai wanita menyangka mereka akan benar-benar tenang apabila semua masalah selesai. Apabila kewangan kembali stabil. Apabila rumah tangga kembali tenang. Apabila semua urusan berjalan seperti yang diharapkan. Tetapi realitinya, setiap kali satu ujian berakhir, akan datang pula ujian yang lain. Ketika itu jika hati tidak dibimbing, kita akan terus hidup dalam kitaran yang sama. Mudah kecewa apabila harapan tidak menjadi kenyataan. Cepat melatah apabila diuji. Dan tanpa sedar, hati mula mempersoalkan, "Mengapa Allah memilih aku untuk melalui semua ini?" Kerana kita menyangka ketenangan bergantung kepada keadaan hidup, sedangkan hakikatnya ketenangan bermula daripada keadaan hati. Di sinilah tadabbur Al-Quran mula mengubah kita. Sedikit demi sedikit, kita belajar melihat setiap ayat sebagai petunjuk untuk memahami kehidupan. Kita mula bertanya, "Apakah yang Allah sedang ajarkan kepada aku melalui ujian ini?" Daripada soalan itu, lahirlah hati yang lebih sabar. Lebih mudah bersangka baik kepada Allah. Lebih yakin bahawa setiap takdir pasti mengandungi hikmah, walaupun belum mampu kita memahaminya hari ini. Itulah indahnya tadabbur. Ia tidak semestinya mengubah keadaan hidup kita dengan serta-merta. Tetapi ia mengubah cara kita melihat kehidupan. Dan apabila cara kita melihat berubah, hati juga akan berubah menuju ketenangan.
278
18
"Saya nak mulakan tadabbur, tetapi saya takut tersalah tafsir." Ini antara kebimbangan yang paling kerap saya dengar daripada ibu-ibu. Sebenarnya, kebimbangan itu baik. Ia menunjukkan kita mahu memahami Al-Quran dengan penuh adab. Tetapi sebelum itu, mari kita bezakan dahulu antara tafsir dan tadabbur. Tafsir ialah penjelasan tentang maksud ayat Al-Quran berdasarkan ilmu yang sahih. Hal ini memerlukan penguasaan ilmu Bahasa Arab, Nahu, Sorof, Bayan, Usul al-Fiqh dan lain-lain. Ringkasnya, tafsir membantu kita memahami apa yang Allah maksudkan dalam sesuatu ayat. Tadabbur pula ialah proses merenung, menghayati dan bertanya kepada diri sendiri, "Apakah yang Allah ingin ajarkan kepada saya melalui ayat ini?" Selepas memahami maksud ayat dengan betul, kita memikirkan bagaimana untuk membawa ayat itu ke dalam kehidupan seharian sama ada dalam bentuk kita berfikir, bercakap dan bertindak. Sebab itu, tadabbur dibina di atas kefahaman tafsir yang sahih. Bayangkan kita sedang menuju ke sebuah destinasi. Tafsir ialah jambatan yang membantu kita menyeberang dengan selamat. Adapun tadabbur ialah destinasi yang mengubah hati dan kehidupan kita. Tanpa jambatan, kita mungkin tersasar. Tetapi jika kita hanya berdiri di atas jambatan tanpa meneruskan perjalanan, kita juga tidak akan sampai ke destinasi. Jadi, jangan takut untuk memulakan tadabbur. Apa yang perlu kita lakukan ialah bermula dengan memahami tafsir daripada sumber yang sahih, kemudian renungkan bagaimana ayat itu boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
298
19
Apa yang berubah apabila seorang ibu mula memahami Al-Quran, bukan sekadar membacanya? Saya pernah fikir, semakin banyak saya membaca Al-Quran, semakin tenang hati saya. Namun, ada hari-hari saya tetap mudah marah dengan anak walaupun kesilapan yang kecil. Saya tetap risau tentang masa depan, sehingga jadi overthinking. Ketika itu saya tertanya-tanya, "Kenapa al-Quran yang aku baca tidak memberi kesan dalam hati? Atau aku sekadar menyelesaikan bacaan hari ini?" Mungkin ramai antara kita juga pernah berada di fasa itu. Membaca Al-Quran sudah menjadi rutin. Tetapi hati masih terasa jauh dengannya. Sehinggalah saya mula mengubah satu perkara ini. Saya tidak lagi tergesa-gesa menghabiskan beberapa halaman. Saya memilih untuk berhenti seketika pada satu ayat. Membaca terjemahannya perlahan-lahan. Kemudian, melihat kepada tafsir. Lalu saya bertanya kepada diri sendiri, "Apakah yang Allah ingin ajarkan kepada aku hari ini?" Rupanya, apabila satu ayat benar-benar masuk ke dalam hati, ia mula mengubah cara kita melihat kehidupan. Kita lebih mudah menerima takdir. Kita jadi lebih lemah lembut ketika melayani anak. Dan kita lebih yakin bahawa setiap ujian tidak pernah terlepas daripada pengetahuan Allah. Saya percaya, inilah bezanya membaca Al-Quran dengan memahami Al-Quran. Akhirnya saya sedar satu perkara, ketikamana hati mula disentuh oleh ayat-ayat Allah, perubahan itu tidak berlaku dalam sehari. Tetapi sedikit demi sedikit, ia mengubah diri kita menjadi ibu yang lebih tenang.
348
20
Mom to mom, Sesibuk mana pun kita hari ini, usahakan cari masa untuk membaca al-Quran. Kerana ibu yang sibuk, ibu yang paling memerlukan al-Quran.
343