CahayaBulanOfficial ❧
Closed channel
Spread dakwah and positively ❤✨ https://instagram.com/cahayabulanofficial_?igshid=17tx4xxwcq0r4
Show more4 075
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-4530 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
February '26
February '260
in 0 channels
January '260
in 0 channels
Get PRO
December '250
in 0 channels
Get PRO
November '25
+1
in 0 channels
Get PRO
October '25
+3
in 0 channels
Get PRO
September '25
+4
in 0 channels
Get PRO
August '25
+3
in 0 channels
Get PRO
July '250
in 0 channels
Get PRO
June '250
in 0 channels
Get PRO
May '250
in 0 channels
Get PRO
April '25
+4
in 0 channels
Get PRO
March '25
+8
in 1 channels
Get PRO
February '25
+6
in 0 channels
Get PRO
January '25
+18
in 0 channels
Get PRO
December '24
+20
in 1 channels
Get PRO
November '24
+19
in 0 channels
Get PRO
October '24
+14
in 0 channels
Get PRO
September '24
+17
in 0 channels
Get PRO
August '24
+7
in 1 channels
Get PRO
July '24
+9
in 0 channels
Get PRO
June '24
+10
in 1 channels
Get PRO
May '24
+3
in 0 channels
Get PRO
April '24
+5
in 1 channels
Get PRO
March '24
+6
in 0 channels
Get PRO
February '24
+5
in 0 channels
Get PRO
January '24
+3
in 0 channels
Get PRO
December '23
+3
in 0 channels
Get PRO
November '23
+6
in 0 channels
Get PRO
October '23
+5
in 0 channels
Get PRO
September '23
+7
in 0 channels
Get PRO
August '23
+8
in 0 channels
Get PRO
July '23
+13
in 0 channels
Get PRO
June '23
+23
in 0 channels
Get PRO
May '23
+26
in 0 channels
Get PRO
April '23
+10
in 0 channels
Get PRO
March '23
+23
in 0 channels
Get PRO
February '23
+13
in 0 channels
Get PRO
January '23
+11
in 0 channels
Get PRO
December '22
+24
in 0 channels
Get PRO
November '22
+6
in 0 channels
Get PRO
October '22
+15
in 0 channels
Get PRO
September '22
+24
in 0 channels
Get PRO
August '22
+20
in 0 channels
Get PRO
July '22
+24
in 0 channels
Get PRO
June '22
+34
in 0 channels
Get PRO
May '22
+23
in 0 channels
Get PRO
April '22
+31
in 0 channels
Get PRO
March '22
+42
in 0 channels
Get PRO
February '22
+93
in 0 channels
Get PRO
January '22
+109
in 0 channels
Get PRO
December '21
+37
in 0 channels
Get PRO
November '21
+34
in 0 channels
Get PRO
October '21
+106
in 0 channels
Get PRO
September '21
+108
in 0 channels
Get PRO
August '21
+151
in 0 channels
Get PRO
July '21
+167
in 0 channels
Get PRO
June '21
+228
in 0 channels
Get PRO
May '21
+900
in 0 channels
Get PRO
April '21
+636
in 0 channels
Get PRO
March '21
+789
in 0 channels
Get PRO
February '21
+695
in 0 channels
Get PRO
January '21
+793
in 0 channels
Get PRO
December '20
+6 932
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 25 February | 0 | |||
| 24 February | 0 | |||
| 23 February | 0 | |||
| 22 February | 0 | |||
| 21 February | 0 | |||
| 20 February | 0 | |||
| 19 February | 0 | |||
| 18 February | 0 | |||
| 17 February | 0 | |||
| 16 February | 0 | |||
| 15 February | 0 | |||
| 14 February | 0 | |||
| 13 February | 0 | |||
| 12 February | 0 | |||
| 11 February | 0 | |||
| 10 February | 0 | |||
| 09 February | 0 | |||
| 08 February | 0 | |||
| 07 February | 0 | |||
| 06 February | 0 | |||
| 05 February | 0 | |||
| 04 February | 0 | |||
| 03 February | 0 | |||
| 02 February | 0 | |||
| 01 February | 0 |
Channel Posts
𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗔𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗛𝗢𝗕𝗜
Aku bukan ustaz, bukan ahli agama, tapi aku ada 𝗱𝘂𝗮 𝗱𝗮𝘂𝗴𝗵𝘁𝗲𝗿𝘀.
Dan bila kau ada 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻, dunia yang sama tiba-tiba nampak lebih 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 daripada apa orang lain bayang.
Ini realiti yang orang tak nak telan:
Yang buka 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁 ⇢ perempuan.
Yang upload 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁 ⇢ perempuan.
Yang 𝘀𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻𝘀𝗵𝗼𝘁 ⇢ perempuan.
Yang 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘇𝗲 ⇢ perempuan juga.
Lelaki tak payah kacau apa pun,
ramai perempuan dah cukup 𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗺𝘂𝘀𝗻𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶𝗮𝗺.
𝗔𝗸𝘂 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 ni reti jaga 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 sendiri.
𝗥𝘂𝗽𝗮-𝗿𝘂𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮 itu cuma 𝗶𝗹𝘂𝘀𝗶 paling 𝗿𝗮𝗿𝗲 yang aku pernah percaya.
𝗞𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 pula memang tak kira 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 tu cerdik ke bangang;
kalau tak 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻, dia memang tak geri nak 𝗵𝗲𝗺𝗽𝗮𝘀 semua sekaligus.
𝗣𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 pun dah hilang 𝗺𝗮𝗹𝘂.
Tukar 𝗱𝗿𝗲𝘀𝘀, tukar 𝗯𝗮𝗷𝘂, buat 𝗺𝗶𝗿𝗿𝗼𝗿 𝗽𝗼𝘀𝗲, acah 𝘃𝗶𝗯𝗲 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗰𝗮𝗻 macam hidup ni sitcom Netflix.
Semua rasa 𝗮𝗲𝘀𝘁𝗵𝗲𝘁𝗶𝗰, semua rasa 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀, semua rasa 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮, padahal dia tengah 𝗹𝗼𝗻𝗱𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵 depan 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗴𝗶𝗹𝗮 bila ada yang selamba 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 depan 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀,
konon “kami semua perempuan, apa salahnya”.
Padahal 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 pun ada 𝗵𝗮𝗱, ada 𝗽𝗮𝗴𝗮𝗿, ada 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀.
Ini bukan pasal “open minded”, ini pasal 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 yang memang ada 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻, bukan benda kau reka ikut 𝘁𝗿𝗲𝗻𝗱 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸.
𝗧𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗿𝘂𝗺 bila ada yang pandai 𝗽𝗼𝘀𝘁 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁 dalam 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲 𝗙𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱,
ingat CF tu macam 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗼𝗹𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘀𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮.
“Tak apa, perempuan je tengok.”
𝗞𝗼𝗻𝗼𝗻.
Kau ingat semua dalam CF tu 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵?
Kau ingat semua 𝗷𝘂𝗷𝘂𝗿?
Kau ingat tak ada yang 𝘀𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻𝘀𝗵𝗼𝘁?
𝗛𝘂𝗸𝘂𝗺 pun dah cakap,
𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 bukan 𝘁𝗶𝗸𝗲𝘁 untuk 𝗹𝗼𝗻𝗱𝗲𝗵 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶.
Apatah lagi kalau dalam tu ada 𝗻𝗼𝗻-𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺, ada 𝘂𝗻𝗸𝗻𝗼𝘄𝗻, ada 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗯𝘂𝗿𝗻𝗲𝗿.
Dekat luar beria jaga 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵,
dalam CF hilang 𝗼𝘁𝗮𝗸 macam 𝗽𝗹𝘂𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗮𝗯𝘂𝘁.
𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗶 bukan sebab aku nak 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗰𝗶.
Aku cuma ada 𝗱𝘂𝗮 𝗱𝗮𝘂𝗴𝗵𝘁𝗲𝗿𝘀,
dan aku tak rela depa membesar dalam dunia yang 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 sampai tak kenal 𝗺𝗮𝗹𝘂, tak kenal 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀, tak kenal 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶.
𝗦𝗶𝗺𝗽𝗹𝗲:
Kalau kau 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵, jaga 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁 bukan untuk impress manusia, tapi untuk 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Benda ni bukan 𝗼𝗹𝗱 𝘀𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹, ini 𝗮𝘀𝗮𝘀 yang jaga 𝗸𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 sejak dulu.
Kalau kau rasa benda ni “𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹 𝗶𝘀𝘀𝘂𝗲”, itu tanda 𝗮𝗸𝗮𝗹 kau dah digilis 𝘁𝗿𝗲𝗻𝗱, dan 𝗺𝗮𝗹𝘂 kau dah kena 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 dengan Tuhan bagi sekelian 𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗮
𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗹𝘂,
tak pelik hidup pun hilang 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁.
Lepas tu acah nak 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 tahfiz..
*keh keh keh..gelak jerlah~
✍🏼 by ϻ⳽ⲇ⳽
▌│█║▌║▌║▌║
#muslimah #bandar #desa #aurat #gagalfaham #wanita #malaysia #telegram
| 2 | Nasihat untuk lelaki.
Kalau dah kahwin atau bakal berkahwin, elakkan bermesra lebih2 dengan orang perempuan di tempat kerja. Jangan melawak lebih kurang atau mengusik2.
Hati orang kita tak tahu. Ramai kenalan perempuan mengaku yang orang perempuan ni hati dia mudah cair. Mudah juga perasan.
Dari side kita cuma nak melawak hilangkan boring kat tempat kerja. Tapi bagi side depa tak sengaja terjatuh hati. Mungkin sebab hiburkan depa, mungkin sebab rasa kita caring, mungkin buat depa lupa sat galau di hati. Entahlah.
Laki memang seronok mengusik perempuan sebab reaction depa tu kadang gedik dan menyampah. Ada jenis lurus dan senang kena prank, lagi seronok nak mengusik.
Tapi ingat, kita ada isteri di rumah yang setia tunggu kita balik, yang tolong uruskan makan minum dan pakai kita, yang tolong uruskan anak2 sementara kita berjuang cari nafkah.
Jadi kenapa 'perjuangan' mulia tu nak dicemari dengan pintu2 fitnah?
Kalau kita tak suka isteri bermesra lebih2 dengan lelaki lain kat luar, sepatutnya kita pun kena bersikap adil. Bukan kepada diri, tapi kepada isteri/ bakal isteri.
Dia buat tak boleh, kita buat boleh. Macam tu?
Mungkin ramai dah tegur benda ni tapi nampak masih berleluasa. Apa salahnya kita ulang peringatan kan.
Hati-hati dengan hati sendiri dan hati orang. Zaman sekarang banyak pintu fitnah yang ada. Elok dah Allah pesan jangan dekati zina. Tapi mungkin kita rasa lebih kenal diri sendiri, jadi kita langgar juga apa Pencipta larang.
Berhentilah sebelum menyesal.
Hamizan Zulkifli
23 Jamadil Awal 1447H
#hamizangw #ghostwriter #freelancewriter | 527 |
| 3 | APABILA ALLAH TIDAK
MENGKEHENDAKI KITA LAGI :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
-Tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi.
Kredit : Zara Khaulah Al Azwar
sharing.. | 482 |
| 4 | Sampai skrg saya salahkan diri sendiri. Parent saya bagi didikan agama yg bagus, tunjuk contoh yg bagus. Tapi saya bod0h, ikot nafsu.
Benda ni sangat menghantui saya.
Saya harap, Allah ringankan azab saya kemudian hari. Sebab di dunia ni pon saya dah tak tahan dah. Hidup sentiasa susah. Macam2 dugaan datang. Kesihatan saya dan anak2 tak okay. Takut saya gagal bimbing anak2 saya.
Macam mana korang selalu baca perempuan yg jijik dgn diri sendiri, mcmtula yg saya rasa dgn diri sendiri skrg walaupon saya lelaki.
Dari sekolah dan U agak cemerlang. Berniaga pon stabil. Tapi sekali Allah uji, habis semuanya. Zero. Baru sekarang betul2 baru boleh mulakan hidup baru sebab dah habis hutang.
Korang doakan la saya kuat utk bangkit semula demi wife, anak2 dan parent saya. Saya nak tunjukkan pd dorang, tak sia2 mereka support dan sentiasa doakan saya selama ni.
Doakan juga anak saya sembuh dan sihat seperti orang lain. Doakan anak2 saya membesar jadi insan hebat, soleh dan solehah.
Patutnya bulan ni, 100% gaji tu utk wife dan anak2 saya. Tp entah kenapa, akaun saya kena hack, dan dah takde balance dalam akaun saya. Harap2 itu benda buruk terakhir dalam hidup saya. Saya cuma nak hidup mcm orang lain.
Doakan juga saya stop fikir suicide. Dah beberapa kali hampir suiciide.
Dahla. Malas nak taip lagi sebab tengah tahan sakit. Korang doakan tau urusan kami sekeluarga dipermudah, dilimpahkan rezeki dan berjaya jadi jutawan, jutawan yg beriman, tak lupa diri dan sentiasa gunakan di jalan Allah.
Kredit :- threads @pnblayan. | 1 |
| 5 | Kepada penzina, berhentilah. Jangan jadi macam diri saya. Macam2 jadi. 1 per 1 masalah hadir. Izinkan saya share, supaya jadi pengajaran pada orang
Sebelum tu, minta doakan supaya kuat dan boleh berubah jadi insan yg berguna. Saya share kisah sendiri untuk jadi pengajaran pada orang lain.
Kisah bermula dari sekolah menengah. Saya seorang yang pemalu. Minat sorang ni dari form1. Dari form1 kami sekelas. Form2 baru berani nak tegur sikit2.
Form 3, berpunca dari nak jauhkan dari junior yg minat saya, saya jadi rapat dgn bakal gf saya tu. Kami dua2 pelajar yg agak ok. Pendek cerita, 2008 tu kami couple. Awalnya sekadar pegang tangan.
Tahun tu kami PMR and kami berdua dapat result 7A1B. Time tu rasa ok, kami akan berjaya sama2.
Jan 2009, punca dari dia cabar saya kiss dia, saya pon kisss dia buat kali pertama. Lepastu kami pisah sebab rasa menyesal sangat. Tp 2 minggu lepastu, kami getback. Sebab hari2 study sama2, jadi rapat semula.
Sebab bod0h, bulan Feb 2009 kami pertama kali zina. Tapi sejak tu, seminggu 5 hari kami berzina. Tiap hari sekolah. Balik sekolah, akan pergi ikot ke rumah salah sorang sebab both parent bekerja.
Start feb 2009 sampailah Nov 2010, seminggu 4/5 hari kami zina melainkan time dia period. Bulan puasa pon kami zina. Banyak kali nak stop, kami sekejap je. Kdg2 terfikir, zina ni akan sempitkan rezeki. Tp sebab bod0h, zina juga. Lepas SPM yg dah jarang sebab U kami berdua jauh. Tapi sebulan atleast sekali la akan pergi mana2.
Masatu mmg dah decide, akan jadikan dia wife. Kami pon okay je. Saya study sambil niaga. Bila duit banyak, kerap pula pergi check in or travel sama2.
Pendek cerita, masa Degree, kami pisah. Sebab dia layan engineer. Masatu, beberapa kali saya nak suiciide. Saya tertekan sebab kami dah berzina, dan saya nak tanggungjawab. Bertahun saya tak kenal mana2 perempuan, sebab nak tunggu ex saya. Lepas 3 tahun, baru saya move on. Mula kenal orang lain.
Time tu agak ramai peminat. Hampir beberapa kali berzina dgn beberapa orang wanita lain, tapi sekali je buat benda bod0h. Ada sekali tu masa dgn orang lain, kami dah naked dah. Tp tak jadi buat pelik2 sebab rasa insaf hahahaah.
Semuanya ok ja. Lps hbs study, saya kembangkan bisnes saya. Time tu saya mula ingat pd Allah. Jaga solat dan stop melayan benda bukan2. Saya fikir Allah bg saya rezeki, saya nak berubah jd orang yg better.
Sampailah beberapa tahun, saya ada kenal sorang wanita ni. Sangat sempurna di mata saya. Setahun lepas kenal, kami nikah. Semuanya ok je masatu. 3 bulan lepas nikah, wife mengandung. Haa, time tu, 1 per 1 dugaan datang.
Sebab bodoh, saya lepak dengan kawan2 yg saya sedia maklum tahi dadah. Malam tu juga sangkut dengan polis. Sebab terlampau takut nak setel luar, kena bayar duit banyak. Hari situ saya ada masalah.. tak cukup duit buat loan. Shitt happen lagi masa pkp. Bisnes drop n tutup terus. Sebab dah tak boleh survive, saya loan ahlong pula. Start tu hidup saya ni useless betul.
End up, saya loan ahlong rm10k. Total saya dah bayar, rm210k. Baru selesai tahun 2023. Saya selesaikan ahlong dengan jual semua yg ada. Kereta motor dah jual, rumah pon cuma ada peti ais je. Saya fikir, ni balasan Allah dkt penzina mcm saya. Tapi kenapa Allah uji saya waktu saya dah berumah tangga, dah mula jaga solat dan sedang cuba berubah jadi orang yg baik.
Saya ingatkan, start 2023 tu saya akan mula ok. Mula stabil sebab dah setel ahlong. Tapi tidak. Saya ada masalah kesihatan yg agak teruk. Anak saya pon, ada masalah kesihatan yg teruk.
Entahla. Saya sentiasa salahkan diri sendiri. Sebab saya, wife dan anak2 terseksa. Sampai ke harini, masih struggle. Duit yg ada biasanya akan habis mcmtu je. Sampai sekarang cuma naik kancil lama. Itupon atas ikhsan orang. 1 benda baik, awal tahun haritu, saya dah habis bayar semua hutang pada kawan n family.
Skrg ada 3 princess. Sampai skrg saya masih tertekan. Berdoa supaya anak2 saya tak ikot jejak langkah saya. Berdoa dan berharap anak2 saya membesar jadi orang yg baik, bukan penzina macam saya. | 477 |
| 6 | No text... | 373 |
| 7 | إذا كنت تبحث عن الكمال فأنت لا تبحث عن الحب لأن معجزة الحب تكمن في عشق العيوب.
❝Jika kamu mencari kesempurnaan, artinya kamu tidak mencari cinta sejati. Sebab, mukjizat cinta tersimpan dalam mencintai kekurangan.❞
— Syams Tabrizi | 406 |
| 8 | Ya Allah, bukalah aibku untuk aku. Dan tutuplah aibku daripada pandangan manusia.."
Kalimat ini..
bukan sekadar doa.
Tapi satu permintaan dari hati yang sedang diteliti, hati yang mulai merasakan jalan pulang kepada Allah bukanlah dengan rasa bangga, tapi dengan rasa malu yg dalam.
Bukalah aibku untuk aku, Bukan utk aku hinakan diri, Tapi untuk aku sedar siapa aku di sisiMu.
Terlalu banyak aku nampak salah orang, tapi tak nampak hitam di dalam dadaku sendiri. Terlalu kerap aku marah orang buat dosa, tapi aku lupa yang aku sedang tenggelam dalam maksiat yang tersembunyi.
Dan tutuplah aibku daripada manusia..
HambaMu ini tak kuat, ya Allah.
Andai didedahkan semua, mungkin mereka tak mahu lagi memandang wajahku. Andai dibuka segala keburukanku, Akan ku rebah, bukan kerana mereka tahu, tetapi kerana selama ini aku hanya berpura-pura baik di hadapanMu.
Tutuplah, ya Allah...
dengan penutup Mu yang indah,
seperti mana siang dengan malam ditutup dengan KeagunganMu.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد نور الأنوار، وسر الأسرار .... وترياق الأغيار ومفتاح باب اليسار
Selawat ke atas Baginda
yang menjadi cahaya dalam malam-malam kelamku.
Yang mengajarkan makna malu di hadapan Tuhan.
Yang hidupnya adalah rahmat,
dan wafatnya tetap memberi syafaat.
Wahai diri...
jangan bangga dengan pujian manusia.
Kadang mereka hanya melihat apa yang Allah tutup.
Dan jangan putus asa bila kau melihat aibmu sendiri.
Kerana itu tanda Allah sedang membersihkan jalanmu,
agar kau kembali kepadaNya dalam keadaan hina, tapi diterima.
"Ya Allah, perlihatkan padaku aib diriku, dan berilah aku kekuatan untuk kembali, sebelum Kau perlihatkannya kepada seluruh makhlukMu."
Amin ya Rabb..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Kredit to : SaharulRidzwan | 498 |
| 9 | Terima kasih kerana sentiasa mendengar, terima kasih Wahai Allah, rindu 🥹 | 1 |
| 10 | Ada langkah yang tak pernah kelihatan,
namun hatiku selalu terasa dekat dengannya.
Seakan wujud itu bernafas di antara hela nafasku,
meski tidak pernah bersua,
meski suara pun tidak pernah singgah.
Malam sering kali membawa ingatan,
seperti angin yang berbisik lembut,
mengangkat sesuatu dari jauh,
lalu meletakkannya di ruang fikir,
hingga aku belajar menutup mata
hanya untuk merasa tenang bahawa ada Dia yang sedang menjaganya.
Setiap doa yang terucap,
tidak pernah aku sebutkan nama,
namun hati ini tahu kepada siapa ia terarah.
Seolah-olah langit memahami,
bahawa ada seseorang yang menjadi rahsia,
dititipkan dalam sujud,
dihanyutkan pada tiap helaian wirid,
dibawa pada tiap desah zikrullah.
Aku sering bertanya pada diri sendiri, mengapa bayangan itu tetap tinggal?
Mungkin kerana ada sesuatu yang lebih halus daripada kata,
lebih setia daripada ingatan,
dan lebih dalam daripada penantian.
Biar masa berjalan tanpa kepastian,
aku redha menunggu dengan diam,
kerana diam itu juga bahasa.
Bahasa yang tak semua orang faham, tapi cukup bagi hati yang sedang menyimpan,
dan bagi Tuhan yang mendengar segalanya.
@CahayaBulanOfficial | 565 |
| 11 | Kamu tidak akan bahagia jika tolak ukurmu adalah kenikmatan orang lain.
KH. Bahauddin Nursalim | 440 |
| 12 | Di hujung tangga keluarga,
ada jiwa kecil yang tumbuh perlahan,
sering dianggap belum matang,
meski diam-diam dia memikul beban
melebihi yang mereka sangka.
Dia belajar menahan sunyi,
menyulam doa di celah gagal dan bangga orang lain,
menyembunyikan penat di balik senyum,
kerana siapa yang peduli pada langkah kecil
yang tak berbunyi keras di ruang keluarga?
Dia mengutip hari,
dengan kerja seadanya,
dengan ilmu yang sedang diraihnya
tidak minta untuk dipuji,
hanya untuk membuktikan
dia juga sedang berjalan
walau bayangnya jarang dipandang.
Kerana tak semua cahaya
datang dari sorakan manusia;
ada sinar yang jatuh diam-diam,
menemani seorang bongsu perempuan
yang tahu,
Tidak mengapa ternyata
Tuhan kan selalu ada ♡
@CahayaBulanOfficial | 435 |
| 13 | Puisi buat kamu ❤️🔑
Pernahkah jiwa kecilmu retak di ruang yang sama?
Kau membesarkan diri dalam sunyi, menampal luka dengan diam. Kau cuba tersenyum walau kasih yang kau nanti tidak pernah sepenuhnya hadir. Kau belajar berdiri meski sering jatuh di lantai sepi yang tak siapa peduli.
Sakitnya bukan sekali, tapi berulang kali. Bukan sehari, tapi sepanjang tahun yang sepi. Bukan di luar tapi jauh menekan ruang hati meninggalkan jejak yang sukar pergi.
Dan di titik itu, kau mulai percaya bahawa hidupmu hanya dihitung dengan kehilangan. Bahawa bahagiakan diri sendiri adalah satu-satunya jalan.
Namun percayalah, ujian ini bukan untuk melemahkanmu, tapi untuk membangunkanmu.
Setiap retakan adalah cara Allah menyelipkan cahaya,
setiap air mata adalah undangan untuk pulang kepada-Nya.
Jiwa yang sering diuji bukan jiwa yang gagal. Hati yang sering jatuh bukan hati yang hina. Itu adalah hati yang sedang ditempa, agar kelak mampu menampung bahagia yang lebih hakiki.
Dan pada waktunya kau akan mengerti, bahawa semua pedih hanyalah jalan menuju janji. Bahawa apa pun yang hancur hari ini, akan Allah ganti dengan sesuatu yang lebih indah.
Akan tiba saatnya kau disambut oleh hidup yang penuh kasih dan bukan lagi sepi yang menyesakkan.
Akan datang seseorang yang menjadi rumah, bukan sekadar persinggahan.
Kerana tidak ada luka yang sia-sia,
Allah sedang menulis semula takdirmu dengan lebih indah.
Dan pada hari itu,
kau akan tahu segala patah semalam hanyalah jalan pulang menuju Tuhan yang Maha Kuasa❤️
@CahayaBulanOfficial | 410 |
| 14 | Pada detik sunyi mujahadah,
sabar itu menjadi perisai,
doa yang kau bisikkan di sepertiga malam
berjalan ke langit tanpa henti.
Jangan gusar bila saat terasa lambat,
kerana janji Allah tidak pernah lewat,
apa yang kau tunggu dengan luka dan rindu,
akan hadir dengan indah yang kau tak sangka.
Berat menundukkan nafsu dunia,
namun manisnya menanti yang halal,
adalah kemenangan sebenar seorang hamba ,
hadiah dari Allah, yang Maha Mengetahui rahsia hati.
Dan tatkala saatnya pun tiba,
kau temui bahagia dalam redha-Nya,
segala sabar terbayar dengan nikmat,
segala doa berbalas dengan kasih.
Kini kau meraikan anugerah itu,
dengan jiwa yang tunduk syukur,
moga berkah bersemi dalam setiap langkah,
hingga bahagia itu kekal di sisi-Nya.
@CahayaBulanOfficial | 345 |
| 15 | Sunyi yang Menyulam
Di lorong sepi yang tak terjamah, aku berdiri,
menghirup hening yang berat dengan bisikan masa.
Setiap patah hati yang diam-diam tercatat,
menjadi guru tanpa suara,
menyulam sabar di tiap hela nafas yang tersisa.
Tiada yang menuntun langkahku di kala gelap,
tiada yang memeluk luka yang sunyi.
Namun dalam setiap tangisan yang tersembunyi,
aku temui cahaya kecil yang tidak pudar,
menjadi saksi bahawa Tuhan hadir dalam diam.
Hati yang rapuh belajar menahan,
menyembunyikan dendam dan resah,
mengubah kesedihan menjadi doa,
dan setiap luka menjadi pengingat,
bahawa tiap jiwa diberi ujian,
dan tiap ujian adalah rahmat yang terselindung.
Aku belajar menunduk tanpa menyerah,
menyulam kasih dalam setiap pengorbanan yang tak terlihat,
menyimpan pengajaran untuk masa yang akan datang,
kerana suatu hari, jika dipertemukan dengan amanah baru
jiwa yang pernah terluka akan tahu cara menuntun cahaya,
tanpa meninggalkan bayangan yang panjang.
Di sini aku berdiri, tidak utuh,
namun cukup untuk merasakan rahmat yang membimbing,
bahawa luka, sunyi, dan hening
bukan hukuman, tetapi pengajaran,
dan di setiap patah hati, aku pelajari,
bahawa cinta, sabar, dan doa yang ikhlas
adalah cahaya yang menuntun kembali ke jalan-Nya.
@CahayaBulanOfficial | 454 |
| 16 | Terkadang hati digoncang bayang,
tentang jiwa yang ramai memandang,
tentang budi yang membuat orang terpikat,
tentang ilmu yang membuat orang terpaut.
Ada tawaran yang datang bagai angin,
membawa risau ke ruang fikir,
namun aku tahu :)
bukan sembarangan,
akhlaknya menjaga, lidahnya amanah,
hatinya mengerti apa yang pernah dipilih.
Maka biarlah waktu berjalan,
biarlah rahsia Allah tersimpan,
aku menanti bukan dengan resah,
tetapi dengan doa yang tak putus,
agar penantian ini subur dengan kebaikan,
bukan sekadar demi sebuah hadir,
tapi kerana ingin bersama dalam reda Tuhan.
Dan sabar ini…
bukan sehari dua,
tetapi sabar yang makan tahun,
menjadi saksi pada tiap hela nafas,
dan tiap doa yang lahir dari sunyi.
Andai suatu hari ditakdirkan bersama,
biarlah itu jadi hadiah dari langit.
Andai tidak,
biarlah sabar ini yang makan tahun menjadi saksi
bahawa aku pernah menunggu
dengan penuh kasih yang suci.
أن هذا الوقت سيمضي —
sesungguhnya waktu ini akan pergi,
dan penantian ini,
akan menemukan aku pada sesuatu yang indah
sama ada pada yang diharap,
atau pada takdir yang lebih baik dari apa yang aku duga.
@CahayaBulanOfficial | 510 |
| 17 | Terkadang hati digoncang bayang,
tentang jiwa yang ramai memandang,
tentang budi yang membuat orang terpikat,
tentang ilmu yang membuat orang terpaut.
Ada tawaran yang datang bagai angin,
membawa risau ke ruang fikir,
namun aku tahu —
bukan sembarangan,
akhlaknya menjaga, lidahnya amanah,
hatinya mengerti apa yang pernah dipilih.
Maka biarlah waktu berjalan,
biarlah rahsia Allah tersimpan,
aku menanti bukan dengan resah,
tetapi dengan doa yang tak putus,
agar penantian ini subur dengan kebaikan,
bukan sekadar demi sebuah hadir,
tapi kerana ingin bersama dalam reda Tuhan.
Andai suatu hari ditakdirkan bersama,
biarlah itu jadi hadiah dari langit.
Andai tidak,
biarlah sabar ini menjadi saksi bahawa aku pernah menunggu
dengan penuh kasih yang suci.
أن هذا الوقت سيمضي —
sesungguhnya waktu ini akan pergi,
dan penantian ini,
akan menemukan aku pada sesuatu yang indah
sama ada pada yang diharap,
atau pada takdir yang lebih baik dari apa yang aku duga.
@CahayaBulanOfficial | 1 |
| 18 | Sedang menanti dalam penantian,
melihat dunia seakan bergerak meninggalkan,
aku masih di sini —
dengan buku, dengan ujian, dengan sepi yang mendidik hati.
Ada hari terasa kosong,
ada waktu terasa lambat berputar,
namun aku yakin,
أن هذا الوقت سيمضي —
segala letih ini akan pergi,
segala resah ini akan reda.
Kerana penantian bukan sia-sia,
ia sedang menganyam doa,
ia sedang mengukir sabar,
ia sedang menyiapkan jiwa
untuk menyambut sesuatu yang lebih indah
daripada apa yang pernah aku bayangkan.
@CahayaBulanOfficial | 362 |
| 19 | Melihat orang lain diarak bahagia, hati kita bertanya,
“Kenapa aku masih di sini?
Tanpa cincin, tanpa harta,
sedang buku-buku dan air mata jadi teman setia.”
Namun ingatlah,
Allah belum mengizinkan kerana Dia mahu kita pulang dengan tangan yang lebih terisi,
bukan sekadar dengan pasangan,
tapi dengan ilmu, dengan doa, dengan baktimu pada ibu ayah.
Biar orang lain nampak kita kosong,
tapi Allah tahu kita sedang penuh dengan perjuangan.
Biar mereka melangkah dahulu,
kerana jalan kita sedang disiapkan dengan bunga yang lebih harum.
Dan saat tiba waktunya,
kau tidak lagi merasa “tiada apa”,
kerana yang Allah simpan itu
selalu lebih indah daripada apa yang kita sangka.
@CahayaBulanOfficial | 368 |
| 20 | Beritahu aku tentang kedermawanan Allah?
"Dia melihatmu melanggar perintah-Nya lalu diletakkanlah rasa sesal dalam hatimu. kemudian Dia mendorongmu untuk beristighfar, maka Dia mengampuni dosamu." | 336 |
