cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

TT - Jualan Kitab / Buku

Kami menjual buku agama dan ilmiah daripada pelbagai penerbit 📞 @Shahrulanwar wa.me/60139709437

Show more
Malaysia30 532The language is not specifiedReligion & Spirituality56 758
Advertising posts
1 345
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-330 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Bahjah Nah
Show all...
Aqidah al-Juzuli
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Al-Aqidah Al-Burhaniyyah
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
1
Photo unavailableShow in Telegram
Dakwa Senang, Bagaimana Untuk Dibuktikan? Saya pernah ditanya oleh seorang mualaf, adakah saya pernah merasa beruntung kerana telah memilih Islam sebagai agama yang dianuti? Saya boleh menjawab soalan itu dengan semudah “Ya, saya merasa beruntung kerana menjadi muslim, sebab Islam agama yang benar yang dipandu oleh seorang nabi terakhir bla,bla”. Tetapi disebalik itu ia telah membawa satu perasaan yang sangat mendalam kepada diri saya. Iaitu soal kejujuran dan perasaan merasai nikmat Islam itu. Sebab soalan yang ditanya itu adalah “adakah saya merasa beruntung kerana menganut Islam?” yang mana soalan itu lebih bercendung agar dijawab dalam bentuk intelektual dan emosi. Kita sering menyebut nikmat terbesar adalah nikmat Islam dan nikmat Iman. Hakikatnya adakah kita benar-benar mensyukuri dan merasai nikmat ini? Inilah soalan-soalan yang sering saya tanyakan kepada rakan-rakan pendakwah. Jawapan yang biasa diberikan adalah kerana Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai dan agama yang benar. Tanpa menafikan ia adalah jawapan yang betul tetapi adakah dengan seringkas itu ia boleh memuaskan hati manusia yang kini rata-rata semakin kritis, semakin terdedah dengan syubhat-syubhat keimanan, dan seumpamanya. Selain daripada menjawab syubhat dan persoalan mengenai keimanan, saya fikir sangat perlu untuk memperlihatkan nikmat Islam secara praktikal. Salah satunya cara adalah melalui perbandingan antara ajaran Islam dengan amalan dan adat tidak islamik yang ada di dunia ini. Mungkin akan ada orang yang tidak selesa dengan pendekatan tersebut. Hal ini seperti disebut di dalam al-Quran berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai,” (Surah At-Taubah: 33) “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci,” (Surah Ash-Shaff 61: 9) Sesuatu yang hendak dimenangi semestinya perlukan persaingan, dan sesuatu yang dapat dinilai sebagai terbaik hendaklah memerlukan perbandingan. Sebagai contoh, untuk seseorang dinobatkan sebagai pemenang, semestinya ia memerlukan dua, tiga atau ribuan lawannya yang turut bersaing di atas satu-satu perkara sehingga melayakkan yang terbaik boleh memenangi ke atas yang lain. Untuk memahami firman Allah SWT yang mengatakan diturunkan agama Islam dan wahyu al-Quran untuk dimenangkan ke atas semua agama yang ada di dunia ini. Ayat ini merupakan satu kenyataan yang jelas dan berprinsip bahawa dengan kehadiran Islam, maka tidak ada kompromi dalam soal kebenaran agama yang hanya dimiliki pada Islam sahaja. Segala kelebihan hanya pada agama Islam dan mengatasi agama serta ideologi lain. Justeru, atas semangat ayat itu saya berusaha untuk membentangkan 37 bab yang telah melalui kajian pencarian pelbagai ajaran agama, dan adat budaya yang ada di seluruh dunia untuk dibandingkan dengan ajaran Islam. Setiap bab yang dibahaskan dalam buku ini yang akan membawa kita ke sudut merasai nikmat dan bersyukur terhadap keindahan ajaran Islam yang sedia dianuti. Yang mana kadang-kala kita tidak tahu apakah hikmah satu-satu syariat itu sehinggalah apabila dibandingkan dengan kepercayaan dan budaya lain. Sudah tentu perkara ini tidak digemari oleh sesetengah pihak. Antara hikmah di akhir ayat-ayat itu, Allah SWT menyebut “walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai” iaitu setelah dibentangkan kepada mereka (orang bukan Islam) bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan melebihi segala isme yang lain. Seperti yang Allah SWT menyatakan bahawa orang musyrik (orang bukan Islam) akan tidak menyukainya. Itulah apa yang dijangkakan ke atas buku ini bahawa akan ada serangan dan kritikan keras daripada pihak yang tidak bersetuju terutama dari kalangan musyrik apabila membaca buku ini.
Show all...
Walau bagaimanapun, pendekatan yang ingin dibawa dalam buku ini bukanlah bersifat penghinaan ke atas perbandingan amalan dan kepercayaan agama lain. Kerana menghina atau mencela agama dan sembahan bukan Islam adalah ditegah di dalam Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” (Surah al-An‘aam 6: 108) Tanpa kompromi, sebarang penghinaan dan celaan buruk ke atas sembahan agama lain itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Malah, pendekatan buku ini juga hanya akan mengetengahkan fakta dan ajaran yang bersumberkan daripada kitab-kitab mereka, jurnal kajian lapangan, laporan berita, dan disertakan dengan ulasan yang dibandingkan dengan apa yang Islam ajarkan. Itulah perkara asas yang akan dibincangkan di dalam buku ini. Kini, sahabat semua boleh dapatkan buku ini di link ruang komen.
Show all...
Merasa Mulia Dengan Islam Antara pembakar semangat kepada para daie untuk menyebarkan agama Islam adalah disebabkan merasa mulia dengan agama Islam. Selain perbahasan membuktikan kebenaran Islam, adalah penting juga untuk membandingkan antara ajaran Islam dengan budaya dan amalan tidak Islamik yang ada sekarang. Dengan itu ia boleh menzahirkan kemuliaan Islam dan menikmati ketinggian agama ini. Para sahabat Nabi Muhammad SAW dahulu merasai ketinggian Islam apabila telah melalui sendiri perubahan dari zaman Jahiliah yang memiliki serba serbi kepercayaan khurafat dan amalan keji yang telah diamalkan. Apabila mereka memeluk Islam, akhirnya mereka mara sebagai kaum yang mulia dan bertamadun sehingga tersebarnya Islam dari generasi ke generasi. Sayyidina Umar al-Khatab pernah berkata: ”Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan maka ia telah dihina oleh Allah.” Buku Islam Agama Tertinggi yang memiliki 358 halaman ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menzahirkan akidah dan syariat Islam yang hakikatnya tinggi daripada segala isme dan budaya di dunia ini. Untuk pembelian buku ini boleh dapatkan di link di ruang komen.
Show all...