en
Feedback
Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan

Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan

Open in Telegram

Channel bagi memastikan kalian Fokus dan Konsisten dalam usaha penurunan berat badan.

Show more
863
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Cerita Puan Hafizah peserta Misi Ubah yang sekian lama tanam hasrat nak pakai baju lama, akhirnya jadi kenyataan. https://mis
Cerita Puan Hafizah peserta Misi Ubah yang sekian lama tanam hasrat nak pakai baju lama, akhirnya jadi kenyataan. https://misiubah.com/blog/dah-boleh-pakai-baju-lama-qmbmrrbm0gvy

Kenalkan peserta Misi Ubah tahun 2022. Puan Zalila Radzali yang berumur 40 tahun. Hilang 28kg selama 9 bulan. Purata berat be
Kenalkan peserta Misi Ubah tahun 2022. Puan Zalila Radzali yang berumur 40 tahun. Hilang 28kg selama 9 bulan. Purata berat beliau turun 3kg sebulan. Itulah yang saya pernah tulis dan ceritakan pada kalian. Siapa ingat? Saya cakap, penurunan berat badan yang sihat ialah 4kg sebulan. Tapi itu game sempurna. Kalau dapat 2kg pun dah patut bersyukur. Ingat? Kalau ingat, rugikan tak buat? Tak join misi ubah. Sebab kalau kalian join tempoh hari, mungkin kalian dah dapat penurunan seperti puan Zalila. Tapi takpe. Tak terlewat. Kita set setahun akan datang. sebulan kalau dapat hilang 3kg macam puan Zalila dah ada 36kg!!!! Berapa berat kalian kalau tolak 36kg??? Jom join Misi Ubah. Satu inisiatif saya untuk cuba buat kalian konsisten selama 12 bulan. Detail Misi boleh dapatkan di https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula Masih ada slot daftar dengan harga promosi. Harga tak masuk akal tapi sangat berbaloi.

Ada yang rasa macam ni? Rasa dah buat 'semua' benda. - diet dah cuba macam macam cara, dari kena kira kalori sehingga Intermittent Fasting. Malah diet telur pun pernah buat. - Bersenam pun. Jogging, main gym, berbasikal, jumping rope, dan macam macam. Malah pernah habis duit beli kelengkapan senaman. Ada yang mahal mahal seperti set gym, treadmill atau basikal mahal. - Beli suplemen mahal keluaran syarikat gergasi. Duit habis beratus setiap bulan. Hanya nak beli suplemen yang dikatakan dapat kuruskan badan. - Cari ubat kurus! Pun ada. Asal ada cerita viral sesuatu dapat kuruskan badan. Terus beli. Malah pantang artis atau influencer promo. Terus beli. - Kepusat pelansingan pun ada yang pernah sampai. Sekali sesi ada yang sampai beribu. Tubuh kena wrap, kena kukus, kena goncang. Akhirnya duit melayang sia sia. Duit habis beribu, tapi tak dapat BMI normal pun. Kawan kawan, saya pun pernah lakukan semua diatas kecuali Kepusat pelansingan. Bukan tak nak pergi, tapi tak mampu. Dalam kita mencuba cari solusi untuk dapat BMI normal, beratus orang lain berjaya dapat berat badan normal. Ada antaranya kawan kawan kita. Lagilah dunia sosial media sekarang. Hampir setiap hari group group diet menampilkan bukti bukti orang yang berjaya. Tak kiralah group diet apa. Dari group kira kalori hingga ke Intermittent Fasting, malah dalam group GM diet pun. Jadi kenapa sebenarnya kita gagal? Ini soalan yang perlu kalian huraikan jawapannya. Kenapa orang lain, manusia biasa seperti kalian yang gemuk, ada yang obesiti dari kecil mampu dan kalian tak mampu? Kenapa? Tanya dan renung sebetulnya. Saya dah tulis banyak bab ni. Bab kenapa gagal ni saya boleh dikira pakar. Sebab saya juga gagal beratus kali dengan cubaan serius nak kurus. Malah saya juga berani mengaku saya pakar, sebab akhirnya dengan kegagalan dulu saya berjaya turun 65kg. Malah dengan pengalaman saya, saya telah bantu ramai individu dapat bmi normal. Saya buka Pengambilan Misi Ubah dan saya jemput kalian untuk sertai saya dan 200 induvidu yang sama matlamat. https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula

Tengok apa jadi pada peserta Misi Raya yang masuk 6 bulan sebelum raya tempoh hari.

Kejap. Nak tahu sebab apa gagal nak turunkan berat badan?

Berapa lama sebenarnya nak kurus?

NAK TURUNKAN BERAT BADAN, TUKAR TABIAT DIBAWAH. Sebenarnya inilah sifir bagaimana setiap individu obesiti mampu dapat berat badan normal. Ia tidak memerlukan kalian ada ijazah dietitian, malah tak perlu ada sijil coach pun. Sebenarnya ia pengetahuan asas. Kenapa diri kita seberat sekarang? Kalau dulu kenapa berat saya sampai 135kg? Tulis peel atau tabiat anda sekarang, contoh:- 1. Makan wajib bertambah 2. Makan tak kira masa 3. Makan sulam dengan air manis 4. Makan banyak setiap masa 5. Makan sampai puas 6. Malas nak berjalan 7. Ambik anak sekolah parking paling dekat depan pintu pagar, pemalas ya amat nak berjalan 8. Pasar malam ronda dan berhenti membeli dengan motor dan kereta, malas benar nak berjalan 9. Remote TV depan mata panggil anak kat dapur ambilkan 10. Suka melepak layan fon dari buat kerja rumah 11. Tidur lewat layan Netflix 12. Bangun lewat 13. Suka makan fast food 14. Suka minuman viral dan minum setiap hari 15. Takut nak bersenam 16. Segan nak bersenam Tulis dengan ikhlas, sebab ini antara anda dan anda sendiri. Lepas ada list tu, cuba bina list yang bertentangan atau penambahbaikan kepada tabiat sekarang. Contoh :- 1. Makan wajib bertambah lawannya makan sepinggan sahaja setiap kali waktu makan 2. Ambil anak sekolah tunggu depan pagar sampai jem jalan, lawannya parking jauh sikit dan berjalan ambil anak kesayangan dekat kelas(haha) atau pagar. Dan begitulah seterusnya. Saya berani jamin, kalau kalian berjaya tukar tabiat kalian ni kalian akan kurus dan sihat dalam masa terdekat. Percayalah! Nak bimbingan selama setahun bagi menukar tabiat buruk kalian kepada tabiat baru. Jom sertai saya dan team di Misi Ubah detail di - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=831490618548107&id=100050615296203&mibextid=Nif5oz

ASYIK ORANG LAIN JE KURUS, KITA BILA? TAK KURUS KURUS WALAUPUN NIAT BERATUS KALI. Hari ni saya nak cerita kisah Amin. Seorang individu 44 tahun yang menyertai Misi Ubah tahun lepas. Amin menyertai misi ubah dengan berat 86kg dan dalam masa 5 bulan Amin berjaya dapat berat badan 63kg. PENURUNAN 23kg!!!! Amin seorang yang sempoi. Dia tak banyak cakap dalam group. Tapi Amin sentiasa ikut apa yang saya kongsikan. Amin buat dengan kefahaman yang saya berikan dalam Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan yang semua ahli Misi Ubah wajib tengok. Hasilnya? Amin sekarang lebih sihat dan nampak bertenaga lagi muda remaja. Kawan kawan disamping saya nak ajak kalian sertai misi Ubah, saya sebenarnya nak kalian percaya bahawa kalian juga mampu untuk jadi seperti Amin. Jadi janganlah berputus asa dan teruskan usaha. BERUSAHALAH. Dan pengambilan misi ubah saya baru sahaja buka, dengan perubahan yuran pendaftaran yang lebih murah. Ianya juga terhad. Kalau nak jimat, sila daftar sekarang sebelum saya naikkan ke harga asal RM80. Jom dapatkan detail misi ubah di www.jommula.com/

KENAPA ORANG LAIN BOLEH, KITA TAK BOLEH? Dalam gambar dibawah saya bawakan kisah kejayaan individu yang bernama puan Norhafizah. Seorang guru bahasa Inggeris. Tengok perubahan beliau. Hanya dapat turun 10kg pun dah beza banyak. Kalau perhatikan rupa paras dah jadi muda hampir 10 tahun. Ya, itu hakikatnya. Dengan usaha kita turunkan berat badan, bukan saja tampak lansing, muda malah lebih sihat. Teacher Fizah ni salah seorang peserta Misi Ubah. Dan betul apa yang teacher nyatakan. Saya cakap misi ubah hanya setahun, tapi sebenarnya saya tak pernah buang sesiapa dari group. Bila buat group misi baru setiap tahun saya akan jemput mereka juga. Maksudnya sesiapa yang join misi ubah, insyaallah ianya peluang bersama saya sampai kalian kurus. Tapi kalau boleh biarlah setahun. Kawan kawan. Saya buka pendaftaran Misi Ubah terbaru. Pengambilan kali ini saya nak umumkan sedikit perubahan. Perubahannya ialah dari segi harga. Biasa harga misi ubah ialah RM80. Tapi untuk 30 orang terawal yang mendaftar bermula hari ini. Saya nak bagi RM50 sahaja. Apa yang kalian dapat, nak tahu detail? Saya sambung cerita detailnya di https://www.jommula.com Jom daftar sekarang untuk jimat RM30.