Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan
Open in Telegram
Channel bagi memastikan kalian Fokus dan Konsisten dalam usaha penurunan berat badan.
Show more863
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Cheatday atau cheatmeal dari pandangan insan yang berjaya turun 65kg.
Baca lanjut di - https://www.turunkanberatbadan.com/2023/08/cheatday-atau-cheatmeal-perlu-atau-tidak.html
Berpagian adalah satu sunnah. Menghidupkan sunnah adalah satu kemestian bagi umat Islam. Berbangga dan mengikut seperti mana kehendak Nabi.
Sebab tu salah satu dari 7 step nak turunkan berat badan dalam masa setahun adalah bab ni.
Bangun awal menghendaki kita tidur awal. Yang mana mampu memberi kecukupan kepada kualiti tidur kita. Mengharmonikan hormon badan.
Kalau kita atau pasangan, atau keluarga kita yang obes, tapi masih dengan tidur lewat dan bangun lewat. Sedarkanlah dia dari angan angan tu.
Kalau tidur pun tak mampu lagi nak kawal, bagaimana dengan hal lain.
Jom sama sama kita berpagian.
Jumpa pukul 930 nanti dalam kelas Realisasikan Azam Turunkan berat badan di live TT saya k..
Boleh terus follow kat sini - https://www.tiktok.com/@faizalsaedon
Gambar puan Zalila yang turun 28kg tu adalah proses selama 6-8 bulan dalam program Misi Ubah. Sekarang dah masuk bulan ke 11. Total penurunan puan Zalila sekarang dah 31kg.
Belum masuk setahun lagi dah 31 kg.
Ini membenarkan apa yang saya selalu kongsikan pada mereka yang nak turunkan berat badan. Bagi masa setahun, insyaAllah akan dapat berat badan normal.
Kawan kawan, inilah namanya proses. Yang kalian perlu lalui, hadapi, dengan cabaran dan dugaan. Bukan main niat nak kurus tapi tak nak buat apa apa.
Tapi Alhamdulillah group Misi Ubah banyak bantu puan Zalila Radzali .
Kalau kalian nak join group Misi Ubah dengan bimbingan saya dan juga bersama lebih ramai yang macam puan Zalila.
Berkongsi tips, ilmu dan pengalaman. Saya ajak kalian join misi ubah.
https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-diri-anda
3 punca asbab tubuh makin susah nak berkerjasama dengan usaha Turunkan berat badan -
http://www.turunkanberatbadan.com/2023/08/3-sebab-jangan-tangguh-usaha-nak-kurus.html
Kursus Mentaliti Turunkan berat badan yang saya umumkan nak buat di Selangor pada 26 ogos 2023, tempoh hari saya terpaksa batalkan atas urusan peribadi.
Dah ramai yang mesej bertanya. Tapi ianya InsyaAllah akan di tunda ke satu tarikh lain.
Cuma, sebagai ganti tarikh tersebut saya nak adakan juga satu sesi online Percuma kepada mereka yang nak realisasikan azam turunkan berat badan.
Jika kalian induvidu yang mencuba banyak kali, tapi gagal. Saya jemput hadir kelas selama sejam setengah ni.
Insyaallah kalian boleh dapat manfaat dari saya, dari 2 lagi induvidu yang berjaya dan insyaAllah seorang dari bidang kesihatan berkongsi pengalaman, tips dan ilmu.
Insyaallah detail platform kelas akan saya kongsikan nanti.
Jika kalian ingin menyertai, sila rsvp event dibawah.
https://facebook.com/events/s/kelas-realisasikan-azam-turunk/6522895937792999/?mibextid=Gg3lNB
Mungkin kalian jarang buka Telegram. Jom follow channel whatsapp saya untuk info, tips dan panduan turunkan berat badan.
Follow dan UNMUTE - https://whatsapp.com/channel/0029Va5yw3QFSAt3k0eWFN2P
Salahkan anak anak sebab gemuk. Siapa kat sini selalu buat macam ni?
Makan apa, makan macamana untuk kurus?
Take a look at this post⦠'Makan Apa Boleh Kurus'.
http://www.turunkanberatbadan.com/2023/08/makan-apa-boleh-kurus.html
Siapa follow saya patut tahu dan tak buat kesilapan teknikal untuk turunkan berat badan ni.
https://vt.tiktok.com/ZSL4dNB1u/
Ya ALLAH, Kau gantikanlah nyawa ayah aku dengan nyawaku... Itu doa yang saya ulang ulang pada malam itu.
Masa Ayah saya meninggal, umur saya 13 tahun, saya yang ada disisi ayah dan mak semasa tu tergamam bila tengok mak saya menangis dan memanggil manggil ayah yang sudah disahkan oleh doctor meninggal dunia.
Saya yang duduk agak belakang dari mereka kerana masih kecil terpaku berdiri memandang mak yang sedang menangis.
Ayah ada di belakang tirai sebab doctor dan petugas bertungkus lumus melakukan cpr untuk menyelamatkan ayah sebelum itu.
Saat itu, hanya saya dan mak saja yang ada di Wad 5 hospital Kota Bharu. Abang jai, kanda kedua saya ada tapi dia tunggu diluar. Mak minta saya untuk cari abang Jai.
Semasa tu tiada setitik pun air mata yang keluar. Saya seolah masih belum dapat menerima kenyataan ayah yang saya sayang telah pergi. Saya keluar untuk mencari abang Jai. Dikala mencari abang Jai banyak soalan yang menerjah, antaranya kaki siapa yang nak saya urut selepas ni, Arwah ayah setiap hari akan mintak kami adik beradik urut kakinya. Ya, hal nilah yang saya soal pertama sekali.
Saya masih ingat detik dan lokasi air mata dan kesedaran saya berkaitan ayah dah tak ada berlaku dimana, ianya ketika saya jumpa abang Jai di luar kawasan Farmasi HKB. Bila saya nak buka mulut bagitahu ayah dah tak ada, ketika itulah saya mula teresak esak tanpa sebarang perkataan mampu keluar.
Abang Jai yang seolah memahami merangkul kuat saya dalam pelukkannya. Dan semasa inilah saya paling ingat doa saya.
Ya ALLAH, Kau gantikanlah nyawa ayah aku dengan nyawaku... Itu doa yang saya ulang ulang pada malam itu. Saya sebagai seorang anak yang sayangkan ayahnya sanggup ganti nyawanya. Dan saya rasa bukan saya saja yang rasa hal begini. Setiap insan, pasti akan rasa dan doa perkara yang sama jika insan yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.
Begitulah kita manusia, kita lebih sayangkan orang lain terutama keluarga berbanding diri sendiri. Sebab tu bagi saya, BIG WHY yang menjayakan proses penurunan berat badan saya ialah berkaitan kebahagiaan orang lain, tak nak menyusahkan orang lain.
Sebab itu saya selalu berkongsi berkenaan matlamat dan Big Why.
Saya tak nak apa yang saya hadapi semasa masih kecil, dialami oleh anak anak saya. Meninggalkan mereka semasa mereka perlu sokongan, ilmu dan bimbingan saya.
Cuba kalian semak balik KENAPA kalian ingin melakukan perubahan dalam berat badan kalian. Kalau ianya hanya berkisar diri kalian, cari kesedaran untuk berubah kerana orang yang kalian sayang. Kita secara lumrahnya akan lebih komited bila perubahan kita akan memberi impak kepada yang lain.
Jom sertai saya dan team yang punya big why yang sama, kita bersatu dalam satu matlamat. Nak pastikan kita sihat demi masa dan ruang bersama yang tersayang.
https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommulaRepost from N/a
Luah hati seorang peserta Misi ubah yang memanfaatkan setiap peluang dan ruang.
Walaupun baru 3 minggu join Misi Ubah.
Apa yang saya bangga, komen begini hanya akan keluar dari insan yang punya mentaliti yang betul dalam usaha penurunan berat badan.
Tidaklah bangga dengan berat yang turun. Tapi bersyukur dengan tabiat yang mula membaik. Alhamdulillah.
Inilah matlamat Misi Ubah.
Ingin memastikan mentaliti yang betul dalam memahami proses menurunkan berat badan.
Menukar matlamat nak kurus kepada matlamat nak baiki kualiti kehidupan.
Yang mana, hasilnya tetap sama! Iaitu kurus, insyaallah.
Nak join keluarga besar Misi Ubah. Boleh klik di sini - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Apapun saya tetap tegaskan. Misi Ubah bukanlah Ubat Kurus atau Produk Magis! Ianya perlu kalian bersusah payah dan berkorban jua.
Nak mudah dan senang, carilah orang lain.
