en
Feedback
KLSM OFFICIAL Kak Long Sales Master

KLSM OFFICIAL Kak Long Sales Master

Open in Telegram

Show more
The country is not specifiedBusiness40 163
1 068
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-2030 days
Posts Archive
Korang jom lepak and follow Kak Long di THREADS . Apa buat la duduk je sini dalam FB sampai mereput . Jom la ambik angin baru . Dan Kak Long ada tulis panjang lebar pasal perempuan pembunuh kucing tu . https://www.threads.com/@kaklongsalesmaster . . .

Masa Kak Long buka link yang sahabat Kak Long bagi terus la rasa excited sebab susunan info dalam tu detail dan inilah rasanya apa yang kebanyakan kita perlukan . Selalu orang bila cakap pasal mesti ingat tentang harta sahaja tapi ia sebenarnya lebih daripada harta. Warisan paling mahal adalah PERSEDIAAN . Persediaan dari segi kumpulkan semua info penting dalam satu file lengkap . Keluarga sering tersalah langkah bila berlaku kecemasan atau kematian. Ramai yang fikir “anak nanti boleh urus” tapi: Anak tidak tahu akaun bank, polisi takaful, harta rumah. Pasangan tak tahu dokumen penting. Waris hilang arah kerana dokumen berselerak. Biarkan sahaja waris cuba cari dokumen, bertanya sini sana. Hasilnya semua pun stress, pergaduhan, proses harta lambat, peluang hilang. Jika anda menyediakan fail persediaan dari awal, keluarga tahu langkah tepat bila berlaku kecemasan. Apa Fail Legasi Betul-betul “Settlekan” Fail legasi keluarga bukan hanya “fail dokumen.” Ia adalah: Pusat simpanan maklumat penting keluarga. Backup keselamatan dokumen & aset keluarga Panduan warisan & aset & hutang & tanggungjawab. “Peta jalan” untuk waris urus segala hal bila terjadi kecemasan. Instrumen untuk jaga keluarga & ketenteraman selepas kita tiada. CARA BARU (Softcopy File Digital Legacy) Fail digital ini adalah satu “kit persediaan keluarga lengkap”: Semua dokumen penting dikumpul. Semua info disusun mengikut kategori: harta akaun bank dokumen rasmi polisi takaful kontrak password. Fail boleh diedit, disimpan di cloud, dan dikongsikan dengan waris yang dipercayai. Siapa Perlu Fail Ini? ✔️ Suami ✔️ Isteri ✔️ Ibu bapa ✔️ Ketua keluarga ✔️ Pasangan muda ✔️ Individu ada aset ✔️ Individu ada hutang ✔️ Individu ada anak ✔️ Individu ada polisi takaful/insurans ✔️ Penjaga ibu bapa Pendek kata: Sesiapa yang mahukan keluarga mereka tenang bila waktu sukar. Klik link di bawah ni untuk dapatkan file legacy anda dan ada panduan lengkap untuk anda mulakan persediaan simpan dokumen penting https://softcopyfile.bcl.my/form/softcopy/6494

Bukan berdosa pun . Kak Long Sales Master

Kak Long selalu percaya bahawa FAITH itu kuasa yang sebenar yang DRIVE kepada kejayaan di dunia dan akhirat . FAITH itu adalah keyakinan dalam diri dan keyakinan kita kepada pertolongan Allah ke atas usaha kita . FAITH ni sesuatu yang kita tak nampak hanya boleh rasa . Dulu, Kak Long buat investment dengan beberapa syarikat . Ada dengan bank dan ada juga dengan klien untuk raise fund. Nak set target macamana ? Syarikat investment target setahun sebanyak RM1 juta, itu pun sudah cukup besar bagi kebanyakan orang. Tapi Kak Long? Kak Long set target RM1 juta sebulan. Mana dapat idea macam tu ? Idea ni random namanya tak ada berpaksikan apa -apa dan Kak Long tak ada pengalaman langsung dan tiada data yang nak di rujuk . Hanya berpaksikan FAITH . And why not .No harm trying . Ramai orang fikir Kak Long gila. “Macam mana nak capai?” . Tapi Kak Long berbekalkan faith dan keyakinan penuh. Bukan sekadar nombor, tapi sebuah visi yang menuntut keberanian dan tindakan luar biasa. Setiap hari, Kak Long bangun dengan mindset yang kaya dengan pemikiran POSITIF . Eh bukan masa bangun pagi je masa nak tidur pun sama banyak buat muhasabah diri . Allah jadikan kita ni hebat tapi kena kita nak settle for less. “Kenapa 1juta tu saya tak boleh capai sebulan?” "Apa yang lambat sangat nak tunggu setahun ". "Kenapa la nak zalim dengan diri sendiri" "Kenapa nak underestimate kehebatan Allah jadikan manusia " 🫣😎 Dengan pemikiran itu, Kak Long mula call lebih ramai prospek, follow-up tanpa putus, dan fikir kreatif untuk bantu orang laburkan duit mereka. Tiada shortcut, cuma faith + action konsisten. Kaya MINDSET ! Kaya FAITH ! Kaya ACTION ! Orang lain jumpa 3 prospek setiap hari . Kak Long ? 30 prospek . Orang lain lepak mamak dulu . Kak Long satu minit pun tak bazirkan masa . Orang lain malas nak datang training bagi alasan demi alasan . Kak Long datang training hari -hari kecuali ahad . Apa yang berlaku? Kak Long discover sesuatu yang luar biasa. Bila minda ditune ke level tinggi, peluang dan idea yang tak pernah terfikir mula muncul. Kak Long sedar, target bukan sekadar angka di kertas, tetapi alat untuk mengubah cara kita berfikir, bertindak, dan menarik peluang. Dan itulah rahsianya. Walaupun tiada data sejarah, tiada rekod prestasi sebelumnya, faith boleh menjadi pemecut. Tapi faith mesti disokong tindakan berani dan konsisten setiap hari. Kak Long belajar satu perkara penting. Jangan takut untuk target “gila-gila” yang tak terjangkau akal . Sebab tidak ada yang mustahil di sisi Allah . Allah mengikut sangkaan hambaNya Set target yang tinggi bukan untuk putus asa, tapi untuk mendapatkan versi diri sendiri yang lebih hebat dari yang pernah kita sangka. Ini memang mindset “big leap” yang luar biasa! 😄 Ia sebenarnya strategi psikologi & motivasi diri bukan logik biasa. Ia ada beberapa prinsip power yang orang biasa jarang guna: 1.Faith + Vision Bila kita target RM1 juta sebulan walaupun company target RM1 juta setahun, minda kita tune ke level yang lebih tinggi. Otak mula fikir “macam mana saya boleh nak capai ini?” berbanding “boleh ke saya capai setahun?”. Ini menarik peluang, idea, dan tindakan yang tak pernah terfikir kalau target standard. 2.Act “as if” Orang yang berjaya selalu berkelakuan seolah-olah target dah tercapai. Walaupun act as if tapi kita kena buat lebih banyak call, follow-up, dan pendekatan berani kerana target tinggi . Ini “gravity of action”. 3.Breakthrough mindset Target yang extreme paksa kita untuk stretch skill, strategi, dan network. Kebanyakan orang set target sederhana capai sederhana. Kita set target gila maka kita akan discover kapasiti sebenar . 4.Faith sebagai fuel Dalam service atau bisnes baru pun sama. Data & logik penting, tapi faith & vision boleh jadi pemecut awal bila data tak ada. Tapi ingat: faith mesti disokong action konsisten. Tanpa action, target tetap kosong. Target bukan sekadar angka. Target adalah alat untuk mengubah cara kita berfikir, bertindak, dan berinteraksi dengan peluang. Korang pun cubalah set target giler -giler .

Mesej Kak Long untuk join ya secepat mungkin . Wasap dan buat payment . Sah jadi ahli 😂 Sambung baca komen ok Ada 7 nilai yang Kak Long tawarkan untuk anda semua . Kak Long Sales Master

SALES MENTOR & SALES CIRCLE NETWORK -Online Edition Kenapa Kak Long Buat Sales Mentor Online Kak Long bukan lahir terus pandai jual. Pernah rasa susahnya nak yakinkan orang. Pernah rasa penat kejar target,dan pernah rasa hilang semangat bila usaha tak jadi apa. Kak Long ada cerita detail tentang part ni . 3 kali tukar so called leader .Nanti cerita la lagi part ni 😂 Jualan ni bukan sekadar tentang produk. Ia tentang cara kita membawa diri, cara kita faham orang, dan cara kita jaga rezeki. Gabungan roh ,hati dan tindakan atau kata lain kena ada jiwa ,emosi dan amalan . Kak Long mula nampak ramai orang baik yang sebenarnya berbakat,tapi kurang bimbingan. Ramai yang rajin, tapi tak tahu arah. Ramai yang ikhlas, tapi hilang keyakinan sebab pernah gagal. Sesi baru -baru ni ada orang tanya macamana nak pandai buat sales saya tak ada pengalaman sales langsung ?Boleh ke saya berjaya . Cepat je Kak Long boleh jawap soalan tu sebab dah pernah lalui . Sales ni adalah skill yang learnable . Boleh di pelajari . Boleh di transfer dari seorang kepada seorang yang lain . Paling penting kena selalu jumpa mentor duduk dengan mentor . Berapa kerap ? Sekerap yang boleh . Kalau boleh hari -hari. Lagi cepat pandai . Bukan nak lama -lama duduk tak ada tujuan . Sejam sehari pun dah cukup . Tak perlu lama -lama . Repetition is the mother of success ! Nak buat sales banyak perkara kena ada supaya hasilnya cemerlang .Bukan setakat skill sahaja . Mindset. Heartset. Skillset. Dari situ Kak Long terfikir kalau semua orang ni dapat bimbingan yang betul,mereka bukan saja boleh berjaya dalam sales,tapi boleh jadi insan yang lebih tenang, lebih yakin, dan lebih berprinsip. Sebab tu Kak Long pilih untuk buka ruang mentor secara online. Cara yang paling efektif supaya Kak Long boleh di access dengan mudah oleh lebih ramai orang pada satu masa . Bukan sebab trend, tapi sebab nak sampai kepada lebih ramai orang. Yang duduk jauh, yang sibuk jaga anak, yang baru mula semua patut ada peluang belajar. Online ni bukan sekadar “kelas”. Ia tempat berkongsi semangat. Tempat Kak Long boleh tengok perubahan manusia daripada takut bercakap, jadi berani. Daripada ragu-ragu, jadi yakin. Daripada jual untuk duit, kepada jual sebab nak bantu. Bagi Kak Long, sales mentor online ni bukan program. Ia satu tanggungjawab. Untuk bimbing, untuk faham manusia, dan untuk tunjuk bahawa rezeki yang berkat datang bila kita jual dengan hati. Itulah sebabnya Kak Long masih teruskan sampai hari ni. Sebab setiap kali nampak peserta berubah — Kak Long tahu, perjalanan ni berbaloi. 💛 So ini info tentang SALES MENTOR KEISTIMEWAAN GROUP INI 👑 Privilege Khas 🎯Mesra Poket & Accessible RM 300 lifetime .Yeayy !!! Limited to first 100 person . 🎯Sesuai untuk orang yang perlukan “mentor standby” bila stuck dalam sales. Masalah sales bukan berlaku sekali -sekali tetapi setiap hari Sesuai untuk yang perlukan bimbingan cepat, mudah dan berterusan tanpa kos tinggi. 🎯Akses direct Kak Long Kak Long sendiri yang akan jawab .Bukan admin bukan trainer lain . Kak Long akan jawab secara ringkas, point-to-point (voice note / text). 🎯Unlimited Q&A Boleh tanya soalan sales bila-bila masa dalam group (unlimited Q&A). 🎯Tak Teori, Terus Praktikal Boleh tanya terus situasi sebenar (prospek cakap mahal, nak fikir dulu, nak compare, dll) dan dapat jawapan terus. 🎯Support Berterusan Group jadi tempat rujukan bila stuck dengan prospek. Macam “sales hotline” – boleh terus dapat panduan. Tak perlu tunggu kelas atau coaching, bila stuck boleh terus tanya . 🎯Continuous Mentoring Tak ada isu “habis kelas terus lost”, sebab support jalan sepanjang masa. 🎯Access Anytime Anywhere Tak kira dekat mana, boleh join guna phone saja. 🎯Kandungan dalam group private sahaja, tak dikongsi luar.Exclusive untuk group ini sahaja . 🎯Ahli group ini sahaja boleh join untuk networking offline by invitation only . 🎯Medium Mentoring -akan di masukkan ke dalam group TELEGRAM .Setiap soalan akan di jawab samaada secara bertulis atau voice note daripada Kak Long .

Ada 3 jenis CEO . Anda yang mana satu . Jom sama -sama kita baca info ni ya : 1.CEO Syarikat Sendiri (Founder / Owner–CEO) Ciri-ciri utama: • Pemilik syarikat 100%. • Buat semua keputusan sendiri. • Terlibat dalam operasi harian (hands-on). • Fokus kepada survival dan jualan. • Biasanya masih syarikat kecil atau awal berkembang. Tanggungjawab utama: • Urus cashflow & jualan. • Pimpin team kecil. • Urus operasi, marketing, kewangan & customer sendiri. • Buat semua keputusan strategik. Cabaran: • Tekanan kewangan. • Kekurangan masa & tenaga. • Tiada sistem kukuh. • Team belum stabil. Kelebihan: • Bebas buat keputusan cepat. • Fleksibel ubah strategi. • Semangat “owner” tinggi. Ilmu penting: • Asas sales & marketing. • Cashflow & kewangan asas. • Leadership asas. • Urus team & pelanggan. • Asas sistem & SOP. 2.CEO SME (Small & Medium Enterprise) Ciri-ciri utama: • Syarikat dah berkembang (ada staf & struktur). • Kadang masih dimiliki founder, kadang CEO dilantik. • Fokus bina sistem & kembangkan syarikat (scale up). • Kurang kerja teknikal, lebih kepada strategi. Tanggungjawab utama: • Rancang hala tuju 3–5 tahun. • Urus middle management. • Pastikan operasi & kewangan stabil. • Bangunkan budaya kerja & sistem KPI. • Bina partnership & peluang baru. Cabaran: • Nak scale tapi kekurangan sistem. • Susah cari orang kepercayaan. • Tekanan nak seimbang antara growth & stabiliti. Kelebihan: • Dah mula boleh delegasi kerja. • Boleh fokus pada strategi besar. • Potensi untung & pertumbuhan tinggi. Ilmu penting: • Strategic planning & business model. • Leadership & HR management. • Kewangan bisnes (margin, cashflow, forecast). • Marketing strategy & branding. • Sistem & automation. 3.CEO GLC (Government-Linked Company) Ciri-ciri utama: • CEO dilantik, bukan pemilik. • Milik kerajaan / agensi pelaburan (contoh: PETRONAS, TM, PNB). • Banyak prosedur, mesyuarat & laporan. • Fokus kepada governance & dasar kerajaan. Tanggungjawab utama: • Laporkan kepada lembaga pengarah & kerajaan. • Laksana dasar & projek strategik. • Pastikan tadbir urus (corporate governance). • Kawal organisasi besar & pelbagai jabatan. Cabaran: • Banyak birokrasi. • Keputusan lambat (perlu kelulusan lembaga). • Pengaruh politik. • Kena patuh pada dasar kerajaan. Kelebihan: • Dana & sumber besar. • Nama kukuh & stabil. • Struktur organisasi jelas. • Gaji & manfaat tinggi. Ilmu penting: • Corporate governance & compliance. • Strategic management & reporting. • Leadership dalam organisasi besar. • Risk management & komunikasi rasmi. • Policy & stakeholder management. CEO Syarikat Sendiri: Fokus belajar asas semua bidang . Pemasaran ,jualan, kewangan, team & sistem. CEO SME: Fokus pada strategi, leadership & sistem scaling. CEO GLC: Fokus pada governance, compliance & pengurusan korporat besar. Ringkasan Perbandingan Kuasa keputusan: Syarikat sendiri → 100% SME → Masih besar GLC → Terhad Fokus utama: Syarikat sendiri → Survival & jualan SME → Sistem & pertumbuhan GLC → Tadbir urus & dasar kerajaan Gaya kerja: Syarikat sendiri → Hands-on SME → Strategik GLC → Korporat Cabaran utama: Syarikat sendiri → Cashflow & masa SME → Sistem & team GLC → Birokrasi & politik Ilmu penting: Syarikat sendiri → Multi-skill (semua asas) SME → Strategi, leadership, sistem GLC → Governance, compliance, policy Matlamat utama: Syarikat sendiri → Untung & hidup SME → Besarkan syarikat GLC → Stabil & patuh dasar Kak Long Sales Master

FOUNDER EDITION : Sesi ni secara face to face dengan Kak Long selama satu hari dari pagi sehingga petang . Hanya Kak Long dengan founder atau co founder bukan dengan team ok . Kalau nak sesi dengan team ada TEAM EDITION . Kalau nak book sesi ni jangan risau boleh beritahu Kak Long yang anda nak sesi kita di rahsiakan Biasa memang etika Kak Long untuk minta izin dengan sesiapa pun untuk upload gambar di socmed . Terutama founder bisnes . Tak semua founder ada background sales . Jadi kena menuntut ilmu sales . REALITI: 70% FOUNDER SUKA SECARA “PRIVATE / RAHSIA” Ramai founder, CEO atau co-founder sebenarnya tak selesa kalau team mereka tahu: Dia hadir sesi coaching/training (nanti team fikir “bos pun tak tahu rupanya”) Dia tengah cari jalan betulkan sistem jualan (nanti team fikir “syarikat ada masalah ke?”) Dia nak ubah struktur atau sikap team (nanti team bersedia lawan) Jadi mereka lebih suka hadir diam-diam, belajar dulu, baru balik implement perlahan-lahan. 💬 Mereka fikir macam ni: “Saya nak faham dulu,nanti saya balik betulkan dari dalam. Saya tak nak team tahu saya tengah attend kelas /coaching.” APA YANG SESI INI SELESAIKAN : Founder Tahu Cara Nak Uruskan dan Develop Sales Team untuk lebih produktif . Selesaikan banyak human error dan miscommunication jadi founder dan team boleh fokus kepada aktiviti yang lebih produktif bawa duit (sales )masuk dalam syarikat . APA YANG FOUNDER DAPAT : Sesi ni dengan Kak Long seharian 9.30am -5.30pm 2 kali face to face (offline ). Sesi support selama 3 bulan di wasap.Boleh tanya apa sahaja soalan sales . Ada worksheet dan checklist untuk pastikan ilmu tak hilang dan anda boleh refer bila -bila masa sahaja yang anda nak . Semua ilmu ,strategi ,sistem,struktur,skill semua ada dalam worksheet dan checklist . Sesi ini lengkap untuk betulkan sales anda dalam masa 30 hari (kalau ikut timeline ) Boleh terus implement dengan sales team . Ini bukan kelas ya .Bukan kelas ramai -ramai . Tapi sesi personal bersama founder &co founder . “Confidential, Exclusive, Private” Semua ilmu sales untuk founder ada pada sesi ni tak ada upsell ya .Tak ada rahsia . Wasap Kak Long je terus book dengan Kak Long . Detail dan harga ada pada komen ok. Terima kasih

MASTER CLOSER CLUB OFFLINE LEARNING -FACE TO FACE Time :10am -5pm Venue :Elmina Mall @Coffee Bean Date :To Be Adviced Oct 2025 Day :To Be Adviced -Weekdays RM :200 per person LEARNING POINTS -Ilmu closing on the spot . The biggest market dengan strangers kan so kita target mereka . -4 elemen wajib kuasai untuk closing 1.Sales Tools 2.Sales Skripts 3.Sales Strukture Leads Approach Appointment Presentation Closing Referral 4.Techniques Sales Sampai prospek kata YES ! -Winner Mindset ,Strategies and Activities Tak nak buat dah group ramai -ramai untuk MASTER CLOSER ni nak limitkan 10 sahaja per batch . So semua puas hati dapat personal touch daripada Kak Long . Kak Long spill semua ilmu closing macamana Kak Long buat closing dalam investment RM 60 juta dalam masa 6 bulan . Ada satu projek khas Kak Long dapatkan RM 28 juta daripada dua investor sahaja. Investor A RM 7 juta Investor B RM 21 juta Satu lagi projek yang best dah tak boleh lupa ialah projek corporate investment RM 576 juta dapat masa 14 minggu .Yang ni total group ok . Ada satu syarikat media yang Kak Long bantu untuk dapatkan sponsorship RM 2.3million . Padahal target asal cuma RM 250k sahaja. Semua daripada STRANGERS and first meeting terus CLOSE ON THE SPOT. Tak ada follow up ok . Close masa tu juga . Bukan dari cable . Bukan dari networking . Antara projek untuk bina team paling happening di bawah ni . Dapat projek untuk BINA TEAM untuk jual projek bernilai RM 2juta dan ke atas . Total team solely commission base ,tak ada basic pun orang berebut nak join . Dapat recruit dan train 105 orang dalam masa 3 bulan . Banyak lagi achievement yang kalau nak tulis berderet -deret. The points are tidak ada yang mustahil dalam SALES . Semua yang kita nak semua boleh capai dengan ilmu ,strategies dan skill. So Kak Long buka sesi batch 1 ni hanya untuk 10 orang sahaja . Now tinggal lagi 4 orang sahaja 6 Taken. Grab this opportunity sementara Kak Long rajin nak transfer kan ilmu sales ini . Bukannya masuk tahap malas pun tapi Kak Long macam ikut mood dah ni .Banyaknya mood dah hilang 😂😂😂 Sebab ada satu bidang yang lama Kak Long nak buat akhirnya Kak Long jumpa apa yang di cari selama ni . Dekat sini lah energi Kak Long akan tinggi . So dah boleh bayangkan Kak Long akan spend banyak masa untuk passion Kak Long ni . Untuk grab this offer boleh wasap Kak Long untuk book seat dan proceed payment ok . Lepas sesi ni akan di beri pilihan untuk proceed dengan MASTER CLOSER DAY 2 HARI . 2 HARI yang penuh dengan sesi roleplay dan feedback LIVE . Ini option sahaja ,tak ada paksaan tapi strongly recommended untuk GRAB .

NEXT KELAS SALES Untuk yang tanya apa NEXT kelas sales yang Kak Long ada ,Kak Long share di bawah ni ya . Ramai juga yang tanya kenapa dah lama tak nampak status Kak Long lalu lalang .Jadi takut ada info tak dapat dan terlepas . Nak jawab pasal status tak nampak tu akaun Kak Long ni sebulan tak boleh access . Ada percubaan nak hack so Kak Long jenuh la buat rayuan nak dapatkan semula akaun ni . Alhamdulillah setakat ni selamat dapat semula . ✌🏼🫶🏻 So next kelas sales ada beberapa yang Kak Long dah susun . Yang penting semua kelas ni Kak Long nak buat pelbagai method dan pilihan supaya semua orang boleh access mudah kepada Kak Long . Anytime ada Kak Long kat sebelah nak refer tentang sales ok . Erti kata lain mudahkan semua orang yang jauh atau dekat boleh pilih cara yang sesuai . 1.MASTER CLOSER CLUB Master Closer Club ni saya nak fokus kepada sales person yang buat sales style consultative dan sales cycle journey agak panjang . Yang memerlukan : generate leads filter leads buat appointment (online or offline ) presentation closing services referral Sesuai untuk yang nak cari : klien partner strategic partner investor bina team (nak recruit team sales /ejen) Yang ni ada 2 sesi . Sesi ni OFFLINE . Sesi 1 =4 jam-Prep Day Sesi 2 = Master Closer Day .Sesi ni 2 hari tau .Kita belajar sampai jadi di sini . Belajar secara bersistem dan berkala . Mesej Kak Long dulu nak tengok sesuai atau tidak untuk anda . Harga sangat mampu join dan di jamin berbaloi . Ratus -ratus je. 2.SALES COFFEE CIRCLE Yang ni Kak Long buat sebab ada yang request nak jumpa Kak Long sambil coffee-coffee . Saya tau Kak Long busy tapi saya nak selit tanya soalan .Kak Long buat la kerja Kak Long 😂 Aii boleh gitu pulak . So Kak Long buka sesi sesiapa yang nak tanya soalan dan belajar sales atau nak tunjuk wasap dari prospek ke atau nak share cara dia close tak boleh ke inilah masanya . 4 jam RM 100 Limit 10 orang sahaja setiap sesi. Santai tapi padat, terus boleh guna untuk close deal lepas tu. 3.SALES INNER CIRCLE -Online Support Online Mentoring RM 299 setahun access Boleh tanya soalan sales unlimited . Stuck sales je terus tanya Kak Long ok . Macam-macam lagi privillege . Nak info lanjut terus je wasap Kak Long ok .

2.Maklumat Sales Services 1.Training Master Closer Club by KLSM -Offline Inner Circle Network by KLSM -Online 2.Coaching Personal Coaching Group Coaching 3.Sales Speaker &Trainer untuk Event Syarikat 4.Sales Consultation untuk syarikat 5.Sales Conference & Event -Upcoming 6.SMEs Trusted Brand Jika berminat untuk bertanya tentang service yang ada boleh wasap Kak Long direct ok Kita bincang sampai jadi 🎯

INFO PENTING 1.Perkenalan Tentang Kak Long https://t.me/KLSMofficial/464

Assalamualaikum & hai semua 👋 Selamat datang ke ruang sales yang fun & penuh ilmu! Saya Kak Long, dikenali sebagai Sales Master – trainer & coach dalam dunia jualan dengan pengalaman membantu founder, sales leader & agent capai result cepat. Misi saya mudah – jadikan dunia sales sesuatu yang menyeronokkan, penuh keyakinan dan bukan menakutkan. Dengan strategi consultative selling & closing on the spot, saya bantu anda bina keyakinan & pengaruh dalam jualan. 🎯 Kepakaran Kak Long: • Consultative Selling – cara closing tanpa pushy • Closing On The Spot – teknik tutup jualan segera • Personal Branding Sales – tarik pelanggan dengan gaya “Pull-Based” • Sales Psychology & NLP – faham minda pelanggan, kawal emosi dalam jualan Dalam channel/group ni, anda akan dapat: ✅ Tips & skrip closing yang proven ✅ Strategi positioning untuk produk high-ticket ✅ Roleplay & case study real-life sales ✅ Inspirasi & motivasi untuk kekal konsisten ✅Recruit ,Train ,develop staff sales ,ejen -ejen ✅Pelbagai cerita sales untuk jadikan panduan ✅ Ilmu praktikal terus boleh guna Semoga bermanfaat buat semua .

Bila imbas semula journey dalam bidang sales Kak Long dah explore dan rasa pelbagai industri samaada Kak Long terlibat secara langsung ataupun tidak jauh sangat dah Kak Long mengembara . Tak sangka later belakang akaun tetapi beralih terus ke bidang jualan . Bidang yang orang paling takut dan rasa paling tak glamour dan tak ada masa depan . Tetapi yang paling mengubah rasa dan excitement Kak Long membuat jualan adalah bila terlibat dalam produk /service yang memerlukan sales journey yang agak panjang dan mencabar . Investment ,property adalah dua forte paling utama yang memberikan impak paling besar yang mengubah segalanya . Dua bidang di atas paling best dan mencabar sebab Kak Long memang langsung tak ada pengalaman masa tu . Tetapi dengan hati yang tekad,displin yang tinggi ,bersungguh -sungguh dan dengan izin Allah Yang Maha Kaya maka terjadilah dengan iziNya . Ia adalah bidang yang sangat best dan big reward ! Big reward tu memang semua orang yang join boleh dapat .Tapi tak semua deserve untuk dapat . Sebab ia datang dengan pengorbanan yang besar dan skill yang tinggi . Homework dan study yang ambil masa yang panjang sebelum nak turun berjumpa prospek . Tahun ni dan mulai bulan ni Kak Long ambil keputusan semua kelas training Kak Long akan fokus kepada kelas yang lebih niche . Bukan untuk semua orang . Bukan untuk semua produk /industri . Untuk baki umur yang Allah pinjamkan ni Kak Long nak fokus kepada yang betul -betul nak belajar dan sanggup belajar skill macamana nak buat closing on the spot. Inilah favourite dan kepakaran Kak Long yang paling utama ada dalam diri . Hasil daripada keinginan nak belajar dan sentiasa nak improve kan diri . Kalau anda ada rasa dan niat di bawah yes anda boleh hubungi Kak Long lepas ni. Yes ada niat closing on the spot . Tak nak follow up tak ada kesudahan Nak approach Strangers -sebab duit paling banyak dalam kategori ini . Sebab cara Kak Long nak transfer ilmu dan skill ini sangat berlainan .Nanti anda alami lah sendiri . Style Kak Long nampak macam tak masuk akal dan agak agresif .Nampak je begitu Tapi style Kak Long bila buat sales bukan sekadar nak fikir close sales tetapi lebih kepada pay attention to detail sepanjang proses nak closing tu . Built Trust ,Listen ,Understand ,Show The Value ,Create Long Term Relationship ,Getting Referral . Bayangkan klien Kak Long yang dah lebih 20 tahun masih nak Kak Long yang uruskan portfolio mereka . Teknik Kak Long buat closing adalah consultative selling ,push yes but with care ,bantu mereka buat decision terbaik ,guide the a long the way . Jangan tinggalkan mereka dengan doubt walaupun sekecil -kecil perkara . Bila ada clarity baru mereka akan bertindak . Mereka akan beli bila mereka faham sepenuhnya dan trust sepenuhnya . Tugas kita lah buat mereka faham dan trust . Kalau anda juga sekarang ni ada cabaran nak close nak bina team ,close klien ,partner ,strategik partner ,investor ,influencer ,media inilah masanya . Boleh klik link di sini baca detail lagi . Untuk kali ini Kak Long nak 10 orang yang nak belajar ilmu close on the spot dan jadi master closer . https://osini.co/p/A0bDoZPRALvk https://osini.co/p/A0bDoZPRALvk https://osini.co/p/A0bDoZPRALvk

Pernah ada peserta kelas datang pada Kak Long sewaktu lunch break . Soalan dia tanya apa aktiviti kita nak buat pagi -pagi yang akan buatkan kita always rasa bertenaga dan rasa meaningful sepanjang haritu . And dia kata lagi saya tak nak sekadar info suruh saya bersenam ,makan vitamin sebab saya malas .😂😂😂 Ok Kak Long jawab dengan dia Kak Long akan bagi jawapan untuk makanan jiwa dan Kak Long akan bagi notes So notes di bawah ini adalah notes yang Kak Long pernah bagi dia dan sekarang Kak Long share dengan semua ok Manalah tahu ada yang sedang mencari makanan jiwa juga . Kak Long cakap lagi dengan dia ini tentang BERPAGI-PAGIAN . Berpagi-pagian (bangun awal pagi, memulakan hari seawal mungkin) adalah satu amalan yang sangat ditekankan dalam Islam dan memiliki banyak hikmah dan keberkatan. Ia bukan hanya berkaitan dengan kesihatan dan produktiviti, tetapi juga nilai spiritual yang sangat tinggi. Siapa yang menghidupkan pagi dengan ibadah dan kerja yang bermanfaat, maka seluruh harinya akan diberkati.” Pagi adalah permulaan. Jika kita jaga permulaan hari, maka seluruh perjalanan harian kita akan terpandu, tenang dan diberkati Allah. Bangun awal bukan sekadar habit — ia adalah warisan sunnah dan kunci keberkatan. 1. Dalil dan Hadis Tentang Berpagi-pagian Hadis 1: Doa Nabi SAW untuk Umatnya “اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا” “Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu paginya.” — (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah) Nabi mendoakan keberkatan khas untuk waktu pagi umatnya ini menunjukkan nilai luar biasa pagi dalam Islam. Kita mesti cintakan Nabi kita kan so ikut je apa kata dan suruhan Nabi. 2. Apa Maksud “Berkat Waktu Pagi”? ➤ Maksud berkat: Bukan sekadar “banyak”, tetapi ada kebaikan yang berpanjangan . Ia tenang, mencukupi, terarah, dan membuka pintu rezeki. ➤ Berkat pagi boleh berlaku dalam bentuk: • Rezeki yang lancar & mencukupi walau kerja sederhana • Produktiviti tinggi dalam masa singkat • Fikiran lebih jernih & keputusan lebih bijak • Hati lebih tenang, kurang tekanan • Mudah mendapat idea, ilham & inspirasi • Terselamat dari gangguan syaitan & rasa malas 3. Hikmah Berpagi-pagian dalam Islam 1. Waktu paling diberkati Allah – Waktu selepas Subuh adalah saat turunnya rahmat dan rezeki, dan makhluk bertasbih kepada Allah (lihat Surah Adz-Dzariyat: 18) 2. Minda paling segar – Otak manusia paling aktif antara pukul 4 – 10 pagi. Waktu paling sesuai untuk kerja penting, ibadah, belajar atau merancang. Sebab tu Kak Long selalu cakap kalau dengan orang yang buat sales tolong buat aktiviti sales seawal 7am sampai lah tengahari pukul 1pm lepas tu boleh rest dah. 3. Jauh dari sifat malas – Islam sangat menekankan menjauhi sifat malas. Bangun awal melatih diri jadi disiplin dan rajin. 4. Kuat hubungan dengan Allah – Selepas Subuh adalah masa yang tenang untuk zikir, tadabbur Al-Quran dan muhasabah diri lebih senang untuk khusyuk dan fokus. 5. Melatih disiplin hidup – Orang yang bangun awal biasanya lebih teratur, berjadual, dan menghargai masa. Ini adalah ciri mukmin berjaya (lihat Surah Al-Mu’minun: 1-3). 4. Apa yang Boleh Diamalkan untuk Mendapat Berkat Pagi? -Amalan Pagi Solat Subuh berjemaah Perlindungan Allah sepanjang hari -Zikir & Doa pagi Ketenangan jiwa, rezeki terbuka -Baca Quran (pagi) Hati terang, tenang & mudah faham ilmu -Rancang hari pagi-pagi Produktif dan tidak buang masa -Bekerja awal pagi Urusan jadi lebih lancar & berkesan -Bangun sebelum Subuh (Tahajjud) Rezeki luar biasa & doa lebih mustajab Semoga bermanfaat Azlina Othman Kak Long Sales Master

Kali ni Kak Long kongsikan 10 sebab orang masih tidak membeli dengan kita . Ada soalan “kenapa saya tak boleh close sales lagi .Apa lagi nak buat ?” Jawapan paling jujur dan praktikal: Kerana mereka belum NAMPAK SEBAB untuk beli. Dan sebab itu boleh pecah kepada beberapa bahagian: 10 Sebab Kenapa Orang Tak Membeli Dengan Kita 1. Mereka Tak Percaya Kita Trust belum terbina. Tak cukup nampak bukti / testimoni. Rasa kita macam “nak jual sangat”, bukan nak bantu. 2. Mereka Tak Nampak Nilai Produk bagus, tapi kita tak pandai tunjuk KESAN dan FAEDAH. Kita asyik cerita spesifikasi, bukan impak. Tak kaitkan dengan masalah sebenar mereka. 3. Kita Salah Sasaran (Target Market) Kita cuba jual produk premium pada orang yang tak mampu. Atau kita jual produk kesihatan pada orang yang tak peduli kesihatan. Bukan mereka tak nak beli — cuma mereka bukan orangnya. 4. Kita Tak Faham Masalah Mereka Kita anggap semua prospek sama. Pitch kita terlalu umum, tak personal. Kita bercakap lebih banyak dari mendengar. 5. Kita Tak Buat Follow Up Dengan Bijak Ramai yang beli selepas 5–7 kali sentuhan (follow up). Kita contact sekali dua, lepas tu tinggal. Kita tak jaga “temperature” prospek (cold > warm > hot). 6. Timing Salah Mereka belum ready — dari segi bajet, masa, atau mentaliti. Tapi kita tak ada strategi nurture atau re-engage bila tiba masanya. 7. Kita Tak Bagi Reason Yang Kuat Untuk Beli SEKARANG Tiada urgency. Tiada bonus menarik. Tiada limitasi. Mereka tak rasa akan rugi kalau tak beli hari ni. 8. Kita Tak Tunjuk Beza Kita Dengan Orang Lain Kita nampak macam sama je dengan pesaing Tak ada “X-Factor” yang buat mereka pilih kita. 9. Cara Kita Menjual Menakutkan atau Melecehkan Terlalu pushy, terlalu aggressive. Tak selesa berurusan dengan kita especially bila kita tak dengar langsung suara prospek. 10. Kita Kurang Konsisten Bangunkan Trust & Authority Kita muncul masa nak jual je. Tak bina hubungan, tak beri value secara konsisten. Mereka tak nampak kita sebagai pakar dalam bidang itu . Nanti dalam kelas pada 23.8.2025 ini Kak Long akan tunjukkan dengan detail lagi macamana nak settle masalah sales . Sales ini adalah skill yang boleh di pelajari . Boleh transfer kepada yang nak belajar . Asalkan yang belajar tu niat betul -betul nak pandai . Jangan lupa daftar kelas ok . http://theprimemalaysia.com/view/s/kelas-sales-sesi-bedah-sales 🤍Kak Long Sales Master 🩶

Masalah dalam sales (jualan) biasanya datang dari pelbagai sudut . Strategi, kemahiran, emosi, pasaran, dan sistem. Ini adalah senarai masalah paling biasa dalam dunia sales yang sering dialami oleh individu, team atau syarikat: 1. Tak Faham Target Market (Siapa Buyer Sebenar) Menjual kepada orang yang salah. Tak tahu apa masalah sebenar pelanggan. Pitch terlalu umum, tak fokus kepada “pain point”. 2. Tak Ada Systematik Sales Process Tak ada susunan langkah dari kenal → minat → beli. Tiada SOP closing (presentasi, handling objection, follow up). Main hentam atau “ikut nasib”. 3. Kurang Ilmu & Skill Consultative Selling Terlalu pushy, asyik nak “close” tapi tak dengar masalah prospek. Tak pandai buat “need analysis”. Bila prospek tanya, jawapan tak meyakinkan. 4. Tak Pandai Handle Objection Bila customer kata: “Mahal la…” terus blur. Tak tahu cara jawab “Saya fikir dulu”, “Nanti saya discuss dengan suami”, dll. Kurang teknik handle objection dengan empati dan logik. 5. Lemah Follow-Up / Susulan Sekali mesej, lepas tu tinggal. Tak ada sistem follow up berkala. Tak guna database / CRM untuk rekod dan jaga prospek. 6. Skrip Jualan Tak Jelas atau Terlalu Generik Ayat jualan tak meyakinkan atau tak “menjual”. Tak tahu nak pitch dari angle keperluan, kehendak atau premium. Tiada naratif atau storytelling. 7. Tak Tahu Buat Personal Branding / Trust Building Tak bina kepercayaan jangka panjang. Asyik “hard sell” tapi tiada konten beri nilai. Tak dikenali dalam niche sendiri. 8. Fokus Nak Jual, Bukan Nak Selesaikan Masalah Menjual macam robot. Tak kenal emosi atau bahasa pelanggan. Produk jadi nombor satu, pelanggan jadi nombor dua. 9. Mindset Tak Kuat / Mudah Down Bila Rejection Bila customer tolak, terus down. Tak anggap “no” sebagai sebahagian dari proses. Lemah dari segi emosi dan tak ada sokongan team. 10. Tak Tahu Kiraan & Strategi Harga Letak harga ikut suka. Tak tahu beza antara produk keperluan vs kehendak vs premium. Tak pandai justify harga dengan nilai. Team sales,atau team lead, masalah-masalah ni sangat penting untuk dikenal pasti dan diselesaikan satu demi satu. KLSM