cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Azizah Zaid

Channel ini berkongsi ilmu premium Imej & Bisnes. Banyak tip, motivasi & inspirasi buat anda yang ingin tambah baik diri menjadi manusia yang lebih berani, konfiden dan berpengaruh #PuanAG #Your1stImpressionGuru #AgicAcademy #InspirasiImejUsahawan

Show more
Advertising posts
754
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-830 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

“Susah macamana pun kita, jangan cakap kita susah. Tetapi cakaplah kita ni baik-baik sahaja dan sedang berusaha untuk senang.” Minggu lepas saya bertemu dengan seorang sahabat saya ni. Ada syarikat sales 7 figure sebulan. Syarikatnya dah beroperasi 10 tahun. Tiada masalah, tiada dugaan berat. Cuma tahun ini, syarikatnya diuji dengan klien jenis liat bayar. Bila dicampurkan semua hutang dari klien tu dah jutaan ringgit sejak dari tahun lepas. Habis terganggu cashflow company. Semua tu jadi dominos effect dan syarikatnya sedang terkesan sekarang. Saya telan air liur bila dia cakap orang hutang dia 2-3 juta. Tapi dia bersembang, masih boleh gelak-gelak dan senyum je. Dia pun cakaplah ke saya, bila kita tengah susah ni, jangan cakap kita susah. Bila cakap je susah, benda tu jadi doa. Sungguhpun kalau orang tanya macamana khabar kita, kita cakaplah kita sedang iktihar untuk senang balik. Itulah pesan ayah semasa dirinya masih kecil. Sahabat sekalian, Cabaran memang ada setiap hari. Tetapi kita sendiri yang kena memilih macamana nak hadap cabaran tu. Nak salahkan cabaran tu, lalu kita pun tersangkut dengan situasinya. Ataupun kita pilih jalan bertenang dan tak melatah. Tetapi kita bangkit mencari jalan penyelesaian. Sudah namapun usaha-wan kan, jadi tak boleh berhenti berusaha. Kena terus usaha sampai akhir usia. Hamk Sukor, Belajar dan terus belajar.
Show all...
2🔥 1
Jika kita buat analogi kehidupan kita bahawa dunia ini ibarat sehelai kanvas. Semua orang boleh melukis gambaran jalan hidupnya. Adakah hasil lukisan kita indah atau buruk, bergantung kepada cara dan kemahuan kita sebagai pelukis. Lukis dan warnakanlah kanvas kita seindah mungkin. Minta pada Allah berikan petunjuk jalan hidup yang akan kita lukis dan warnakan. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja. . . Dinner semalam. Ada student dan team buat muka tanjat bila jumpa saya. Almaklumlah jarang2 jadi wanita sopan santun. Maka terhasillah hashtag begini. Hashtag saya bukan Bella Astilah. Hashtag saya bukan Dato CT. Hiks. Tak ada siapa yang salah. Yang salah hanyalah salah faham. Lain kali pakai spek mata tau. Salam Jumaat semua.❤️ #AzizahZaid #PuanAG #Your1stImpressionGuru
Show all...
Dalam sebuah riwayat di kisahkan, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Terbaring dalam kubur menghadap kiblat. Suami, isteri, anak² menangis.. Selepas itu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan².. Bila sudah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Diinjak²nya kubur. Nabi saw bersabda, bila orang yang hantar kita ke kubur ketika berbalik pulang  ke belakang, kita mendengar bunyi langkah kaki mereka pulang.. Derap langkah kaki² mereka kita bisa dengar.. Maka pada saat itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak. Maka pada waktu itulah, kita akan memanggil orang² yang mengantar kita ke kubur.. Kalau adik yang antar, kita akan memanggil adik kita. "Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…" Suami memanggil si isteri, “Sayang, jangan balik..tunggu Papa” Isteri tak mendengar.. Isteri membawa ceret dan daun pandan balik sambil mengusap  air mata.. Sayang macam mana pun isteri kita, dia akan balik.. Dia tidak akan tengok.. Dia tetap balik. Selepas itu, kita akan melihat anak² kita kembali.. Kita panggil anak,nak.., tapi tak dengar.. Selepas mereka semua pergi, datanglah dua malaikat.. yang hitam kedua²nya.. yang biru kedua²nya.. Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menakutkan. Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, "Hai manusia!" Malaikat tak kata, "Hai ustaz, hai ustazah". Malaikat tak panggil begitu. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak memanggil hajjah atau haji,tapi memanggil "Hai manusia!” "Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?" Itulah pertanyaan dia.. Maka kita akan menjawab, "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak bertanya lagi, "Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?". Kalau lulus pertanyaan ini, maka lepaslah pertanyaan² lain.. Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab.. Malaikat berkata, "Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik". Maka, kata malaikat kepada kita, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin". Nabi Muhammad S.A.W bersabda, kalau kamu orang yang baik, akan diluaskan kuburmu seluas 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu. Di riwayat yang lain di luaskan kubur sejauh mata memandang, Walaupun mayat tak bisa beritahu kita, Nabi sudah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa. Jagalah solat kita. Bergaullah dengan orang orang Sholeh. Hadirilah taman² syurga dunia(majlis majlis agama). Semoga Allah SWT membebaskan kita dr Azab kubur dan Api Neraka,aamiin ya rabbal aalamiinn... Jika tulisan ini baik janganlah sampai di kamu saja, Rasulullah S.A.W bersabda: "Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari) اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ [ ﷺ ]
Show all...
👍 1
“Nak rezeki lancar, kena buka 5 pintu ini”. Bersungguh sahabat saya ni pesan ke saya. “Bro, ada 5 pintu yang kau kena ketuk tiap hari. Makin kau rasa stuck, makin itu kau kena ketuk pintu tu sampai terbuka. Ini pintu kau kena tahu: 1. Pintu ikhtiar. Kau kena ligat cari jalan. Tak boleh duduk diam. Tak boleh memikir sampai tak bergerak. Kau kena ikhtiar. Kena usaha, bro. 2. Pintu silaturahim. Kau kena keluar. Bina network. Kena bersembang. Bukan sembang kosong, tapi sembang tentang solusi, bro. 3. Pintu bersedekah. Jangan kau fikir keluar duit je. Keluarkan tenaga kau. Keluarkan segala pengalaman kau. Apa sahaja yang ada ditangan, kalau boleh bagi nilai, kau beri. 4. Pintu berdoa. Jangan putus berdoa bro. Maksud jangan putus tu. Kalau kau nak stop berdoa sekejap pun, kau ingatkan orang terdekat kau doakan kau, bro. Itu maksud ‘jangan putus’. 5. Pintu bersyukur. Mula lihat balik apa yang kau ada. Jangan tengok apa yang kau dah hilang. Makin kosong kau rasa nanti. Tapi lihat apa yang kau ada. Kalau kau buntu. Tak tahu apa kau ada. Kau tengok depan cermin bro. Kau masih ada mata, masih ada tangan, masih ada tenaga, masih ada nafas untuk hidup. Semua itu dah layak untuk kau bersyukur.” Tersentak kejap saya dibuatnya. Patutlah tengok dia tenang dan positif je sepanjang masa. Dia cakap, “orang tenang ni bukan sebab dia takda masalah, tetapi dia sibuk cari solusi, bukan cari masalah.” Hamk Sukor, Sedang membuka pintu. 💪🏻
Show all...
6👍 1
#AzizahZaid #PuanAG #Your1stImpressionGuru
Show all...
5
Ada mata pandanglah keindahan. Ada mulut berbudilah pertuturan. Ada hati berilah kesayangan. Ada salah dan silap sudilah maafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Puan AG, Your 1st Impression Guru
Show all...
5
Kita sebenarnya hidup di dalam doa-doa kita. Sekali kita berdoa. Allah sedang persiapkan diri kita untuk dapatkan benda yang kita minta. Allah ada masa yang tepat untuk beri pada kita. Bila Dia nak bagi, tak pernah lewat sesaat dan tak pernah awal sesaat. Dia tahu masa yang tepat bila nak bagi pada kita. Salam Subuh.❤️
Show all...
6
3
3