cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.

Show more
Malaysia25The language is not specifiedPolitics22
Advertising posts
828 511Subscribers
-15924 hours
-1 9517 days
-11 02230 days
Posts Archive
KENYATAAN AKHBAR 23 APR 24 ๐’๐”๐’๐”๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐’๐ˆ๐ƒ๐„๐ ๐‡๐„๐‹๐ˆ๐Š๐Ž๐๐“๐„๐‘ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ ๐“๐„๐‘๐‡๐„๐Œ๐๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ
Show all...
KENYATAAN AKHBAR 23 APR 24. ๐ˆ๐๐’๐ˆ๐ƒ๐„๐ ๐‡๐„๐‹๐ˆ๐Š๐Ž๐๐“๐„๐‘ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ ๐“๐„๐‘๐‡๐„๐Œ๐๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ ๐‹๐”๐Œ๐”๐“ Tentera Laut Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut: 1. TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi. 2. Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman. 3. TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan. Sumber; Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Show all...
KENYATAAN AKHBAR 15 April 2024 Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, Datoโ€™ Seri Mohamad Khaled bin Nordin, Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad bin Hasan, Tan Sri Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk berbincang lanjut situasi tegang di Timur Tengah, mengambilkira perbincangan yang telah diadakan semalam. Mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut menunjukkan perhatian serius kerajaan Madani terhadap isu ini, dan juga usaha yang diambil untuk memastikan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh perkembangan ini. Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik. Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa -apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel. Bersama negara-negara bertamadun yang lain, Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi. Setakat ini, perkembangan ini memberikan kesan yang kecil kepada negara. BSKL dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau. Walau apapun, kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin. Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama. Kunci penyelesaian kepada isu ini ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan yang tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza. Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain. Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan. Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April 2024. ANWAR IBRAHIM
Show all...
๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ Kenyataan Media CP Dato' Hussein bin Omar Khan, Ketua Polis Selangor Berkenaan Kejadian Tembak di Balai Ketibaan KLIA 1. Tarikh dikeluarkan : 14 April 2024.
Show all...
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐Ÿ•๐Ÿ– "RTM Teman Setia Anda" Dengan ingatan daripada seluruh warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. #MalaysiaMadani #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—–๐—ข๐—  Ikhlas daripada seluruh warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. #MalaysiaMadani #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
Salam Nuzul Al-Quran. Semoga kita menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan dan beroleh keberkahan dan kedamaian selalu. Dengan ingatan setulus ikhlas daripada Seluruh Warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri #MalaysiaMADANI #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
Salam Nuzul Al-Quran. Semoga kita menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan dan beroleh keberkahan dan kedamaian selalu. Dengan ingatan setulus ikhlas daripada Seluruh Warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri #MalaysiaMADANI #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
:: ๐๐Ž๐“๐ˆ๐…๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐€๐–๐€๐Œ:: ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Latihan Pendaratan Helikopter di Kompleks Seri Perdana dan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. #MalaysiaMadani #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐ซ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‡๐ž๐ฅ๐ข๐ค๐จ๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ ๐๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN,JPM) akan melaksanakan Latihan Pendaratan Helikopter di Bangunan Perdana Putra dan Kompleks Seri Perdana pada 15 & 16 Mac 2024. #MalaysiaMadani #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
Meskipun di bulan Ramadan yang mulia ini, Scammer tetap melakukan operasi penipuan terhadap mangsa-mangsanya. Ingat! Kekal peka dan sentiasa berhati-hati dengan muslihat si penipu. Jangan mudah terpedaya. Hubungi 997 jika anda menjadi mangsa. #MalaysiaMADANI #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #puasa
Show all...
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE 91 "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" #MalaysiaMadani #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...
Ingat! Berhati-hati dan kita mestilah sentiasa berwaspada terhadap modus operandi scam telegram. Elakkan diri anda terjerat. #MalaysiaMADANI #JanganKenaScam
Show all...
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan cuaca panas beberapa hari ini boleh memberi kesan negatif kepada tubuh badan kita. Amalkan panduan berikut untuk kekal sihat semasa cuaca panas dan mengelakkan dari terkena strok haba. Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Show all...
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN,JPM) menerima aduan mengenai seorang individu warga asing yang menggunakan nama dan logo MKN, JPM untuk meminta dan menerima wang dari orang perseorangan atau organisasi bagi tujuan tertentu. MKN, JPM menafikan sebarang lantikan wakil dan individu asing dalam menjalankan apa-apa kegiatan terutamanya melibatkan kutipan wang. Jika anda telah menjadi mangsa penipuan ini, sila hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NRSC) di talian 997 untuk melaporkannya. Semak fakta, elak jadi mangsa. #MalaysiaMadani #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #PemikiranStrategikPuncaKemenangan
Show all...
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Mantan Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Februari 2024 bersamaan dengan 11 Syaaban 1445H. Seluruh warga Majlis Keselamatan Negara turut berdukacita di atas pemergian Allahyarham yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada rakyat negeri Sarawak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah #MalaysiaMadani #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Show all...