cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Pena Dr. Idris Sulaiman

Dari Pena Dr. Idris Sulaiman

Show more
Malaysia15 412The language is not specifiedReligion & Spirituality17 366
Advertising posts
5 393
Subscribers
+424 hours
+117 days
+5030 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

01:00
Video unavailableShow in Telegram
𝗗𝗲𝗳𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 ⎼ 𝗗𝗜𝗦 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtube.com/shorts/8KNiQsCG0RU 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYNGnxU5 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://www.facebook.com/reel/2423049821225335 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/p/C7QQzoJB1ZD 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Show all...
02:38
Video unavailableShow in Telegram
𝗞𝗲𝗯𝗮𝘁𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗭𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗜𝗹𝗮𝗵𝗶𝗹𝗮𝘀𝘁𝘂𝗹𝗶𝗹 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/AdnVv19MKOE 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYNkspV6 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/sb_T2cpfZB 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/p/C7OH3YCOXft 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Show all...
👍 4🤔 1
SIBUK TANYA “DARI MANA? PERGI MANA?” - Adab Salaf al-Soleh Imam Bukhari meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: يُكْرَهُ ‌أَنْ ‌يُحِدَّ ‌الرَّجُلُ النَّظَرَ إِلَى أَخِيهِ أَوْ يُتْبِعَهُ بَصَرَهُ إِذَا قَامَ، أَوْ يَسْأَلَهُ مِنْ أَيْنَ جِئْتَ وَأَيْنَ ذَهَبْتَ. “Makruh jika seseorang itu merenung orang lain, memerhatinya apabila dia bangun, bertanya kepadanya dari mana dan pergi mana?” [al-Adab al-Mufrad, no. 771] 4 perkara yang dinyatakan di atas ialah: 1. Tenung tepat-tepat pada orang lain dan memandang lama ke arahnya; 2. Memerhati orang lain apabila dia bangun sehingga dia pergi; 3. Bertanya “Dari mana?” dan 4. “Pergi mana?” 4 perkara ini seharusnya dielakkan kerana ia menimbulkan rasa tidak selesa orang berkenaan. Sedangkan seorang Muslim “Menyukai buat saudaranya apa yang dia suka buat dirinya sendiri.” [Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] Seperti mana tiada sesiapa yang suka orang lain tenung tepat-tepat dan memandang lama ke arahnya maka hendaklah dielakkan daripada berbuat hal sama kepada orang lain. Begitu juga dengan perbuatan memerhati orang lain apabila dia bangun dan memandang tepat ke arahnya sehingga dia pergi. Perbuatan seperti ini akan menimbulkan rasa tidak selesa orang berkenaan apabila dia mengetahui bahawa dirinya sedang diperhatikan. Fikirannya akan jadi kacau dan curiga kerana memikirkan sebab mengapa dia diperhatikan begitu. Demikian apabila bertemu dengan seseorang maka hendaklah dielakkan daripada bertanya “Dari mana?” “Pergi mana” dan seumpamanya kerana ia termasuk dalam hal-hal peribadi yang orang tidak suka jika ditanya. Tambahan pula Muslim diperintahkan supaya tidak sibuk dalam urusan orang lain di samping meninggalkan hal-hal yang tiada kaitan dengannya. Sabda Nabi ﷺ: مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ. “Di antara eloknya keislaman seseorang ialah apabila dia meninggalkan apa yang tidak berkait dengannya.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] CATATAN Sekalipun athar Mujahid di atas dikritik sanadnya lemah tetapi maknanya benar dan diketahui oleh semua. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Anak-anak kecil harus diajar adab-adab ini. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Zulkaedah 1445H 21 Mei 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Sumbangan kepada Surau dialu-alukan: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Show all...
👍 8 1
Photo unavailableShow in Telegram
00:55
Video unavailableShow in Telegram
𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗦𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtube.com/shorts/upnH_IxNk3I 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYLwrVdf 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://www.facebook.com/reel/776922697864292 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/p/C7MR86jMKUK 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Show all...
👍 2 2
02:06
Video unavailableShow in Telegram
𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗤𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/y1xwAWVyicw 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYLXE1g8 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/satTZQSqgH 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/p/C7LJ3UvP_uG 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Show all...
👍 8
04:22
Video unavailableShow in Telegram
𝗨𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗹𝗮𝗶 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗨𝗹𝘂 𝗧𝗶𝗿𝗮𝗺 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/bX9ylJcSafk 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYLePbHo 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/s96KZni5Ex 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/p/C7IgXVjpmxA 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Show all...
12👍 1
‘SALAFIYYAH JIHADIYYAH’: USTAZ MENANGGUK DI AIR KERUH Berita kejadian dua anggota polis terkorban dalam serangan atas sebuah balai polis semalam oleh suspek dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) mendukacitakan umat Islam. Takziah buat semua ahli keluarga mangsa. Tidak kurang mendukacitakan apabila seorang ustaz bertindak mengambil kesempatan mengaitkan suspek kejadian dengan ideologi yang beliau namakan sebagai ‘Salafiyyah Jihadiyah’. https://www.facebook.com/share/p/CMCwiQFG8XbWjNo4/?mibextid=oFDknk Tindakan buruk dan licik. Kerana istilah ‘Salafiyyah Jihadiyyah’ tidak wujud sebenarnya. Tiada mana-mana ulama Salafi yang mengakui istilah ini. Istilah sebetulnya ialah Khawarij, golongan pelampau yang membawa ideologi radikal, mengkafirkan umat Islam, mengangkat senjata menggulingkan pemerintah Muslim yang sah atas alasan tidak berhukum dengan syariat dan tidak melaksanakan hudud, muncul sejak zaman Khalifah Ali bin Abi Talib yang bertindak tegas memerangi mereka manakala ideologi mereka kekal sampai hari ini atas pelbagai nama seperti Al-Qaedah, Isis, Usama bin Laden, Abu Sayyaf, Al-Maunah, Jemaah Islamiyyah (JI) dan lain. Dakwah Salaf berlepas diri dari semua ideologi dan kumpulan Khawarij ini. Sedangkan istilah ‘Salafiyyah Jihadiyyah’ ialah nisbah kepada ‘Salaf’ dan ‘Jihad’. ‘Salaf’ bermaksud apa yang terdahulu, nisbah kepada generasi umat Islam terawal, zaman Rasulullah ﷺ dan Sahabat, generasi mulia yang juga disebut Salaf al-Soleh. ‘Jihad’ pula ialah sebahagian daripada tuntutan syariat untuk menegakkan Kalimah Allah di atas muka bumi dengan balasan syurga yang dijanjikan Allah ﷻ. Oleh itu istilah ‘Salafiyyah Jihadiyyah’ sebenarnya lebih membawa konotasi negatif kepada asas ajaran Islam itu sendiri. Ini tidak wajar. Tambahan pula, dakwah Salaf menegaskan kewajipan taat kepada pemerintah Muslim dalam hal makruf serta larangan mengangkat senjata menumpahkan darah sesama saudara seagama. Selari dengan firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ “Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah serta Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.” [Al-Quran, al-Nisaa’, 4:59] Jihad pula hanya disyariatkan di bawah panji pemerintah yang sah sebagaimana sabda Nabi ﷺ: مَنْ قَاتَلَ ‌تَحْتَ ‌رَايَةٍ ‌عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ، أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ، أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً، فَقُتِلَ، فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ. “Barang siapa berperang di bawah panji buta (bukan panji pemerintah), dia marah kerana taasub kesukuan, menyeru kepadanya dan mempertahankannya, kemudian dia mati terkorban maka demikian ialah kematian jahiliah.” [Sahih. Riwayat Muslim, no. 1848] Mengkafirkan sesama Muslim secara semberono pula dilarang keras agama sebagaimana sabda Nabi ﷺ: أَيَّمَا رَجُلٍ قَالَ لأخِيهِ: يا كَافِر، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أحَدَهُمَا إنْ كَانَ كَمَا قَالَ، وَإلا رَجَعَتْ عَلَيْه. “Barang siapa berkata kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka pengkafiran itu akan pergi kepada salah seorang daripada mereka; sama ada ucapannya itu benar atau ia kembali kepadanya.” [Sahih. Riwayat Bukhari, no. 6103, Muslim, no. 60] Firman Allah ﷻ “Jangan kerana kebencian kamu terhadap sesebuah kaum mendorong kamu sehingga tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” [05:08] Perbahasan agama harus diurus dengan ilmu dan adab, bukan tuduhan melulu tidak berasas dan ketidakjujuran. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 09 Zulkaedah 1445H 18 Mei 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Hulurkan sumbangan buat Surau: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Show all...
👍 14 6
Photo unavailableShow in Telegram
02:13
Video unavailableShow in Telegram
𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗻𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗙𝗮𝗿𝗱𝘂 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/zFN008B633M 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSY8dc9uS 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/s6Th2W9-E2 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/p/C7D7uBvorXW 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
Show all...
👍 4