Nota Dialek Mesir Khalif Rizal
Open in Telegram
Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal
Show more6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive
Apabila membaca Tafsir al-Jalalayn, ada ketika kita dapati penjelasan dari aspek bahasa yang diberikan oleh al-Jalalaan tidak seiring dengan apa yang tertulis pada Mushaf Rasm Uthmani yang kita baca.
Contohnya seperti dalam teks tafsir di bawah, kata al-Suyuti ketika menerangkan kata kerja تَذَكَّرُون.
فيه إدغام التاء في الأصل في الذال
"Dalam kata kerja ini berlaku idgham, huruf ت ke dalam huruf zaal."
Apabila membaca teks ini dan membandingkannya dengan tulisan pada mushaf, kita akan tertanya-tanya;
Di manakah idgham yang dimaksudkan itu?
Jika huruf ت di-idghamkan ke dalam ذ selepasnya, sudah tentu huruf ذ akan bersyaddah? Tetapi dalam mushaf, huruf ذ tidak bersyaddah.
Jawapannya, ini berlaku kerana penjelasan yang diberikan oleh al-Jalalaan di sini ialah berdasarkan qiraat lain yang membaca ayat ini dengan:
أَفَلَا تَذَّكَّرُون
Dalam al-Syatibiyyah disebutkan:
وتذّكّرون الكلّ خفّ على شذا
Apabila kita tahy, penjelasan oleh al-Suyuti di sini ialah berdasarkan qiraat lain, barulah kita dapat jawapan mengapa ianya tidak selari dengan mushaf yang kita baca.
.
Apa keperluan al-Suyuti untuk menjelaskan perkataan ini?
Kerana perkataan تَذَكَّرُون ialah fi'il mudhari', namun kelihatan bentuknya seperti luar daripada kebiasaan yang didengari dalam laras bahasa selain al-Quran.
Jika ia fi'il 4 huruf daripada ذَكَّرَ fi'il mudhari'nya akan berbunyi: تُذَكِّرُون. Namun bukan makna ini yang dimaksudkan.
Makna yang dimaksudkan ialah atas perkiraan fi'il ini ialah fi'il 5 huruf dengan wazan تَفَعَّلَ.
Namun, jika ia fi'il 5 huruf dengan wazan تَفَعَّلَ, bukankah sepatutnya fi'il mudhari' dalam ayat itu berbunyi تَتَذَكَّرُون?
Atas dasar ini, al-Jalalaan memberitahu bahawa huruf ت yang kedua (atau pertama) itu sebenarnya ada. Namun diidghamkan. Menurut imam-imam selain Hafs, Hamzah dan al-Kisaie.
Manakala menurut Hafs, Hamzah dan al-Kisaie, huruf ت itu digugurkan atas dasar ia adalah salah satu kebiasaan yang berlaku dalam bahasa Arab.
Seperti dalam Surah al-Qadr: ((تَنَزَّلُ الملائكة)). Asalnya: تَتَنَزَّلُ.
Kaedah menyebutkan:
إذا اجتمع تاءان في مضارع تَفَعَّلَ وتَفَاعَلَ وتَفَعْلَلَ جاز إثباتها.
"Apabila dua huruf ta berada bersebelahan dalam fi'il mudhari' yang berwazan تفعّل, تفاعل dan تفعْلَلَ, maka huruf ta itu boleh dikekalkan atau digugurkan."
.
Berkenaan metod penafsiran, al-Jalalaan tidak terikat dengan mana-mana qiraat secara tertentu.
Sebahagian pengkaji menyatakan, al-Jalalaan akan menyebut apa sahaja qiraat (termasuk yang syaazah) selagi mana ia menyumbang kepada percambahan makna yang bertepatan dengan piawaian yang mereka sendiri telah tetapkan.
Link: https://www.facebook.com/share/6fM1nf3aFWpdTkeD/?mibextid=WC7FNe
Bagi penutur jati bahasa Melayu yang betul-betul ingin menguasai perbincangan al-Ajurrumiyyah, mulakanlah dengan buku ini.
Baca dengan sabar.
Jangan nak cepat habis.
Baca, hafal matan oleh al-Sanhaaji.
Buku ini banyak menambah perbincangan-perbincangan yang tiada dalam matan asal, namun melengkapkan kefahaman pembaca dalam topik-topik berkenaan. Faham dan cuba ingat huraian untuk setiap topik, hafal syawahid daripada al-Quran, hadis dan syair-syair Arab.
Dengan cara ini setiap topik InsyaAllah akan dapat difahami dan dihuraikan dengan baik.
Jika sudah lakukan langkah ini, kita tak akan terlalu terkejut membaca kitab-kitab Nahu yang lebih tinggi seperti al-Qatr dan al-Syuzur.
Sehingga hari ini, dari semasa ke semasa, saya ulang baca buku ini dan akan bawa 1 naskhah daripada buku ini ke mana sahaja saya pergi. Jordan dan Mesir.
Hampir sepuluh tahun lalu, ketika di Mesir, dengan kurniaan Allah ta'ala, langkah ini amat membantu saya untuk memahami al-Awdah untuk peperiksaan semasa tahun 1 di Fakulti Bahasa Arab, al-Azhar.
Ketika itu belum lagi belajar al-Qatr mahupun al-Syuzur. Cuma al-Ajurrumiyyah, al-Anmuuzaj lil Zamakhsyari, sedikit daripada al-Kawakib al-Duriyyah dan al-Qawa'id al-Asasiyyah li al-Lughah al-Arabiyyah.
Selain daripada huraian tatabahasa yang menyeluruh dan secukup rasa, buku ini amat kaya dengan ayat-ayat contoh yang boleh dikatakan kita tak jumpa dalam buku-buku Nahu Arab mahupun Melayu.
.
Saya percaya, ramai lagi yang telah mendapat manfaat daripada buku ini.
Buat pelajar dan pencinta bahasa Arab yang ingin mantapkan semula asas Nahu bahasa Arab. Baca, hafal dan khatamkan buku ini. InsyaAllah itu antara perkara yang anda akan ingat sehingga ke hari tua. 😊
Jom ulangkaji Sistem Kata Kerja Bahasa Arab:
https://vt.tiktok.com/ZS25CBE2o/
Oh ya, nak baca details kelas dulu boleh picit sini 👇🏻
aljahiz.my/kba
Hari ini ialah hari pertama untuk kelas belajar bahasa Arab daripada asas sampai boleh bina ayat yang kompleks dalam bahasa Arab di bawah bimbingan saya dalam KBA Aljahiz.
Bila kita boleh bina ayat yang kompleks dalam bahasa Arab, bererti kita boleh:
1. Berkomunikasi dengan orang Arab sama ada secara bertulis ataupun bercakap. Apa kaitan bertulis dan bercakap? Kaitannya ialah, bila kita sudah pandai susun ayat secara bertulis, untuk bercakap, kita hanya perlu sebut ayat yang kita bina tadi.
2. Boleh membaca tulisan Arab tanpa baris. Ya, bila kita boleh bina ayat yang betul-betul macam orang Arab, kita sudah tentu mampu untuk membaca tulisan Arab tanpa baris!
Dalam KBA Aljahiz peserta akan:
1. Belajar semua asas penting dalam bahasa Arab yang terdiri daripada Nahu dan Sorof. Topik-topik seperti mubtada khabar, fail, maf’ul bih, haal, tamyiz dan lain-lain akan disentuh secukupnya.
2. Bukan itu sahaja, peserta juga akan belajar I’rab pada bulan yang ke-5! Ini topik yg ditakuti oleh ramai pelajar bahasa Arab.
3. Bulan yang ke-9, peserta akan mula belajar berkenaan bacaan-bacaan dalam solat dan mendalami makna surah-surah lazim dari sudut bahasa Arab.
4. Semua ini disamping tugasan membina minimum 100 ayat per bulan yang akan disemak oleh jurulatih. Untuk yang daftar intake September ini, saya yang akan semak latihannya insyaAllah.
5. Pembelajaran selama 12 bulan. Sebulan akan ada 10 pelajaran. Bererti, 12 bulan ada 120 pelajaran dan peserta akan bina minimum 1200 ayat yang akan disemak oleh jurulatih sepanjang 12 bulan.
Pendek kata, semua topik asas dalam bahasa Arab akan disentuh.
Ada lagi yang belum daftar?
Jangan risau!
Yang tak pernah belajar bahasa Arab pun boleh.
Asalkan boleh baca al-Quran al-Karim.
Dah pernah belajar bahasa Arab, tapi masih rasa susah nak bina ayat dan baca tulisan Arab tanpa baris, pun boleh daftar!
Ingat tagline ini:
“Siapa boleh baca al-Quran, insyaAllah dia mesti boleh belajar bahasa Arab!”
Jom sama-sama sebarkan bahasa al-Quran.
⚡️Klik di sini untuk terus daftar!
Klik 👆🏻
Kebanyakan perkara besar yang kita target nak selesaikan dalam masa yang pendek berakhir dengan; tak buat!
Jangan letak target 'nak cepat' kuasai bahasa Arab.
Kita akan give up.
Kita akan overwhelmed sebab realiti dan logiknya bahasa ini tak dapat dikuasai dalam masa sehari semalam.
Ini ialah sebuah journey yang mengambil masa.
Untuk dapatkan asas yang kukuh, kita perlukan sekurang-kurangnya setahun yang betul-betul fokus. Siang malam yang penuh dengan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Arab.
Bukan seminggu sekali.
Bukan sebulan sekali.
Libatkan diri dengan bahasa Arab setiap hari.
Bangun pagi setiap hari jangan fikir "bila aku nak pandai bahasa Arab?"
Fikir:
"Hari ini aku nak belajar bab apa? Artikel apa? Teks dan uslub yabg macam mana yang aku nak baca hari ini?"
Kemudian terus buat latihan. Fokus kepada apa yang ingin dicapai pada hari itu sahaja.
Fokus kepada proses. InsyaAllah hasilnya akan dapat dituai tanpa disedari!
Jika mahu mempelajari dialek Arab, cuba fokus untuk kuasai satu dialek Arab dengan tekun.
Pilih mana-mana sahaja dialek Arab.
Kemudian kuasai dialek Arab itu sehingga dapat faham dan ulang setiap patah perkataan dengan jelas.
Jangan berhenti sekadar dapat beritahu, "secara ringkasnya dia cakap...".
Teruskan lagi! 💪
Coming soon InsyaAllah.. Aplikasi belajar dialek Mesir melalui movie!
Macam mana nak buat kalau 'mudhaf' banyak, mudhaf ilaih satu je?
🔗Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS22DgGbc/
Apesal pulak Arab ni suruh aku besarkan kepala? 😂
🔗 https://vt.tiktok.com/ZS2FkKRDk/
Saya sedang live kat TT, jom sembang-sembang tentang bahasa Arab
https://vt.tiktok.com/ZS2LoJCcX/
⚡️Tak ada semangat nak teruskan cita-cita? Wajib tengok video ni.
.
Apa lagi alasan kita?
Semoga Allah subhanahu wa ta'ala sentiasa membantu saudara-saudara kita di sana! 🤲🏻
Usaha keras dalam apa sahaja yang anda sedang lakukan dan niatkan itu untuk kebaikan ummah dan salah satu cara untuk membantu mereka.
Nota: Teks Arab dan terjemahan disediakan oleh team kami Zaad dot my. Video asal @yahya_mahmmoud
Untuk pelajar bahasa Arab, boleh juga jadikan video ini sebagai salah satu bahan untuk belajar dan memahami dialek Arab mereka (Levantine Arabic).
🔗 Lihat: https://www.facebook.com/share/r/QczpuBum3Jof4ui2/?mibextid=VMBKnz
