en
Feedback
Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Open in Telegram

Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal

Show more
6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive
📔 Macam mana nak cakap, "boleh dibilang dengan jari" dalam bahasa Arab? Rujuk: https://www.facebook.com/share/v/15fzyvb1oR/?mibextid=wwXIfr

Sebagai pelajar bahasa Arab Fusha, kita cuma perlu betul-betul kuasai satu dialek Arab sahaja terlebih dahulu. Selepas itu kita akan lebih mudah atau dekat untuk faham dialek Arab yang lain. Dalam komunikasi, jika kita dapat faham pun dah cukup baik. Untuk balas semula, kita boleh pilih untuk gunakan bahasa Arab Fusha jika kita mahu. Faham di sini bukan bermaksud faham makna ijmali daripada percakapan. Target untuk faham perkataan demi perkataan. Tahu aturan-aturan yang digunakan. Dalam 540 video pelajaran dan 1800 latih tubi di AmmiyFlix (selama 1 tahun 6 bulan) insyaAllah banyak yang kita sebagai pelajar bahasa Arab dapat pelajari. Setelah 4 tahun, alhamdulillah AmmiyFlix hadir dalam bentuk aplikasi online. Lebih memudahkan peserta untuk rujuk bahan pelajaran dan buat latihan secara fleksibel pada bila-bila masa. Pra-pelancaran akan dibuka tak lama lagiii! . ✅ Jemput masuk waiting-list di sini: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg Peserta yang daftar semasa pra pelancaran ini akan dapat diskaun langganan InsyaAllah. 😊

✅ Jemput masuk waiting-list di sini: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg Yang daftar hari Sabtu ini saja tau dapat harga pra-pelancaran: RM15/bulan.

photo content
+5

"Nak belajar Ammiyyah kena banyak tengok movie.Tapi saya tengok tak faham apa pun!" Ini kata saya dalam hati ketika mula-mula nak belajar dialek Mesir. Julai 2025 ini, hampir 10 tahun saya berkenalan dengan dialek Arab Mesir tapi hari ini saya masih lagi belum berpuas hati dengan pencapaian saya. Jangan jadi macam saya! 😂 Sejak hampir 10 tahun lepas, saya wajibkan diri untuk menambah maklumat tentang dialek Mesir setiap hari walaupun sedikit. Sebenarnya ada macam-macam latihan yang kita boleh buat. Namun saya dapati cara yang paling cepat untuk dapat kemahiran mendengar dan bertutur dalam dialek Mesir ni melalui dua cara: 1. Banyak mendengar dalam keadaan faham. 2. Ulang sebut apa yang kita dengar. Orang yang selalu buat 2 aktiviti ini secara tidak langsung akan ingat ayat-ayat berkenaan. Selain menambah kosa kata, melatih diri biasa mendengar cara orang Arab bercakap; mengulang sebut (tiru) ayat serta gaya orang Arab bercakap juga membantu membina 'muscle memory'. Lama- kelamaan, kita akan mula menyebut banyak perkataan dengan cara yang hampir sama dengan mereka. Perkara ini perlu dibuat secara berterusan untuk masa yang lama. Bagi mengisi keperluan ini, alhamdulillah Akademi Dialek Mesir - DialekMesir.com telah membina aplikasi dalam laman web (web app) yang khas untuk tujuan ini. Aplikasi ini dinamakan sebagai AmmiyFlix. Sebelum ini program AmmiyFlix telah diadakan melalui platform Telegram, kali ini telah dipindahkan semunya ke laman web dan diautomasikan proses pembelajaran. Setiap hari selama 1 tahun 6 bulan peserta akan mendapat 1 video klip pendek daripada movie / drama dialek Mesir asli (yang telah ditapis dan dipilih dengan baik) beserta transkripsi, terjemahan dan huraian dengan detail tapi mudah faham - InsyaAllah -. Pra-pelancaran akan dibuka selama 4 jam sahaja pada Sabtu ini. Jemput ke ruangan komen. 😄 Oleh kerana pembinaan aplikasi ini melibatkan kos yang tertentu, jadi Akademi Dialek Mesir mengenakan caj yang minimum iaitu hanya RM25 sahaja untuk setiap bulan. Konten pelajaran setiap hari. Bersamaan kurang RM1 untuk setiap hari. Dijangka akan dilancarkan kepada umum awal Mac ini. Namun untuk pra-pelancaran pada Sabtu - 8 Februari ini, peserta boleh mendaftar dengan hanya RM15 sahaja. Pendaftaran pra-pelancaran ini dibuka selama 4 jam sahaja. InsyaAllah

✅ Macam mana nak cakap "berbanding sebelum ini" dalam bahasa Arab Fusha? Rujuk: https://www.facebook.com/share/v/1HJq7w1YMk/?mibextid=wwXIfr

📝 Hayya Bil Arabiah - Episod 8 Tajuk: Penggunaan ayat أَخَذَ بِخَاطِر Lihat: https://www.youtube.com/live/aWowJvL4Wjc?si=XkdI8lJQm-U0pkpL

📝 Hayya Bil Arabiah - Episod 6 Tajuk: Penggunaan ayat أَحْرَقَ البخور. Apa maksud أَحْرَقَ البخور? Adakah ayat ini membawa maksud lain selain daripada maksud literalnya? Lihat: YT: https://www.youtube.com/live/BgyHTwC-hOs?si=pJ4THH5hVpasefV6 FB: https://www.facebook.com/share/v/12FsW54tKgv/?mibextid=wwXIfr

📝 Hayya Bil Arabiah - Episod 5 Tajuk: Penggunaan ayat أَحْرَقَ قْلْبِي. Lihat: https://www.facebook.com/share/v/18Ra8X2mHb/?mibextid=wwXIfr

Apa maksud ungkapan orang Mesir, قَدّ إِيه? Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS6UWD1TQ/

Macam mana cara yang betul untuk tanya, "satu berapa" dalam dialek Mesir? Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS6UJf1hx/

Rupa-rupanya, dalam dialek Mesir fi'il شَرِبَ - يَشْرَبُ ada maksud lain selain daripada minum?! Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS6AgGgoX/

Tak perlu tunggu semua sempurna baru nak mula! Lakukan penambahbaikan secara berterusan. Sedikit demi sedikit. Cekal. Konsist
Tak perlu tunggu semua sempurna baru nak mula! Lakukan penambahbaikan secara berterusan. Sedikit demi sedikit. Cekal. Konsisten setiap hari. Lama-kelamaan kita akan dapat lihat hasilnya. InsyaAllah. . Sudah tambah mufradaat dan uslub bahasa Arab untuk hari ini? Belum? Layari zaad.my sekarang!

Keberadaan di tanah Arab untuk satu tempoh masa yang lama tidak menjamin penguasaan bahasa Arab seseorang. Dengan teknologi dan kemudahan yang ada hari ini, seseorang yang tidak pernah ke negara Arab pun boleh menguasai bahasa Arab lebih baik berbanding mereka yang belajar di negara Arab untuk tempoh masa yang lama jika kena caranya.

Alhamdulillah. Selesai masukkan unsur 'gamification' dalam Zaad dot my Sedikit demi sedikit kita cuba improve app ini agar ja
Alhamdulillah. Selesai masukkan unsur 'gamification' dalam Zaad dot my Sedikit demi sedikit kita cuba improve app ini agar jadi lebih baik. InsyaAllah. On going -> Nak buat news feed yang penuh dengan konten bahasa Arab untuk menggantikan FB. Supaya pelajar bahasa Arab yang boring scroll FB boleh pergi scroll news feed dekat Zaad. Konten-konten news feed yang terpilih untuk tambah mufradaat dan uslub bahasa Arab. News feed ini bukan 100% macam FB. Kita akan 'custom' sedikit supaya bila user klik perkataan bahasa Arab, akan keluar penerangan dari sudut makna perkataan, sorof dan uslub penting untuk dihafal. News Feed ini cuma konten sampingan. Konten utama ialah bahan-bahan pelajaran yang berupa; teks Arab pilihan, i'rab, latih tubi dan bait-bait syair hafalan yang dipilih dan dihuraikan oleh al-Fadhil Ustaz Ashafizrol Ab Hamid hafizahullah. Setelah peserta habis pelajaran utama, boleh lah lepak-lepak santai dekat Zaad News Feed ni bila dah siap nanti. InsyaAllah. Moga membantu peserta untuk terus bersemangat tamatkan pelajaran! Belum daftar Zaad? Klik -> www.zaad.my

Musuh utama pelajar mana-mana bahasa ialah rasa 'saya sudah pandai', 'apa yang saya tahu sudah cukup'. Jika dia benar-benar percaya dengan bisikan itu, suatu hari nanti dia akan dapati mereka yang baru belajar bahasa Arab sejak 5 tahun lepas lebih baik berbanding dirinya yang sudah 'belajar' bahasa Arab sejak 10 tahun lepas! (Sedangkan 10 tahun lepas itu ialah tarikh dia mula belajar. Hakikatnya dia berhenti 5 tahun setelah itu kerana berasa sudah pandai. -sebagai contoh). Proses pembelajaran mesti sentiasa diteruskan dan jangan mudah berpuas hati dengan tahap kita sekarang. Renung-renungkan.

Khemah yang berada di atas unta ini namanya 'tandu' dalam bahasa Melayu. Walaupun mungkin agak berbeza dengan tandu kita di Tanah Melayu. Dalam bahasa Arab kita panggil dia الهَوْدَج. Peminat puisi Arab klasik pasti akan banyak menemui perkataan ini dalam bait-bait puisi mereka. Dalam permusafiran yang jauh, orang Arab menjadikan tandu-tandu ini tempat duduk wanita-wanita mereka agar tidak dipandang orang. Wanita yang berada dalam tandu ini dinamakan sebagai الظعينة. Jamaknya ialah الظعائن. Namun ada ketika, perkataan الظعينة ini digunakan untuk merujuk kepada tandu itu sendiri. Kata Imru'ul Qays: تبصّر خليلي هل ترى من ظعائن ... سوالك نقبا بين حزمي شعبعب Terjemahan: "Renungkanlah duhai sahabat, adakah engkau lihat di ufuk sana ada para musafir dengan tandu-tandu mereka yang merentasi lembah Sya'ab'ab?"* *Bahagian pertama bait ini turut terdapat pada beberapa puisi lain. Berkenaan perkataan ظعن maksudnya berlegar antara mengembara dan meninggalkan sesuatu tempat. Dalam al-Quran: وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّن بُيُوتِكُمْ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ الْأَنْعَامِ بُيُوتًا تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ "Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat tinggal; dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternakan khemah-khemah yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu mengembara dan semasa kamu menetap." . Kata seorang pemuisi: أقاطِنٌ قومُ سَلمى أم نَوَوا ظَعَنا # إن يظعنوا فعجيبٌ عيشُ من قَطَنا "Masihkah kaum Salma bermukim di sini, ataukah sudah berniat menjauh pergi? Andai mereka melangkah pergi, alangkah anehnya kehidupan mereka yang masih menanti​​​​​​​​​​​​​​​." . Kesimpulannya, tandu dalam bahasa Arab ialah الهَوْدَج. Wanita yang berada dalam tandu dinamakan sebagai الظعينة ج الظعائن. Namun ada ketika perkataan الظعائن digunakan untuk merujuk kepada tandu itu sendiri.

Modul terbaru khas untuk belajar cakap Arab Fusha yang disusun oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid. InsyaAllah 1 November akan datang kita akan mulakan perjalanan selama 6 bulan untuk bekalkan diri dengan maklumat secukupnya untuk bina kemampuan bercakap bahasa Arab Fusha. Bila sebut bercakap, ia melibatkan dua aspek: 1. Menyusun ayat yang ingin diungkapkan. 2. Menyebut ayat berkenaan seperti penutur jati. Susun ayat dan sebut. Kedua-duanya mesti berjalan seiring. Ini target kita dalam kelas ini. Aspek yang paling utama ialah yang pertama. Kita akan sama-sama meneliti dan ayat-ayat perbualan harian yang sentiasa meniti di bibir penutur jati bahasa Arab yang telah disusun rapi dalam bentuk template oleh Ustaz Ashafizrol dalam modul ini. Secara peribadi saya katakan jika seorang pelajar bahasa Arab faham dan hafal kesemua ayat 'template' dalam modul ini, sangat banyak benda dia boleh cakap dalam bahasa Arab! Setelah kita kenal ayat-ayat ini dan boleh susun dengan baik, barulah kita bersedia untuk belajar macam mana nak sebut macam orang Arab! Kalau sebutan bunyi Arab, tapi ayat tunggang langgang kacau jugakbkan? Hehe. Untuk kuasai aspek ini, kita akan tonton video-video orang Arab yang telah dipilih oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid dan kita akan gunakannya untuk buat latihan mendengar + bercakap dalam group Telegram nanti! 😊 Selain latih tubi menggunakan modul yang telah dibekalkan, peserta juga boleh bersembang dalam group Telegram apa-apa tajuk umum dalam bahasa Arab Fusha. Dalam modul ini kita akan berikan penekanan kepada kedua-duanya. InsyaAllah. Pendek kata, kalau kita dah ada asas bahasa Arab dan nak belajar cakap bahasa Arab Fusha. Inilah kelasnya. 😊 Untuk ambilan November akan datang, saya diamanahkan untuk membimbing peserta berpandukan modul ini. Jemput daftar dan sebarkan! Terima kasih. 😊 . Baca lebih lanjut di sini: https://aljahiz.my/kca Atau terus daftar melalui WhatsApp di sini: https://wa.me/60183284218?text=DaftarKCA Jumpa dalam kelas nanti! 😊