en
Feedback
Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Open in Telegram

Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal

Show more
6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive
🚀 Jam 12 tengah hari esok, pendaftaran AmmiyFlix dibuka! InsyaAllah. Plan nak daftar esok? Jemput baca. 😇 __ AmmiyFlix ialah program yang saya sendiri harapkan wujud ketika saya mula-mula belajar dialek Arab Mesir dulu. Barangkali jika program ni wujud masa tu — mungkin banyak masa yang dapat dijimatkan untuk memahami dialek yang unik ni. Masa yang lebih tu boleh guna untuk pelajari ilmu-ilmu penting yang lain pula. Latar kisah ini sekitar pertengahan tahun 2015. Saya ni jenis orang yang lebih mudah belajar bahasa melalui video. Saya rasa ramai orang pun begitu. 😊 Dari video, kita dapat nampak dengan jelas cara sebutannya, intonasi, ekspresi muka, dan situasi sebenar penggunaan bahasa tu. Namun ketika itu sebagai seorang yang hanya berbekalkan sedikit pengetahuan dalam Nahu & Sorof, mufradaat yang agak terhad dan tidak membesar di tanah Arab, tak banyak yang saya dapat belajar dengan cara menonton movie Arab tanpa sebarang huraian. Dia jadi sama macam makcik yang duk layan Bollywood setiap hari Sabtu pukul 3 petang. Sejak zaman muda sampai hari ni masih belum dapat cakap Hindi. 😆 Tengok sekadar dapat hiburan. Tapi tak belajar apa-apa. . Waktu tu, satu-satunya tempat yang ada tawarkan kursus ammiyah Mesir secara formal ialah American University in Cairo (AUC). Daripada namanya saja pun kita dah boleh agak, yurannya memang keras —jauh di luar kemampuan saya. Belajar ammiyyah pada ketika itu bukanlah suatu yang membanggakan. Tak ada dalam silibus universiti. Tak masuk exam pun. Tak ada markah. Orang tak panggil 'syaikh' 😆 Saya cuma belajar semata-mata sebab minat. Setiap kali jumpa benda baru, saya terus kongsi di Facebook. Agak ramai juga yang kurang bersetuju dengan tindakan saya tu. Kata mereka, “Belajar Fusha saja sudah cukup.” Tak mengapa, masing-masing ada pandangan tersendiri dan saya menghormatinya. Tapi saya percaya, pasti akan ada di luar sana orang yang sama macam saya—ingin faham masyarakat Arab secara lebih dekat. Melalui bahasa hati dan jiwa mereka. Kita belajar ammiyyah bukan untuk ganti Fusha, tapi untuk faham realiti hidup mereka sehari-hari. Alhamdulillah, dalam tempoh tu juga, saya direzekikan bertemu dengan beberapa orang kawan Mesir yang baik hati, yang masih rapat sampai sekarang. Mereka lah yang banyak jelaskan maksud perkataan yang saya tak faham, betulkan sebutan, dan terangkan uslub-uslub harian yang orang Mesir guna. Setiap kali saya dengar orang Mesir bercakap sama dalam 'real life' atau dalam mana-mana video, saya akan cepat-cepat catat ayat yang menarik untuk dihafal. Kalau ada yang saya tak faham, saya akan message, gunakan voice note atau call minta mereka huraikan satu demi satu. Dengan cara ini, saya mula faham dialek Mesir secara lebih mendalam. Tapi saya tahu, bukan semua orang ada banyak masa dan peluang yang sama — ada kawan rapat Mesir yang boleh bantu jelaskan ayat-ayat ammiyah setiap hari. Atas dasar inilah AmmiyFlix diwujudkan. AmmiyFlix umpama seorang kawan Arab Mesir yang sudi jelaskan setiap patah perkataan yang kita dengar dalam video setiap hari. Cuma peserta AmmiyFlix lagi untung sebab huraiannya dalam bahasa Melayu. Lagi mudah dan cepat nak faham. Fleksibel. Boleh belajar pada bila-bila masa sebab belajar melalui laman web AmmiyFlix. Kalau nak tanya kawan Arab, bukan 24 jam dia available untuk kita. Bukan setiap hari dia boleh hantar video kepada kita untuk belajar. Di AmmiyFlix kami berusaha menjelaskan dialek Mesir dengan pendekatan yang jauh lebih santai. Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Disusun dengan cara yang lebih sistematik. Konsep kita ialah seperti pepatah Arab: قليل دائم خير من كثير منقطع! Melibatkan diri dengan dialek Mesir setiap hari selama 1 tahun 6 bulan InsyaAllah akan membuahkan hasil yang jarang ada pada ramai orang! Pencinta bahasa Arab Fusha dan yang dah khatam banyak kitab Nahu InsyaAllah boleh follow! 😉 Aturan bahasa dialek Mesir banyak dikaitkan dengan qawaid dalam bahasa Arab Fusha. .

3 HARI LAGI AMMIYFLIX AKAN DIBUKA! (Pendaftaran hanya dibuka selama 6 jam sahaja – Sabtu, 26 April 2025, jam 12 tengah hari – 6 petang) ⸻ Peserta yang mendaftar dalam program ini akan dapat: 1. Belajar setiap hari melalui klip video pendek asli dari orang Mesir (drama, filem, perbualan sebenar). 2. Huraian terperinci setiap hari — dari segi makna, tatabahasa, sebutan & budaya. 3. Teks asli berbaris & terjemahan lengkap setiap ayat disediakan untuk bantu kefahaman menyeluruh. 4. Nota ringkas & praktikal, disusun ikut topik — mudah untuk ulangkaji & rujukan cepat. 5. Platform web mesra pengguna – boleh akses bila-bila masa, ikut masa sendiri. Tak perlu ikut jadual orang. 😉 6. Tiada aurat & tiada muzik – sesuai untuk pelajar, guru & penuntut ilmu semua peringkat. Tak perlu pening tapis konten — kami dah tapis siap-siap. 7. Bonus istimewa & diskaun untuk mereka yang daftar dalam 6 jam pertama. 8. Support & ruang pertanyaan disediakan untuk bantu rungkai segala kemusykilan. ⸻ Alami sendiri peningkatan dalam: • Penguasaan mufradaat & tatabahasa • Kefahaman struktur ayat sebenar • Kemahiran mendengar & bercakap dialek Mesir Semua ini… setiap hari. Tanpa skip. Selama 1 tahun 6 bulan. ⸻ Menyertai AmmiyFlix = Seolah-olah kita ada ramai kawan rapat Mesir …yang ajar kita cakap Arab hari-hari. …yang bantu kita faham & cakap macam native speaker. ✅ Masuk waiting-list di sini: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg

Perbezaan ammiyyah Mesir dan Bahasa Arab Fusha bukan sekadar beza sebutan huruf saja. Bukan sekadar “ق jadi أ” atau “ج jadi G
Perbezaan ammiyyah Mesir dan Bahasa Arab Fusha bukan sekadar beza sebutan huruf saja. Bukan sekadar “ق jadi أ” atau “ج jadi G” sahaja. Ammiyyah Mesir ada identiti dia sendiri: • Pemilihan perkataan yang berbeza. • Susunan ayat yang tak sama macam Fusha. • Bahkan ada perbezaan dari segi makna dan bentuk kata (semantik & morfologi) yang menarik untuk diperhati. Dan yang lebih menarik — kalau kita dah ada asas Fusha, sebenarnya kita sudah ada 60-70% keperluan untuk mula belajar ammiyyah dengan serius (kena cuba, baru tahu betul atau tak apa yang saya cakap) 😬 . Tapi untuk betul-betul faham dan guna dengan lancar, Kita kena banyak dengar, baca, hafal dan guna — setiap hari. Tak perlu lama. 15-20 minit sehari pun cukup. Asalkan konsisten. Nak dengar apa? Nak baca dan hafal dari mana? Di AmmiyFlix ajaaaa, mas. . Misi kami di AmmiyFlix: Untuk menjadikan Ammiyyah Mesir lebih mudah dipelajari oleh semua yang sudah ada asas bahasa Arab Fusha. Supaya kita yang dah ada Fusha, boleh menyelami dialek Mesir tanpa rasa kekok. Tanpa rasa lost. Kami tahu ramai yang sebenarnya nak belajar. Tapi sebelum ni mungkin tiada masa, tiada sistem, atau tak jumpa sumber yang tersusun. Dialek Mesir tak susah. Cuma mungkin kita belum pernah beri diri kita peluang untuk memahaminya. _ Saya sendiri bermula sebagai pencinta Fusha. Belajar Nahu, Sorof, Balaghah. Hafal Matan al-Ajurrumiyyah. Seronok baca syawahid dan kupasan i‘rab. Tapi dalam masa yang sama, bisikan hati saya berkata: “Kenapa aku struggle nak faham apa yang orang Mesir cakap harian?” “Aku tahu Fusha, tapi kenapa aku rasa terganggu dan annoyed bila dengar berita atau filem Mesir?” Ya. Memang rasa terganggu bila tengah syok dengar masyaikh ceramah tiba-tiba dia selit dua tiga ayat ammiyyah dan orang Arab saja yang gelak ataupun angguk kepala tanda faham. Dari situ saya selami Ammiyyah. Dan saya dapati… belajar Ammiyyah bukan bermaksud tinggalkan Fusha. Tapi menguatkan pemahaman, memperluas kecekapan berbahasa. . Di AmmiyFlix, kami kumpulkan segala yang diperlukan: • Aturan asas Ammiyyah Mesir • Video harian pendek dari media sebenar • Transkrip & terjemahan • Nota dan penjelasan lughawi • Kuiz latih tubi • Ajukan soalan kepada panel Q&A pada bila-bila masa. Semua disusun khas untuk pelajar yang dah ada asas Arab — yang nak naik satu level lagi: faham & dan tiada masalah berkomunikasi dalam dialek Mesir. . Masa tinggal 3 hari. Pendaftaran hanya buka 6 jam. Masuk waiting list. Kunci jam supaya tak terlepas. Daftar awal dapat macam-macam bonus. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

“Sebelum aku ke sini, sebenarnya ada dua hal yang bikin aku kagum sama Mesir. Yaitu Al-Azhar dan Sungai Nil. Karena tanpa Sun
“Sebelum aku ke sini, sebenarnya ada dua hal yang bikin aku kagum sama Mesir. Yaitu Al-Azhar dan Sungai Nil. Karena tanpa Sungai Nil, tidak ada Mesir dan tidak ada Al-Azhar.” – Fahri, Ayat-Ayat Cinta. “Aku juga suka Sungai Nil. Kalau tidak ada Sungai Nil, pasti tidak ada Mesir, tidak ada peradaban. Yang ada hanya gurun pasir. Kamu percaya pada jodoh, Fahri?” – Maria. Okey, dah. Cukup. 😂 ⸻ Dua simbol utama Mesir — ilmu dan kehidupan. Al-Azhar = simbol ilmu. Sungai Nil = simbol kehidupan. Dan kalau nak betul-betul alami pengalaman terbaik sepanjang berada di Mesir, kita mesti kuasai bahasa kehidupan rakyatnya: Ammiyyah. ⸻ Mungkin kita pernah dengar orang cakap: “Alaa Ammiyyah ni bahasa pasar je, cakap je lah ikut sedap. Mana ada kaedah.” Tapi hakikatnya, itu mitos. Tak ada satu pun bahasa atau dialek di dunia yang tak ada sistem. Kajian linguistik moden sendiri membuktikan: Setiap dialek Arab — termasuk Ammiyyah Mesir — ada sistem yang tersusun. Ada struktur. Ada cara fikir. Ada gaya sebutan dan pemilihan perkataan tersendiri. Dan menariknya, Ammiyyah Mesir adalah dialek yang paling mudah difahami oleh orang Arab dari negara lain. Sebab tu filem, drama dan rancangan TV Mesir jadi pilihan utama di dunia Arab. ⸻ Apa jadi bila kita kuasai Ammiyyah Mesir? • Kita cepat blend in dengan masyarakat setempat. • Urusan harian jadi lebih mudah. • Kelas jadi lebih hidup — faham pensyarah. • Boleh borak dan berkawan dengan orang Mesir secara natural. • Faham budaya & realiti masyarakat Mesir dari dalam — bukan sekadar pemerhati. ⸻ Dan sebab itulah kami bina AmmiyFlix. Platform belajar Ammiyyah Mesir yang dibangunkan khusus untuk: • Pelajar yang ada asas Fusha dan nak naik level. • Penuntut ilmu yang nak rasa “hidup” semasa berada di Mesir. • Bahkan sesiapa saja yang minat nak faham budaya Arab dengan lebih dekat. Kami guna input asli dari native speaker. • Klip real dari media sosial & filem. • Bukan skrip reka sendiri. • Bukan bahasa yang dibuat-buat. Setiap hari, satu pelajaran. Dengan transkrip, nota bahasa Melayu, kuiz dan komuniti sokongan. 16 bulan. Satu jalan. Sampai fasih. InsyaAllah. ⸻ Pendaftaran hanya dibuka selama 6 jam sahaja: Sabtu, 26 April. Masuk waiting-list untuk dapatkan pelbagai bonus sempena pelancaran. . 4 HARI LAGI! Pendaftaran dibuka Sabtu depan InsyaAllah: 🕛 12 tengah hari – 6 petang (waktu Malaysia) | Sabtu, 26 April 2025 Set reminder siap-siap untuk dapat bonus 10 peserta terpantas mendaftar! 🤫😇 Masuk waiting-list kat sini kalau nak saya tolong remind: Klik: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg

5 HARI LAGI! Pendaftaran dibuka Sabtu depan InsyaAllah: 🕛 12 tengah hari – 6 petang (waktu Malaysia) | Sabtu, 26 April 2025 Set reminder siap-siap untuk dapat bonus 10 peserta terpantas mendaftar! 🤫😇 Masuk waiting-list kat sini kalau nak saya tolong remind: Klik: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg

Kunci kejayaan belajar bahasa baru? Bukan bakat. Bukan umur. Tapi: KONSISTENSI. Dalam bahasa Melayu kita panggil: KETEKUNAN /
Kunci kejayaan belajar bahasa baru? Bukan bakat. Bukan umur. Tapi: KONSISTENSI. Dalam bahasa Melayu kita panggil: KETEKUNAN / KECEKALAN. ⸻ Kenapa kita rasa susah sangat nak tangkap orang Mesir cakap? Sebab… kemahiran mendengar tu macam muscle. Lagi banyak kita guna, lagi kuat dia. Lagi tajam telinga kita untuk tangkap. ⸻ Sebab tu dalam AmmiyFlix, silibus disusun untuk 16 bulan (1 tahun 6 bulan) — bukan main campak semua video dalam satu hari. Tapi sikit-sikit. Setiap hari. Dengan konsisten. Kenapa? Sebab orang yang workout 4 jam sebulan kat gym pun, akan kalah dengan orang yang home workout 30 minit setiap hari. ⸻ Tapi… Mendengar di sini bukan semata-mata “dengar”. Kalau setakat dengar macam dengar bunyi nyamuk tepi telinga, …kita dah berpuluh tahun dengar, tapi tak pernah faham bahasa nyamuk. 😂 ⸻ Dengar untuk belajar ≠ Dengar untuk berhibur. Sebab tu dalam setiap klip AmmiyFlix: ✔️ Ada teks Arab ✔️ Ada terjemahan ✔️ Ada huraian (sebutan, nahu, budaya) Semua sekali. Step by step. ✅ Setiap bulan ada 100 kuiz latih tubi untuk kuatkan hafalan. ⸻ Dan… belajar sorang-sorang = cepat bosan kan? Belajar ramai-ramai = baru semangat! Ada teman untuk praktis. Dah ajak kawan-kawan join waiting list AmmiyFlix ke belum? Kalau masuk waiting-list: • Dapat diskaun yuran. • Dapat bonus bernilai RM200+ setiap orang! • Bonus istimewa untuk 10 peserta terawal. Bonus-bonus ni kita tak nak umum lagi apa kat sini. Yang penting pelajar bahasa Arab mesti suka. InsyaAllah. 😊 ⸻

Ammiyah Mesir: Ada niat nak belajar melalui lagu? Baca ini dahulu. Belajar dialek Mesir kena dengar lagu Arab yang joget-joge
Ammiyah Mesir: Ada niat nak belajar melalui lagu? Baca ini dahulu. Belajar dialek Mesir kena dengar lagu Arab yang joget-joget tu ke? 'Mahraganaat' dan yang sewaktu dengannya? Eh tak perlu pun. Kalau kita kuat vocab, faham struktur ayat yang orang Mesir guna, dan konsisten praktis komunikasi, kita pasti boleh faham bila 'terdengar' lagu Arab — tanpa perlu ‘masuk dunia’ tu pun. Tapi kalau dengar lagu semata-mata, belum tentu boleh faham orang Arab cakap, apatah lagi berkomunikasi dengan lancar. ⸻ Salah satu perjuangan saya sejak dulu: Kita tak perlu ikut trend Arab untuk kuasai ammiyah. Sama macam kita tak perlu ikut semua trend Melayu untuk jadi bijak berbahasa. Kerana trend bukan selalu betul. Dan malangnya yang mudah viral di media sosial, biasanya bukan yang paling menepati garis panduan agama. ⸻ Suatu ketika dahulu sekitar 2016, saya pernah juga dulu anjurkan kelas ammiyah guna lagu-lagu Arab. Face to face. Masa tu rumah sewa kami di Madinet Nasr tak cukup luas untuk anjur kelas. Saya dan rakan Mesir saya Islam R. Abu Rahil pusing seluruh Hayy Sabi' berjalan kaki (kami tiada kemudahan motosikal waktu itu 😊) bertanya setiap سناتر (jamak kepada سنتر / center) untuk disewa. Namun tiada yang membenarkan kami mungkin kerana faktor umur dan penampilan kami yang tidak meyakinkan. Akhirnya kami menyewa ruang di rumah sahabat kami AF Ustaz Azam Shukri dan AF Ustaz Ahmad Abdul Salam. Jazakumullah khayra. Kami bedah lirik. Cakap pasal uslub, berlatih sebut dan lain-lain. Seronok? Ya. Rasa bersalah? Tentu. Beri banyaknkesan untuk meningkatkan penguasaan bahasa? Tak banyak. Dengar lagu semata-mata tak mampu buat seseorang berkomunikasi dengan baik atas beberapa faktor, antaranya; kosa kata dan ayat yang terhad kepada beberapa aspek kehidupan sahaja. Ini selain daripada struktur ayat dalam lagu berbeza dengan struktur dalam pertuturan. Moga Allah ampuni kesilapan ini. ⸻ Namun alhamdulillah, kali ini AmmiyFlix memilih jalan lain. Belajar melalui movie jauh lebih bermanfaat berbanding lagu. Dalam movie kita dapat lihat ayat-ayat yang praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. AmmiyFlix bukan platform untuk berhibur semata-mata. AmmiyFlix dibina untuk belajar dialek Mesir daripada petikan-petikan video, movie dan drama Arab Mesir tanpa menggadai prinsip. Walaupun sudah tentu peserta tak akan rasa boring sebab di sebalik potongan video masih ada jalan cerita yang menarik. Jangan risau. Kita dah 'tweak' supaya user tak boring. InsyaAllah. 😉 ⸻ Itu sebab dalam AmmiyFlix: 1. Tiada muzik (kecuali sound effect ringan yang tak dapat dielak). 2. Tiada pendedahan aurat. Sesuai untuk semua lapisan umur lah orang kata. Dan paling penting — sesuai untuk penuntut ilmu. ⸻ 6 hari lagi. InsyaAllah kita mula. Jumpa di AmmiyFlix. ✅ Masuk waiting-list: Klik: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg Ps: Peserta yang ada dalam waiting-list akan dapat: - Diskaun yuran bulanan sepanjang hayat. - Bonus bernilai lebih RM200+ setiap orang.

Bila kita sebut pasal dialek Arab Mesir, biasanya akan keluar reaksi macam ni: “Susah nak faham.” “Kelaut sebutannya — susah
Bila kita sebut pasal dialek Arab Mesir, biasanya akan keluar reaksi macam ni: “Susah nak faham.” “Kelaut sebutannya — susah nak tangkap.” “Tak ada kaedah. Jadi hentam je, tak perlu belajar." “Bahasa ni rosakkan Fusha.” “Itu bahasa orang tak berpendidikan — tak ilmiah.” ⸻ Di satu pihak, ada yang tengok Ammiyah macam musuh kepada Fusha. Satu bentuk kerosakan linguistik yang mesti dijauhi. Di pihak lain pula, ada yang nak belajar — tapi terus putus asa sebab rasa: • “Aku belajar bertahun-tahun, tapi tak faham satu pun drama Mesir.” • “Kalau aku cakap, confirm aku kena bahan.” ⸻ Tapi ini realiti yang ramai tak nak sebut: Tak ada seorang pun penutur Arab hari ini yang bercakap 100% dalam Fusha. Bahkan para ulama sendiri pun, bila duduk depan kamera, atau mengajar, atau bercakap dengan pelajar — tetap guna dialek mereka. Contoh paling ketara? Syaikh Mahmud Shakir, antara tokoh paling tegas mempertahankan bahasa Arab Fusha. Tapi dalam banyak video temu ramah beliau, beliau tetap guna Ammiyah Mesir. Begitu juga muridnya, Syaikh Muhammad Abu Musa — Syaikhul Balaghiyyin — tetap berinteraksi dengan dialek yang sama. ⸻ So, salah ke belajar Ammiyah? Tak salah bang. Salah KALAU kita anggap Ammiyah sebagai ganti Fusha. Tapi kalau kita anggap ia sebagai satu fenomena bahasa yang biasa berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia dan jambatan untuk menghubungkan kita dengan realiti masyarakat Arab, ini sebenarnya lebih membantu proses kita untuk 'praktis bahasa'! Contoh mudah, kalau kita tegur orang Arab dengan كيف حالك dan ازيك عامل ايه أخبارك إيه pun dah beza respon mereka. Kan? 😄 ⸻ Inilah tujuan AmmiyFlix diwujudkan. Kami nak tunjukkan bahwa dialek Mesir ni tak mustahil langsung difahami jika seseorang itu: • Ada asas bahasa Arab Fusha. (Kenal mubtada, khabar, fi'il fa'il, maf'ul bih dan lain-lain topik asas). • Tahu aturan-aturan bahasa dalam dialek Mesir. • Libatkan diri dengan dialek Mesir setiap hari. • Banyak mendengar dalam keadaan faham. • Hafal ayat yang selalu orang Arab sebut. Jadikan ia 'template'. • Berlatih sebut dengan intonasi sama seperti orang Arab. • Konsisten belajar setiap hari untuk masa yang lama. Semua aspek ini InsyaAllah akan disentuh dalam AmmiyFlix. • Peserta akan dapat 1 konten setiap hari selama 1 tahun 6 bulan. • Setiap klip video akan diberikan teks Arab, terjemahan, tips cara sebutan dan huraian terperinci dari aspek tatabahasa. • Klip video telah ditapis dengan teliti. Tiada pendedahan aurat mahupun muzik. • Belajar melalui platform laman web AmmiyFlix pada bila-bila masa. • Boleh bertanya sebarang soalan kepada panel dialek Mesir pada bila-bila masa. Semuanya di 1 platform sahaja. Pendaftaran batch 1 dibuka pada hari Sabtu, 26 April ini selama 1 hari sahaja InsyaAllah. ✅ Masuk waiting-list untuk dapatkan diskaun yuran pendaftaran + bonus-bonus untuk peserta terawal mendaftar. Klik: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg AmmiyFlix. Faham dunia Arab — dari dalam

Pernah dengar orang Mesir cakap ياما? Apa maksudnya dan macam mana nak guna? Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSr43fLv1/

❓Adakah betul huruf ش dalam ayat nafi dan larangan dalam dialek Mesir berasal daripada شَيْئًا? Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSrxyV5FM/

✅ Maksud asal perkataan 'makanah'. Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSra2pEBB/

✅ Maksud asal perkataan 'tagin'. Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSrPA1Y9t/

Alhamdulillah buku terbaru daripada guru bahasa Arab kita semua, Ustaz Ashafizrol Ab Hamid (Penyampai Slot Balaghatul Quran I
Alhamdulillah buku terbaru daripada guru bahasa Arab kita semua, Ustaz Ashafizrol Ab Hamid (Penyampai Slot Balaghatul Quran IKIM FM dan pengasas Aljahiz). Dapatkan dengan harga diskaun di sini: https://www.facebook.com/share/p/1BRzbzv6UB/?mibextid=wwXIfr

[Ringkasan Tempat-tempat Wajib Diletakkan Huruf Fa' Pada Jawab al-Syart] - Dari Kitab Syarh Syuzur al-Zahab Min Kalam al-'Ara
[Ringkasan Tempat-tempat Wajib Diletakkan Huruf Fa' Pada Jawab al-Syart] - Dari Kitab Syarh Syuzur al-Zahab Min Kalam al-'Arab 🗃️Link PDF: https://t.me/zaadmy/5