POSITIVE CIRCLE
Open in Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Show more826
Subscribers
-224 hours
-27 days
+230 days
Posts Archive
Hubungan positif boleh dibentuk melalui interaksi yang positif. Contoh interaksi positif ialah kita mencari atau fokus kepada ciri persamaan apabila bercakap.
"Hari ni saya rasa nak menonton wayang la..."
"Ha jom! Saya pun sama. Ada cerita best ke?
Ini satu contoh interaksi positif. Menggalakkan interaksi secara berterusan seterusnya dapat membina hubungan yang positif.
Beri sokongan, cari persamaan, beri perhatian dan lakukan dorongan minima ketika berinteraksi.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
#nota3
1 kerja Lelaki VS Banyak Kerja Wanita
Wanita dikatakan mampu membuat banyak kerja dalam satu masa. Berbanding lelaki, kebiasaanya akan membuat hanya satu kerja dalam satu masa.
Otak wanita mempunyai jaringan saraf 10 peratus lebih tebal antara cuping telinga kiri dan telingan kanan mereka. Jumlahnya pula mencecah sehingga 30 peratus lebih banyak berbanding lelaki. Hal ini menyebabkan jaringan saraf otak wanita tidak pernah terputus.
Tidak pelik mereka boleh berbual telefon sambil memasak resepi baru dan menonton TV. Tidak bagi lelaki. Jangan dikacau ketika dia sedang membaca. Sebabnya, lelaki tidak boleh mengikuti arahan bertulis dan mendengar dalam satu masa.
Oleh kerana wanita kerap menggunakan kedua-dua otak secara serentak, maka ramai daripada mereka mendapati agak sukar membezakan tangan kiri dengan kanan. Maka tak pelik, jika tangan mereka menunjuk ke kanan walhal yang dimaksudkan adalah ke kiri.
Itulah makhluk bernama wanita. Fahamilah meraka. Dicipta untuk melatih kesabaran kaum lelaki.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan hari ini.
Apa pun keputusannya, anda telah membuat pilihan untuk melakukan yang terbaik yang anda mampu.
#kongsipositif
#positivecircle21
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
KESIHATAN MENTAL VS SAKIT MENTAL
World Health Organization (WHO) telah mengatakan, kesihatan yang baik turut merangkumi kesihatan mental dan bukan hanya fizikal semata-mata.
Ini jelas menunjukkan kepentingan komponen kesihatan mental dalam kehidupan sesorang individu.
Malahan, jika kesihatan mental terjejas, ia juga boleh menyebabkan gejala fizikal kerana ia saling berhubung kait.
Hasil kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental.
Ini bermaksud, tiga daripada 10 individu berusia 16 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan mental di mana wanita menunjukkan kadar yang sedikit tinggi berbanding lelaki.
Oleh itu, beri perhatian kepada kesihatan mental kita sebelum ia membawa kepada situasi lebih parah, iaitu sakit mental.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Ujian ibarat awan. Adakalanya mendung hitam, adakalanya putih bersih. Dia boleh datang dan pergi. Dia tidak akan kekal mendung atau putih selamanya.
Apabila ia tiba di kawasan yang tepat, masa yang tepat maka gugurlah ia menjadi titisan hujan. Memberi kebaikan kepada makhluk bumi.
Jika ia putih tebal. Ia menjadi teduhan kepada sesiapa sahaja di kala mana di tengah kepanasan. Melindungi cahaya panas sang mentari.
Walau apapun kejadiannya, ia tetap memberi kebaikan kepada semua. Itu satu hakikat yang harus diterima. Bagi yang melihatnya dari perspektif yang berbeza.
Ada yang mahukan awan mendung, dengan harapan akan turunnya hujan. Ada yang mengharapakan putihnya awan, cuaca cerah boleh keluar bekerja.
Hajat kita berbeza-beza. Tidak pernah puas dengan apa yang berlaku. Ada sahaja yang tidak kena.
Kuncinya, belajarlah menerima apa yang diluar kawalan kita. Genggam erat apa yang ada di tangan. Syukur. Kita pasti bahagia.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Panduan Orang BERJAYA:
1. Berdakwah
2. Seru kebaikan
3. Cegah kemungkaran
Moga kira semua tergolong di kalangan mereka yang berjaya.
InsyaAllah.
#kongsipositif
#positivecircle
Cari dan bantu orang sekeliling kita di waktu sekarang. Mungkin mereka sukar untuk menyatakan apa yang mereka rasa.
Tingkatkan daya empati. Kita mungkin mampu meredakan tekanan emosi yang mereka sedang hadapi sekarang ini.
#kongsipositif
#positivecircle
Jom bina jasa dan kenangan yang terindah dalam kehidupan kita.
Jasa bukan untuk disebut orang tetapi, sebagai jariah kepada kita kelak. Amal jariah menjadi pembela kita kelak.
Bermula dengan sekecil-kecil kebaikan. InsyaAllah boleh menjadi sebesar ganjaran. Jangan perlekehkan amal yang kecil. Yang membuat penilaian adalah Allah SWT, bukannya makhluk.
Jom beramal š
*MAHU BAHAGIA ?
KONSEP IKIGAI ?
Apa tu?
Jom bersama Cgu Jinggo untuk mengupas konsep ini di FB Live Cgu Jinggu dan Hasbullah Mustafa pada
MASA : 10 pagi
TARIKH : 7 Jun 2021
HARI : Isnin
Kongsi kepada rakan-rakan yang lain.
Tiga perkara penting untuk menulis :
1. Disiplin atur masa dan urus diri
2. Istiqomah menulis walaupun sedikit
3. Positif Circle untuk "mendesak" dan beri sokongan untuk terus menulis hingga siap
Kemudian belajar dan cari panduan untuk mula dan siapkan penulisan kita. Belajar dan panduan adalah "shortcut" kepada kejayaan.
Sambil-sambil itu carilah semangat untuk memulakan penulisan. Nak dpaatkan semangat? Senaraikan "BIG WHY" kenapa saya perlu menulis sekarang.
Tulislah. Legasi untuk generasi....
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
#nota2
LELAKI VS WANITA
Kajian mendedahkan bahawa apabila berkomunikasi secara berdepan, 60% hingga 80% mesej terzahir daripada bahasa tubuh (non-verbal). Selebihnya adalah daripada kata-kata dan intonasi.
Wanita dianugerahkan keupayaan memindahkan maklumat antara otak kiri dan kanan secara tepat. Ini membolehkan mereka berupaya mengesan begitu hebat , menangkap dan menganalisa maklumat yang diterima. Maklumat verbal, visual dan lain-lain dapat dicantum dan ditafsikan dengan cekap.
Dalam erti kata lain, wanita mampu atau lebih mudah mengesan "pembohongan" dari jauh lagi.
Ini juga sebabnya mengapa kebanyakkan lelaki lebih sukar "membohongi" wanita bila berhadapan. Jika keadaan sebaliknya iaitu tidak berhadapan, lelaki biasanya lebih berjaya.
Menarik bukan!
Cuba semak. Ada benarnya barangkali....
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
