POSITIVE CIRCLE
Open in Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Show more826
Subscribers
-224 hours
-27 days
+230 days
Posts Archive
Semoga Allah membersihkan segala amalan kita daripada sifat dengki dan menerimanya sebagai kebaikan.
InsyaAllah.
Jom sama-sama hafal dan amalkan!
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Setiap daripada kita boleh membantu dengan kadar masing-masing. Bantuan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bantuan paling besar yang boleh dihulurkan sekarang ialah dengan memanfaatkan mulut dan telinga yang Allah SWT kurniakan.
Cakap perkara yang baik ataupun diam sahaja jika perlu. Dalam masa sama, lebihkan mendengar. Jangan cepat untuk memberikan respon atau memberi nilai. InsyaAllah banyak perkara boleh dielakkan asbab mulut dan telinga ini.
Jom sahabat semua. Berilah sumbangan yang kita mampu, dalam masa sama elak mempertikaikan apa sumbangan yang orang lain telah berikan. Itu akhirnya akan merosakan kembali kebaikan yang kita dah buat. Pesan ini buat diri saya dahulu.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Bagaimana Nak Berjaya?
FORMULA 3B
1. BUAT
Anda harus bermula, barulah akan ada hasilnya. Bermula dengan apa yang anda ada dahulu kemudian tingkatkan keupayaan anda dari semasa ke semasa. Anda harus berani untuk bermula. Ambil langkah pertama sekarang!
2. BELAJAR
Usaha tanpa ilmu yang betul sangat merbahaya. Ilmu akan jadi panduan dan memandu kita pada tindakan yang betul. Ilmu juga boleh jadi "shortcut" kepada kejayaan kita kerana kita akan dapat mengurangkan kesilapan yang mungkin berlaku. Jangan jemu untuk terus belajar. Dan belajar juga daripada setiap tindakan yang telah dibuat.
3. BAIKI
Buat penambahbaikan kepada setiap tindakan yang telah dilaksanakan. Proses pembaikan ini akan membantu kita untuk jimat masa, lebih segar dalam bertindak dan mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan sama.
Cuba lah!
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
TIP MENULIS
Hendak menyiapkan sebuah penulisan memerlukan disiplin diri yang tinggi. Semangatnya naik dan turun. Kadang-kadang hal ini boleh menyebabkan penulisan tertangguh bertahun lamanya.
Bagaimana untuk disiplinkan diri?
Saya kongsikan satu kaedah biasa yang saya lakukan. Perkara pertama, saya siapkan kulit buku dan "mock up" nya sekali pada awal-awal penulisan.
Kenapa?
Psikologinya, kulit dan "mock up" buku ini akan menjadi "push factor" untuk kita siapakan penulisan kita. Masakan tidak, hari-hari ditengoknya "mock up" ini, pasti membuatkan kita malu sendiri bukan.
Selepas itu, kongsikan juga "mock up" ini kepada rakan-rakan kita juga. Tujuannya apa? Ada dua hal yang kita mahukan.
1. Lagi sekali, untuk jadi "push factor" daripada luar untuk kita siapakan juga penulisan. Segan juga dah bagitau rakan, tapi buku sampai ke sudah tak siap bukan? Jadi siapkan.
2. Manfaat besar berkongsi "mock up" tujuannya adalah untuk mendapat doa daripada rakan-rakan moga kita diberi kekuatan untuk menyiapkan penulisan kita. Menarik bukan!
Jadi, anda ingin menulis? Anda sudah ada idea?
Jom siapkan "mock up" buku anda sekarang dan bersedialah untuk menyiapkannya. Anda pasti boleh!
Saya tepek ebuku ke-4 di sini dulu ya bagi semangat dan mohon doa daripada sahabat-sahabat semua juga ya untuk saya siapkan segera. InsyaAllah.
#kongsipositif
#legasimenulis
Cari sistem sokongan sosial yang betul dalam tempoh pandemik ini. Elakkan "burnout".
Pencegahan awal lebih baik daripada ia terus menggangu kefungsian hidup kita.
Meminta bantuan bukan bermaksud kita bermasalah. Tetapi, itu lambang kita sedar bahawa manusia saling memerlukan.
Kita peduli tanda kita punyai hati...
#kongsipositif
Tip lain di sini :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
TIP E.X.A.M
E
Eratkan Hubungan
Jaga dan tingkatkan hubungan kita dengan Allah dan juga manusia. Ketika ini pertolongan mereka sangat kita perlukan. Daripada-NYA kita mohon kemudahan dan kelancaran.
X
Excercise
Jadikan amalan senaman sebagai rehat selepas kita mentelaah pelajaran. Senaman adalah "rehat" yang baik untuk otak. Badan yang cergas minda yang cerdas.
A
Amalan Pemakanan Seimbang
Jaga makan kita. Doa yang terhijab kerana makanan yang haram menjadi darah daging. Hati juga mudah menjadi gelap. Ilmu itu bersih. Ia tidak akan duduk bermasa perkara yang kotor.
M
Mengulangkaji
Cari strategi yang betul semasa belajar. Kenalpasti cara / gaya belajar kita. Tingkatkan kualiti dalam pembelajaran bukannya kuantiti masa mentelaah semata-mata. Kurangkan stres agar tidak menggangu memori kita.
Selamat mencuba!
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
#ebookfree-Tip 5S
EBOK PERCUMA!
Ebook TIP 5S BIJAK URUS EMOSI ini mungkin membantu anda atau sesiapa sahaja dalam menghadapi situasi genting sekarang.
Kongsikanlah maklumat ini kepada rakan anda yang lain. Moga ianya memberi manfaat buat semua.
- ebook ini akan diemelkan kepada anda dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diisi.
Isi maklumat anda di sini :
bit.ly/FREE-TIP5SEMOSI
#kongsipositif
...
Dapatkan lebih banyak bahan positif di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Mahmud Bin Labid ;
Maksudnya :” Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw berabda : Itulah Riya’. Allah swt akan befirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).”
Riwayat Ahmad ( 23630) di dalam Musnadnya.
#kongsipositif
#positivecircle21
Tips lain di :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Tuliskan satu perkara dalam satu perkataan yang kita SYUKURI dalam hidup seharian kita.
Mungkin dengan cara ini membuatkan kehidupan kita lebih tenang dan diberi pencukupan oleh-NYA.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
#kongsipositif
#positivecircle
Dapatkan info lebih banyak di :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Semoga Allah SWT beri kemudahan dan kelancaran dalam semua urusan kita pada hari ini.
InsyaAllah.
Ada keberkatan, kebaikan dan kesejahteraan dalam semua perkara yang diusahakan.
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Khabarnya PdPR mungkin akan diteruskan sehingga September.
Bagaimana reaksi kita?
Ini boleh jadi satu stres yang baik (eustress). Kita masih banyak masa untuk membantu fokus soal pendidikan anak-anak dan kita boleh pantau perkembangan mereka. Anak-anak juga lebih selamat di rumah barangkali.
Atau ia boleh jadi juga stres yang negatif (distress) hingga mengganggu kefungsian hidup kita. Banyak yang difikirkannya. Kerja rumah lagi, kerja pejabat lagi dan sebagainya. Mana nak bagi masa.
Semua ini bergantung kepada penerimaan dan respon kita. Perkara pertama perlu kita sedar bahawa, ada perkara dalam kawalan kita. Dan ada perkara yang banyaknya juga di luar kawalan kita. Jadi belajar untuk terima dan uruskan diri kita terhadap perkara tersebut.
Kita perlukan kadar stres tertentu dalam hidup kita. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar juga stres yang tidak terkawal akan memudaratkan kita secara berterusan. Akhirnya membawa kepada "burnout".
Langkah awal, kawal diri kita apabila menerima sesuatu maklumat. Kawal cara kita berfikir, jangan cepat melatah. Kita harus sedar, kesilapan cara berfikir akan menyebabkan keadaan makin teruk. Hidup kita tidak berkualiti.
Cadangannya, aturlah PdPR ini mengikut kemampuan kita dan anak-anak terlebih dahulu. Maklumkan kepada guru-guru apa kekangan yang kita ada. InsyaAllah mereka memahami dan cuba membantu sebaik mungkin.
Kemudian, aturkan langkah yang perlu kita buat sekarang. Analisis diri, apa keperluan dan sumber yang kita ada. Ukur setiap langkah tersebut adalah mengikut kemampuan yang kita ada. Jika boleh ditambah baik, ia boleh dilakukan daripada semasa ke semasa.
Sedar atau tidak. Keadaan ini memberi ruang besar untuk kita mengatur hidup kita dengan lebih baik. Kita juga sedar, ini masa terbaik untuk kita lebih kenal siap diri kita sebenarnya.
InsyaAllah...
Ibu ayah kita tenang-tenang saja ya. Tarik nafas dalam-dalam. Letakkan tangan di dada. Bisikkan pada diri kita.
"Allah SWT ada. DIA akan berikan yang terbaik buat kita dan keluarga. DIA tidak akan biarkan kita sendiri..."
Itu pasti!
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Internet yang tidak stabil, sulit untuk membuka kamera, respon suara tenggelam timbul dan kekangan alatan teknikal mungkin sebahagian gangguan kelas dalam talian. Namun percayalah, semua itu boleh diimbangkan dengan adab antara pelajar dan guru.
Kelas norma baharu menuntut kepada ketinggian adab yang lebih daripada seorang pelajar terhadap guru dan rakan-rakan. Pada guru ada keberkatan. Berkat satu kebaikan. Perkara kebaikan tidak akan bersama dengan perkara yang buruk.
...
"Bila kau tidak tahan lelahnya belajar, maka kau harus tahan menanggung peritnya kebodohan..."
Imam Syafie.
Moga Allah mudahkan semua urusan kita untuk mengajar, belajar dan beramal. InsyaAllah.
#kongsipositif
#positivecircle21
"Ala benda free... Ambik je la kalau orang dah nak bagi tu. Guna tak guna kemudian kira kan..."
Kita mungkin biasa dengar ungkapan seperti ini kan. Ambil mudah dengan perkara yang free / percuma kerana beranggapan kita tidak akan rugi apa-apa jika dimanfaatkan atau tidak jika memilikinya. Tiada kos pun dikeluarkan.
Cuba lihat disekeliling kita, banyaknya perkara yang kita perolehi secara percuma dan seringkali kita mengabaikannya. Contoh mudah adalah nikmat-nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Nikmat ini hanya akan disedari, dihargai apabila mana ianya telah luput daripada kita. Kita tidak lagi memiliki atau mampu menggunakannya.
Allahu akbar!
Inilah satu peringatan besar buat kita kan. Yang sering lupa dan lalai. Malahan ada yang tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Semuanya dirosakkan dengan rungutan dan celaan yang tidak enak untuk didengari.
Rasulullah SAW ada menyatakan dua nikmat yang sering kita lupakan :
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari)
Semoga kita tidak termasuk dalam golong yang sering lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan.
Jadi bagaimana untuk menunjukkan tanda syukur?
Lakukan amalan-amalan kebaikan sebagai satu tanda kita bersyukur.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.”
Abu Abd al-Rahman al-Hubuli berkata: “Solat adalah syukur, puasa adalah syukur dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah SWT adalah syukur. Seafdhal-afhal syukur adalah pujian.”
Jom sama-sama perbanyakkan amalan kebaikan semoga Allah SWT mengiranya sebagai tanda kesyukuran dan ketaqwaan.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
