POSITIVE CIRCLE
Open in Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Show more826
Subscribers
-224 hours
-27 days
+230 days
Posts Archive
Apakah "hadiah" yang kita telah perolehi hingga saat ini?
Duduk sekejap, cubalah senaraikan. "Hadiah" ini juga disebut sebagai HIKMAH.
Lain orang lain hadiahnya. Keyword nya REDHA & SYUKUR dengan apa yang kita ada.
#kongsipositif
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
AKTIVITI BERMANFAAT SEMASA LOCKDOWN:
1. SOLAT BERJEMAAH / USRAH /AKTIVITI KEAGAMAAN
Ini adalah masa terbaik memperbaiki balik urusan keagamaan yang mungkin sebelum ini jarang dapat dilakukan bersama dek kesibukan mencari rezeki.
2. BELAJAR / MENGAJAR AL-QURAN & TADABBUR
Sebelum ini jika urusan ini diberikan kepada orang lain untuk mengajar anak-anak. Kini, ibubapa boleh mengambil alih tugas ini. Sambil memperbaiki bacaan kita. Selitkan sesi tadabbur juga.
3. BUAT KERJA RUMAH BERSAMA
Ini mungkin masa yang sesuai melatih anak-anak dengan disiplin kerja-kerja rumah. Ajak mereka turut sama mengemas, memasak dan makan bersama.
4. MERAPATKAN UKHUWAH
Sekiranya sebelum ini jarang kita menghubungi rakan taulan, mungkin ini masa yang sesuai untuk merapatkan lagi ukhuwah. Bertanya khabar kepada mereka.
5. TAMBAH ILMU & BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Sebelum ini kita sibuk dengan tugas hakiki kita, sekarang mungkin masa yang sesuai untuk belajar perkara baru ataupun mendalami lagi kemahiran yang sedia ada.
6. BERSENAM
Ini perkara penting. Cari masa yang sesuai untuk membuat senaman ringkas agar kekal sihat.
7. BIJAK BERSOSIAL MEDIA
Masa terluang mungkin banyak dengan gajet sekarang. Jadi, pilihlah masa dan bahan yang sesuai untuk dilayari. Belajar sesuatu dari sosial media, bina branding atau mungkin boleh menjana pendapatan.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
TIPS MEMILIH SAHABAT:
1. Memilih sahabat yang bertaqwa. Taqwa akan menjaga seseorang daripada melakukan maksiat (keburukan).
2. Memilih sahabat yang keperibadian lemah lembut. Lemah lembut dalam akhlak, percakapan, berkasih sayang.
3. Sahabat yang menjaga rahsia dan keaiban. Apabila dikongsikan hal peribadi, amanah ini disimpannya. Tidak dibocorkan keaiban.
4. Sahabat yang masa susah senang bersama. Dia sentiasa ada dan menghulurkan kebaikan.
5. Sahabat yang berterus terang dalam hal yang diperlukan. Tidak bercakap belakang atau memburukkan sahabatnya.
Semoga kita ditemukan sahabat yang sejati membawa ke Syurga. Dan mendapat naungan Allah di akhirat kelak kerana bertemu dan berpisah kerana Allah.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Ya Allah!
Peliharalah kami.
Berikan kami jalan keluar kepada ujian ini dengan petunjuk dari-MU.
t.me/POSITIVEcircle21
Kita ada pengalaman PKP 1.0. InsyaAllah keadaan terkawal. Tidak perlu untuk sama-sama merumitkan keadaan lagi.
TIPS MENUJU KEBAHAGIAAN
1. Cipta definisi kebahagiaan kita sendiri. Bahagia cara kita.
2. Yakin bahawa Allah SWT telah melengkapkan kita dengan semua kemudahan untuk bahagia.
3. Konsep bahagia adalah berbeza-beza dan ia satu ilusi yang dibuat oleh setiap orang. Jangan terpengaruh dengan sekeliling yang negatif.
4. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bersangka baik dengan Allah SWT
5. Jangan hanyut didalam masa silam yang telah lepas dan berharap pada masa depan yang belum pasti. Nikmati masa sekarang.
6. Memberi maaf kepada orang lain. Antara kunci besar kepada ketenangan hati dan kebahagiaan hidup.
Selamat beramal dan kongsikan kepada orang lain. Agar kita mencipta kebahagiaan di sekeliling kita.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
TIPS MULAKAN PAGI
- Buat sedikit CATATAN RINGKAS apa yang perlu / nak dilakukan hari ini.
InsyaAllah, apabila kita boleh membuat sedikit catatan tentang apa yang perlu dilakukan hari ini, kita sebenarnya mula membantu otak untuk fokus.
Ya, setiap hari banyak perkara nak dilakukan. Jadi dengan catatan, ia akan menjadi satu peringatan berterusan dan jadikan kita kekal fokus kepada apa yang dicatat.
Ia ibarat kita ke kedai dengan senarai atau tidak ada senarai barang yang nak dibeli. Tentu dengan ada senarai lebih membantu bukan.
Letakkan catatan tersebut ditempat yang mudah dan sering dilihat. Seperti di peti ais, cermin atau pintu bilik / toilet.
Pada sebelah petang / malam cubalah semak kembali catatan ini. Adakah semuanya selesai. Ambil tindakan.
Cubalah! Anda pasti merasa kelainannya. Jadikanlah hari ini hari yang produktif untuk kita.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Setiap amalan kita tidak pernah sia-sia. Semuanya ada nilai di sisi Allah SWT.
Pilihan ditangan kita, sama ada kebaikan ataupun kejahatan yang dikerjakan. Dikurniakan akal fikiran untuk menilai di samping panduan al Quran dan sunnahnya.
Jom, hari ini kita berazam untuk sentiasa berikan yang terbaik dalam hidup kita kerana akhirnya semua akan kembali kepada kita juga.
Pagiiii!
#kongsipositif
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Contoh Sokongan Emosi:
1. Bertanya khabar cara paling mudah sebagai tanda sokongan emosi.
2. Kongsikan berita / bahan positif
3. Hantarkan barangan harian jika ada kemampuan
4. Sedia mendengar apabila diperlukan dan jangan cepat mencelah / memberi nasihat
5. Peka keperluan semasa yang diperlukan oleh rakan dan cuba penuhi / sampaikan kepada pihak berkenaan
#kongsipositif
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Total lockdown. Ini merupakan satu keputusan berat yang harus ditelan sesetengah orang. Penerimaan kita berbeza-beza mengikut situasi semasa.
Demi kebaikan semua, ini yang terbaik harus dilakukan dalam tempoh 14 hari agar rantaian ini dapat diputuskan segera.
Keputusan ini tidak mudah, setelah beberapa kali didesak akhirnya pihak berwajib akur. Setelah cara lain dicuba.
Bagaimana persiapan dan persedian kita bagi 14 hari tempoh mendatang?
Ambil langkah yang bersesuaian. Mulakan perancangan sekarang. Jadikan pengalaman PKP 1.0 yang lepas sebagai panduan terbaik.
Dalam masa sama, beri bantuan kepada sesiapa sahaja yang kira rasakan perlu. Dalam apa jua bentuk bantuan sekalipun. Terutamanya sokongan emosi.
Moga Allah berikan kemudahan dan kebaikan dalam semua tindakan kita. InsyaAllah.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Berita penuh boleh baca di pautan di bawah:
https://gpsbestari.sinarharian.com.my/komuniti/tanam-sifat-empati-dalam-setiap-tindakan-ini-kata-kaunselor-berdaftar-tentang-self-lockdown/amp/
#kongsipositif
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
NAK URUS KESIHATAN MENTAL ?
1. Luahkan kepada orang yang dipercayai
2. Bersenam
3. Pelajari teknik kawal stres (zikir, deep breathing, mindfulness)
4. Makanan seimbang (kekacang, buah buahan, sayuran)
5. Positive routine
6. Positive affirmation
7. Self care, self respect
Selamat beramal.
#kongsipositif
Dapatkan lebih banyak TIPS POSITIF di:
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
