en
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Open in Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Show more
828
Subscribers
-124 hours
+37 days
+430 days
Posts Archive
photo content

"Bila Belajar Jadi Luar Biasa!" Belajar bukan sekadar duduk, dengar dan catat. Belajar sepatutnya HIDUP! Belajar sepatutnya b
"Bila Belajar Jadi Luar Biasa!" Belajar bukan sekadar duduk, dengar dan catat. Belajar sepatutnya HIDUP! Belajar sepatutnya buat hati bergetar, otak berfikir, tangan bergerak, mulut berbincang, dan mata bersinar! Bila ada pendekatan kreatif dalam pembelajaran, suasana terus berubah! Kad-kad idea, aktiviti kumpulan, perbincangan santai. Semua ni bukan sekadar suka-suka, tapi strategi nak buka minda dan bakar semangat peserta! Kenapa penting kreatif dalam pembelajaran? -Sebab ilmu tak masuk hati yang bosan. -Sebab orang ingat apa yang mereka rasa, bukan sekadar apa yang mereka dengar. -Sebab pembelajaran kreatif lahirkan perubahan sebenar. Kalau nak beri impak besar, jangan takut untuk buat sesuatu yang berbeza. Belajar itu satu perjalanan — jadikan ia satu pengalaman luar biasa! Let's make learning AWESOME! #kongsipositif

"Bila mikrofon dah di tangan, bukan sekadar suara yang keluar… tapi mesej, emosi dan tanggungjawab." Ramai anggap pengucapan awam itu tentang berani bercakap depan orang. Tapi sebenarnya, ia lebih daripada itu. Bila kita bercakap di hadapan khalayak, kita sedang membina pengaruh—bukan hanya melalui apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita menyampaikan. Beberapa kaedah asas yang selalu saya pegang: 1. Jadi diri sendiri – Tak perlu jadi orang lain. Autentik itu lebih menyentuh. 2. Kontak mata – Pandang audiens macam kita bercakap dengan seorang sahabat. 3. Jaga nada dan emosi – Naik turun suara tu penting. Monoton itu musuh utama. 4. Sampaikan dengan hati – Bila kita cakap dari hati, ia sampai ke hati. Dan yang paling penting—bercakap bukan untuk hebat, tapi untuk memberi manfaat. Kadang-kadang, bukan isi yang orang ingat, tapi cara kita buat mereka rasa. Jadi jangan risau kalau gugup, itu normal. Yang penting, terus berlatih dan jangan berhenti belajar. Saya pun masih belajar. Tapi setiap kali naik ke depan, saya niatkan satu je—"Moga ada yang pulang dengan satu semangat baru walau cuma satu ayat." #kongsipositif

photo content

Alhamdulillah… Siap juga buku ni dicetak untuk sesi proof read terakhir! InsyaAllah, lepas ni saya akan buka preorder khas de
Alhamdulillah… Siap juga buku ni dicetak untuk sesi proof read terakhir! InsyaAllah, lepas ni saya akan buka preorder khas dengan harga istimewa untuk pembeli batch awal. Buku 47 Aktiviti LDK Kreatif ni adalah hasil kompilasi pelbagai aktiviti menarik untuk bantu guru, trainer dan fasilitator menyampaikan sesi pembelajaran secara lebih menarik , kreatif dan penuh impak. Semua aktiviti dalam buku ni ditulis langkah demi langkah dan disertakan contoh pelaksanaan yang mudah diikuti. Memang sesuai dijadikan panduan bila nak buat sesi berkumpulan yang lebih hidup dan kreatif. Doakan moga penulisan kecil ini beri manfaat besar buat semua yang terlibat dalam dunia pendidikan dan latihan. Terima kasih atas sokongan semua! Nak jadi antara yang terawal dapatkannya? Stay tuned ya! #kongsipositif #projekbuku

Bersyukurlah Pagi Ini Kadang kita rasa tak punya apa-apa. Tapi jika pagi ini… • Hatimu tenang, • Tubuhmu sihat, • Ada makanan
Bersyukurlah Pagi Ini Kadang kita rasa tak punya apa-apa. Tapi jika pagi ini… • Hatimu tenang, • Tubuhmu sihat, • Ada makanan untuk mengalas perut… Ketahuilah, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa berpagi-pagi dalam keadaan aman dalam jiwanya, sihat tubuh badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dunia dikumpulkan untuknya." (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Itulah kekayaan sebenar. Bukan berapa banyak yang kita miliki, tapi berapa dalam kita menghargai. Nikmat itu bukan selalu besar, tapi selalu ada. Mulakan hari ini dengan SYUKUR. #kongsipositif #positivecircle21

Apa itu stres? Jom ambil tahu. https://vt.tiktok.com/ZSruKLA7E/ #kongsipositif #positivecircle21

Salah faham tentang Kesihatan Mental VS Sakit Mental. Ambil tahu, jangan keliru. https://vt.tiktok.com/ZSrmJBE66/ #kongsipositif #positivecircle21

Anticipatory Grief : Hilang sebelum kehilangan yang sebenar-benarnya. Perlu bijak urus keadaan ini. https://vt.tiktok.com/ZSrP6wUSE/ #kongsipositif #positivecircle21

Pesanan yang sangat baik untuk kita fikir dan ambil tindakan proaktif dalam hidup kita : https://www.facebook.com/share/p/1HbieGf2uh/ #kongsipositif #positivecircle21

Empty Nest Syndrome - Situasi yang mungkin boleh berlaku kepada ibu bapa kita. Ambil tahu. https://vt.tiktok.com/ZSrUPBLCj/

“Kita tidak kehilangan anak apabila mereka pergi, kita hanya memberi ruang mereka berkembang – dan kita juga harus berkembang
“Kita tidak kehilangan anak apabila mereka pergi, kita hanya memberi ruang mereka berkembang – dan kita juga harus berkembang bersama waktu.” "Empty Nest Syndrome" ... Sesi pembentangan untuk kelas Psikologi Dewasa dan Orang Tua, esok. #kongsipositif #positivecircle21

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Mohon maaf sekiranya sepanjang perkongsian saya di Channel Positive Circle ini ada y
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Mohon maaf sekiranya sepanjang perkongsian saya di Channel Positive Circle ini ada yang mengguris hati kalian semua. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk menyebarkan kebaikan dan membina Positive Circle bersama. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Mohon maaf sekiranya sepanjang perkongsian saya di Channel Positive Circle ini ada y
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Mohon maaf sekiranya sepanjang perkongsian saya di Channel Positive Circle ini ada yang mengguris hati kalian semua. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk menyebarkan kebaikan dan membina Positive Circle bersama. InsyaAllah.