cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

PenHitamOfficial

Media Ahlus Sunnah Waljamaah Follow Kami Di Page Instagram Penhitamofficial

Show more
Malaysia10 470The language is not specifiedReligion & Spirituality47 513
Advertising posts
862
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

*Pengajian Asy-Syamail Al-Muhammadiyah Bersama Ustaz Amir Arsalan* Secara Sardan Di Platform FB & TIKTOK FB Muhammad Amir Arsalan Rosli Tiktok @arsalanrosli Bermula 17 Sept 2023 Bersamaan 1 RabiulAwwal 1445H Pada Jam 7 Pagi Untuk Dapatkan Kitab, Boleh Hubungi 01170026052 Azrel Atau Boleh Terus Klik Link https://www.wasap.my/601170026052KitabSyamail
Show all...
Adab Menyebut Nama Nabi Muhammad ﷺ Diantara Adab & Hormat Takzim kita kepada Rasulullah ﷺ adalah dengan tidak menyebut namanya dengan panggilan “Ya Muhammad” atau dengan nama Kunyahnya seperti “Ya Aba Al Qassim” (Wahai Ayah Kepada Qassim) Maka menyebut Nabi Muhammad ﷺ dengan panggilan “Ya Muhammad” sahaja. Hal demikian itu adalah *Berdosa & Buruk Adab* Adapun sahabt Rasulullah ﷺ yang menyeru nama Nabi Muhammad ﷺ dengan panggilan “Ya Muhammad” itu adalah sebelum turunnya perintah larangan dari Allah ﷻ لَا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا “Janganlah kalian jadikan panggilan Rasul di antara kalian seperti panggilan sebagian kalian kepada sebagian (yang lain).” Surah An Nur : Ayat 63 Disebutkan didalam Tafsir Jalalain, pada mensyarahkan ayat ini. أي بأن تقولو يا محمد بل قولوا يا نبيّ الله يا” رسول الله فى ليّن وتواضع وخفض صوت “(Ayat Al Quran) Janganlah kalian jadikan panggilan Rasul di antara kalian seperti panggilan sebagian kalian kepada sebagian (yang lain) dengan makna (Tafsir Jalalain) : “Dengan bahawa kamu kata “Ya Muhammad” Bahkan hendaklah kamu kata “Ya Nabi Allah” (atau) “Ya Rasulullah” dengan lemah lembut, tawaduk dan rendah suara.” Disebutkan didalam Tafsir Ibnu Katsir pada membicarakan ayat ini, “Ad Dahhak telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwa dahulu mereka mengatakan, "Hai Muhammad, hai Aba Al Qassim.” Kemudian Allah ﷻ melarang mereka melakukan hal tersebut sebagai penghormatan kepada NabiNya… Qatadah mengatakan bahwa Allah memerintahkan demikian agar NabiNya disegani, dihormati, dimuliakan, dan dianggap sebagai pemimpin.” Benarkah Haram Memanggil Nabi ﷺ Dengan Namanya? Disebutkan didalam kitab (مهمات النفائس) Muhimmat Nafais karangan Al Allamah Syeikh Soleh Rais, Katanya. "نداء النبى ﷺ باسمه حرامٌ وكذلك الكنية بل الواجب أن تكونَ يا رسول الله يا نبى الله لقوله تعالى لَا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا" “Bermula panggil Nabi ﷺ dengan namanya itu Haram. Dan demikian juga haram panggil nabi dengan nama kunyahnya (seperti dikata “Wahai Abu Qassim” (Wahai Bapak Kepada Qassim). Bahkan Wajib panggil Nabi dengan “Ya Rasulullah” “Ya Nabi Allah” kerana Firman Allah ﷻ Janganlah kalian jadikan panggilan Rasul di antara kalian seperti panggilan sebagian kalian kepada sebagian (yang lain)” Begitu juga Fatwa Syeikh Sayyid Ahmad Dahlan bahawa Haram Menyeru Nabi ﷺ dengan Namanya atau Kunyahnya. Maka perhati akan tiga Tertib Adab ini ketika menyebut nama Kekasih Mulia Rasulullah ﷺ 1. Tidak Menyebut Nama Baginda. 2. Menyebut Dengan Penuh Tawaduk. 3. Dengan Suara Yang Perlahan, Tidak Menjerit Jerit. Kata Al Allamah Tuan Guru Haji Chik Kodiang, “Jika ia seru Ya Rasulullah, Ya Nabi Allah dengan tiada lemah lembut (kasar) itu pun jahat adab, Salah. Ataupun ia seru Ya Rasulullah Ya Nabi Allah dengan Kuat Suara itupun Jahat Adab, Salah atau dengan Tiada Tawaduk.” Kata Tuan Guru Haji Chik juga, “Cuba fikir seperti seorang yang bernama Awang, Maka anaknya seru namanya seperti dikata “Hai Awang” maka tentulah orang kata “Kurang Ajar.” -Majmuk Ar Rasail Lil Allamah Asy Syeikh Haji Chik Bin Ahmad Al Qadahi- -Qudrah Fikry Nuuri- 5 Januari 2023 | Khamis Kampung Malau, Gerik, Perak. t.me/FikryNuuri
Show all...
Assalamualaikum wrt wbt akhawat sekalian 🌸 *Sesi Perkongsian Menelusuri Sirah Ummahatul Mu'minin; Idola Muslimah Haqiqi* Tarikh : *6 September 2023* Waktu : *12pm - 2pm* Tempat : *Main Auditorium, International Islamic University Malaysia (IIUM)* Untuk membuat pendaftaran, akhawat semua boleh mengisi link ini ya: https://forms.gle/6tv4xxfZxwemZBm78 *Kanak-kanak tidak dibenarkan bawa. *Tiada jualan dibenarkan pada hari majlis. * Kamera dan sebarang rakaman sama sekali tidak dibenarkan.
Show all...
بسم الله الرحمن الرحيم DAURAH HADIS PENGAJIAN & PENGIJAZAHAN SANAD Sukacita dimaklumkan, Akademi Darul Turath al-Hajari akan anjurkan Daurah Hadis yang akan berlangsung selama 3 hari sebanyak 11 sesi keseluruhannya. Bacaan kitab hadis akan dipimpin oleh Maulana Hussein Abdul Kadir al-Yusufi sebanyak 3 buah kitab seperti tertera di poster. ✅️Pendaftaran daurah terbuka untuk lelaki dan perempuan. ✅️Peserta luar juga boleh mengikuti daurah, ✅️Peserta akan diberi sijil penyertaan & sijil sanad pengijazahan di akhir daurah. ✅️Makan Percuma ✅️Penginapan Peserta Lelaki & Wanita Percuma *detail hubungi untuk info Bagi yang berminat mengikuti daurah dan nak mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi 0124403242 (Faiz Bukhari) www.wasap.my/60124403242/
Show all...
malam ini, ان شاء الله
Show all...
https://youtu.be/OPzqiPY4c0Q Dr Maza Bercanggah Dengan Sultan & Agong Dalam Isu Kalimah Allah?
Show all...
Dr. MAZA BERCANGGAH DENGAN SULTAN & AGONG ISU KALIMAH ALLAH

Dr Maza mufti Perlis yang pegangannya tentang Isu penggunaan KALIMAH ALLAH oleh orang Kristian berlainan dari Sultan, iaitu ketua Agama Islam di Malaysia

Show all...
الرسائل والملاحظات

Just some slight sharing - من سئل عن علم وكتمه ، ألجمه الله بلجام من نار يوم القيامة - P/s : Semua yang ana tulis di IG dan FB akan ana kumpulkan disini IG : Ibn.fauzi FB : Iskandar NurHakim Fauzi

https://youtu.be/1yMqOl5VPHc Serban Dan Imamah Harus Punya Sanad - Habib Hasan Bin Ismail
Show all...
Sorban Dan Imamah Harus Punya Sanad - Habib Hasan Bin ismail Al Muhdor

Sorban Dan Imamah Harus Punya Sanad - Habib Hasan Bin ismail Al Muhdor Pertanyaan:Habib Apa Benar Memakai Sorban Dan Imamah Itu Hrus Punya Sanad Yang Lurus? Dalam video tanya jawab di radio ahbaabul musthofa kraksaan, Habib Hasan menjelaskan tentang Sorban Dan Imamah Harus Punya Sanad Dalam Islam Mohon tonton sampai akhir, agar tidak terjadi salah paham. Ada pertanyaan seputar agama dan kehidupan sehari - hari yang ingin diajukan ke Habib Hasan? silahkan komentar saja dibawah. Insyaallah pertanyaan kamu akan dijawab di episode selanjutnya. Terimakasih sudah nonton, jangan lupa share dan subscribe agar tidak ketinggalan video selanjutnya #tanyahabibhasan #tanyajawab ceramah agama,ceramah islam terbaru,ceramah nikah,ceramah lucu,habib hasan bin ismail al muhdor,ceramah agama islam,ceramah agama yang menyentuh hati,ceramah,ceramah agama 2020,Sorban Dan Imamah Harus Punya Sanad,sorban hitam,syarat memakai imamah,syarat memakai sorban,ceramah habib hasan bin ismail al muhdor,imamah habib umar

TUAN GURU AHMAD ROZAINI TELAH MENYATAKAN PERMOHONAN MAAF 1. Sejak isu ini sengaja dibangkit oleh geng-geng Wahhabi, ramai pula yang tag, mention dan chat minta saya respon, antaranya Ust Syihabuddin 2. Beza saya dengan Ustaz Syihabuddin ialah bila jadi isu seperti ini, saya tidak terus terlompat nak buat content. Saya berhubung rapat dengan individu terbabit untuk mengetahui kesahihan berita, sebab dan apa tindakan yang akan diambil. 3. Beza Tuan Guru Ahmad Rozaini dengan Ustaz Syihabuddin ialah Tuan Guru menyatakan permohonan maaf. Ustaz Syihabuddin kekal teguh dengan pendirian dan tidak berubah walaupun ditegur. 4. Beza kami Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan geng sana ialah apabila ada kenyataan yang salah, kita akan betulkan. Tetapi bayangkan ketika kes Ust Syihabuddin kritik Habib Umar, ijmak dalam kalangan mereka mempertahankan Ust Syihabuddin. Mereka tetap membelanya walaupun salah. 5. Beza Tuan Guru Syeikh Nuruddin dengan Dr. MAZA ialah Syeikh menegur dengan baik kesilapan itu sehingga Tuan Guru Ahmad Rozaini menyatakan permohonan maaf. Dr. MAZA siap mempertahankan Ust Syihabuddin dan mengalihkan isu kepada perkara lain. 6. Kami ASWJ tidak akan mempertahankan kesalahan dan tidak menafikan kebenaran. Bezanya kami akan menjaga adab sesama sendiri. Tidak mengkritik tidak tentu hala atau mendoakan keburukan orang lain. 7. Setiap kali jadi isu seperti ini, saya perasan geng ASWJ pun nak komen juga, konon nak bela ulama luar, tetapi sanggup mendoakan Tuan Guru Ahmad Rozaini dengan doa قبح الله لسانه dan pelbagai doa buruk lain. 8. Geng ASWJ kena sedar, setiap kali jadi isu seperti ini ia tidak jadi sendiri. Tetapi ia dirancang. Mereka yang mencari dan selidik video lama untuk diviralkan serta ditohmah. ASWJ pula jenis mudah masuk perangkap, mereka akan turut sama mengkritik individu yang dirancang oleh Wahhabi untuk dibunuh karakternya. 9. Apa yang akan jadi? Apa yang kamu dapat? Kritikan Tuan Guru Ahmad Rozaini kepada Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah beliau mohon maaf. Kritikan kamu kepada Tuan Guru macam mana pula? Adakah apabila ada satu kesalahan, kita menghalalkan kebencian, umpatan dan tohmahan sesama kita? Semoga Allah memberkati dan merahmati Tuan Guru Ahmad Rozaini. Hafiz Al-Za'farani (HAZA) https://fb.watch/lmxucYU64I/?mibextid=qC1gEa
Show all...