en
Feedback
JTMK PKS - Public Channel

JTMK PKS - Public Channel

Open in Telegram

This is a public channel intended for information sharing from JTMK lecturers to all JTMK students.

Show more
381
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-130 days
Posts Archive
Para pelajar JTMK dikehendaki untuk menyertai slot 5 pada jam 2.15pm-3.15pm. Link kehadiran dan refleksi pelajar yang menyert
Para pelajar JTMK dikehendaki untuk menyertai slot 5 pada jam 2.15pm-3.15pm. Link kehadiran dan refleksi pelajar yang menyertai secara live akan disediakan oleh BIPD. (pautan kehadiran dan refleksi akan diletakkan di ruangan description youtube channel nanti). Penyertaan pelajar akan dijadikan sebagai aktiviti PPI jabatan.

https://www.youtube.com/live/A5zpMTQmEjs?si=CLXsVKvMU8g6FXT6 Saksikan WEBINAR BEST PRACTICES PELAKSANAAN AKTIVITI PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2024 di saluran youtube EduTV@PolyCC pada HARI INI 20 Mei 2024 bermula jam 9.00pagi hingga 4.45petang. Jumpa anda di sana! Target audience Slot 1-3: Pensyarah Slot 4-6: Pelajar n pensyarah Pautan kehadiran dan maklumbalas di ruangan description saluran youtube edutv@polycc akan dibuka pada 20 Mei 2024 sahaja.

‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️ *DITANGGUHKAN SEHINGGA DIMAKLUMKAN KELAK* ‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️ *WEBINAR BEST PRACTICES PELAKSANAAN AKTIVITI PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2024* https://www.facebook.com/share/p/gJk1oZ7XB7pwrAHD/?mibextid=oFDknk

Pelajar yang disayangi Mohon pelajar yang berkelapangan untuk sertai sesi slot ke 5 (2.15-3.15pm) WEBINAR BEST PRACTICES PELA
Pelajar yang disayangi Mohon pelajar yang berkelapangan untuk sertai sesi slot ke 5 (2.15-3.15pm) WEBINAR BEST PRACTICES PELAKSANAAN AKTIVITI PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2024. Link kehadiran dan refleksi pelajar yg join secara live akan disediakan oleh BIPD. (pautan kehadiran dan refleksi akan diletakkan di ruangan description youtube channel nanti) Pautan live boleh didapati di saluran youtube EduTV@PolyCC

pilih pelajar JTMK ya?! wajib! 😄😄

tahun lepas kita ada 5 pelajar jtmk dlm mpp. dgn 1 naib ydp. semoga kali ini cita2 #JTMKforYDP_mppPKS tercapai.

MAKLUMAN HARI MENGUNDI - PILIHAN RAYA KAMPUS PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2024 Salam sejahtera tuan/puan, Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pengundian bagi *Pilihan Raya Kampus Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PRK MPP) tahun 2024* akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:     Tarikh  : 21 Februari 2024     Hari          : Rabu      Masa          : 8.00 pagi – 5.00 petang      Platform : Secara atas talian menerusi SPMP (Pelajar/pengundi juga boleh hadir ke Perpustakaan Seri Kenyalang, PKS untuk membuang undi menggunakan komputer yang disediakan)      Pengundi         : Pelajar berstatus AKTIF dan AKTIF LATIHAN INDUSTRI (LI) 3.         Pengumuman keputusan pengundian akan diadakan seperti tentatif berikut:     Tarikh  : 21 Februari 2024     Hari          : Rabu     Masa          : 6.00 petang      Platform   : Dewan Jubli Perak, PKS 4.         Dimaklumkan juga bahawa semua pelajar Politeknik Kuching Sarawak berstatus Aktif dan Aktif Latihan Industri (LI) adalah DIWAJIBKAN mengundi. Pihak tuan/puan juga adalah dimohon untuk mengingatkan pelajar di jabatan tuan/puan untuk mengundi pada hari tersebut serta memastikan peratusan mengundi di jabatan adalah tinggi. 5.         Kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian. Sekretariat  Pilihan Raya Kampus Politeknik Kuching Sarawak

Salam sejahtera. Permohonan Asrama tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tutup pada 6 Disember 2023. Sekian, terima kasih.

Ini data semasa permohonan : Kemaskini Permohonan Asrama : 29/11/2023 Permohonan online - 1591 Dokumen sokongan hantar ke pejabat - 350 borang

Mohon hebahkan kepada pelajar

*PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN DESA SERAPI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2023/2024* Politeknik Kuching Sarawak akan melaksanakan sesi PdP secara bersemuka pada Sesi II 2023/2024 melibatkan semua pelajar. Sehubungan dengan itu, permohonan mendiami kolej kediaman dibuka secara online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP i-Kamsis) bermula *06 November 2023 sehingga 06 Disember 2023*. Bagi pelajar yang berminat untuk menduduki Kolej Kediaman Desa Serapi untuk Sesi II 2023/2024, dikehendaki untuk mengisi dan mengemukakan borang permohonan berserta dokumen sokongan seperti berikut : *i. Borang Permohonan Kamsis Sesi II 2023/2024 (isi secara ‘online’ dan “WAJIB” muat turun daripada SPMP i-Kamsis);* *ii. Salinan keputusan peperiksaan terkini pelajar senior Sesi II : 2022/2023 kecuali pelajar semester 1 Sesi I 2023/2024;* *iii. Kad Kegiatan Aktiviti Asal (fotostat tidak diterima);* *iv. Dokumen Kesihatan dan Keluarga seperti Surat Doktor (Sakit/OKU), Surat Cerai/Sijil Kematian Ibu/Bapa dan lain-lain (jika berkaitan)* Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke pejabat penyelia asrama pada waktu pejabat atau melalui pos ke alamat berikut: Pejabat Penyelia Asrama Politeknik Kuching Sarawak, KM 22, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. Bagi pelajar yang tidak dapat mengakses / log in SPMP diminta untuk menghubungi penyelia asrama dengan kadar segera. Permohonan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan. Keputusan awal mendiami asrama akan diumumkan melalui laman web dan media sosial rasmi PKS pada 19 Januari 2024. Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan pihak Penyelia Asrama di pejabat (8.00pg hingga 4.30ptg) atau emelkan ke kamsis.pks@poliku.edu.my. Sekian, harap maklum. *Penolong Pengurus Asrama* *b.p Pengarah* *Politeknik Kuching Sarawak* *06 November 2023*

Selamat Pagi, Pelajar yang dihormati sekalian, sila jawab BORANG SOAL SELIDIK KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT) POLITEKNIK KUCHING SARAWAK di link berikut: https://forms.gle/Tcwh3ACm9kzQpH5V7. Tarikh tutup menjawab soal selidik ini adalah pada 24 November 2023 Terima Kasih. =)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kepada Pelajar Semester 6, Pelajar berikut diminta menghantar SALINAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN TRANSRIP AKADEMIK PERINGKAT SIJIL UNTUK TUJUAN REKOD JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP) sebelum 24 November 2023. Sila hantar dalam bentuk softcopy ke: https://forms.gle/71oiwQLCsuCHzx4t9 DAYANG NURUL FAZIRAH BINTI ABANG JEFFRY 05DDT19F2016 NUR SYAFFIEQAH ISKANDAR 05DDT20F2020 EVENILSON PETRUS ANAK DELOS 05DDT20F2039 MACCELLEAN CALVIN GINGU ANAK JEFFERY 05DDT20F2042 AUSTIN LARRY SAIT ANAK GERAMAN 05DDT20F2046 FAIRUL ISZWAN VANESSA BIN WENNI 05DDT20F2055 DAVELYN ANAK JIPES 05DDT20F2059 FATIN NAJWA BINTI RAHAMAT 05DDT20F2060 DAVIDSON PETRUS 05DDT20F2064 LUQMANUL HAKIM BIN ZAINORIN 05DDT20F2071 MUHAMMAD THAQIF ZAKIRIN BIN HASSAN 05DDT20F2072 Terima Kasih. Penyelaras HEP JTMK (K)

TATACARA PERMOHONAN KURIKULUM GRADUAN PKS.pdf4.06 KB

Status pendaftaran *Worldskills Malaysia Sarawak 2023* (Bidang Teknologi Maklumat) Kemaskini: 24.09.2023 (jam 7:20 mlm) 1. IT Network System Administration (13 penyertaan) 2. IT Software Solution For Business (14 penyertaan) 3. Web Design (11 penyertaan) Berbaki *kurang 6 jam* lagi tarikh tutup penyertaan. Sekiranya masih ada pelajar yg berminat blh isi borang permohonan dgn kdr segera. #teamskillsjtmk

Makluman kepada semua pelajar yang hendak menghantar dokumen perjanjian pinjaman PTPTN
Makluman kepada semua pelajar yang hendak menghantar dokumen perjanjian pinjaman PTPTN

Hantar permohonan kepada Unit Jaminan Kualiti PKS

PROSEDUR PERMOHONAN SILIBUS BAGI TUJUAN CTCE 1. Surat rasmi permohonan pengeluaran silibus 2. Borang permohonan CTCE daripada IPTA/IPTS 3. Slip keputusan peperiksaan terdahulu yang disahkan 4. Salinan pengesahan akreditasi program terdahulu.Status akreditasi program terdahulu boleh disemak melalui portal rasmi Malaysian Qualification Register (MQR) di laman sesawang https://www2.mqa.gov.my/mqr/ . 5. Maklumat kursus yang dimohon.

Hebahan WSMS 2023 1109203.pdf1.23 KB