en
Feedback
Tips Emas & Kewangan Steven

Tips Emas & Kewangan Steven

Open in Telegram

Saya Steven Blanda, penyimpan emas sejak 2015 dan merupakan Triple Star Founder Master Dealer Public Gold.Channel ini tempat untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya dalam emas. Bagi yang berminat simpan emas,boleh hubungi saya di 0194836692.

Show more
2 038
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-1530 days
Posts Archive
Live Kaya Dengan Emas Saya akan buat live jam 11.30 pagi. Jemput join di sini: https://vt.tiktok.com/ZS9S2aNp9yemT-WXWEW

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐢𝐭? Setiap kali rasa berduit, ingatlah itulah waktunya kekayaan kita akan mudah bocor dalam jumlah yang banyak. Bahkan bukan itu sahaja. Sebenarnya banyak orang akan buat kesilapan yang besar bila rasa berduit. ✅ Jatuh lingkup dalam bisnes dan pelaburan. ✅ kena tipu dengan skim cepat kaya ✅ bagi orang pinjam duit yang akhirnya tak berbayar Itu semua risiko yang hanya terkena pada orang yang berduit dan rasa berduit! Setiap kali rasa berduit, berhati-hatilah. Berduit tu penting. Tapi rasa berduit tu berbahaya. Kita cenderung belanja berlebihan dan tak berkira-kira bila rasa berduit. Akhirnya membuatkan duit kita bocor dan membazir. Yang tak berduit tapi rasa berduit tu lebih berbahaya. Dia berbelanja lebih dengan duit yang dia belum dapat yang akhirnya dia terjerat dengan masalah hutang yang banyak. Nak cari duit bukan mudah. Maka pastikan setiap duit yang kita dapat tidak dibazirkan dan tidak disia-siakan. https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula #StevenBlanda

photo content

SUSAH NAK KAYA? Sebenarnya ramai orang susah nak kaya bukan disebabkan faktor luaran. Tapi… Faktor dalaman iaitu tentang disiplin menabung. Simpan duit kertas, kesan psikologinya berbeza. Seronoknya duit kertas bukan pada menyimpan, tapi pada membelanjakannya. Orang yang simpan emas. Mereka tak ada penyakit-penyakit ini disebabkan faktor psikologi. Tak ada orang jatuh miskin dengan menyimpan emas, tapi ramai orang jatuh miskin sebab boros berbelanja ataupun terjebak dengan skim cepat kaya. Itulah dia penyakit dalam kewangan yang ramai orang tak sedar! Orang simpan emas. Mereka melekat perangai orang kaya-kaya. Mereka seronok dengan menyimpan koleksi-koleksi emas mereka. Kalau terpaksa jual sekalipun, mereka akan cari duit untuk beli balik emas-emas tu. Walaupun begitu. Bukan bermaksud kesemua duit dan kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit yang nak digunakan dalam jangka pendek lebih baik disimpan dalam bentuk tunai di bank, ASB ataupun Tabung Haji. Duit simpanan jangka panjang, lebih baik ditukarkan kepada aset-aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Nak mula menabung emas dengan ilmu? https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula

Satu masalah yang biasa dilalui oleh peniaga ialah kebocoran modal. Apabila duit itu terbiar dalam akaun bank, duit itu berisiko besar untuk 'bocor', terutamanya untuk kegunaan peribadi. Tarik' sikit-sikit, lama-lama berbukit duit itu habis. Untung tidak nampak, modal entah ke mana. Situasinya akan berbeza apabila modal bisnes itu 'diikat' dalam bentuk emas. Kita tidak berpeluang 'merompak' duit bisnes seratus dua untuk kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Ditambah lagi dengan kesan emosi ‘suka kumpul tetapi sayang hendak jual emas', jadi modal pusingan bisnes itu lebih 'selamat’ dalam bentuk emas berbanding dibiarkan dalam bentuk tunai di bank. Dah fahamkan? Jom bermula hari ini. https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula #StevenBlanda

𝟏 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝟏 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧𝐚𝐧? Bagi mereka yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, emas boleh berfungsi sebagai serampang dua mata. Bagaimana? Pertama,simpanan belanja perkahwinan. Kedua, sebagai hadiah semasa kahwin. Disiplinkan diri menyimpan 1 dinar sebulan. Kos perkahwinan sederhana di Malaysia menelan belanja sekitar 30 dinar emas. (1 dinar emas beratnya 4.25gram). 10 dinar boleh dijadikan hadiah kahwin manakala 20 dinar lagi boleh dijual menjelang majlis perkahwinan untuk membiayai kos kenduri-kendara. Biasanya, harga emas ketika itu sudah naik lebih tinggi berbanding harga semasa membelinya. Jadi, selain simpanan itu bertahan daripada bocor. Nilainya berpotensi meningkat sementara menanti hari perkahwinan. Dah nampakkan emas berfungsi? Jom bermula hari ini. https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula #StevenBlanda

Bagi sesiapa yang baru bermula, jangan tunggu harga terbaik sebaliknya mulakan dengan bajet kecil supaya kita ada benchmark harga tersendiri terlebih dahulu. Yang kedua, pembelian pertama itu penting supaya kita lebih cepat faham bila belajar tentang emas. Maksudnya. Anggaplah pembelian pertama sebagai proses pembelajaran. Jangan fikir buat untung lagi. Sejauh mana keuntungan yang kita boleh jana daripada mana-mana pelaburan sekalipun bergantung sejauh mana ilmu kita tentang pelaburan tersebut. Mungkin selepas belian pertama, kita akan membuat keputusan sama ada lebih sesuai menjadi "Penyimpan atau "Pelabur. Bahkan mungkin ada pelaburan lain lebih sesuai berbanding emas untuk mencapai matlamat kewangan sendiri. Maksudnya, apabila sudah bersedia barulah bermula dengan belian seterusnya. Dah jelaskan? Bermula hari ini. https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula #StevenBlanda

Gaji Tak Cukup? Kena Menabung? Ya, menabung! Walaupun gaji tak cukup. Walaupun ikut logiknya. Nak menabung macam mana kalau gaji tak cukup? Hutang pun masih banyak? Kos harga barang pun makin naik? Tak kisah apa alasan pun. Saya tak ragu-ragu untuk sarankan sesiapa sahaja mula menabung. Bak kata mentor saya. Nak kaya, kena menabung! Mulakan dulu menabung. Sebab dari tabungan itulah akan berlaku keajaiban dalam kewangan. Antaranya keajaiban yang akan berlaku: ✅Kita akan berpada-pada dalam berbelanja. ✅Kita tak gemar lagi buat hutang baru. ✅Kita lebih bermotivasi tingkat kewangan sendiri. Otak kita akan mula kreatif dan ligat cari jalan tingkatkan pendapatan. Dan kita pun tak lagi sekadar berpasrah. Atau berputus asa menyalahkan takdir sebelum berusaha sehabis baik. Mulakan tabungan dulu dengan bajet yang kecil. Lepas tu obses mencari ilmu untuk tingkatkan kewangan diri sendiri. Ambil langkah yang betul. Kemudian terus buat perkara yang betul dengan sabar. Suatu hari nanti setiap kita pasti akan berjaya. https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula #StevenBlanda

photo content

𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬? Selepas cukupkan simpanan kecemasan berjumlah tiga bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji atau ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi enam bulan pendapatan atau lebih. Ini kerana duit dalam Tabung Haji atau ASB itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang. Simpanan emas ada risiko harga naik turun. Akan tetapi Tabung Haji dan ASB juga ada risiko nilainya naik turun. Kekadang kita rasa simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB lebih selamat dan tidak ada risiko, tetapi sebenarnya itu silap. Duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga (walaupun nombornya kekal), terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM10,000 hari ini pastinya tidak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. la makin mengecil. Nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sebanyak 10 peratus kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau nilai kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah di tempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu. Menyimpan emas mungkin tidak membuatkan kita kaya-raya, tetapi yang pasti emas melindungi kita daripada jatuh miskin. Nak mula menabung emas dengan ilmu? Klik link ni https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula. Saya bantu sebaiknya.

photo content

Bagi peniaga yang perlukan pinjaman bank untuk kembangkan bisnes, duit-duit bisnes sebenarnya lebih baik disimpan dalam deposit tetap. Ia lebih meyakinkan pihak bank untuk kelulusan pinjaman. Deposit tetap itu boleh dijadikan jaminan kepada bank bahawa kita mampu membayar semula pinjaman. Tetapi, sekiranya simpan dalam deposit tetap sekadar untuk dapat keuntungan tanpa apa-apa keperluan pinjaman bank, emas lebih baik dan lebih terjamin. Keuntungan deposit tetap biasanya sekitar tiga hingga empat peratus, dan tidak berbaloi berbanding kadar inflasi. Itu belum dikira jika berlaku penyusutan nilai ringgit. Tetapi jangan lupa, ringgit pernah jatuh sebanyak 50 peratus pada tahun 1997, dan telah pun jatuh sebanyak 30 peratus pada tahun 2015. la berbeza jika kita menyimpannya dalam bentuk emas. Emas aset kalis inflasi dan kalis kejatuhan ringgit. Berdasarkan faktor ini, emas boleh dipertimbangkan sebagai salah satu bentuk modal pusingan bisnes. Nak mula menabung emas dengan ilmu? Klik link ni https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula. Saya bantu sebaiknya.

photo content

Apa rahsia penyimpan emas sentiasa senyum walaupun harga emas naik ataupun turun? Ini kerana, sebelum menabung emas. Mereka sudah asingkan dahulu duit simpanan kecemasan berjumlah sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan? Mereka tidak perlu menjual emas-emas tersebut. Sebaliknya... Mereka menggunakan duit simpanan kecemasan sahaja. Amat tidak digalakkan sesiapa yang hendak menabung emas menggunakan duit kecemasan atau duit yang hendak digunakan dalam masa setahun. Sebaliknya gunakan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya dua tahun ke atas untuk menabung emas. Dalam jangka pendek, emas memang ada turun dan naik. Tapi jangka masa panjang, atleast 2 tahun ke atas. Memang confirm naik! Sebab itu, kalau kita menabung emas menggunakan duit jangka pendek, besar kemungkinan untuk kita menjual emas tersebut amatlah tinggi. Dah jelaskan? Nak mula menabung emas dengan ilmu, rujuk link ini: https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula

photo content

Pantang tengok duit banyak dalam bank, otak mula ligat nak perabiskan. Simpan sikit-sikit makin lama makin sedikit! Ini cabaran kebanyakkan orang. Saya pun sama dulu. Sebab apa? Sbab duit simpanan itu sentiasa 'bocor' dibelanjakan! Simpan sikit-sikit, lama- lama makin banyak dah tak relevan lagi digunakan. Kalau simpan emas, duit itu lebih bertahan lama. Ia bukan soal kira-kira. Tetapi kesan psikologi. Emas memberikan kesan emosi yang mendalam kepada pemiliknya. Rasa nak kumpul lebih banyak lagi. Apabila nak gunakan duit pula, mereka akan rasa sayang nak jual emas tersebut. Kalau terpaksa jual sekalipun, dia akan dapatkan duit lain untuk mendapatkan semula emas tersebut. Tabiat suka menyimpan dan kesan psikologi inilah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya. Berminat nak mula simpan emas, klik link ni https://publicgoldofficial.com/StevenBlanda/cara-bermula. Saya bantu sebaiknya.