cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

HATIKU ❤️ MILIKKU

Solusi kepada pencarian erti bahagia dalam hidupmu dan meneladani generasi baru dlm membina hubungan lebih harmoni dan bahagia. Perjalanan dirimu sebagai pencipta kehidupan.

Show more
Malaysia34 138The language is not specifiedPsychology23 277
Advertising posts
279
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Video dari Putri_ Admin GUS BARAJA
Show all...
tenang kunci bebas
Show all...
SAYA TAK INGAT TARIKH KAHWIN Kami cepatkan tarikh kahwin pada Oktober 1994 kerana saya sudah cukup wang. Kami mulakan hidup baru di flat kecil. Hanya ada satu sofa yang malamnya diubah suai jadi katil. Tiada bulan madu kerana sehari lepas kahwin -- wang yang berbaki hanya cukup buat makan. Tahun ini genap 28 tahun kami hidup bersama. Dia berhenti kerja 26 tahun lalu (1996) dan berkhidmat sepenuh masa pada suami dan empat anaknya. Demi Allah... saya tak pernah bancuh susu bayi, tak pernah tukar pampers, tak pernah sekali pun hadir ke apa juga majlis di sekolah anak-anak. Semua isteri uruskan. Allah maha adil. Selepas "liar" sebagai wartawan dengan pengembaraan di lebih 25 negara -- sekitar 25 tahun -- kewujudan isteri waktu itu -- hanya sekadar halimunan hidup. Sepanjang kerjaya, saya hanya tahu mengenai persoalan: Betapa saya ini ada. Saya ini bekerja; sayalah itu dan sayalah segalanya. Besar sangatlah saya hingga dia seakan-akan tiada. "KARMA" ITU ADA Tahun 2017 -- saya diserang asma aneh yang teruk. Kes yang sangat tiba-tiba. Saya terlantar di hospital, dan kerap terbaring di rumah. Isteri menjaga saya setiap kali diserang asma yang aneh. Waktu itu, baru saya mula belajar menghargai isteri. Betapa besarnya rahmat Allah - makan disuap, tidur diselimut dan dijaga seperti bayi. Selepas empat atau lima kali sakit -- saya sedar: "Wahai singa di dalam jiwa... apa lagi kesombongmu yang ada?" Saya tiada jawapannya. Cuma sekarang, akan ada beban berat setiap kali meninggalkan rumah; saya menanggung rindu yang luar biasa. Saya hanya mahu cepat pulang; menjadi lelaki remaja yang tak sabar mahu melahirkan segala cinta pada isteri. Walaupun selalunya -- sikap "bengap" saya membuatkan dia hairan: "Apa sudah jadi dengan seekor singa". Dia tak bertanya; tapi saya ada jawapannya: "Singa yang belum kenal rimba selalu percaya kuku dan taringnya akan menakluk hutan. Akhirnya, setelah penat berkuasa -- dia hanya memilih untuk tidur di bawah bayang-bayang sekuntum bunga." Selebihnya "singa" hanya lelaki biasa-biasa. Apa pun -- dialah lelaki yang ketika sibuk mengejar kerjaya -- masih tak lupa mengucapkan cintanya. Cuma dulu -- lelaki itu kurang mengerti: "Harga cinta bukan pada kata-kata." CNP : FB Zrastim
Show all...
KISAH SINGA & SETANGKAI BUNGA ISTERIKU Kalau ada waktu Mahuku hanya satu Aku ingin menyintaimu Lebih dari selalu Dengarlah... Kalau ada debar menderu Degup itu tentunya rindu Tanda aku ingin dekat padamu Bak tangkai kembang di kalbu Doakan datang waktu itu Aku 'kan berlari mengejarmu Seperti selalu -- lunaskan lupaku Berhutang cinta padamu (Seumur hidup hanya sekali saya menulis puisi pada isteri; sekitar tahun 1993 -- disiarkan majalah Wanita). DIA INGAT SAYA MANGSA GEMPA Pada 2005 -- ke pergi ke Ethiopia untuk menyiapkan laporan kebuluran di Afrika akibat kitaran ganas El Nino dan krisis perang saudara. Kebetulan pada masa yang sama, gempa bumi melanda Pakistan. Isteri saya menelefon Norzie Pak Wan Che di Sri Pentas. "Abang Zainal macamana? Pakistan gempa bumikan?" Norzie menjawab tenang: "Abang Zainal Ethiopia, Afrika. Gempa di Pakistan... Asia." Isteri saya lega. Dia panik bukan kerana tidak tahu bezakan Afrika dan Asia. Dia sebenarnya tidak tahu di negara mana saya berada. . DIA INGAT SAYA MANGSA TSUNAMI KEDUA Pada Isnin 28 Mac 2005 -- gempa bumi besar melanda Pulau Nias. Sekitar 3 bulan selepas gempa Aceh pada 26 Disember 2004. Rakan wartawan di Aceh melaporkan secara langsung -- 10 minit selepas gempa -- "saya hilang dari perhubungan". Kebetulan isteri saya menonton "newsbreak" ntv7. Dia panik dan menangis sendirian. Ketika itu saya di Puncak Bandung, Banda Aceh. Rakan wartawan pula melaporkan di lokasi lain. Akibat gempa; komunikasi telefon di lokasi terputus. Jejak saya tidak diketahui. Mendengar laporan "keadaan saya tidak dapat dikesan" -- isteri saya menangis sepanjang malam. CATATAN Isteri saya tidak gemar dikaitkan dengan kerjaya saya. Dia punya kehidupan sendiri -- memanah dan menunggang kuda; atau bersilat dan berenang -- sekarang belajar melibas pedang. Kami kenal tahun 1989 ketika dia di Tingkatan Tiga dan saya berusia 22 tahun; masih kutu berahak di Pasar Seni. Dia datang bertemu saya sambil ponteng tuisyen. Mentua saya tak pernah tahu rahsianya sampai sekarang. Saya membantunya menelaah Bahasa Malaysia; dia terlalu budak buat saya pada waktu itu. Akhirnya, saya tinggalkan dia dan pergi merayau ke merata tempat; lima tahun berpisah. Sepanjang 1989 hingga 1991-- kalau teringat padanya; saya tulis surat ke alamat sekolah. Cari envelop yang ada cop rasmi kerajaan. Terus poskan ke alamat sekolah. Envelop urusan rasmi akan selamat dari semakan guru disiplin. Selama waktu berpisah -- saya merayau ke Kuala Terengganu. Akhirnya, singgah ke USM. Sepanjang empat tahun merambu, cinta dan kasih-sayang bersepah di sana-sini. Akhirnya, saya balik ke KL 1994 -- mula bekerja di Utusan Malaysia. Satu hari bulan Mei -- foto saya tersiar di akhbar. Dia nampak; segera dia telefon ke pejabat mencari saya. Kami jumpa semula. Bagusnya, ketika itu saya lelaki yang sudah letih; nak cuci tangan dan tumpukan kerjaya menjadi wartawan. Dia datang tepat waktunya; ketika saya percaya: "Kahwinilah orang yang menyintai kita." Dua kali "dating" -- pada Julai 1994 -- saya bertanya: "Nak tak kahwin dengan saya?" Dia jawab: "Nak... tapi kena jumpa abah?" Usia saya 27 tahun dan dia baru 20 tahun. HANYA 3 SOALAN Mentua arahkan saya datang ke rumahnya di Seremban. Dia polis Cawangan Khas. Tapi, soal-siasat agak mudah. 1. Bila nak kahwin? Saya jawab -- kalau boleh hujung tahun (Disember 1994). 2. Berapa wang kau ada? Saya jawab -- kalau nak cepat, dan nak kenduri masa terdekat, saya mampu hantaran RM5 ribu saja. 3. Bila keluarga nak datang meminang? Saya jawab -- anggaplah hari ini saya meminang. Saya tak mampu hantar rombongan kerana wang yang ada hanya cukup belanja perkahwinan. Mentua setuju. Saya pun lega: jumlah wang hantaran saya yang tetapkan, tarikh kahwin saya juga yang tentukan. Mentua juga setuju, tak perlu membazir adakan majlis pertunangan.
Show all...
Selamat malam kesayangan. I minta maaf Mummy minta maaf Dari seorang wanita, isteri, ibu yang tidak tahu bagaimana mencintai tanpa syarat malah sering merasakan tidak dicintai oleh sesiapapun. Rasa ditinggalkan & sentiasa mahu meninggalkan. Ampunkan aku ya Allah Dengarkan aku ya Allah Izinkan aku merasakan perasaan cinta sebenar yang ada dalam diriku. Aku seorang ibu Izinkan aku ikhlas mencintai anak2ku Aku seorang isteri Izinkan aku benar2 mencintai suamiku Aku seorang anak Izinkan aku menunjukkan cintaku tanpa syarat pada kedua ibubapaku. Moga semuanya baik-baik shj. Amin yrb 🤲🏻
Show all...
The power of imagination & mind calibration. Dulu saya tak pernah terfikir untuk berjaya create passive income 4angka sebulan. Saya rasa nak buat 1st million clientele portfolio itu sangat2 mustahil! Tapi sejak 2018 saya membetulkan emosi, cara fikir, circle & lately mula membuat terapi keberlimpahan... Alhamdulillah setiap bulan 4angka income passive & saya menuju ke angka 5million clientele investment assets value. Jom make it happen https://shorturl.at/hLMT2
Show all...
Admin nak ajak sesiapa yg nak join seminar luka batin, hanya 100,000 rupiah yuran komitmen. Pm admin
Show all...
Hidup kita adalah hasil daripada Amalan otak dan hati kita. Apa yang otak dan hati, amalkan setiap pagi dan malam. Itu la reality kehidupan kita hari ini. Kalau tiap-tiap pagi dan malam asyik meratip duit takda.. duit takda.. Memang duit akan sentiasa " takda dengan kita" ================= 👉 Bila dia mula ubah amalan rezeki sentiasa melimpah. Rezeki dia datang melimpah-limpah. 👉 Nak ubah amalan duit selalu takda menjadi selalu ada? Audio Rezeki Melimpah boleh membantu mengubah amalan rezeki anda dengan cepat dan mudah. Insyallah . Nak Rezeki datang Melimpah ?? Silakan klik utk info lanjut https://shorturl.at/qACK8
Show all...
PROGRAMMING REALITY - MAKE IT HAPPEN