cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Show more
Advertising posts
20 726
Subscribers
+724 hours
+97 days
-930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Menelusuri Hidup Masing-masing punya kehidupan tersendiri. Garis masa hidup yang pastinya berbeza mengikut individu. Ada yang direzekikan untuk belajar, maka dia belajar sungguh-sungguh menimba ilmu agar dapat dimanfaatkan dan lebih dekat mengenali Pencipta. Ada pula yang diberi peluang bekerjaya, maka harta yang diperoleh disyukuri dengan menunaikan tanggungjawab dan amanah penyucian harta dengan nafkah, infak dan lain-lain. Juga demi mencari redha Pencipta. Ada yang masih bujang, ada pula yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada yang diuji dengan pelbagai ujian kesusahan, ada pula diuji dengan ujian kesenangan. Semua itu berjalan pada garis masa kita, seorang insan. Bersyukur lah setiap waktu dan bersabar lah saban waktu. Tuhan Yang Maha Kasih pasti akan memberimu saat waktu yang paling tepat. Engkau hanya perlu USAHA, DOA dan TAWAKAL. Semoga hidayahNya selalu memandu hati dan minda kita. فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا https://t.me/kapsul_tazkirah
Show all...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

18
Doa senja Jumaat yang mustajab. Berdoa dan berhajat yang baik, semoga Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar akan memakbulkan 🤲🏻
Show all...
👍 13 4
Islam Agama Rahmah Islam agama yang mempromosi kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan persis maksudnya yang berasal daripada perkataan Salam yang membawa maksud sejahtera. Agama ini tidak sesekali membenarkan kezaliman berlaku di atas muka bumi apatah lagi yang merosakkkan dan menghancurkan keamanan makhluk sejagat. Islam bukan hanya menitik beratkan hubungan makhluk dengan Tuhan akan tetapi hubungan sesama makhluk wajib dipelihara biarpun wujud perbezaan agama, warna kulit, bangsa dan kaum. Nilai keamanan dan keharmonian perlu dipelihara agar manusia dan seluruh makhluk dapat hidup dan menikmati setiap kebaikan yang diciptakan Allah SWT. Larangan mencaci, menghina, memandang rendah, menuduh, memanggil dengan gelaran buruk diceritakan terperinci dalam surah al-Hujurāt membuktikan Islam amat menentang segala bentuk permusuhan sesama makhluk. Firman Allah SWT; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Dengan memelihara tingkah laku, percakapan dan tulisan kita, kesemua ini membantu kepada baiknya hubungan sesama manusia seterusnya menjauhkan daripada berlakunya peristiwa-peristiwa berdarah yang bakal meruntuhkan keharmonian sesama manusia. Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia dan seluruh isinya daripada ancaman musuh dan perancangan jahat makhluk yang berniat jahat. Mari bersama kita hidupkan semula nilai-nilai murni yang menyuburkan semangat perpaduan berbilang kaum menurut acuan Islam tercinta. https://t.me/kapsul_tazkirah
Show all...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

11👍 6
Terima Kasih Cikgu C I K G U C: Cantik budi pekertinya. I: Inovatif praktisnya. K: Kreatif mindanya. G: Garang semangatnya. U: Unggul ilmunya. Kenali Cikgu….. Garang orangnya, itulah Cikgu Disiplin. Penyayang orangnya, itulah Cikgu Prasekolah. Sabar orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Khas. Sentiasa ‘cool’ dan tak pernah marah, itulah Cikgu Kaunseling. Petah berucap, itulah Cikgu Besar. Pelik orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Seni. Gelap orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Jasmani. Warak orangnya, itulah Cikgu Agama. Sopan orangnya, itulah Cikgu Pendidikan Sivik. Berbahasa orangnya, itulah Cikgu Bahasa Malaysia. Berseni bahasanya, itulah Cikgu Sastera. Walau siapa pun seorang Cikgu itu, dia TETAP BERJASA. C I K G U. Bila murid duduk, Cikgu berdiri. Bila murid diseligi, Cikgu pulak kena gari. Murid datang naik BMW 7 siri, Cikgu datang naik Myvi. Murid bila dewasa jadi Somebody, Cikgu pula tetap begini. Namun begitu, di dunia Cikgu berbakti. Semoga di akhirat, syurga tempat Cikgu kekal abadi. Jazakallahu khairan atas jasa Cikgu yang mendidik. Semoga Allah membalas jasa baik Cikgu semua. SELAMAT HARI GURU Guru adalah mualim Guru berkesan adalah seorang Mudaris Guru berjaya adalah seorang Muaddib Guru sebenar adalah Murabbi Guru cemerlang adalah Mursyid Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani https://t.me/kapsul_tazkirah
Show all...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

42👍 14
Photo unavailableShow in Telegram
40🔥 5
Dunia Hanya Persinggahan Terkadang kita terlebih mengejar Dunia sehingga kita terlupa tempat kita yang kekal nanti. Tidak salah menjadi kaya, cuma perlu bersyukur dan tidak leka. Tidak salah menjadi orang ternama, namun jangan sampai sombong dan angkuh. Tidak salah memegang jawatan, usah menzalimi dan berlaku salah. Berhenti sejenak dan berfikir. Apakah selama ini aku hidup untuk apa, siapa dan ke mana setelah beroleh segalanya?! Moga akhirat kita siapkan bekalnya di dunia lagi agar tidak menyesal di kemudian hari. Dunia ladang menyemai dan menanam untuk kita kutip hasilnya yang lumayan di akhirat sana. https://t.me/kapsul_tazkirah
Show all...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

62
Tiada kata yang boleh diucap menggambarkan betapa besar pengorbanan seorang ibu kerana itu firmanNya banyak menceritakan perihal pengorbanan sang ibu begitu juga hadis Rasulullah SAW. Syurga Firdaus buat ibu-ibu khas untuk ummi tercinta ❤️
Show all...
61👍 19
00:11
Video unavailableShow in Telegram
في تجاهل للمجتمع الدولي.. الدبابات النازية الإسرائيلية تقتحم الآن معبر رفح الذي يربط غزة بمصر، ويواصل جنود الاحتلال الإسرائيلي النازحون ارتكاب المجازر ضد الفلسطينيين العزل. In disregard to the international community... Israeli Nazi tanks are now storming the Rafah crossing, which connects Gaza with Egypt, and displaced Israeli occupation soldiers continue to commit massacres against defenseless Palestinians.
Show all...
😭 17👍 6👎 4🤮 2
ماذا حدث؟ أعلن الوسطاء كل من مصر والأردن والولايات المتحدة الأمريكية وقطر بان حركة المقاومة الاسلامية حماس وافقت على وقف إطلاق النار ردا على الشروط الجديدة للاتفاق. وبعد دقائق قليلة من الإعلان خرق الاحتلال النازي الإسرائيلي الاتفاق متجاهلاً كافة التحذيرات الدولية. و شن الاحتلال النازي الإسرائيلي عملية غادرة وقام بمهاجمة مدينة رفح على الحدود المصرية جنوب قطاع غزة، وارتكب عشرات المجازر، أدت إلى استشهاد وإصابة العشرات من الفلسطينيين المهجرين العزل. يذكر بأن رفح تاوي أكثر من مليوني نازح في الخيام . What happened? The mediators Egypt, Jordan, the United States of America and Qatar announced that the Islamic Resistance Movement Hamas had agreed to a ceasefire in response to the new terms of the agreement. A few minutes after the announcement, the Nazi-Israeli occupation violated the agreement, ignoring all international warnings. The Israeli Nazi occupation launched a treacherous operation and attacked the city of Rafah on the Egyptian border south of the Gaza Strip, and committed dozens of massacres, which led to the death and injury of dozens of defenseless displaced Palestinians. It is noteworthy that Rafah hosts more than two million displaced people in tents.
Show all...
😭 14👍 5😢 5👎 1 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tipu yang Dibenarkan
Show all...
49👍 7