JAD CHANNEL
Open in Telegram
Follow my ig instagram.com/aaizatnizam for more motivation Bantu saya capai 10k, thanks guys korang mmg awesome 😊
Show more9 377
Subscribers
No data24 hours
-117 days
-10030 days
Posts Archive
9 377
Kredit: Azri Walter
Orang yang nak duit banyak belum tentu gila dunia.
Bab urusan niat dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
Tapi satu benda yang pasti.
Orang yang suka duit selalunya bukan nak menunjuk.
Mereka cuma nak lebih banyak pilihan dalam hidup.
Dalam sistem ekonomi dunia hari ini,
duit adalah akses kepada pilihan.
Tak percaya?
Cuba fikir sekejap.
Lokasi kau duduk sekarang
memang kau pilih atau kau terpaksa?
Rumah yang kau duduk, memang kau nak atau itu saja yang kau mampu?
Kenderaan yang kau guna,
pilihan atau sekadar cukup untuk bergerak?
Masa 24 jam yang kau ada setiap hari, berapa jam yang memang kau bebas dan berapa jam yang kau terikat?
Jumlah sedekah yang kau bagi,
itu yang kau nak bagi, atau itu saja yang kau mampu?
Makanan, ilmu dan cara hidup
semuanya bergantung kepada pilihan.
Suka atau tidak, itulah sistem dunia.
Lagi banyak duit seseorang ada,
lagi luas pilihan hidupnya.
Lagi sempit duit seseorang,
lagi sempit ruang hidupnya.
Dan yang menariknya tentang duit…
Kalau digunakan dengan betul,
dia boleh jadi jambatan ke syurga.
Kalau digunakan dengan salah,
dia boleh jadi jambatan ke neraka.
Tepuk dada, tanya selera.
Setiap pilihan hidup ada kesan.
Duit banyak ada ujian.
Duit sedikit pun ada ujian.
Tapi kalau kau dah cuba macam-macam cara nak tambah pendapatan dan hidup masih terikat.
Mungkin bukan sebab kau malas.
Mungkin sebab kau belum faham sistem.
Kalau kau serius nak faham,
taip WALTERIAN di ruangan komen bawah. Selepas komen tengok inbox.
Saya akan guide secara percuma
supaya kau nampak di mana sebenarnya kau perlu ubah.
9 377
Repost from Jentik Hati
Betul sangat, kalau kita start pagi dengan dhuha, zikir, baca Al-Quran.. InsyaAllah hari tersebut akan tenang, rasa panjang dan banyak benda kita boleh buat dan uruskan dengan lancar.
Kredit 📸 : abdullah_zubair10
9 377
Kebahagiaan diraih dengan tiga perkara:
1. Bersabar ketika diuji,
2. Bersyukur ketika mendapat rezeki,
3. Bertaubat ketika berbuat dosa.
— Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah
Follow X @aldi_rejaldi97
9 377
Dunia sains dikejutkan oleh laporan terbaru yang menyebutkan bahwa nama fisikawan legendaris, Stephen Hawking, tercantum setidaknya 232 kali dalam dokumen investigasi "Epstein Files". Temuan ini memicu diskusi hangat mengenai sejauh mana keterkaitan sang ilmuwan dengan jaringan m1l14rd3r kriminil Jeffrey Epstein di masa lalu.
Meskipun penyebutan nama tersebut tidak secara otomatis membuktikan adanya keterlibatan dalam tindakan ilegal, frekuensi kemunculannya yang cukup sering menarik perhatian para pengamat hukum. Banyak pihak menduga bahwa Hawking mungkin hanya bagian dari tamu undangan dalam diskusi-diskusi ilmiah yang sering diselenggarakan oleh Epstein untuk menarik simpati kaum intelektual.
Namun, rilis dokumen ini tetap memaksa publik untuk melihat sisi lain dari interaksi sosial para tokoh dunia yang selama ini dianggap jauh dari skandal moral. Investigasi lebih lanjut kini sedang dilakukan untuk memastikan apakah ada bentuk dukungan atau pengaruh tertentu yang diberikan dalam jaringan komunikasi tersebut.
Kehadiran nama sebesar Hawking dalam berkas sensitif ini menjadi bukti betapa luasnya jaringan yang dibangun oleh Epstein untuk memperkuat pengaruhnya di berbagai sektor penting. Kasus ini menjadi pengingat bahwa kejeniusan di satu bidang tidak selalu membuat seseorang terbebas dari pusaran kontroversi yang melibatkan tokoh-tokoh bermasalah.
9 377
Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Huzaifah Samir al-Kahlout, hari ini telah disahkan syahid dalam serangan rejim Zionis Israel.
Briged al-Qassam memaklumkan Abu Ubaidah telah terkorban dalam serangan Israel pada Ogos 2025.
Katanya, selain Abu Ubaidah, empat lagi anggota Briged al-Qassam turut syahid antaranya Komander Briged al-Qassam Wilayah Rafah Muhammad Shabana, Panglima Tertinggi Briged al-Qassam Muhammad Sinwar, Timbalan Panglima Tertinggi Briged al-Qassam Raeed Saad dan Pegawai Medan Briged al-Qassam Abu Omar Al Syrian.
Sebagai tanda penghormatan, Briged al-Qassam memutuskan untuk mengekalkan gelaran "Abu Ubaidah" kepada mana-mana jurucakap yang akan menggantikan tempat Huzaifah selepas ini. — AlHijrah Online
9 377
Sedih bila baca komen dalam video lelaki ini dikasari tempoh hari.
Ramai yang menyebelahi pemukul konon katanya kena tahu cerita dari kedua-dua pihak dulu.
Tapi hakikatnya mudah. Menendang dan menyiram air pada seseorang itu tetap salah. Tak boleh dimaafkan. Tak kira apa pun alasan yang ada.
Sekarang dah terbongkar siapa sebenarnya mangsa tu. Saya susun balik ceritanya supaya kita semua faham apa yang dia lalui.
Namanya Safiudeen Pakkeer Mohamed, 39 tahun. Dia dari Tamil Nadu, India. Datang Malaysia tahun lepas bukan sebagai gelandangan, tapi sebagai tukang masak dengan satu harapan mudah, iaitu kerja dan hantar duit kepada isteri dan dua anak lelaki di kampung.
Mac tahun lepas, dia mula kerja di salah sebuah restoran yang terletak di Sri Gombak, Kuala Lumpur. Untuk dapat kerja tu, dia bayar sendiri sebanyak RM3,500 untuk permit kerja dan RM1,200 untuk caj kesihatan.
Jumlah tu besar untuk orang macam dia. Tapi dia bayar sebab dia nak kerja dengan betul.
Lepas dia mula kerja, gajinya ditahan. Kadang-kadang berbulan-bulan tak dibayar.
Majikan kata nak perbaharui permit, jadi gaji dipotong jadi RM1,800. Tapi tiada bukti permit tu betul-betul diperbaharui.
Bila dia nak berhenti kerja, dia dihalang. Akhirnya 6 bulan lepas, dia pilih untuk tak datang kerja lagi. Bukan sebab degil, tapi sebab dia faham iaitu kerja tanpa dibayar bukan kerja namanya. Itu penahanan hak secara paksa.
Pasportnya ditahan oleh majikan. Gajinya tak dibayar. Kemudian dia diminta bayar RM3,000 untuk tiket balik ke India, sedangkan syarat untuk balik pun disekat oleh orang yang tahan pasportnya.
Berbulan-bulan dia hidup bergantung pada makanan yang diberi pekerja restoran lain sekitar Taman Maluri. Tidur beberapa malam di luar cawangan AmBank.
Sebab itulah dia dikasari dan disembur air. Masa dia tengah tidur, bukan masa dia serang orang.
Video tu jadi bukti. Bukan aib dia seorang. Tapi aib sistem yang kita selalu kata "pekerja asing dilindungi dengan baik" di negara kita.
Dalam keadaan paling teruk tu, muncul seorang yang sanggup bertindak, iaitu Tony Lian, atau Uncle Tony. Dia yang kendalikan penempatan untuk gelandangan. Dia bawa Safiudeen berlindung, dan sekarang sedang cuba untuk membantu dengan beberapa cara.
Dia cuba dapatkan balik pasport Safiudeen daripada majikan. Dia kumpul duit untuk selesaikan hutang Safiudeen. Dia juga cuba bantu Safiudeen balik ke India dengan cara yang bermaruah.
Saya harap pihak Kementerian Dalam Negeri juga turut sama bantu Safiudeen mendapatkan semula hak dia. Bukan sekadar passport, tapi gaji yang tertunggak juga.
Supaya dia dapat balik ke sana bersama hasil titik peluh dia di sini.
Sumber/Kredit - Afiq Noordin
