cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Bahan PDP PAI SEKOLAH MENENGAH BY USTAZAH JIE

BAHAN2 PDP, PDPR PENDIDIKAN ISLAM SEK MEN. JIKA ADA YANG NAK BERKONGSI BAHAN BOLEH DM ustazah jie

Show more
Malaysia10 491The language is not specifiedEducation16 752
Advertising posts
9 333
Subscribers
+924 hours
+597 days
+12530 days
Posting time distributions

Data loading in progress...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Publication analysis
PostsViews
Shares
Views dynamics
01
Media files
5 607437Loading...
02
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera Salam Malaysia Madani KEPUTUSAN SPM 2023 Semalam 27 Mei 2024, KPM telah memaklumkan keputusan SPM 2023. Rezeki Allah, kali ini SAS berjaya melakar kejayaan sebagai SBP nombor satu di Malaysia. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Saya mengambil masa yang agak lama membuat coretan ini. Saya tidak mahu sekadar mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Sebaliknya saya berhasrat berkongsi rasa yang lebih mendalam. BERCERITA TENTANG NIKMAT Mencapai kecemerlangan SPM yang signifikan memang satu nikmat yang besar kepada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga SAS. GPS SAS 1.07. 95 daripada 176 murid mendapat semua A. 14 daripada mereka mendapat semua A+. Nombor satu SBP Malaysia. Alhamdulillah. Kejayaan cemerlang ini, tiada salahnya untuk diwara-warakan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam ayat 11 Surah Al-Duha: وأما بنعمة ربك فحدث “Adapun nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya”. Berceritalah. Tapi jangan sampai riak dan lupa lupa diri. BERSYUKUR KEPADA ALLAH Maka, jangan lupa kepada “Pemberi” hakiki kejayaan ini; ALLAH SWT. Oleh itu, kami angkat setulus rasa kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sejuk hati melihat anak-anak Warriors SAS bersujud syukur seusai menerima khabar SAS nombor satu SBP daripada YBhg Pengarah BPSBP KPM. Insya-Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat jika kita benar-benar bersyukur. لئن شكرتم لأزيدنكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya! Jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” Teruskan bersyukur. Teruskan menyebut alhamdulillah. Teruskan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan, kerana inilah hakikat syukur sebenar. Kita bersyukur kerana kita hamba. Hamba yang sedar dia tidak punya apa-apa, kecuali apa yang tuannya berikan kepadanya. Hamba yang gembira dan berterima kasih apabila menerima kebaikan. Dalam masa yang sama sangat takut dan gentar dengan kemarahan tuannya. Kejayaan ini tidak lain dan tidak bukan, adalah anugerah Allah kepada kita. Tanpa restu daripada-Nya, walau apapun usaha kita, pasti takkan berbekas. Ini cerita akidah, bukan cerita kasab manusia. Kasab hanyalah wasilah. ASBAB-MUSABBAB-MUSABBIB Kita selalu menggunakan istilah sebab musabab. Tapi kita tidak mengetahui asal mausul dua kalimah berkenaan. Mari saya terangkan, menggunakan kejayaan SPM SAS sebagai contoh. Sebab (lebih tepat sabab) adalah ulangkaji, murid belajar, cikgu mengajar. Musabab pula adalah penghasilan kepada sebab. Maka kejayaan itu adalah musabab (lebih tepat musabbab). Tapi perasan atau tidak, ada lagi satu istilah yang tidak masyhur disebut; iaitu Musabbib. Musabbib itu Allah, yang menyebabkan sabab membekas, membawa kepada berlakunya musabbab. Maka, bersyukur tandanya kita mengakui peranan Musabbib dalam kejayaan kita. Yang tanpa restu-Nya, tiadalah musabbab walaupun semua sabab (jika jamak atau kata ganda disebut asbab) itu hadir. BERTERIMA KASIH KEPADA MANUSIA لا يشكر الله من لا يشكر الناس “Tidak dikira besyukur kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia” Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Bukhari jelas menerangkan maknanya. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Sumbangan tidak terhad kepada wang ringgit. Tenaga, ilmu, masa, nasihat, air mata, usaha, makan minum, teguran, rotan, pengajaran, pembelajaran, kebersihan, tanda tangan, dll; semuanya adalah sumbangan. Maka saya berterima kasih kepada anak-anak warriors sendiri, guru-guru, ibu bapa, adik beradik, staf, pekerja kontrak dewan makan, kebersihan dan keselamatan, PIBG, Alumni ASAS, pihak BPSBP dan JPWPPJ, serta semua pemegang taruh yang menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung.
3 55828Loading...
03
Guru-guru pula tidak terhad kepada guru tingkatan lima sahaja, malah guru-guru tingkatan 1,2,3 dan 4 juga. Guru sekolah rendah juga termasuk. Kejayaan anak-anak warriors adalah kejayaan anda bersama. Tahniah dan terima kasih sekali lagi. Semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik untuk kalian semua, dunia dan akhirat. NIKMAT KEJAYAAN ADALAH UJIAN قال هذا من فضل ربي ليبلوني ءأشكر أم أكفر (النمل :٤٠) “Dia berkata, “Ini adalah dari limpah kurniaan Tuhanku, untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur atau kufur (dengan nikmat yang diberikan)” (Al-Naml:40) Dalam pada saya gembira dengan kejayaan cemerlang anak-anak Warriors, ayat Al-Quran di atas terlintas di benak fikir saya. Sejujurnya, ayat ini menjadikan saya agak “reserved” dalam meraikan apa-apa saja kejayaan atau nikmat yang saya terima. Dalam hal SPM kali ini, saya cukup sedar, kejayaan ini adalah ujian untuk saya dan warga SAS; adakah kami akan menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan menghargai nikmat, atau kami lalai dan lali sehingga lupa untuk berterima kasih kepada Allah, Sang Pemberi nikmat, Sang Musabbib. Mungkin apabila ada orang bertanya, “Apakah rahsia kejayaan SAS?” Kitapun teruja dan mulalah mereka-reka jawapan, bahawa kita telah buat itu dan ini. Memang kita perlu berusaha, kerana usaha itu adalah sunnatullah. Namun, jangan sampai kita terlupa faktor utama kejayaan kita adalah RESTU Allah ‘azza wa jalla. KISAH DUA ORANG PEMILIK KEBUN Dalam Surah Al-Kahfi ayat 32 hingga 44, Allah SWT menceritakan dengan panjang lebar kisah mengenai dua orang pemilik kebun. Salah seorang daripada mereka diberikan rezeki buah-buahan dan hasil tanaman yang lebih banyak berbanding dengan sahabatnya. Hal ini menjadikan dia takbur dan bongkak terhadap Allah SWT. Walaupun sahabatnya cuba memberikan nasihat, tapi tidak diendahkannya. Dia hanya tersedar keterlanjurannya apabila Allah menarik balik semua nikmat berkenaan daripadanya. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Hal ini yang menakutkan saya sebenarnya. Saya sangat risau jika ucapan alhamdulillah saya belum memadai untuk mencapai tahap syukur yang sepatutnya. Lebih saya risaukan jika saya terpedaya dengan diri sendiri, lalu menganggap kejayaan SPM ini adalah hasil kerja keras semata-mata, sedangkan hakikatnya kejayaan ini daripada Allah jua. KISAH QARUN Kisah Qarun di dalam Al-Quran juga berkisar kepada isu yang hampir sama. Qarun berkata, “sesungguhnya semua kekayaan ini adalah hasil pengetahuanku.” Akhirnya Allah menenggelamkan Qarun dan harta bendanya. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kejayaan SAS sebagai SBP nombor satu di Malaysia dalam SPM 2023 adalah nikmat besar dari Allah yang perlu disyukuri dengan penuh kesedaran. Saya ingin menekankan pentingnya kita sesri dan akui “peranan” Allah dalam setiap kejayaan. Kita juga perlu mengiktiraf usaha kolektif murid, guru, dan seluruh warga sekolah. Kejayaan ini juga adalah ujian untuk melihat sama ada kita bersyukur atau kufur dengan nikmat yang diberikan. Ambillah pengajaran dari kisah dalam Al-Quran yang mengingatkan kita tentang bahaya kesombongan dan pentingnya kerendahan hati. Usaha manusia adalah "sabab", tetapi hanya dengan izin Allah, usaha tersebut membawa hasil, mengingatkan kita untuk selalu bersyukur dan tidak terpedaya dengan nikmat yang diterima. Tahniah Warriors 1923. Nor Azam bin Abdullah Pengetua SAS 12.24 pagi 29/5/24 Kuala Lumpur
4 36430Loading...
04
📝 KELEBIHAN TINGKATAN 6 Sesetengah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering beranggapan Tingkatan Enam atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah pilihan terakhir mereka dalam meneruskan pembelajaran. Ia kerana, Tingkatan Enam dianggap ‘tidak gah’ dan ‘tidak popular’ berbanding melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Tidak wajar sebenarnya membandingkan pembelajaran Tingkatan Enam dengan pusat pengajian tinggi yang lain. Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Hayati Ismail sendiri mengakui yang orang ramai khususnya pelajar tidak seharusnya memandang rendah Tingkatan Enam kerana ia masih memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri. “Pelajar Tingkatan Enam beruntung kerana mereka masih berpeluang menimba ilmu. Apatah lagi, peperiksaan STPM yang bakal diduduki diiktiraf setaraf dengan A-Level dan diterima sebagai kelayakan masuk bagi program ijazah sarjana muda di universiti tempatan dan antarabangsa. “Selain itu, kos pengajian lebih rendah bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan tentunya perkara cukup menggembirakan. Jadi, bersyukurlah kepada yang terpilih ke Tingkatan Enam. Sekurang-kurangnya ini adalah peringkat untuk pelajar menjadi lebih matang sebelum menempuh dunia luar,” ujarnya. 💡SUMBER: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/12-kelebihan-tingkatan-enam Kredit: Malaysia Mendidik FB 🔵 TELEGRAM INFO SPLKPM https://t.me/SPLKPM2021 🎚️ CHANNEL WS INFO SPLKPM https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L
2 85442Loading...
05
Media files
6 324100Loading...
06
Media files
5 42737Loading...
07
Media files
6 52213Loading...
08
Selamat hari guru untuk semua asatizah... 💐💐💐
6 6239Loading...
PP PPT T1-3 2023 (PDF).zip6.55 KB
PP PPT T1-T3 2023 (DOC).zip1.70 KB
SOALAN PPT T1-3 2023 (DOC).zip3.58 KB
SOALAN PPT T1-3 2023 (PDF).zip9.88 KB
👍 6 2

Show all...
👍 11😱 1

21👍 16👏 2
📝 KELEBIHAN TINGKATAN 6 Sesetengah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering beranggapan Tingkatan Enam atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah pilihan terakhir mereka dalam meneruskan pembelajaran. Ia kerana, Tingkatan Enam dianggap ‘tidak gah’ dan ‘tidak popular’ berbanding melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Tidak wajar sebenarnya membandingkan pembelajaran Tingkatan Enam dengan pusat pengajian tinggi yang lain. Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Hayati Ismail sendiri mengakui yang orang ramai khususnya pelajar tidak seharusnya memandang rendah Tingkatan Enam kerana ia masih memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri. “Pelajar Tingkatan Enam beruntung kerana mereka masih berpeluang menimba ilmu. Apatah lagi, peperiksaan STPM yang bakal diduduki diiktiraf setaraf dengan A-Level dan diterima sebagai kelayakan masuk bagi program ijazah sarjana muda di universiti tempatan dan antarabangsa. “Selain itu, kos pengajian lebih rendah bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan tentunya perkara cukup menggembirakan. Jadi, bersyukurlah kepada yang terpilih ke Tingkatan Enam. Sekurang-kurangnya ini adalah peringkat untuk pelajar menjadi lebih matang sebelum menempuh dunia luar,” ujarnya. 💡SUMBER: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/12-kelebihan-tingkatan-enam Kredit: Malaysia Mendidik FB 🔵 TELEGRAM INFO SPLKPM https://t.me/SPLKPM2021 🎚️ CHANNEL WS INFO SPLKPM https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L
Show all...
👍 5 1
Photo unavailableShow in Telegram
35👍 14👎 1🔥 1
01:01
Video unavailableShow in Telegram
3.28 MB
👍 3
00:29
Video unavailableShow in Telegram
Selamat hari guru untuk semua asatizah... 💐💐💐
Show all...
5.77 KB
👍 14🥰 4 3
Go to the archive of posts