en
Feedback
NOTA DIRI

NOTA DIRI

Open in Telegram

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Show more
1 569
Subscribers
-124 hours
+87 days
+5030 days
Posts Archive
Jika kau rasa dunia ini membuatkan kau letih, sedih, pedih dan tersisih... Maka banyakkanlah bersujud... Kerana di sana kau akan temukan ketenangan, kedamaian dan kekuatan... Ketika itu, doamu ketika Sujud itu sampai kepada Allah... Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya. "Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." ( HR Muslim) Sesiapa yang sering berdoa ketika sujud akan mengetahui betapa mustajabnya doa. Ketika sujud jiwa kita begitu hampir kepada Allah, maka perbanyakkan doa semasa sujud. #quotephotovideo 🐝🐝🐝 https://bit.ly/FormulaRezeki_

Nak bayar hutang tapi ..
Nak bayar hutang tapi ..

photo content

Baca zikir selepas solat Subuh 🤍

🤍🤍🤍
🤍🤍🤍

🌹 Salam Jumaat 🌹
🌹 Salam Jumaat 🌹

Penat dengan ujian? Letih dengan kerénah manusia? Rasa 'down' & 'down'? 😔 Muhasabah diri. Dalam hidup, mungkin yang kita kejar adalah manusia, kerana itulah kita diuji dengan manusia. Jadi, jom kita betulkan NIAT. Cuba amalkan ayat ini. Letakkan sepenuh *YAKIN* pada Allah, di samping Usaha yang tak putus². 👇🏻👇🏻 Surah Ghafir ayat 44: (dibaca dengan makna) .{.. وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ} "....dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya". Semoga dipermudahkan الله segala urusan. Dilorongkan الله ke arah pintu² penyelesaian atas setiap ujian. Allahumma Amin. https://bit.ly/FormulaRezeki_

🥰 Mulakan harimu dengan ucapan dan kata-kata yang baik.. kata-kata yang lembut.. kata-kata yang menyejukkan hati.. kerana kata-kata yang baik permulaan untuk sebuah hubungan yang baik. kata-kata yang merupakan sedekah yang tidak memerlukan modal.. walau satu sen.. Jom kita berkata yang baik-baik hari ini..

Setiap hari kita perlu berjuang untuk melawan kemalasan sendiri, melawan perasaan negatif sendiri. Nak atau tidak kita perlu buat setiap hari perkara tersebut sebab tiada orang yang boleh merubah keadaan kita selain diri sendiri. Restart, reset, refocus. 🔥 Assalamualaikum selamat pagi 💓

Rezeki tu Allah yang tentukan. . Buat apa lah risau pasal rezeki orang lain lebih banyak dll. . Kita tak dapat apa kita nak sebab kita malas. . Mereka dapat apa mereka nak sebab mereka rajin. . Tak berhenti usaha. Tak berhenti tambah ilmu. . Kita tengok rezeki orang, kita terbakar. Tak senang duduk. Baguslah. Tapi tang tak bagusnya bila tak buat apa-apa untuk ubah tahap rezeki kita. . Usah cemburukan rezeki orang. Bersyukur dulu dengan apa kita ada. Nanti Allah tambah lagi. . Yes! . Hanya semudah bersyukur dan serahkan pada Allah sahaja hasil usaha kita. . Rezeki itu sebuah #kesabaran. Rezeki itu sebuah #kesyukuran. Rezeki itu sebuah #ketenangan. . Perbanyakkan amal ya. Ianya hanya milik orang yang yakin dengan rezeki Tuhan. . Rahsia yang bukan rahsia pun. Jaga mental blok. Jaga hati. Bantu orang. . Semoga bermanfaat. . Nora Yusof. #Penulis_FTR https://bit.ly/FTRFormulaRezeki_

Bunga itu tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan siapapun, ia hanya akan terus berbunga. Hidup kita, jika dibandingkan dengan kehidupan orang lain, hanya akan membuatkan kita lemah, rasa tidak bersyukur. Kenapa dia lebih, kenapa kita kurang. Kita teruskan kehidupan. Tidak perlu bersaing. Qona'ah. Redha. Syukur. Usaha dan bertawakkal kepada Allah. https://bit.ly/FormulaRezeki_

Nak murah rezeki selalu, sematkan 5 hal ini dalam sanubari kita: 1. Bertawakkal kepada Allah. Percayalah sepenuhnya kepada Allah sebagai Pemberi rezeki yang Maha Kuasa. Berserah diri dan bersandarlah hanya pada-Nya dalam segala urusan hidup. Yakinlah bahawa rezeki kita telah ditentukan pada kita di waktu yang tepat. 2. Memperbanyak Doa dan Istighfar. Berdoalah dengan sungguh-sungguh kepada Allah untuk memohon rezeki yang baik dan berkat. Beristighfarlah selalu dan mintalah ampun pada-Nya atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Doa dan istighfar yang ikhlas pasti akan membuka pintu-pintu rezeki dari Allah. 3. Berusaha dan Bekerja Keras. Hidup hari ini sangat mencabar. Maka kena terus usaha dan berusaha. Jangan pernah selesa dengan apa yang kita ada hari ini. Tetapi jangan pernah kita lupa untuk sentiasa mensyukuri atas nikmat yang dikurniakan buat kita. 4. Bersedekah dan Berinfaq. Perbanyakkan sedekah. Itulah jalan penghapus dosa dan buatkan rezeki kita makin berkembang dan berkembang lagi. Rasulullah SAW bersabda, "Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." 5. Menjaga Akhlak yang Baik. Islam menekankan pentingnya memiliki akhlak yang baik dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Berperilaku baik, jujur, amanah, dan menghormati hak-hak orang lain akan menghidupkan keberkatan dan menjadi asbab rezeki yang tak putus-putus seperti mengalirnya air zam-zam. Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah, Dalam menjalankan semua tip ini, penting untuk kita pasang niat yang ikhlas dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dimiliki. Selalu juga kita berpegang teguh pada ajaran agama dan mengamalkannya dengan baik agar selamat dunia dan akhirat kelak. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Moga kita semua terus menerus dimurahkan rezeki ya.

KEBENARAN MEMANG PAHIT. Kecantikan yang kekal abadi adalah disyurga nanti. Apa yang manusia nak didunia Allah sediakan disyurga sana. Nak muda jelita tak tua. Ahli syurga perempuan sweet 17. Setiap hari bertambah jelita. Umur tak berubah selamanya. Sentiasa dara bak bidadari. Makan sebanyak yang mahu tanpa rasa perlu leceh membuang dan sebagainya. Tidak sakit tapi sihat selamanya. Inilah yang manusia nak setiap hari. Sebab tu di dunia ni bermacam2 dijualnya jamu online lah. Segala jadah petua mak nenek mekap untuk kelihatan cantik muda bergaya jelita dan dara. Makanan bermacam-macam yang jika tidak dikawal mendatangkan penyakit yang pelbagai pula. Sedangkan Allah janjikan itu semua disana. Tapi manusia berhabiskan masa untuk merebutnya didunia ni lagi. Sehingga lalai melupakan amal dan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk mendapatkan keabadian disana bukannya yang sementara disini. Bersiap bermekap berjam-jam. Membazirkan air wuduk dan sebagainya. Berhias untuk siapa dan untuk apa? Tak ubah rupa perempuan jahilliah. Berpada-pada dan bersederhanalah. Bukan berlebihan. Obses FTR itu lebih baik dari obses pada kecantikan yang Allah tak pandang pun. Sebab ilmu bermanfaat itu disebut di dalam alquran sebagai bekal akhirat yang membawa ke syurga. Takut suami lari? Takut suami itu dan ini? Suami yang ikhlas dia akan terima isteri seadanya. Isteri yang tak cantik sebab uruskan anak mengandungkan dan membesarkan anak itu lebih cantik dari 100 bidadari syurga pun. Kerana dia bekorban untuk setia menjaga zuriat yang membawa kesyurga disana nanti inshaaAllah dialah tercantik. Kita tahukan suami jenis apa yang meninggalkan isteri hanya kerana rupa paras? Pikirlah. Suami anak harta semua itu pinjaman yang tak kekal. Yang kekal disana nanti. Fokuslah Ibadat. #AlwaysbacktoAllah. Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kebenaran selalunya pahit. Kita selalu menidakkannya untuk puaskan hati sendiri tanpa ilmu yang betul. Ayuh Bertaubat dan mintalah Husnul Khatimah. Orang yang cinta nasihat itu tandanya cinta agama. 😊 Nora Yusof. #Penulis_FTR

Jangan baca Al-Quran ketika waktu lapang kamu. Tetapi, lapangkanlah waktumu untuk membaca Al-Quran. Jika kita menantikan waktu yang lapang untuk membaca Al-Quran, khuatir tidak ditemui dek kerana sibuknya mencari dunia. Tetapi, jika kita berdisiplin menyediakan waktu yang lapang untuk mendampingi Al-Quran, nescaya kita akan berjaya. Janganlah kita terus beralasan untuk tidak membaca Al-Quran. Kelak kita yang akan menyesal yang tiada kesudahan. #thetazkirahiman 🎈 https://bit.ly/FormulaRezeki_

Apa persiapan kita pulang? Harta akan ditinggalkan. Keluarga akan ditinggalkan. Pekerjaan juga akan ditinggalkan. Hanya amalan yang akan dibawa pulang. Maka perbanyakkan amal kebaikan, kumpul pahala. Banyakkan istighfar, kurangkan dosa. Penyakit yang akan menimpa manusia kata Nabi adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Cerita harta rasa seronok, cerita kematian tiada keinsafan. Hati-hati. Ajaklah orang solat. Ajaklah orang buat baik. Ajaklah orang tinggalkan keburukan. Urusan kita hanya mengajak. Yang berikan hidayah adalah Allah. 1 orang yang baca post kita mula buat baik, pahala yang orang tu dapat akan diberikan juga kepada kita tanpa dikurangi sedikit pun. Kurangkan mencela. Kurangkan mengumpat. Kurangkan mencari salah orang. Hidup kita tidak lama. Esok-esok kita pasti mati. Bersiap sedialah sahabat semua..yg pasti kita semua akan merasai saat kematian itu... Kredit:Penulis asal https://bit.ly/FormulaRezeki_

Penat didunia kerana nak rehat disyurga. Tahan dan sabar sikit ya. Banyak pahala sedang dihitung untuk orang yang sedang sabar dengan ujian dariNYA. . Orang yang boleh masuk syurga ni hanya orang yang punyai hati bersih. . Bersih dari: Rasa marah Rasa benci Rasa tak puas hati Rasa iri Rasa sakit hati Rasa tak senang Rasa jiwa serabut Rasa taknak maafkan orang Rasa bangga diri atau rasa hebat Rasa orang ada salah dengan kita. Rasa bersangka-sangka . Rasa apa sahaja yang buatkan hati kurang tenang. . Kalau kita ada perasaan ni jauh sangat kita dari syurga. . Sebab ahli syurga ni semasa di dunia lagi dah hati mereka sangat bersih. Tidak iri dengki atau bersangka-sangka yang buruk-buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat kasar yang menyakiti hati orang lain sama ada sengaja atau tidak sengaja. . Kisah sahabat nabi yang dijanjikan syurga menjadi panduan hidup agar hati sentiasa jauh dari sifat-sifat yang tidak baik. . Banyakkan bersyukur. Banyakkan amalan. Banyakkan ibadah. Akhlaknya terbaik. . Mampukah kita? . Nora Yusof #PenulisFTR #BersamaKESyurga

Apa itu kecewa? Apabila kita meletakkan harapan pada manusia bukan pada Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat kita bergantung harap. Semakin kita menitipkan hati kita kepada Allah, maka semakin luas hati kita dengan keikhlasan. -meraihredha

#notatazkirah Tatkala kamu merasakan amat down, stress, hingga tak mampu menghadapinya.Masalah datang bertimpa². Kala itu carilah Allah. Mengadulah kepadaNya. Dia Maha Mendengar. Luahkan segalanya. Menangislah.. Merintihlah.. Dia takkan mengecewakan. Disebalik ujian ada hikmahnya. Hanya kamu yang tak nampak.

Jadi kaya itu wajib, Jadi kaya itu mesti. . ISLAM HARUS KUAT EKONOMI. . Yang tak wajib adalah, . Bagitahu orang kekayaan kita. Bagitahu orang jumlah duit kita. Bagitahu orang kehidupan kita. . Zakatlah senyap-senyap. Sedekahlah senyap-senyap. Dermawanlah senyap-senyap. Infaklah senyap-senyap. . Jadilah jutawan dermawan senyap. . Banyak kebaikannya. . Terutama dari segi suma'ah, ujub, riak dan takabur. . Menjaga hati sendiri dan hati orang lain agar kita benar-benar di landasan keikhlasan sebenar. . Berhati-hati jarum syaitan sangat halus. . Lagi satu, adalah sangat tak bagus seseorang menghormati seseorang kerana kekayaannya. . Jadi stoplah budaya nampak kaya raya yang hakikatnya kayap juga berhutang. . Orang kaya sebenarnya adalah mereka takda hutang. Jika masih ada hutang, itu bukan kaya. Itu kedana. Kerana mati belum tentu selamat perjalanan roh kita. . . Jadilah kaya senyap, agar semua peringkat dapat belajar hormat-menghormati bukan sebab siapa kita, pangkat kita atau level kita. Juga tarbiyah terbaik menjadi seorang hamba. . Kaya diam-diam. Memberi pun diam-diam. . Kaya tidak perlu pada pakaian. Kaya tidak perlu pada kemewahan. Kaya tidak perlu pada hutang. . Tapi kaya perlu pada hati. Kaya perlu pada adab. Kaya perlu pada ilmu. Dan kaya perlu pada memberi. . Kayalah untuk agama, bangsa dan negara sehingga langsung dibumi tidak dikenali tapi bergegar dilangit. . Allahuakbar. Nora Yusof #PenulisFTR https://bit.ly/FormulaRezeki_

Saat kamu terasa bosan, Saat kamu terasa sendirian, Saat kamu terasa berseorangan, Carilah Al-Quran. . Selak sehelai demi sehelai, Baca penuh penghayatan, Ketenangan bakal menghilangkan kegundahan. . Bicara cinta dari Allah itu penawar, Buat hati yang kesunyian, Juga kalbu yang merindukan, Ianya sebuah rasa ketenangan. . Al-Quran mukjizat agung Nabi kita, Buat pedoman sepanjang hayat, Ku ingatkan sekali lagi, Al-Quran itu jangan pernah ditinggal sekali. 📌 #notadiri