Syria Kini
Open in Telegram
Saluran ini memaparkan berita-berita terkini dari bumi Syam (Syria, Palestin & Lubnan).
Show more2 760
Subscribers
-124 hours
+87 days
+3630 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '26
+14
in 0 channels
August '26
+80
in 0 channels
Get PRO
July '26
+83
in 0 channels
Get PRO
June '26
+42
in 0 channels
Get PRO
May '26
+193
in 0 channels
Get PRO
April '26
+32
in 0 channels
Get PRO
March '26
+50
in 0 channels
Get PRO
February '26
+238
in 0 channels
Get PRO
January '26
+84
in 1 channels
Get PRO
December '25
+40
in 1 channels
Get PRO
November '25
+37
in 0 channels
Get PRO
October '25
+316
in 0 channels
Get PRO
September '25
+41
in 1 channels
Get PRO
August '25
+33
in 0 channels
Get PRO
July '25
+45
in 0 channels
Get PRO
June '25
+89
in 0 channels
Get PRO
May '25
+76
in 0 channels
Get PRO
April '25
+36
in 0 channels
Get PRO
March '25
+164
in 0 channels
Get PRO
February '25
+43
in 0 channels
Get PRO
January '25
+65
in 0 channels
Get PRO
December '24
+615
in 1 channels
Get PRO
November '24
+71
in 0 channels
Get PRO
October '24
+119
in 0 channels
Get PRO
September '24
+48
in 0 channels
Get PRO
August '24
+45
in 0 channels
Get PRO
July '24
+17
in 0 channels
Get PRO
June '24
+23
in 0 channels
Get PRO
May '24
+23
in 0 channels
Get PRO
April '24
+47
in 0 channels
Get PRO
March '24
+85
in 0 channels
Get PRO
February '24
+55
in 0 channels
Get PRO
January '24
+46
in 0 channels
Get PRO
December '23
+598
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 10 September | 0 | |||
| 09 September | +1 | |||
| 08 September | 0 | |||
| 07 September | 0 | |||
| 06 September | 0 | |||
| 05 September | 0 | |||
| 04 September | +12 | |||
| 03 September | +1 | |||
| 02 September | 0 | |||
| 01 September | 0 |
Channel Posts
Tidak semua yang melalui neraka penjara Sednaya berjaya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Taha, bekas pejuang dari wilayah Quneitra, menghabiskan 5 tahun di penjara terkenal milik rejim Bashar al-Assad, di mana dia melalui penyeksaan yang tidak terbayangkan sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap fizikal dan emosinya.
Kini, 20 bulan selepas kejatuhan Bashar al-Assad, Taha masih merayau di jalanan dalam keadaan hilang arah dan tanpa sokongan. Dia mungkin sudah keluar dari penjara, tetapi kesan Sednaya membuatkan dirinya masih belum benar-benar bebas dan tidak dapat merasai kehidupan seperti dahulu.
t.me/syriakini
| 2 | Stadium Perbandaran Latakia menjadi saksi satu majlis penuh bermakna bagi meraikan 1,000 lelaki dan perempuan yang telah menghafaz Al-Quran.
Majlis yang menghimpunkan masyarakat ini dianjurkan oleh Direktorat Wakaf Agama dengan kerjasama inisiatif 𝘍𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘚𝘢𝘬𝘦 𝘰𝘧 𝘢 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯.
Ia turut dihadiri oleh Mufti Besar Aleppo, Sheikh Ibrahim Shasho; Menteri Wakaf Agama, Mohammed Abu Al-Khair Shukri; Gabenor Latakia, Ahmed Mustafa, serta para pegawai kerajaan dan wakil pertubuhan masyarakat.
❤️ 1,000 hati yang membawa Al-Quran.
☀️ 1,000 cahaya yang bakal menerangi perjalanan generasi akan datang.
Tahniah buat para penghafaz Al-Quran, keluarga, guru-guru serta semua yang telah menyumbang dalam mendidik dan membantu mereka menghafaz Kitab Allah. 🤍📖
t.me/syriakini | 185 |
| 3 | “𝘏𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘺𝘢𝘩, 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘶𝘬𝘶𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘬𝘢𝘱𝘢𝘯.
𝘋𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪… 𝘢𝘬𝘶 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘬𝘦𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘬𝘶. 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘩𝘶𝘭𝘶 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘥𝘪𝘳𝘢𝘮𝘱𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶... 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘯𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶.”
Mahmoud akhirnya bergelar seorang ayah. Apa yang pernah cuba dirampas daripadanya, Allah kembalikan kepadanya dengan cara yang tidak disangka-sangka.
𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧: t.me/syriakini
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶. | 166 |
| 4 | Mahmoud dihantar ke penjara Sednaya ketika masih remaja, baru berusia 15 tahun.
Ketika melalui apa yang dikenali sebagai “sambutan” kejam di penjara itu, Mahmoud diseksa dengan tujuan untuk memastikan dia tidak akan mampu mempunyai keturunan.
Dia ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah. Setelah sedar, dia sekali lagi diseksa.
Mahmoud dibebaskan sebelum kejatuhan rejim Assad. Selama bertahun-tahun, dia tertanya-tanya sama ada dia akan pernah bergelar seorang ayah.
Namun, pada 3 September 2026, Mahmoud berkongsi foto anak lelakinya. Hantaran itu mengundang sebak. | 156 |
| 5 | Syria kini telah dimasukkan ke dalam senarai negara yang tersedia di platform Starlink, membuka jalan untuk perkhidmatan internet satelit itu dilancarkan secara rasmi di Syria.
Namun, perkhidmatan tersebut masih menunggu beberapa urusan diselesaikan, termasuk pengaktifan langganan dan penyediaan kaedah pembayaran yang diperlukan.
Starlink, perkhidmatan internet satelit milik SpaceX, kini menyediakan perkhidmatan di kira-kira 160 negara dan wilayah, dengan kelajuan internet yang boleh melebihi 400 Mbps.
Jika dilancarkan sepenuhnya, Starlink berpotensi membantu rakyat Syria mendapatkan akses internet yang lebih pantas, termasuk di kawasan yang mempunyai capaian internet terhad.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 170 |
| 6 | Pada 5 September 2026, seorang wanita maut selepas bumbung rumahnya yang retak runtuh akibat kerosakan daripada serangan bekas rejim di kampung Al-Qahira, kawasan Al-Ghab, pinggiran Hama, Syria.
Perang mungkin telah berakhir, tetapi kesannya belum.
Rumah yang retak, sekolah yang rosak dan masjid yang musnah masih menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Syria. Selagi kerosakan ini tidak dibaiki, keselamatan mereka terus terancam.
Sebab itu usaha baik pulih masjid dan sekolah perlu diteruskan. Bukan sekadar membaiki bangunan, tetapi memastikan ruang untuk beribadah dan menuntut ilmu kembali selamat digunakan.
Ayuh, bantu bina semula Syria.
🤲 Sumbang untuk Wakaf Baik Pulih Masjid & Sekolah melalui Syria Care.
𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 & 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡:-
➡️ Maybank Islamic - 5505 1424 0503
Rujukan: Wakaf BP
🔗 https://syriacare.org.my/restoreaid
t.me/syriakini | 195 |
| 7 | Syria kini memulakan proses pemusnahan senjata kimia peninggalan rejim Bashar al-Assad, di bawah pengawasan Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW).
Antara yang dilupuskan ialah bom udara yang direka dengan dua ruang bagi mencampurkan agen kimia sebelum disebarkan sebagai sarin.
Senjata-senjata tersebut sepatutnya telah dimusnahkan lebih sedekad lalu selepas Syria mengisytiharkan program senjata kimianya kepada masyarakat antarabangsa.
Namun, rejim Assad didakwa menyembunyikan sebahagian stok senjata kimia dan terus menggunakannya dalam serangan, termasuk sehingga serangan di Lataminah pada 2017.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita membantu Syria, niatkan juga agar Allah mempercepatkan pembebasan Al-Aqsa.
Bangunkan Syria, Demi Aqsa.
Bersama Syria Care, Kita Bantu.
t.me/syriakini | 279 |
| 8 | Detik-detik perpisahan terakhir antara Abu Abdo dan isterinya dirakam sebelum wanita itu menjalani pembedahan. Itulah kali terakhir mereka bersama.
Abu Abdo meninggal dunia ketika sedang membaiki dinding rumahnya apabila dinding tersebut tiba-tiba runtuh dan menghempapnya.
Syria mungkin sudah bebas, tetapi kehidupan rakyatnya masih penuh dengan cabaran. Mereka masih berusaha membina semula rumah, kehidupan dan masa depan yang telah lama musnah akibat perang.
Namun, bagi lelaki ini, harapan untuk membina semula kehidupan bersama keluarganya akhirnya turut terkubur bersama runtuhan rumahnya.
Kebebasan adalah permulaan. Membina semula kehidupan adalah perjuangan yang masih panjang.
t.me/syriakini | 327 |
| 9 | Lama Awad, salah seorang pengunjung Pameran Antarabangsa Damsyik, berasa sayu apabila terlihat nama abangnya, “Anas Awad”, tertulis pada pintu sebuah sel penjara yang pernah digunakan oleh rejim Assad dan dipamerkan di pameran tersebut.
Dia kemudian bertanya sama ada dia boleh menyimpan pintu itu.
Pameran yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 4 September 2026 ini menjadi tumpuan kerana merupakan pameran pertama yang diadakan sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad. Ia turut menandakan fasa baharu dalam usaha membina semula ekonomi serta membuka kembali hubungan Syria dengan pasaran global.
Namun, di sebalik kemeriahan pameran dan harapan untuk masa depan Syria, kisah Lama mengingatkan kita bahawa luka akibat bertahun-tahun konflik masih belum sembuh.
t.me/syriakini | 293 |
| 10 | Sebuah kereta yang membawa muatan peluru meletup di pintu masuk barat bandar Binnish, di pinggiran bandar Idlib, Syria. Punca kejadian serta maklumat lanjut mengenai tahap kerosakan dan kemungkinan kecederaan masih belum diketahui.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 253 |
| 11 | Sambutan meriah memenuhi beberapa kawasan di Hasakah, Syria, selepas keluarga pertama yang telah kehilangan tempat tinggal selama 10 hingga 14 tahun mula kembali ke kediaman mereka.
Kepulangan mereka disambut penuh kegembiraan oleh penduduk setempat. Namun, di sebalik sambutan itu, perjalanan yang jauh lebih panjang sedang menanti.
Bagi mereka yang pulang, kehidupan perlu dibina semula dari awal. Rumah, sekolah, kemudahan asas dan infrastruktur yang rosak perlu dipulihkan. Negara yang melalui bertahun-tahun konflik tidak dapat dibina semula dalam sekelip mata.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 194 |
| 12 | Syria dan Libya bersetuju untuk membuka semula Kedutaan Syria di Tripoli, ibu negara Libya yang telah ditutup selama 14 tahun. Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Menteri Luar Syria, Asaad Hassan al-Shaibani, dengan Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah.
Kedua-dua negara turut bersetuju mengaktifkan semula jawatankuasa kerjasama bagi menyelaras hubungan dua hala. Langkah ini dilihat sebagai permulaan baharu dalam mengeratkan semula hubungan diplomatik antara Syria dan Libya.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 235 |
| 13 | Ribut pasir melanda Homs, Syria, menyebabkan langit dan kawasan sekitarnya bertukar warna merah jingga yang pekat. Kabus berdebu yang tebal turut mengurangkan jarak penglihatan dengan ketara, mewujudkan suasana luar biasa.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 238 |
| 14 | Ribut pasir melanda Homs, Syria, menyebabkan langit dan kawasan sekitarnya bertukar warna merah jingga yang pekat. Kabus berdebu yang tebal turut mengurangkan jarak penglihatan dengan ketara, mewujudkan suasana luar biasa.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 1 |
| 15 | Kementerian Dalam Negeri Syria menyediakan sebuah pavilion yang menampilkan replika Penjara Sednaya di Pameran Antarabangsa Damsyik.
Pavilion tersebut diwujudkan bagi memberikan gambaran kepada pengunjung tentang layanan yang diterima para tahanan di bawah rejim bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, termasuk bentuk-bentuk penyeksaan yang digunakan terhadap mereka.
Pameran itu turut memperlihatkan semula keadaan dan amalan yang dikaitkan dengan penahanan serta penyeksaan di Penjara Sednaya, yang selama bertahun-tahun menjadi simbol penindasan dan pencabulan hak asasi manusia di Syria.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita membantu Syria, niatkan juga agar Allah mempercepatkan pembebasan Al-Aqsa.
Bangunkan Syria, Demi Aqsa.
Bersama Syria Care, Kita Bantu.
t.me/syriakini | 365 |
| 16 | Visa dan Mastercard melaksanakan transaksi kad antarabangsa pertama mereka di Syria pada 26 Ogos 2026, satu langkah penting dalam usaha menghubungkan semula negara itu dengan rangkaian pembayaran global, hanya beberapa hari selepas Washington mengeluarkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan.
Langkah ini membolehkan pelawat antarabangsa menggunakan kad mereka di Syria dengan lebih mudah dan selamat, sekali gus memudahkan urusan pembayaran sepanjang berada di negara tersebut.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
t.me/syriakini | 381 |
| 17 | Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria mengumumkan bahawa Syria Airlines akan memulakan penerbangan terus dan berjadual dari Damsyik ke Vienna, Austria dan Copenhagen, Denmark mulai 21 September 2026.
Menurut pihak berkuasa itu, perkembangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperluas jaringan penerbangan antarabangsa Syria.
Dalam tempoh akan datang, Syria Airlines dijangka mengumumkan destinasi antarabangsa baharu, selain beberapa syarikat penerbangan asing dijangka memasuki pasaran Syria dan membuka laluan penerbangan baharu dari serta ke Syria.
t.me/syriakini | 400 |
| 18 | Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Ahmad Badreddin Hassoun, ketua agama kanan yang berkhidmat semasa pemerintahan bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad. Ia dibicarakan di Mahkamah Jenayah Keempat di Damsyik, sebuah mahkamah yang memberi tumpuan kepada kes-kes berkaitan keadilan peralihan.
Dia yang pernah memegang jawatan Mufti Besar Syria, memulakan perbicaraan pada 25 Jun 2026. Pendakwa raya sebelum ini telah memohon hukuman mati terhadapnya atas kesalahan yang didakwa dilakukan ketika dia berkhidmat di bawah pemerintahan al-Assad.
Dia juga dikenali sebagai “Mufti Bom Barrel” kerana kenyataan dan pendiriannya yang dilihat menyokong rejim al-Assad sepanjang konflik Syria.
t.me/syriakini | 419 |
| 19 | 𝐃𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚, 𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧…
Pada 21 Ogos 2013, serangan senjata kimia melanda Zamalka dan beberapa kawasan di Timur Ghoutah, berhampiran Damsyik, Syria.
Dalam tragedi itu, seorang lelaki dimaklumkan bahawa isteri dan semua anaknya telah syahid dalam serangan tersebut.
Namun beberapa jam kemudian, mereka datang kepadanya membawa seorang anak perempuannya yang masih hidup, satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat.
Anak kecil itu juga menjadi saksi kepada segala yang berlaku.
Reaksinya ketika melihat anak perempuannya masih hidup menggambarkan satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Antara kehilangan, kesedihan dan syukur kerana masih ada seorang anak untuk dipeluk.
Serangan kimia Timur Ghoutah pada 21 Ogos 2013 mengorbankan ratusan hingga lebih 1,000 orang awam, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak.
Lebih sedekat berlalu, tetapi tragedi ini tetap menjadi luka dalam sejarah Syria.
t.me/syriakini | 350 |
| 20 | Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas Syria sejak penggulingan bekas pemerintah Syria, Bashar al-Assad, pada Disember 2024. Israel juga telah menghantar tenteranya ke zon penampan yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang selama beberapa dekad menjadi pemisah antara pasukan Israel dan Syria di Bukit Golan.
Pada 18 Ogos 2026, Israel turut menyerang Pangkalan Udara Abu al-Duhur di wilayah Idlib, barat laut Syria. Israel mendakwa Turkiye sedang berusaha untuk mewujudkan kehadiran ketenteraan di pangkalan tersebut.
Bagaimanapun, Damsyik dan Ankara menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Al Jazeera, 22 Ogos 2026. | 273 |
