cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

🌻 KONGSI APA HARI INI 🌻

Berkongsi Kata² Motivasi, Pelbagai ILmu & Iklan, Tips Rezeki, Doa & Amalan Harian Skrip Doa 📚 bukudoaku.wasap.my Nafas Doa 💻 https://osini.co/kelasnafasdoa99 Buku FTR 📒 bit.ly/rezkiimelimpah Wakaf FTR 💚 bit.ly/jomswakaf

Show more
Malaysia37 789The language is not specifiedReligion & Spirituality82 431
Advertising posts
722
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1030 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Teruslah berjalan, nanti Allah akan selesaikan. Teruslah berdoa, nanti Allah akan kabulkan. Teruslah berusaha, nanti Allah akan mudahkan. Tugasmu hanya yakin, bahawa Allah akan selalu ada untuk kita.. 🤍 #SemogaBermanfaat Himpunan Skrip Doa Bahasa Melayu http://bukudoaku.wasap.my/
Show all...
Pengajaran: 1.  Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Ada diantara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. 2.  Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. 3.  Beruntunglah kepada orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. 4.  Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut: a.  Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ia sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita. b.  Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan. c.  Bersungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan. d.  Sentiasa beribadah kepada Allah, khususnya solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan munkar. e.  Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab. f.  Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali atau tidak, agar kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat. g.  Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan h.  Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada yang lain. Marilah kita berusaha menjadi pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan. #SemogaBermanfaat Himpunan Skrip Doa Bahasa Melayu http://bukudoaku.wasap.my/
Show all...
Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.” (HR. Ibnu Majah no. 237) Status: Hadis Hasan
Show all...
1)Dibacakan -Al Fatihah 7/21x -Ayatul Kursi 7x -Al Ikhlas 11x -Al Falaq 3x -An Naas 3x -Selawat 21x Mohon pada ALLAH hajat yg diinginkan. Air diberi minum kepada yg sakit. Air untuk sapuan ke tubuh diasingkan. Jika utk mandian, dibacakan pada garam dan dicampurkan ke dalam baldi air biasa, sambil gaul sebati sambil Selawat. 2) Untuk kaedah jarak jauh. Terlebih dulu diberi peringatan. DIHARAMKAN kalian yg menerima ijazah ini MENAWARKAN perkhidmatan rawatan jarak jauh. Jika ada, ijazah ini dibatalkan ke atas kalian. Ini merupakan peringatan keras. Kaedah jarak jauh ini untuk ahli keluarga/sahabat/saudara yg tinggal berjauhan - Diminta mereka sediakan air sebaldi - Kalian dari jauh Bacakan semua ayat di atas dengan diniatkan kepada Roh mereka yg bermasalah tersebut. - Mohon pada ALLAH sampaikan hajat kita melalui air yg mereka sediakan - Selesai semuanya, minta mereka minum/sapu/mandi seperti perkara (1) 3) Diijazah izin amal kepada sekalian yg dapat membaca Edaran ini. Ajaztukum. بارك الله فيكم
Show all...
👍 1
Hidup Ini Satu Perjalanan Jangan sesekali pergi terlalu jauh dalam mengejar dunia sehingga kita lupa cara untuk kembali kepada hakikat kehidupan kita, iaitu hubungan kita dengan Allah. Dunia ini penuh dengan godaan yang boleh membuat kita tersasar dan melupakan jalan pulang ke pangkuan asal kita yang sebenar. Ingat, jalan pulang itu penting, kerana itulah tempat hati kita berteduh. Menghargai Masa dan Tanggungjawab Jangan tangguh peluang untuk memperbaiki diri. Penundaan bukan sahaja mengurangkan masa kita tetapi juga boleh melemahkan semangat kita untuk bangkit semula. Apabila kita menunda-nunda, terutamanya dalam hal ibadah, kita mungkin kehilangan kekuatan dan motivasi untuk melakukannya sama sekali. Setiap penundaan membawa kita semakin jauh dari potensi terbaik kita. Manfaatkan Peluang untuk Sujud Masih ada masa, manfaatkanlah untuk sujud sebaik mungkin. Sujud bukan sekadar gerakan dalam solat, tetapi adalah simbol penyerahan diri, ketaatan, dan keakraban dengan pencipta kita. Dalam sujud, kita menunjukkan kerendahan hati terbesar kita, mengakui bahwa segala kekuatan dan kejayaan yang kita miliki datang dari Allah. Oleh itu, jangan sia-siakan peluang untuk berkomunikasi dengan-Nya dalam doa dan sujud. Kesimpulan Setiap kata dalam nasihat ini mengingatkan kita bahawa masa adalah amanah yang tidak boleh disia-siakan. Jangan melangkah jauh kecuali langkah itu mendekatkan kita kepada Allah. Jangan menunda, kerana setiap saat adalah berharga. Dan gunakan setiap peluang untuk sujud, membenamkan diri kepada yang Maha Kuasa, kerana itulah hakikat kehidupan yang sebenar. Mari kita hidup dengan penuh kesedaran akan setiap saat yang Allah berikan, menggunakan setiap momen dengan sebaik-baiknya, dan tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. #SemogaBermanfaat
Show all...
Kehidupan ini sarat dengan perjalanan, di mana setiap langkah membawa akibat dan setiap penangguhan mempunyai kosnya. Kata-kata ini mengingatkan kita tentang pentingnya menggunakan masa yang ada dengan bijak dan tidak mengabaikan tanggungjawab kita.
Show all...
1) السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ‏.‏ salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh 2) اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Semoga ALLAH melimpahkan keselamatan, rahmat, dan keberkahan untukmu. 3) Baca Surah Al Ikhlas 1 / 3 kali بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ قُلۡ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ‌ اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ لَمۡ يَلِدۡ ۙ وَلَمۡ يُوۡلَدۡ وَلَمۡ يَكُنۡ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
Show all...
HARI ini sudah masuk 15 Syawal 1445H. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima ALLAH S.W.T. Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari. Nabi S.A.W bersabda; مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.” Kelebihan Berpuasa 6 Di bulan Syawal : - 1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun. 2. Menampung kekurangan Puasa Ramadhan. 3. ALLAH Menjanjikan Syurga buat yang rajin berpuasa. #SemogaBermanfaat
Show all...
👍 3
Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu. Katakanlah: اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib] Bacalah selepas solat fardhu. Selamat beramal!
Show all...