cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

PASRelief

PASRelief adalah organisasi dibawah Parti Islam Semalaysia (PAS). Ditubuhkan pada 13 Mac 2017 sebagai lanjutan daripada penglibatan PAS dalam tanggungjawab dan misi Kemanusiaan khususnya isu Muslim Rohingya, Syiria, Mindanao dan Palestin.

Show more
Malaysia35 352The language is not specifiedReligion & Spirituality73 708
Advertising posts
906
Subscribers
+124 hours
+47 days
+130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Selamat ulang tahun kelahiran buat Ustazah Nuridah Mohd Salleh, selaku Timbalan Pengarah ll PASRelief merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus bersama dalam lapangan kemanusiaan membantu saudara seIslam yang memerlukan Barakallah fi umrik ๐Ÿ’ #PASRelief #SanahHelwah #PrihatinUmmahSejagat ๐ŸŒ Laman Web https://pasrelief.org/
Show all...
โค 1
Photo unavailableShow in Telegram
PASRelief merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang telah meninggal dunia dalam nahas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan pergunungan di sempadan Iran - Azerbaijan di wilayah Timur Azerbaijan, Iran. Berita sedih dan menyayat hati buat umat Islam di seluruh dunia apabila dimaklumkan bahawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahain, Gabenor wilayah Timur Azerbaijan, Iran, Malek Rahmati, wakil Pemimpin Agung Iran di wilayah Timur Azerbaijan, Ayatollah Mohammed Ali al-Hashem, pegawai tentera revolusi Iran ( IRGC ) Mehdi Mosavi berserta juruterbang dan krew helikopter yang membawa Presiden Iran telah meninggal dunia apabila helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan pergunungan di sempadan Iran - Azerbaijan di wilayah Timur Azerbaijan, Iran. Sama-sama kita doakan agar kesemuanya diampuni dan dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah ๐Ÿคฒ๐Ÿป
Show all...
๐Ÿ‘ 1๐Ÿ˜ญ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Jika difahami maksud Surah Al-Kauthar ayat 1-3, segala nikmat yang kita terima sama ada kebaikan yang banyak atau segala bentuk kelebihan dimiliki, sewajarnya dizahirkan kesyukuran dengan bersembahyang dan menyembelih korban untuk-Nya. Ibadah korban disyariatkan khusus pada Zulhijjah dan berlakunya peristiwa perhimpunan berjuta-juta tetamu Allah SWT di Makkah bagi menzahirkan kehambaan kepada-Nya. Sangat indah ajaran Islam, Allah SWT menawarkan pelbagai pendekatan untuk umatnya mengamalkan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini semua erti dan nilai ketaatan hamba untuk dipersembahkan kepada Pencipta-Nya. Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai daftar korban bersama PASRelief ๐Ÿ“ฒ Sertai Korban bersama PASRelief : https://infaqpay.my/collection/qurbanpasrelief?referrer=Admin ๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief : https://www.wasap.my/60175001144/ #PASRelief #MisiUmmah #KorbanAqiqah #JomSertaiSekarang #PrihatinUmmahSejagat ๐ŸŒ Laman Web https://pasrelief.org/
Show all...
โค 2
00:10
Video unavailableShow in Telegram
Penduduk di kem pelarian Nusseirat meluangkan masa di pantai untuk berehat di tengah-tengah gangguan dan serangan Israel yang berterusan. Bagaimana dengan kita di sini ๐Ÿฅบ. Boleh berehat dengan senang tanpa sebarang gangguan, tapi masih banyak mengeluh. AllahuRabbi..
Show all...
๐Ÿ˜ญ 4๐Ÿ˜ข 1
๐Ÿ›‘ TERKINI | Pertahanan Awam: Krew kami menjumpai dua mayat syuhada, akibat serangan pesawat rejim Zionis yang menyasarkan sebuah rumah keluarga โ€œAbu Hashemโ€ di kem Berbera di gabenor Rafah tengah malam ini. Sumber: Shehab Agency
Show all...
๐Ÿ˜ญ 3
Photo unavailableShow in Telegram
"Haritu, saya baru sahaja melihat dia membawa air untuk keluarganya tetapi anak ini dibunuh pada hari Khamis yang lepas.." "Baru seminggu yang lalu, dua adik lelakinya dibunuh dalam serangan dron rejim Zionis sambil membawa botol air dan balang!" Sumber: X Motasem A Dalloul
Show all...
๐Ÿ˜ข 3๐Ÿ˜ญ 2
00:55
Video unavailableShow in Telegram
Briged Al Qassam memuat naik video seorang penembak tepat tentera rejim Zionis di paksi Taqaddam, timur kota Jabalia, di utara Semenanjung Gaza. Sumber: Telegram Briged Al Qassam
Show all...
๐Ÿ‘ 2
Photo unavailableShow in Telegram
SANGAT RUGI JIKA LEPASKAN PELUANG INI! ๐Ÿ˜ฑ Walaupun Ibadah Korban ini hukumnya sunat, namun ianya sangat rugi jika kita lepaskan peluang yang berharga ini. Bayangkanlah tuan puan, setiap bulu haiwan korban itu dikira sebagai satu pahala. Seberapa banyak bulu yang ada pada haiwan korban kita, sebanyak itulah ganjaran pahala buat mereka yang melakukan korban. Rugilah kalau kita berkemampuan, tetapi kita tidak melakukan ibadah korban. Sedangkan di sana ada banyak kebaikan yang menanti kita. Ibadah korban juga mengajar kita untuk berkongsi rezeki dengan orang lain terutama golongan yang kurang berkemampuan. Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai daftar korban bersama PASRelief ๐Ÿ“ฒ Sertai Qurban bersama PASRelief : https://infaqpay.my/collection/qurbanpasrelief?referrer=Admin ๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief : https://www.wasap.my/60175001144/ #PASRelief #MisiUmmah #QurbanAqiqah #JomSertaiSekarang #PrihatinUmmahSejagat ๐ŸŒ Laman Web https://pasrelief.org/
Show all...
๐Ÿ‘ 4
Photo unavailableShow in Telegram
Raih Keberkatan dengan Sedekah Subuh โœจ Tiada sehari pun sekalian hamba memasuki suatu pagi, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari Malaikat berkata "Ya Allah, berikanlah rezeki kepada orang yang menafkahkan hartanya" -HR Bukhari- Jom mulakan pagi kita dengan Sedekah Subuh. Moga mendapat keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini ๐Ÿ˜Š Jom sedekah Subuh anda hari ini melalui : https://infaqpay.my/collection/pasrelief atau ke akaun : Maybank Islamic - PASRELIEF : 5640-7061-2333 #PASRelief #MisiBencana #MisiUmmah #SedekahSubuh #PrihatinUmmahSejagat ๐ŸŒ Laman Web https://pasrelief.org/
Show all...
โค 3
ุฎูŠุฑ ุงู„ู†ุงุณ ุฃู†ูุนู‡ู… ู„ู„ู†ุงุณ Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain. ๐ŸŒท "SELAMAT HARI GURU" Hari Guru adalah hari istimewa untuk zahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pendidik Hari Guru bukan sahaja mengingatkan kita tentang pentingnya peranan guru dalam kehidupan kita, tetapi juga menggalakkan usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan demi kemajuan negara. Melalui sambutan ini, kita dapat merenungi betapa besar jasa dan pengorbanan guru serta memperkukuh hubungan antara guru dan masyarakat. Di kesempatan ini, PASRelief ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik, khususnya buat sukarelawan dan guru yang berkhidmat bersama PASRelief di lapangan bagi mendidik anak bangsa walaupun sebagai pelarian.. Ucapan khusus buat guru di Kem Pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Kem Pelarian Syria di Arsal, Lubnan dan di Yaman Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dan seorang guru adalah penjaga kuncinya. Terima kasih Guru! Bunga melati bunga kemboja, Harum mewangi di ruang tamu, Jasa guru tidak terkira, Mendidik kita semua tanpa jemu. #PASRelief #SelamatHariGuru #PrihatinUmmahSejagat ๐ŸŒ Laman Web https://pasrelief.org/ ๐Ÿ–๏ธ Facebook https://shorturl.at/dhxZ2 ๐Ÿ–๏ธ Instagram https://www.instagram.com/p/C7Av06UvCIt/?igsh=MTA3c3RxY3VsOW1yZA== ๐Ÿ–๏ธ Tiktok https://tiktok.com/@officialpasrelief ๐Ÿ–๏ธ Jemput bersama di telegram kami https://t.me/PASReliefChannel
Show all...
โค 1๐Ÿฅฐ 1