Peribahasa Melayu π
Open in Telegram
Semoga bermanfaat buat kita semua Channel Content : - Simpulan bahasa - Pepatah - Perumpamaan Jangan lupa share tau π #sharingiscaring
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
2 063
Subscribers
No data24 hours
+877 days
+37430 days
Posts Archive
Peribahasa :
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
Maksud :
Seseorang yang berhati mulia akan dikenang selama-lamanya.
Peribahasa :
Nasi sudah menjadi bubur
Maksud :
Sesuatu kerosakan atau keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi.
Peribahasa :
Mulut yang manis mematahkan tulang
Maksud :
Seseorang yang terpedaya dengan kata-kata manis.
Peribahasa :
Menimbun di tempat tinggi, menggali di tempat lekuk
Maksud :
Mengadakan sesuatu rancangan yang menguntungkan kepada orang kaya, jadi orang yang kaya skan terus kaya, orang yang miskin bertambah miskin.
Peribahasa :
Menghela lembu dengan tali, menghela manusia dengan akal
Maksud :
Sebagai pemimpin masyarakat apabila menjalankan sesuatu perkara, hendaklah dengan menggunakan akal bukannya kekerasan atau paksaan.
Peribahasa :
Menanam tebu di bibir mulut
Maksud :
Orang yang bercakap manis di luar sahaja tetapi hatinya lain.
Peribahasa :
Mengaji dari alif, membilang dari sa
Maksud :
Buatlah sesuatu kerja dari mula atau pangkalnya, barulah hasilnya sempurna.
Peribahasa :
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud :
Seseorang yang mengetahui ada keuntungan besar, maka yang sedikit ada padanya dihabiskan.
Peribahasa :
Membuka pekung di dada
Maksud :
Menceritakan hal keburukan diri sendiri atau keluarga sendiri.
Peribahasa :
Membuat mahu, menerus tidak
Maksud :
Seseorang yang hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak mempelajarinya terlebih dahulu, akhirnya akan kecewa.
Peribahasa :
Menahan jerat di tepi genting
Maksud :
Seseorang yang menaikkan harga barang keperluan yang sangat-sangat diperlukan.
Peribahasa :
Melepaskan batok di tangga
Maksud :
Membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
Peribahasa :
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud :
Hendak mengajar anak biarlah dari kecil.
Peribahasa :
- Mati ikan kerana umpan
- Mati semut kerana gula
Maksud :
Seseorang yang tertipu kerana kegemarannya sendiri
Peribahasa :
- Mati gajah kerana gading
- Mati harimau kerana belang
Maksud :
Seseorang yang tertipu dengan kebanggaan dirinya sendiri.
Peribahasa :
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud :
Ke mana sahaja kita pergi, kita hendaklah mengikut cara hidup dan adat resam tempat tersebut.
Peribahasa :
Masak di luar mentah di dalam
Maksud :
Mulut manis tetapi hatinya busuk.
Peribahasa :
Mati gajah kerana gading
Maksud :
Seseorang yang tertipu dengan kebanggaan dirinya sendiri.
Peribahasa :
Mandi di olak-olak, cakap di bawah-bawah, tunduk bukan minta dipija
Maksud :
Walaupun seseorang itu sentiasa merendah diri tetapi bukannya dia sanggup dihina atau dijatuhkan maruahnya.
Peribahasa :
Malu bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut
Maksud :
Sesuatu pekerjaan tidak akan berjaya tanpa usaha.
