cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

Show more
Advertising posts
1 934
Subscribers
+224 hours
+207 days
+21730 days
Posting time distributions

Data loading in progress...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Publication analysis
PostsViews
Shares
Views dynamics
01
Salam Jumaat. Tenang-tenang beehadapan dengan ujian. Maknanya Allah sedang beri perhatian kepada kita. Ia akan berakhir: ✅ Kita diganjari atas kesabaran ✅ Darjat diangkat kerana lulus ujian ✅ Kita pelajari kenali kelemahan diri ✅ Peluang untuk upgrade kapasiti menanggung beban Senyum 😊 Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah
2081Loading...
02
Tadabbur Surah Al Hajj Dalam Al Quran ada satu surah, yang namanya Al Hajj. melihat kepada tajuk, kita merasakan ini adalah surah tentang ibadah haji, atau cara melaksanakan haji semata-mata. tetapi menelusuri surah ini, ia bercerita tentang lebih dari sekadar haji. tentang Hari Kiamat. tentang taqwa. tentang perintah jihad. Apa perkaitannya, dengan ibadah haji? يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْۚ اِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيْمٌ "Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya guncangan hari Kiamat itu adalah sesuatu yang sangat besar." QS. Al-Hajj[22]:1 Seruan ayat pertama adalah tentang taqwa dan peringatan hari kiamat. Sesungguhnya pada kebanyakan manasik haji, suasana nya sangat hampir dengan keadaan hari kiamat. kita berhimpun dalam keramaian. kita melalui episod episod perjalanan. kita tinggalkan segala kesenangan. dan pada setiap perjalanan itu, yang ada hanya kita dan Tuhan.. maka taqwa adalah sebaik baik bekalan. agar segala ujian menjadi ringan. pada setiap detik yang berlalu, selitkan waktu untuk memuhasabah diri, merenung sedalamnya tentang hubungan kita dan Pencipta, memohon ampun dengan sebuah taubat nasuha.. ketika melakukan pelbagai manasik haji, yang terkadang hikmahnya kurang dimengerti, tetaplah tunduk pada perintah Tuhan tanpa ragu kerana inilah puncak ketaatan seorang hamba. inilah taqwa yang kita cari, sebagai bekalan dunia dan akhirat nanti sesungguhnya haji adalah ibadah hati, maka persiapkan hati kita agar benar benar bersedia untuk menghadapNya.. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
2632Loading...
03
Berbaki 2 hari sebelum kita memasuki bulan Zulhijjah tahun 1445H. Insya Allah nantikan siri perkongsian Travelog Haji dari kolumnis Tarbiah Daily dan juga tulisan membekas dari kisah Nabi Ibrahim AS sekeluarga. * Erti sebenar حج. Maksud haji dari segi bahasa adalah قصد, yang bererti menuju atau berangkat. Tapi,  حج bukan setakat قصد ataupun berangkat sahaja, Tapi Hajj adalah menuju kepada satu keperluan ataupun hajat. Proses memerlukan kepada hajat itu dipanggil Hajj. Setiap manusia pasti memerlukan sesuatu. Dan keperluan terbesar untuk semua manusia adalah pastinya kebaikan dunia dan akhirat. Pada surah Baqarah ayat 196-200 membicarakan tentang ibadah Haji. InsyaAllah semoga di kesempatan lain kita akan share kan tafsir & tadabur ayat-ayat ni. Ayat-ayat tentang Haji ini ditutup dengan ayat 201 iaitu : وَمِنْهُمْ مَّنْ يَّقُوْلُ رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” Al-Baqarah [2] : 201 Inilah puncak keinginan semua manusia. Lihatlah, doa ni bukan setakat orang haji je akan baca, iaitu ketika tawaf diantara rukun yamani & hajarul aswad. Tetapi doa ni adalah antara doa harian untuk orang yang tidak ber haji jugak. Maka, haji ni hanyalah antara satu jalan untuk kita mendapatkan kebaikan dunia & akhirat, bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.anha. Beliau pernah bertanya kepada Rasulullah. Kata beliau : يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلَا نُجَاهِدُ قَالَ لَا لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ Maksudnya :” Wahai Rasulullah, kami melihat  jihad adalah sebaik-baik amalan. Adakah perlu kami berjihad. Baginda saw bersabda “ Tidak, akan tetapi sebaik-baik jihad ialah haji mabrur.” Riwayat al-Bukhari (1423) Untuk para jemaah haji, bergembiralah kalian kerana kita diberi peluang & ruang untuk melaksanakan sebaik-baik jihad ni. MasyaAllah. Namun, untuk umat islam yang masih belum berpeluang ke haji lagi, ayuhlah kita cari jalan-jalan untuk kita capai kebaikan dunia akhirat kerana itulah puncak keperluan sebenar untuk seorang yang digelar manusia. Wallahualam. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
4111Loading...
04
Nota Penting Perkongsian Tuan Nadir 1. Pejuang di Palestin sedar mereka menentang israel yang merupakan suatu bangsa yang kecil tetapi kuat dan hebat dari sudut keilmuwan. Kerana itu pecinta pembebasan Palestin perlu mempersiapkan diri dengan ilmu juga. 2. Pemuda di Barat bangkit membawa isu Palestin atas dasar kemanusiaan & menolak kezaliman. Sedangkan pemuda islam perjuangkan Palestin kerana isu akidah dan keimanan. Maka pemuda Islam lebih patut memperhebat penglibatan mereka dalam isu ini. 3. Tidak cinta maka tidak akan berjuang. Tidak kenal maka tidak cinta. Perjuangan Palestin suram dalam kalangan pemuda kerana lemah cinta dan tidak mengenali / arif sejarah Palestin. Solusinya perlu dipergiat usaha memberikan maklumat dan kesedaran. 4. Industri termahal dimiliki oleh Palestin ialah industri yang melahirkan rijal. Ia bermula sejak mereka kanak-kanak, ditarbiah dengan Al al-Quran, diberikan matlamat yang jelas untuk menewaskan israel. 5. Pemuda Malaysia perlu keluar dari zon selesa. Perlu cakna isu umat. Perlu belajar bersungguh-sungguh sehingga pakar dalam bidang masing-masing dan berazam untuk bebaskan Palestin. Ada banyak lagi point menarik. Jemput tontong. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
4642Loading...
05
Dengarkan Perkongsian Khas Tweets Dari G Untuk Pemuda Malaysia Live di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=kiSYcwEs27k
4132Loading...
06
TERKINI ❗️❗️❗️❗️ Program tweet dari Gaza bersama Tuan Nadir yang ditngguhkan sebelum ini insya Allah akan berlangsung pada malam ini. Daftar di: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSevj_hWArSCyIy5UaJRvXOxJDxeeYSR1A3KW7CDkdQ1wFYd6w/viewform Insya Allah link platform akan diedarkan dalam masa terdekat.
59810Loading...
07
فمن كان الله معه لم يفقد شيئاً ومن تخلى الله عنه فلن يجد إلا الضياع و الضلال “Whoever has Allah with him does not lose anything, and whoever Allah abandons him will find nothing but loss and misguidance.” Syeikh Mustafa Masyur #bekalandijalandakwah
5062Loading...
08
Tadabur al-Qur'an - Ibrah Penyebutan Maryam Binti Imran Dalam al-Quran Sekurang-kurangnya 31 kali nama Maryam disebut dalam al-Qur'an. Sebahagian besar ia disebut dalam konteks nama nabi Isa as yang dibinkan kepada Maryam dan sebahagian yang lain ia disebut secara bersendirian merujuk kepada Maryam sendiri. Namun, menariknya hanya sekali sahaja dalam al-Qur'an nama Maryam disebut dengan penasaban kepada sang ayah iaitu Maryam binti Imran dan penyebutan ini ada dalam surah At-Tahrim sebagaimana berikut: { وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٰنَ ٱلَّتِيٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَٰتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَٰنِتِينَ } [Surah At-Taḥrīm: 12] Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. Penyebutan nama ini pada surah ini merupakan satu bentuk keajaiban al-Quran memberi teguran sangat halus bagi mereka yang mahu memahami. Surat At-Tahrim turun menjelaskan antaranya isu konflik rumah tangga Rasulullah yang menurut sirah dicetuskan oleh Aishah r.anha dan Hafsah r.anha. Beberapa perilaku mereka mendapat teguran daripada Allah swt. Memang perbuatan mereka adalah tanggungjawab mereka yang mukallaf. Namun di sisi lain, secara tidak langsung perbuatan ini memberi kesan orang sekeliling mereka juga tambahan pula Aishah berbintikan Abu Bakr manakala Hafsah berbintikan Umar; keduanya sahabat terulung Rasulullah s.a.w. Dengan mengangkat kisah lejen Maryam yang dibintikan kepada Imran; satu-satunya sebutan dalam surah ini mengingatkan mereka dan kita bahawa dalam banyak situasi, tindakan dan perbuatan kita turut mencerminkan orang sekeliling kita. Mereka akan turut terpalit. Begitu seni dan halus al-Quran menegur supaya kita berfikir banyak kali sebelum bertindak kerana mungkin ramai yang akan "terpalit". Apabila ada perbuatan tidak baik, orang akan bertanya, "Anak siapa tu?" "Budak kampung mana?" "Dia dulu sekolah mana?" Dan pelbagai hubungan cuba dikaitkan. Oleh itu, selain menjaga batas dosa dan pahala dalam tindakan kita, jagalah juga nama, imej dan kehormatan yang kita bawa sebagai seorang muslim, daie, isteri, suami, anak dan pelbagai gelaran yang kita sandang agar mereka di sekeliling kita tidak terpalit. Tarbiah Daily Tiada hari tanpa tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
5560Loading...
09
IBRAH AL KAHFI - APA YANG MENGHALANG KITA UNTUK MEMELIHARA AGAM ALLAH? Dalam satu hadis Rasulullah memberikan pesan kepada Ibn Abbas, احفظ الله يحفظك Peliharalah (agama / hukum) Allah, nescaya Allah akan memeliha engkau. Melalui hadis ini, hadis-hadis lain dan sebilangan ayat Quran menunjukkan ganjaran yang diberikan oleh Allah swt adalah setimpal dan bersesuaian dengan amalan seseorang itu. Prinsip atau kedah kepada perkara ini disebut: الجزاء من جنس العمل Ganjaran adalah mengikut jenis amal. Maksudnya? Kebaikan dibalas dengan kebaikan. Kejahatan dibalas dengan kejahatan. Pemeliharaan dibalas dengan pemeliharaan Ingatan pada Allah dibalas dengan ingatan dari Allah Lupa pada Allah dibalas dengan dilupakan oleh Allah swt Sebagai contoh bebalik kepada pesan Rasulullah, jika kita memelihara agama dan hukum Allah, Allah akan memelihara kita sama ada dunia dan apatah lagi akhirat kita! Ini telah berlaku kepada pemuda kahfi. Mereka lari dari kerajaan zalim, bersembunyi di balik gua untuk memelihara dan mempertahankan akidah yang benar. Lalu Allah memelihara mereka di dunia lagi. Bagaimana Allah memelihara mereka? { وَتَحۡسَبُهُمۡ أَيۡقَاظٗا وَهُمۡ رُقُودٞۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ وَكَلۡبُهُم بَٰسِطٞ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡهِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارٗا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡهُمۡ رُعۡبٗا } [Surah Al-Kahf: 18] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. Antaranya semasa mereka ditidurkan selama berapa ratus tahun itu (bukankan itu satu bentuk pemeliharaan?) Allah bolak balikkan badan mereka. Ternyata membolak balikkan badan mereka ada kebaikan dari sudut sainsnya. Ia akan mengelakkan mereka terkena bedsores atau pressure ulcer kerana tekanan dari berat badan yang terlalu lama. Bedsore boleh menyebabkan luka dan seolah berkudis pada kulit. Baca: bedsore https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bed-sores/symptoms-causes/syc-20355893#:~:text=Bedsores%20are%20injuries%20to%20the,%2C%20ankles%2C%20hips%20and%20tailbone. Kerana itu orang yang lumpuh dan bedridden atas katil perlu dibolak balik setiap beberapa jam untuk mengelakkan kulit mereka rosak dan berkudis akibat tekanan berat badan ini. Subhanallah, sampai ke tahap itu penjagaan dari Allah! Lalu apa yang menghalang kita untuk memelihara agamaNya? Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
6923Loading...
10
ANDA MEMBUKA PINTU MANA? Ada perbandingan sangat menarik dalam surah Yusof berkenaan pintu. Yang pertama adalah adegan isteri al-aziz menutup pintu-pintu istana untuk memastikan aktiviti sumbang yang ia hajati tidak dihidu. Ini merupakan usaha gigih dengan segenap daya kerana didorong dengan hasrat untuk melakukan kejahatan. Padahal boleh kita bayangkan pintu-pintu istana itu besar saiznya, banyak, mewah dan berat. Untuk menutup kesemuanya memerlukan usaha dan perancangan yang rapi dipandu otak yang geliga. Tidak mudah! Firman Allah swt: { وَرَٰوَدَتۡهُ ٱلَّتِي هُوَ فِي بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٰبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ رَبِّيٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَايَۖ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ } [Surah Yūsuf: 23] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". Di babak yang lain Allah swt menyebut tentang pintu-pintu kebaikan. Sebagaimana hasrat Nabi Yaakub dalam ayat berikut: { وَقَالَ يَٰبَنِيَّ لَا تَدۡخُلُواْ مِنۢ بَابٖ وَٰحِدٖ وَٱدۡخُلُواْ مِنۡ أَبۡوَٰبٖ مُّتَفَرِّقَةٖۖ وَمَآ أُغۡنِي عَنكُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَيۡءٍۖ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَعَلَيۡهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ } [Surah Yūsuf: 67] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". Idea Nabi Yaakub dilontarkan dalam rangka kebaikan, untuk menyelamatkan anak-anaknya kalau ada marabahaya, maka tidak semuanya tersangkut di satu pintu ke Mesir sahaja. Kedua-dua kisah yang berkaitan pintu ini mengingatkan kita sebuah hadis: إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر، فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه، وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه. Di antara manusia ada padanya kunci pembuka kebaikan dan penutup kejahatan. Beruntunglah mereka yang dijadikan Allah pembukan kebaikan di tangannya dan celakalah sesiapa yang dijadikan Allah pembuka kejahatan di tangannya. Lalu bagaimana dengan kita? Pintu mana yang kita akan buka hari ini? Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
7242Loading...
11
Media files
6600Loading...
12
Terus bercakap, berdoa dan boikot untuk perjuangan Palestin. Kemenangan semakin dekat!
7284Loading...
13
Bagaimana Menghadapi Takdir Yang Tidak Baik Sebenarnya tajuk ini kurang tepat. Sebab tidak ada takdir yang tidak baik. Yang ada mungkin, yang berlaku itu kita suka atau tidak suka. Hakikatnya, setiap takdir yang Allah tetapkan untuk berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmah dan kebaikan, sama ada hikmah dan kebaikan itu sudah ataupun belum tersingkap. Lalu bagaimana menerima kehadiran takdir atau ketetapan yang kita tidak suka? 1) Ingat bahawa Allah sangat mustahil menzalimi hambaNya. Bahkan Allah yang memperlakukan segala sesuatu itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cuma kadang kala kita belum berupaya memahaminya. 2) Allah itu Maha Bijaksana. Setiap ketetapan yang Ia kehendaki untuk berlaku, berjalan dengan hikmah. Pasti ada! Pasti ada hikmahnya! 3) Kita sebagai manusia sangat lemah dari segi melihat masa depan. Kadang-kadang hikmah di sebalik takdir tidak terlihat sekarang, tetapi akan tersingkap di masa hadapan. Ketika itu kita akan tersenyum indah atas aturan yang berlaku. 4) Suatu peristiwa yang kita tidak suka berlaku boleh jadi merupakan alternatif yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan berlaku. Kerana mungkin pada ketika itu, perkara yang kita suka dan harapkan itu tidak baik untuk kita. Mari bersama-sama merenung ayat ini: { كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ } [Surah Al-Baqarah: 216] Abdullah Muhammad Basmeih: Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
8137Loading...
14
Makin Tarbiah Makin Takut Dengan Allah Assalamualaikum wrh wbt Itu salah satu hadaf tarbiah dalam gerakan dakwah saban hari, apakah itu? Yang itu tu, ialah takut dengan Allahu ta’ala. Baru-baru ini dalam liqo kami, kami membaca hadits Riyadusholiheen bab 50 iaitu Takut pada Allah. Dalam liqo kami kali ini ada sedikit kelainan iaitu setelah membaca muqaddimah kami semua merenungkan firman Allah berkaitan ayat-ayat azab daripada Allah dan juga hukuman terhadap orang-orang yang melakukan maksiat. Ngeri! Cuba bayangkan betapa dasyat firman Allah tentang ayat ini: Allah Ta'ala berfirman: "Pada hari seseorang manusia lari meninggalkan saudaranya, ibu dan ayahnya, juga isteri dan anak-anaknya. Setiap seseorang pada hari itu mempunyai urusan yang membuat diri sendiri sibuk - dari urusan orang lain." (Abasa: 34-37) Adik-beradik lahir dari raheem ibu yang sama, dari kecik hidup senang susah bersama, bila besar berkongsi rezeki susah senang tetap bersama. Ibu & ayah yang kita sayangi, syurga berada di tapak kakinya, sayangnya seorang ibu pada kita! kita saja yang tahu! Isteri yang kita bayar mahar dan hantaran ribu riban, anak yang kita tarbiah dari kecil sampai remaja dan dewasa, mengharapkan mereka jadi soleh wa musleh di dunia dan setelah kita mati mereka akan mendoakan untuk kita. Namun Allah memberitahu kita bahawa di padang Mahsyar nanti, kita akan lari dari mereka semua ini lantaran bukan kesalahan kita dengan Allah semata-mata tapi juga kesalahan kita dengan mereka juga akan dituntut.  Waw! macam tu ke?? Sedihkan! Tapi itulah benda yang kita semua akan lalui sama ada suka atau paksa! Dalam liqo itu membuat kami sedih dengan amal-amal fardhy kami, amal dakwi kami dan amal harokah kami yang seberat kulit bawang. Yang lagi memilukan lagi hati kami, ada soalan ditanya sesama kami, tahu apa soalan tu?? “Bila last kami semua menangis kerana takut pada Allah?” ada yang jawap last year, ada yang jawab tidak pasti dan ada yang jawab jarang-jarang. Allahu Akbar! Liqo akan-akan datang nanti insyAllah akan discuss tentang hadits di bawah ini: Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu - kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang dapat saya mengetahuinya, niscayalah engkau semua akan tertawa sedikit saja dan akan menangis banyak-banyak." Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih) Wahai Robbul ‘alam, kami banyak gelak dari menangis….ampunkan kami yang Allah!😔 Abu Muhammad Jurutera Bina’ 16 Zulkaedah 1444H
9013Loading...
15
Ramai-ramai JOM! Bacaan Yasin & Doa Salamat untuk SPM B06 Walau apapun keputusannya, kebergantungan kita tetap padaNya. Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa insya Allah. https://t.me/spmleaversmalaysia
7374Loading...
16
DARI MANA DATANG REZEKIMU? Dalam dunia yang penuh dengan segala macam kejutan, persoalan tentang rezeki adalah satu perkara yang menjadi kerisauan manusia kebanyakan. Rezeki ni kita bolehlah masukkan dalam kategori 'future' dan tabiatnya adalah 'unpredictable'. Namun, untuk kekal tenang menanggapi rezeki, kita perlu berbalik semula kepada 'source code' untuk semua perkara dalam dunia ini, iaitu al-Quran itu sendiri. Menerusi beberapa tempat dalam al-Quran, Allah memperihalkan tentang rezeki ini. Antara yang famous adalah dalam surah ibrahim ayat ke 7, di mana Allah menjanjikan rezeki (nikmat) andai kita bersyukur. لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ "Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu.." (Ibrahim: 7) Kemudian, dalam surah Nuh ayat ke 10-11, Allah menjamin rezeki (hujan) yang akan datang mencurah-curah bagi orang yang memohon keampunan. MashaAllah. فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا _"Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu" (Nuh: 10-11) Next, ayat yang sangat digemari oleh orang bujang yang nak kahwin, di mana Allah akan membuka pintu rezeki bagi pasangan yang berkahwin. وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآئِكُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" (An-Nur: 32) Seterusnya dalam ayat ke 2 dan ke 3 surah At Talaq, ayat di mana Allah menceritakan nasib para wanita yang ditalak. Dihujung-hujung ayat, Allah mendatangkan penegasan bahawa Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka hanya dengan kita bertawakal! Subhanallah. Selain itu, dalam surah an Najm, ayat ke 39, Allah swt menyatakan bahawa manusia hanya akan mendapat sesuai dengan apa yang diusahakannya. Rata-rata dalam kalangan kita yang memahami rezeki dari sudut ini. Kena berusaha. وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (An Najm: 39) Perhatikan. Situasi, proses, dan wasilahnya mungkin berbeza. Ada disebabkan syukur, ada yang melalui istighfar, ada yang diberi sebab tawakal. Ada yang melalui usaha. Namun disebalik kepelbagaian wasilah dan perantara ini, sumbernya tetap sama. Yakni Allah yang menjadi pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya. Kesemua pemberian dan nikmat itu berasal daripada Allah, Tuhan yang maha memiliki segalanya. Refleksi buat kita. Kadang-kadang kita ni terlajak 'self-confident'. Bila diberi rezeki dapat result exam 'flying color', itu disebabkan usaha kita semata. Bila diberi rezeki dapat kahwin awal, kita rasa itu berlaku disebabkan kita hensem. Bila business menjadi atau dapat naik gaji disebabkan KPI on target, mulalah nak rasa yang kepala otak kita yang brilliant dan function. Dalam tanpa kita sedar, kita 'hilangkan' peranan Allah dalam paparan sketsa kehidupan tadi. Kesannya, hubungan dengan Allah mula menjauh, dan kita seakan-akan 'disconnect' dari langit. Maka, penuhi hak Tuhanmu. Jangan khuatir tentang rezekimu. Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah Inginkan perkongsian tazkirah harian? Follow channel whatsapp Tarbiah Daily
8844Loading...
17
Ucapan Walimah Sempena musim cuti perayaan ini ramai plak Muslimin & Muslimat, sahabat tarbiah kita memilih untuk melangkah ke tangga seterusnya membina baitul muslim. Tarbiah Daily mengucapkan: بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير Semoga bait yang dibina menjadi contoh dan kubu buat fikrah & akidah islam. Sedikit pesanan al-Quran هُنَّ لِبَاسࣱ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسࣱ لَّهُنَّۗ Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. [Surat Al-Baqarah 187] Perumpamaan al-Quran ini sangat indah. Sebagaimana pakaian berfungsi memelihara kehormatan dan aurat, melindungi kulit dari cuaca yang tidak baik dan ancaman serta memberikan rasa aman, begitulah suami-isteri. Masing-masing menutup aurat & kehormatan pasangan, melindungi pasangan & menghadirkan rasa nyaman 😉. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
7622Loading...
18
Terngiang-ngiang kata-kata guru tarbiah kami, “awak semua ada logam”. Kata-kata ini merupakan gist dari hadis Rasulullah saw, “Manusia itu seperti logam..” kemudian baginda melanjutkan, “Terpilih mereka semasa jahiliah, terpilih mereka semasa islam, sekiranya mereka faham”. Penting dekat sini untuk faham. Kerana faham yang akan menentukan halatuju ke mana logam atau potensi kita disalurkan. Dahulu sebelum dipeluk kefahaman dari tarbiah, kita tak rasa kita ada logam. Tetapi selepas diberi kefahaman, selepas melalui ujian kehidupan, selepas apa yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnyasedar; kita ada banyak LOGAM! Lebih menginsafkan lagi, setelah 7 bulan perang di Gaza, ternyata kita dapat melihat praktikal kepada hadis ini di depan mata. Mereka betul-betul all out dalam mengasah logam mereka dan berikan untuk perjuangan islam yang mereka faham. Syaratnya, “sekiranya mereka faham” Jika tidak faham islam, maka ia akan faham sesuatu selain islam; jahiliah. Maka seorang itu akan gunakan logamnya untuk selain islam. Mungkin untuk memenuhi keinginan peribadi semata-mata. Mungkin untuk mencari wang semata-mata. Mungkin untuk ikut trend semata-mata atau “just follow the flow” semata-mata. Tiada halatuju berpandukan kefahaman yang jelas. Sedangkan apabila logam-logam kurniaan Allah pada kita ini disia-siakan, ia suatu kemunduran untuk islam. Kefahaman islam telah mengalih logam para sahabat daripada disumbangkan kepada jahiliah kemudian disumbangkan kepada islam. Bagaimana pula dengan kita? Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
8731Loading...
19
Media files
7811Loading...
20
"Ini bukan peperangan ini adalah genosid" Ayuh sebarkan ke seluruh rakyat Malaysia video yang sangat mustahak ini. Kredit kepada Khairul Aming dan Sofyank!
9483Loading...
21
"Ini bukan peperangan, ini adalah genosid" Ayuh sebarkan ke seluruh rakyat Malaysia video yang sangat mustahak ini. Credit kepada Khairul Aming & Sofyank!
7861Loading...
22
KITA ADALAH PENDAKWAH, BUKAN PENGHUKUM Semasa menamatkan bacaan surah al-Maidah, kami duduk termenung di hadapan ayat ini, khitab (bicara) Allah yang ditujukan pada para Rasul di hari kiamat: ۞يَوۡمَ يَجۡمَعُ ٱللَّهُ ٱلرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَآ أُجِبۡتُمۡۖ قَالُواْ لَا عِلۡمَ لَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّٰمُ ٱلۡغُيُوبِ (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib" -Sura Al-Ma'idah, Ayah 109 Sungguh luar biasa jawapan para Rasul bagi soalan diajukan. Kenapa? Bukankah para Rasul ada yang didustai secara terang bersuluh, dikhianati oleh kaum mereka? Dicederai? Dilukai jasad dan emosi? Bahkan ada para utusan yang dibunuh oleh kaum mereka? Memang ada. Lantas, kenapa ketika ditanya oleh Allah berhubung penerimaan kaum mereka terhadap mereka,  para Rasul tidak memanfaatkan kesempatan ini untuk membuat aduan panjang lebar, melepaskan geram dan amarah, melontarkan keluhan kepada Allah? Ibn Kathir menaqalkan beberapa pandangan berhubung perkara ini: 1) Kerana ngerinya suasana hari kiamat sehingga akal fikiran mereka yang ditanya kebingungan,  langsung dijawab, "kami tidak nempunyai pengetahuan tentang hal itu.." 2) Jawapan ini membawa maksud, "..tiada pengetahuan bagi kami bila dibandingkan dengan pengetahuan-Mu yang meliputi segala sesuatu, sekalipun kami menjawab dan mengetahui siapa yang memenuhi seruan kami. Tetapi di antara mereka terdapat orang-orang yang kami hanya dapat mengetahui lahiriahnya saja, sedangkan mengenai batiniahnya tiada pengetahuan bagi kami. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu lagi Mahaperiksa terhadap segala sesuatu.." Ibnu Jarir telah memilih pandangan kedua ini. Ini menunjukkan adab para Rasul di hadapan Allah. Ia juga menunjukkan mereka tidak "berani" memberikan penilaian secara lahiriah terhadap kaum mereka pada hari kiamat berkenaan. Kesimpulannya, jawapan para Rasul ini mengajar kita untuk tidak cepat mengeluh, membuat penilaian separuh masak dan membuat penghukuman kepada sasaran dakwah kita yang belum menerima dakwah ini. Kemungkinan penolakan semalam bukan berdasarkan asas-asas yang kukuh. Mungkin ia tidak mahu sertai kerana masa dan suasananya kurang sesuai. Mungkin ia ada masalah peribadi yang memburunya sehingga tiada ruang untuk memikirkan tentang dakwah. Oleh itu, para daei harus terus tegar melayani umat,  mengajak mereka lagi dan lagi sehingga masa yang memutuskan sama ada akhirnya mereka merespon atau kita pergi dahulu bersama-sama ajakan dan usaha-usaha itu. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
7113Loading...
23
Jika anda tidak puas mengutip permata tarbawi di Tabiah Daily (TD), sila berkunjung ke laman-laman berikut mengikut selera dan keperluan anda. Ini kerana para kolumnis TD bersedia memberikan anda sesuatu yang bermakna dalam bentuk yang berbeza-beza: 1) Jika anda memerlukan bekalan memahami fiqh dakwah, maka sila ikuti Ihya' Fiqh Dakwah. Ia merupakan laman yang mengolah kefahaman dakwah dalam lenggok bahasa yang santai dan segar. https://t.me/ihyafiqhdakwah 2) Jika anda seorang guru yang mencari inspirasi bagaimana meninggalkan kesan iman pada anak didik anda, sila ke laman Tcer Ani. Beliau akan berkongsi sesuatu dengan anda. https://t.me/nota_tce 3) Jika anda inginkan perkongsian yang mendalam bersulamkan pengalaman di lapangan amal anda boleh menjenguk ke laman ini https://t.me/izaqiilalakum 4) Jika anda ingin membaca kisah kehidupan yang pelbagai dan bagaimana melihat aktiviti seharian dengan lensa yang lebih bermakna, sila ikuti Ust Dr. Talhah di sini https://t.me/usttalhahajmain 5) Jika anda ingin mendapatkan perkongsian dan material terkini berhubung bahaya serangan pemikiran atau ghazwu fikri (GF) anda tidak salah alamat untuk memilih ke sini https://t.me/seranganpemikiran Insya Allah, kami akan kemaskini rangkaian channel kolumnis Tarbiah Daily.
9125Loading...
24
MALU YANG HILANG DAN KEBENARAN YANG DISOROKKAN Aku merujuk seorang pesakit kepada Pakar Perubatan Keluarga di klinik, untuk berbincang mengenai pelan rawatan. Pesakit tersebut merupakan seorang lelaki awal 20-an. Baru bekerja di sektor awam. "Haaish, so many ya HIV & STIs ( Sexually Transmitted Infections) now ya" , keluh Pakar aku. Aku juga melihat trend yang semakin meningkat kebelakangan ini. Jika bukan di peringkat negara sekali pun, setidaknya statistik kasar di klinik kami. Memang membimbangkan. Pesakit tersebut dikesan menghidap HIV sewaktu program derma darah di sebuah pusat beli belah baru-baru ni. Sangkut saringan HIV. Kemudian dia dirujuk ke klinik kami untuk tindakan susulan. Sebagai pegawai perubatan yang mengendalikan kes, antara perkara penting yang perlu ditanya adalah, apa faktor atau penyebab pesakit dapat penyakit tersebut. "Maaf boleh saya tanya, awak dah kahwin ke belum?" , tanya aku sebagai pembuka bicara. "Belum kahwin. Tapi sekarang saya ada girlfriend. Dia ni 'whore' jugak. Sebelum ni dah 'slept' dengan ramai partners before dengan I .. hahaha" , jawab dia sambil ketawa sinis. "Jadi awak dapat ( HIV) dari dia la ya?" , aku ajukan soalan seterusnya. "Possible... Tapi I Biseksual. Ada boyfriend dulu. Kami dah clash. Possible I dapat dari sini jugak kan?" , jawab dia dengan selamba. Rupanya dia Biseksual ( tertarik secara seksual kepada lelaki dan wanita ) dan ada 'multiple partner'. Kalau lihat dari penampilannya, sungguh tak sangka 'background'nya sebegitu. Wajah polos bercermin mata. Kumis nipis dan sedikit janggut persis seorang ustaz. Pakaian kemas dan rapi. 'Looks can be deceiving'. Sedih dan galau jiwa aku mengenangkannya. Dia cerita yang ramai kawan-kawan dia juga punya gaya hidup yang sama. Hidup bebas. Bertukar-tukar pasangan sejak sekolah menengah, kemudian membawa ke IPT, seterusnya ke alam kerja. Mereka 'open' tentang nafsu haiwani dan keinginan songsang masing-masing. Takda sorok-sorok. Lebih parah, yang dah kahwin pun masih ada yang bertukar-tukar pasangan ! Disebut sebagai 'Swinger'. Nauzubillah. Ya Rabb. Sakit kepala. Aku hampir kena 'migraine attack' ketika sesi konsultasi tersebut. Betapa budaya-budaya aneh sebegini kian dinormalisasi dalam masyarakat kita - yakni masyarakat Melayu Islam yang terkenal dengan adat budaya yang sopan santun serta konservatif oleh bangsa-bangsa lain. Mungkin ada yang kata, kemaksiatan yang sama sudah berlaku lama dahulu dalam masyarakat kita. Ya ada betulnya. Tapi setidaknya dahulu para pelaku hanya berada di dalam 'closet' dan masih hormat adat budaya serta ajaran agama. Sekarang mereka semakin berani 'memuncul'kan diri dan bergerak secara berkumpulan untuk mempromosi apa yang mereka 'imani'. Mereka tidak malu dengan maksiat yang dilakukan. Bercerita, berkongsi serta mengajak orang lain untuk sama-sama merasai 'hak kemanusiaan' dan 'hak kebebasan'. Sejajar dengan kehendak gerakan jahiliyah Barat. Timbul pula persoalan lain... Adakah kita masih malu dan segan nak tonjolkan keindahan cara hidup Islam dan malu untuk berdakwah dan islah orang lain kepada Islam? Siapa lagi akan merawat barah ummat jika bukan kita? Jangan kita sorokkan kebenaran di kala kebatilan sedang menonjolkan diri ! إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا Ertinya: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat iaitu diangkatnya ilmu dan kebodohan tampak jelas, dan banyak yang minum khamar dan banyak orang berzina secara TERANG-TERANGAN” (HR Bukhari dan Muslim). الحق بلا نظام يغلبه الباطل بالنظام Maksudnya: “Kebenaran yang tidak tersusun, akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” - athar Saidina Ali Tarbiyah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiyah https://t.me/tarbiahdaily
7652Loading...
25
Media files
6290Loading...
26
Para Rasul adalah qudwah kita dalam segenap perkara. Kali ini kita belajar sesuatu dari mereka. Iaitu apabila mereka merasakan mereka telah tersilap langkah, mereka memohon ampun kepada Allah swt. Dan indahnya, permohonan ampun atau istighfar mereka dijawab terus oleh al-Quran, bahawa Allah menerima permohonan ampun dan istighfar berkenaan. Antaranya permohonan ampun Nabi Musa setelah ia sedar akan kekhilafan terlibat dengan pergelutan kaumnya dan telah menyebabkan kematian seorang lelaki dari kaum Firaun: { قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمۡتُ نَفۡسِي فَٱغۡفِرۡ لِي فَغَفَرَ لَهُۥٓۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ } [Surah Al-Qaṣaṣ: 16] Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Keduanya merujuk Nabi Daud yang menyangka ia telah diuji oleh Allah swt atas suatu kesalahan dan terus memohon ampun: { قَالَ لَقَدۡ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعۡجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦۖ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡخُلَطَآءِ لَيَبۡغِي بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَقَلِيلٞ مَّا هُمۡۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّٰهُ فَٱسۡتَغۡفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّۤ رَاكِعٗاۤ وَأَنَابَ۩ } [Surah Ṣād: 24] Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat). { فَغَفَرۡنَا لَهُۥ ذَ ٰ⁠لِكَۖ وَإِنَّ لَهُۥ عِندَنَا لَزُلۡفَىٰ وَحُسۡنَ مَـَٔابࣲ } [Surah Ṣād: 25] Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). Yang menarik dari kedua-dua ini, Allah swt menceritakan melalui kalamNya bahawa ia segera menerima istighfar berkenaan. Perkataan فَغَفَرَ dan فَغَفَرۡنَا dalam kedua-dua ayat ini dimulai dengan huruf ف yang merupakan kata penghubung "maka". Ia mengisyaratkan kesegeraan Allah mengampunkan mereka. Tidak ada jeda masa antara permohonan ampun dengan proses penerimaan ampun oleh Allah swt. Saudaraku, kita belajar bahawa dari kisah istighfar para Rasul yang diterima ini, ia juga memberi makna bahawa istighfar kita turut akan diterima oleh Allah swt. Tinggal sahaja untuk kita tundukkan ego, serah diri dan kembali kepada Allah. Allah sangat menyukai hambaNya yang kembali kepadaNya - menginsafi kita adalah hamba dan Dia adalah Tuhan. Allah tidak kisah walaupun dosa yang digalas kita memenuhi ruang langit pastikan akan diampunNya. Ayuh isi hari-hari kita yang penuh dosa dan noda dengan taubat dan istighfar padaNya. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
7361Loading...
27
Media files
6260Loading...
28
Siri Tarbiyah Dzatiyah #2 Secara umumnya tarbiyah ini boleh dikatakan proses menanamkan keimanan ke dalam diri seorang muslim sehingga ia menumbuhkan atau membentuk peribadi seseorang itu daripada satu bentuk atau satu keadaan kepada bentuk atau keadaan yang lain; yang lebih baik, sebagaimana yang diinginkan oleh islam. Adakah Seseorang Yang Telah Islam Masih Perlu Kepada Tarbiyah? Saudara pembaca mungkin tertanya-tanya, adakah tarbiyah ini juga ditujukan kepada seseorang yang telah islam sejak lahir atau hanya ditujukan kepada mereka yang baru memeluk islam. Seperti diterangkan di atas, tarbiyah dari segi operasi merupakan proses menumbuhkan iman ke dalam diri seorang muslim, sehinggalah iman itu mekar dan indah dalam hati dan menjadi engin kepada perubahan peribadi berkenaan di aspek-aspek yang lain. Oleh itu, ia juga ditujukan kepada seorang muslim. Ini kerana seseorang yang telah tunduk kepada islam (muslim), belum tentu imannya telah masuk meresap ke dalam jiwa dan pemikirannya sehingga mengesankan ia. Ini adalah seperti maklum balas daripada Allah SWT kepada kaum Arab Badwi yang datang kepada Baginda Ar-Rasul dan menyatakan mereka telah beriman padahal mereka baru tunduk kepada islam. Firman Allah SWT: { ۞قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَٰلِكُمۡ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ } [Surah Al-Ḥujurāt: 14] Abdullah Muhammad Basmeih: Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Sehubungan itu, bukan sahaja tarbiyah imaniyah dituju kepada mereka yang baru terikat dan cenderung kepada islam, bahkan ia turut dituntut bagi seorang yang telah lama islam. Apatah lagi jika islam yang dianuti sejak kecil itu kaku, tidak meresap dalam jiwa dan perasaan dan tidak menggerakkan ia untuk memberi lebih dari batas kefardhuan rukun islam. Siri 1 Tarbiah Dzatiyah Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
8075Loading...
29
Media files
6141Loading...
30
Banyak kejadian keganasan tular baru-baru ini dan sering dikaitkan dengan islam sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kadang-kadang pembawa mesej islam juga perlu bermuhasabah. Kemungkinan kita belum membawa imej yang tepat berkenaan islam. Islam memerlukan para pendakwah yang menyebarkan kefahaman islam dengan akhlak, budi bahasa, santun dan memeluk dengan penuh kasih sayang. Apabila para pendakwah membawa pendekatan yang keras, gertak, sering menerakakan orang, menjerit tidak bertempat dan menggunakan caci-maki, secara tidak langsung ia memberi mesej yang tidak tepat kepada islam. Sedangkan para daie perlu menyebarkan cinta dan salam. Lebih-lebih lagi di Malaysia kita tidak berhadapan dengan zionis, firaun mahupun namrud. Kita menyantuni sesama muslim yang belum sempurna ketundukan mereka. Pendekatan penuh kasih sayang pastinya jalan yang terbaik. Meskipun kita sering disalah fahami. Meskipun ada pihak bercakap tidak baik tentang kita. Meskipun ada pihak melontarkan prasangka dan keraguan tentang kita. Namun maafkan mereka, senyum, salam dan sebarkan cinta. Seorang ulamak dakwah terkemuka mengingatkan kita untuk menjadi seperti pepohon, apabila dibaling batu ia menggugurkan buah-buahan untuk dimakan. Satu perumpaan yang sangat indah. Ketika penduduk Thoif menyambut dakwah Rasulullah dengan balingan batu, baginda balas dengan doa, “semoga lahir dari sulbi mereka zuriat yang mengEsakan Allah” Ayuh sebarkan cinta. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
8090Loading...
31
Media files
6310Loading...
32
Menawan Dengan Akhlak Muhsin Dua kali Nabi Yusuf digambarkan akhlak sebagai muhsinin, terbaik. Pertama kali teman-teman sepenjaranya menyatakan: { وَدَخَلَ مَعَهُ ٱلسِّجۡنَ فَتَيَانِۖ قَالَ أَحَدُهُمَآ إِنِّيٓ أَرَىٰنِيٓ أَعۡصِرُ خَمۡرٗاۖ وَقَالَ ٱلۡأٓخَرُ إِنِّيٓ أَرَىٰنِيٓ أَحۡمِلُ فَوۡقَ رَأۡسِي خُبۡزٗا تَأۡكُلُ ٱلطَّيۡرُ مِنۡهُۖ نَبِّئۡنَا بِتَأۡوِيلِهِۦٓۖ إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ } [Surah Yūsuf: 36] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang muhsinin yang berbuat kebaikan (untuk umum)". Kali kedua oleh abang-abangnya yang dahulu memusuhinya: { قَالُواْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡعَزِيزُ إِنَّ لَهُۥٓ أَبٗا شَيۡخٗا كَبِيرٗا فَخُذۡ أَحَدَنَا مَكَانَهُۥٓۖ إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ } [Surah Yūsuf: 78] Abdullah Muhammad Basmeih: Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang muhsinin yang sentiasa berbudi ". Luar biasa pengaruh akhlak. Ia berjaya melembutkan hati penjenayah yang disumbat dalam penjara dan menundukkan ego sang musuh. إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ Betapa kita memerlukan sang pendakwah yang muhsin, yang menyantuni umat dengan santun dan ketinggian akhlak. Betapa kita memerlukan sang murabbi yang mendidik dengan santun, halus tanpa melontarkan fikiran buruk dan membuat labelan akan tetapi memikat anak didiknya dengan aklak muhsin yang menawan dan menyejukkan. Betapa kita memerlukan orang-orang islam yang meletakkan kedudukan akhlak pada kedudukan paling tinggi kerana akhlaknya seorang muslim adalah cerminan islam. Semoga lebih ramai lahir daei, murabbi dan umat yang memerhatikan isu akhlak persis Nabi Yusuf. Pastinya Allah swt tidak akan menyia-nyiakan orang muhsin: { وَٱصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ } [Surah Hūd: 115] Dan sabarlah kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang muhsin yang berbuat kebaikan. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
8283Loading...
33
Tarbiah Daily di Aplikasi WhatsApp ❗️ Ikuti Chanel Tarbiah Daily di WhatsApp. Tekan: Tarbiah Daily Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah
8092Loading...
34
Anda akan dapati orang yang celik masa depan memberikan tumpuan dan tenaganya untuk mentarbiah dan membina para pemuda. Pemuda adalah batu-bata yang akan menlengkapkan dan mengukuhkan binaan islam yang tersergam indah itu. Pada mereka ada keimanan, keikhlasan, semangat dan sentiasa bersedia untuk bekerja. Al-Quran telah membariskan ramai tokoh muda sepanjang sejarah manusia yang menjadi tulang sulbi menyebarkan dan mempertahankan agama tauhid ini. Mereka yang melaburkan masa untuk membimbing dan membina para pemuda telah membuat pelaburan yang tepat dan mempunyai wawasan yang jauh. Semoga para pemuda kita terus diislah untuk menjadi generasi pewaris agama dan bangsa di masa hadapan. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah
8472Loading...
35
Malam Ini Insyaallah ❗️❗️❗️
8740Loading...
36
🌟 Sertai Program Bersiri NOVA! 🌟 Anda baru sahaja habis SPM? Persoalan seterusnya: Apa langkah seterusnya? Kami ada jawapannya! SPMLEAVERS mempersembahkan NOVA, program online bersiri khas untuk lepasan SPM! 🗓️ Episode Pertama: "Asasi Better? Betul ke?" 📅 Tarikh: 17 Mei 2024 (Jumaat) ⏰ Masa: 9:30 PM - 11:00 PM Apa yang anda akan pelajari: ✅ Kelebihan dan kekurangan program Asasi ✅ Tips dan panduan untuk berjaya dalam Asasi ✅ Sesi Q&A langsung dengan Senior Berpengalaman Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk episod pertama dan persiapkan diri anda untuk melangkah ke alam pra-universiti dengan yakin! 👉 Daftar di sini: [https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScgH0vrOljCLE3X5zjsacQQcYEYo_HrbLuRxNABX48k1eADgg/viewform] 👈 Share kepada rakan-rakan anda! Ayuh melangkah ke masa depan yang cerah bersama-sama! 🌟 #NOVA #SPMLEAVERS #LepasanSPM #PraUniversiti #Batch06
9172Loading...
37
Betapa luluh hati kita membaca berita seperti ini yang dilaporkan media dan diakui sendiri oleh pengadu yang menghubungi sebuah talian radio di tanah air. Bagaimanakah terwujudnya suasana seperti ini dalam sebuah rumah tangga. Telah roboh fungsi keluarga sebagai kubu selamat untuk melindungi anak-anak. Kini ia tidak lagi menghadirkan perasaan aman, tenang dan kecintaan. Di manakah rosaknya? Alangkah masyarakat kita memerlukan tangan-tangan pembimbing yang membawa mereka dari lapis-lapis kegelapan dan kejahilan ini. Para lelaki perlu diberi tarbiah keimanan, diasuh dan dibaja dengan wangian wahyu. Begitu juga para ibu turut memerlukan kefahaman yang jelas lagi benar. Ini menunjukkan kerja mentarbiah masih banyak. Masih memanggil dan menarik perhatian para daie agak menggiatkan usaha. Semoga para murabbi terus kuat memberi pencerahan. { أَوۡ كَظُلُمَٰتٖ فِي بَحۡرٖ لُّجِّيّٖ يَغۡشَىٰهُ مَوۡجٞ مِّن فَوۡقِهِۦ مَوۡجٞ مِّن فَوۡقِهِۦ سَحَابٞۚ ظُلُمَٰتُۢ بَعۡضُهَا فَوۡقَ بَعۡضٍ إِذَآ أَخۡرَجَ يَدَهُۥ لَمۡ يَكَدۡ يَرَىٰهَاۗ وَمَن لَّمۡ يَجۡعَلِ ٱللَّهُ لَهُۥ نُورٗا فَمَا لَهُۥ مِن نُّورٍ } [Surah An-Nūr: 40] Abdullah Muhammad Basmeih: Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
7121Loading...
38
Media files
6961Loading...
39
Tadabur al-Kahf: Dakwah Dengan Cinta Itulah ungkapan yang boleh kita simpulkan secara mudah tatkala menekuni ayat berikut dari Surah Al-Kahfi; فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا (Abdullah Muhammad Basmeih) Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. -Sura Al-Kahf, Ayah 6 Ayat ini memberi isyarat, penolakan mad'u yakni orang yang didakwahi oleh Rasulullah saw memberi kesan sangat mendalam kepada Baginda ar-Rasul, ibaratnya percintaan yang tidak berhasil! Baginda dipesan oleh mutiara wahyu yang turun untuk merespon dan merawat fenomena jiwa dan hatinya yang dipukul kuat oleh penolakan-penolakan kafir Quraysh, agar tidak terlalu bersedih sehingga membinasakan diri! Masih adakah para daie yang sedih sampai ke tahap itu? Ya jika dakwah dibuat kerana belas kasihan dan cinta kepada makhluk yakni manusia lain. Dan barangkali tidak ada, jika dakwah sekadar melepaskan amanah tabligh dan dibuat seperti pahat dengan penukul. Bahkan mungkin kita berkeluh-keluh kerana dakwah ini kerap memeningkan kepala dan acapkali berniat untuk meninggalkannya dan teruskan kehidupan seperti biasa. Kerap kali dakwah tidak diberikan hak, tumpuan dan cinta yang sewajarnya. Sering kali, double standard . Demi angka-angka cemerlang dalam pelajaran, pujian dan merit atas kertas penilaian, pulangan dari perniagaan dan maklum balas pelanggan yang berpuas hati, kita memberikan yang terbaik dalam urusan berkenaan. Tetapi mad'u ternyata bukan pelanggan yang boleh memberi pulangan kewangan. Kerana itu, tidak perlulah berfikir panjang dan bersusah payah untuk dakwah, jalankan sekadar ada! Tetapi sekiranya cinta, kita akan berikan segalanya. Sehingga jatuh sakit, pening, berkerut-kerut memikirkan penyampaian dakwah yang terbaik. Semoga tadabur kita ini mengingatkan kita kepada slogan cinta Nabi dan janji untuk menuruti dan membenarkan ajarannya. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
9614Loading...
40
Himpunan hadis berkenaan kedudukan menjadi seorang pendidik, jurutarbiah. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah
1 0666Loading...
Photo unavailableShow in Telegram
Salam Jumaat. Tenang-tenang beehadapan dengan ujian. Maknanya Allah sedang beri perhatian kepada kita. Ia akan berakhir: ✅ Kita diganjari atas kesabaran ✅ Darjat diangkat kerana lulus ujian ✅ Kita pelajari kenali kelemahan diri ✅ Peluang untuk upgrade kapasiti menanggung beban Senyum 😊 Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah
Show all...
7🔥 2
Tadabbur Surah Al Hajj Dalam Al Quran ada satu surah, yang namanya Al Hajj. melihat kepada tajuk, kita merasakan ini adalah surah tentang ibadah haji, atau cara melaksanakan haji semata-mata. tetapi menelusuri surah ini, ia bercerita tentang lebih dari sekadar haji. tentang Hari Kiamat. tentang taqwa. tentang perintah jihad. Apa perkaitannya, dengan ibadah haji?
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْۚ اِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيْمٌ "Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya guncangan hari Kiamat itu adalah sesuatu yang sangat besar." QS. Al-Hajj[22]:1
Seruan ayat pertama adalah tentang taqwa dan peringatan hari kiamat. Sesungguhnya pada kebanyakan manasik haji, suasana nya sangat hampir dengan keadaan hari kiamat. kita berhimpun dalam keramaian. kita melalui episod episod perjalanan. kita tinggalkan segala kesenangan. dan pada setiap perjalanan itu, yang ada hanya kita dan Tuhan.. maka taqwa adalah sebaik baik bekalan. agar segala ujian menjadi ringan. pada setiap detik yang berlalu, selitkan waktu untuk memuhasabah diri, merenung sedalamnya tentang hubungan kita dan Pencipta, memohon ampun dengan sebuah taubat nasuha.. ketika melakukan pelbagai manasik haji, yang terkadang hikmahnya kurang dimengerti, tetaplah tunduk pada perintah Tuhan tanpa ragu kerana inilah puncak ketaatan seorang hamba. inilah taqwa yang kita cari, sebagai bekalan dunia dan akhirat nanti sesungguhnya haji adalah ibadah hati, maka persiapkan hati kita agar benar benar bersedia untuk menghadapNya.. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Show all...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

3
Berbaki 2 hari sebelum kita memasuki bulan Zulhijjah tahun 1445H. Insya Allah nantikan siri perkongsian Travelog Haji dari kolumnis Tarbiah Daily dan juga tulisan membekas dari kisah Nabi Ibrahim AS sekeluarga. * Erti sebenar حج. Maksud haji dari segi bahasa adalah قصد, yang bererti menuju atau berangkat. Tapi,  حج bukan setakat قصد ataupun berangkat sahaja, Tapi Hajj adalah menuju kepada satu keperluan ataupun hajat. Proses memerlukan kepada hajat itu dipanggil Hajj. Setiap manusia pasti memerlukan sesuatu. Dan keperluan terbesar untuk semua manusia adalah pastinya kebaikan dunia dan akhirat. Pada surah Baqarah ayat 196-200 membicarakan tentang ibadah Haji. InsyaAllah semoga di kesempatan lain kita akan share kan tafsir & tadabur ayat-ayat ni. Ayat-ayat tentang Haji ini ditutup dengan ayat 201 iaitu :
وَمِنْهُمْ مَّنْ يَّقُوْلُ رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” Al-Baqarah [2] : 201
Inilah puncak keinginan semua manusia. Lihatlah, doa ni bukan setakat orang haji je akan baca, iaitu ketika tawaf diantara rukun yamani & hajarul aswad. Tetapi doa ni adalah antara doa harian untuk orang yang tidak ber haji jugak. Maka, haji ni hanyalah antara satu jalan untuk kita mendapatkan kebaikan dunia & akhirat, bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.anha. Beliau pernah bertanya kepada Rasulullah. Kata beliau :
يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلَا نُجَاهِدُ قَالَ لَا لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ Maksudnya :” Wahai Rasulullah, kami melihat  jihad adalah sebaik-baik amalan. Adakah perlu kami berjihad. Baginda saw bersabda “ Tidak, akan tetapi sebaik-baik jihad ialah haji mabrur.” Riwayat al-Bukhari (1423)
Untuk para jemaah haji, bergembiralah kalian kerana kita diberi peluang & ruang untuk melaksanakan sebaik-baik jihad ni. MasyaAllah. Namun, untuk umat islam yang masih belum berpeluang ke haji lagi, ayuhlah kita cari jalan-jalan untuk kita capai kebaikan dunia akhirat kerana itulah puncak keperluan sebenar untuk seorang yang digelar manusia. Wallahualam. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Show all...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

9👍 2🥰 1
Nota Penting Perkongsian Tuan Nadir 1. Pejuang di Palestin sedar mereka menentang israel yang merupakan suatu bangsa yang kecil tetapi kuat dan hebat dari sudut keilmuwan. Kerana itu pecinta pembebasan Palestin perlu mempersiapkan diri dengan ilmu juga. 2. Pemuda di Barat bangkit membawa isu Palestin atas dasar kemanusiaan & menolak kezaliman. Sedangkan pemuda islam perjuangkan Palestin kerana isu akidah dan keimanan. Maka pemuda Islam lebih patut memperhebat penglibatan mereka dalam isu ini. 3. Tidak cinta maka tidak akan berjuang. Tidak kenal maka tidak cinta. Perjuangan Palestin suram dalam kalangan pemuda kerana lemah cinta dan tidak mengenali / arif sejarah Palestin. Solusinya perlu dipergiat usaha memberikan maklumat dan kesedaran. 4. Industri termahal dimiliki oleh Palestin ialah industri yang melahirkan rijal. Ia bermula sejak mereka kanak-kanak, ditarbiah dengan Al al-Quran, diberikan matlamat yang jelas untuk menewaskan israel. 5. Pemuda Malaysia perlu keluar dari zon selesa. Perlu cakna isu umat. Perlu belajar bersungguh-sungguh sehingga pakar dalam bidang masing-masing dan berazam untuk bebaskan Palestin. Ada banyak lagi point menarik. Jemput tontong. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Show all...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

👍 9😭 3
Repost from N/a
Dengarkan Perkongsian Khas Tweets Dari G Untuk Pemuda Malaysia Live di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=kiSYcwEs27k
Show all...
TWEET DARI GAZA WITH NADIR NURI

Photo unavailableShow in Telegram
TERKINI ❗️❗️❗️❗️ Program tweet dari Gaza bersama Tuan Nadir yang ditngguhkan sebelum ini insya Allah akan berlangsung pada malam ini. Daftar di: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSevj_hWArSCyIy5UaJRvXOxJDxeeYSR1A3KW7CDkdQ1wFYd6w/viewform Insya Allah link platform akan diedarkan dalam masa terdekat.
Show all...
👍 7🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
فمن كان الله معه لم يفقد شيئاً ومن تخلى الله عنه فلن يجد إلا الضياع و الضلال “Whoever has Allah with him does not lose anything, and whoever Allah abandons him will find nothing but loss and misguidance.” Syeikh Mustafa Masyur #bekalandijalandakwah
Show all...
😭 8🔥 5
Tadabur al-Qur'an - Ibrah Penyebutan Maryam Binti Imran Dalam al-Quran Sekurang-kurangnya 31 kali nama Maryam disebut dalam al-Qur'an. Sebahagian besar ia disebut dalam konteks nama nabi Isa as yang dibinkan kepada Maryam dan sebahagian yang lain ia disebut secara bersendirian merujuk kepada Maryam sendiri. Namun, menariknya hanya sekali sahaja dalam al-Qur'an nama Maryam disebut dengan penasaban kepada sang ayah iaitu Maryam binti Imran dan penyebutan ini ada dalam surah At-Tahrim sebagaimana berikut:
{ وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٰنَ ٱلَّتِيٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَٰتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَٰنِتِينَ } [Surah At-Taḥrīm: 12] Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.
Penyebutan nama ini pada surah ini merupakan satu bentuk keajaiban al-Quran memberi teguran sangat halus bagi mereka yang mahu memahami. Surat At-Tahrim turun menjelaskan antaranya isu konflik rumah tangga Rasulullah yang menurut sirah dicetuskan oleh Aishah r.anha dan Hafsah r.anha. Beberapa perilaku mereka mendapat teguran daripada Allah swt. Memang perbuatan mereka adalah tanggungjawab mereka yang mukallaf. Namun di sisi lain, secara tidak langsung perbuatan ini memberi kesan orang sekeliling mereka juga tambahan pula Aishah berbintikan Abu Bakr manakala Hafsah berbintikan Umar; keduanya sahabat terulung Rasulullah s.a.w. Dengan mengangkat kisah lejen Maryam yang dibintikan kepada Imran; satu-satunya sebutan dalam surah ini mengingatkan mereka dan kita bahawa dalam banyak situasi, tindakan dan perbuatan kita turut mencerminkan orang sekeliling kita. Mereka akan turut terpalit. Begitu seni dan halus al-Quran menegur supaya kita berfikir banyak kali sebelum bertindak kerana mungkin ramai yang akan "terpalit". Apabila ada perbuatan tidak baik, orang akan bertanya, "Anak siapa tu?" "Budak kampung mana?" "Dia dulu sekolah mana?" Dan pelbagai hubungan cuba dikaitkan. Oleh itu, selain menjaga batas dosa dan pahala dalam tindakan kita, jagalah juga nama, imej dan kehormatan yang kita bawa sebagai seorang muslim, daie, isteri, suami, anak dan pelbagai gelaran yang kita sandang agar mereka di sekeliling kita tidak terpalit. Tarbiah Daily Tiada hari tanpa tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Show all...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

12👍 2
IBRAH AL KAHFI - APA YANG MENGHALANG KITA UNTUK MEMELIHARA AGAM ALLAH? Dalam satu hadis Rasulullah memberikan pesan kepada Ibn Abbas,
احفظ الله يحفظك Peliharalah (agama / hukum) Allah, nescaya Allah akan memeliha engkau.
Melalui hadis ini, hadis-hadis lain dan sebilangan ayat Quran menunjukkan ganjaran yang diberikan oleh Allah swt adalah setimpal dan bersesuaian dengan amalan seseorang itu. Prinsip atau kedah kepada perkara ini disebut:
الجزاء من جنس العمل Ganjaran adalah mengikut jenis amal.
Maksudnya? Kebaikan dibalas dengan kebaikan. Kejahatan dibalas dengan kejahatan. Pemeliharaan dibalas dengan pemeliharaan Ingatan pada Allah dibalas dengan ingatan dari Allah Lupa pada Allah dibalas dengan dilupakan oleh Allah swt Sebagai contoh bebalik kepada pesan Rasulullah, jika kita memelihara agama dan hukum Allah, Allah akan memelihara kita sama ada dunia dan apatah lagi akhirat kita! Ini telah berlaku kepada pemuda kahfi. Mereka lari dari kerajaan zalim, bersembunyi di balik gua untuk memelihara dan mempertahankan akidah yang benar. Lalu Allah memelihara mereka di dunia lagi. Bagaimana Allah memelihara mereka?
{ وَتَحۡسَبُهُمۡ أَيۡقَاظٗا وَهُمۡ رُقُودٞۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ وَكَلۡبُهُم بَٰسِطٞ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡهِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارٗا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡهُمۡ رُعۡبٗا } [Surah Al-Kahf: 18] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
Antaranya semasa mereka ditidurkan selama berapa ratus tahun itu (bukankan itu satu bentuk pemeliharaan?) Allah bolak balikkan badan mereka. Ternyata membolak balikkan badan mereka ada kebaikan dari sudut sainsnya. Ia akan mengelakkan mereka terkena bedsores atau pressure ulcer kerana tekanan dari berat badan yang terlalu lama. Bedsore boleh menyebabkan luka dan seolah berkudis pada kulit. Baca: bedsore https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bed-sores/symptoms-causes/syc-20355893#:~:text=Bedsores%20are%20injuries%20to%20the,%2C%20ankles%2C%20hips%20and%20tailbone. Kerana itu orang yang lumpuh dan bedridden atas katil perlu dibolak balik setiap beberapa jam untuk mengelakkan kulit mereka rosak dan berkudis akibat tekanan berat badan ini. Subhanallah, sampai ke tahap itu penjagaan dari Allah! Lalu apa yang menghalang kita untuk memelihara agamaNya? Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Show all...
Bedsores (pressure ulcers) - Symptoms and causes

These areas of damaged skin and tissue are caused by sustained pressure — often from a bed or wheelchair — that reduces blood flow to vulnerable areas of the body.

14👍 1
ANDA MEMBUKA PINTU MANA? Ada perbandingan sangat menarik dalam surah Yusof berkenaan pintu. Yang pertama adalah adegan isteri al-aziz menutup pintu-pintu istana untuk memastikan aktiviti sumbang yang ia hajati tidak dihidu. Ini merupakan usaha gigih dengan segenap daya kerana didorong dengan hasrat untuk melakukan kejahatan. Padahal boleh kita bayangkan pintu-pintu istana itu besar saiznya, banyak, mewah dan berat. Untuk menutup kesemuanya memerlukan usaha dan perancangan yang rapi dipandu otak yang geliga. Tidak mudah! Firman Allah swt:
{ وَرَٰوَدَتۡهُ ٱلَّتِي هُوَ فِي بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٰبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ رَبِّيٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَايَۖ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ } [Surah Yūsuf: 23] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
Di babak yang lain Allah swt menyebut tentang pintu-pintu kebaikan. Sebagaimana hasrat Nabi Yaakub dalam ayat berikut:
{ وَقَالَ يَٰبَنِيَّ لَا تَدۡخُلُواْ مِنۢ بَابٖ وَٰحِدٖ وَٱدۡخُلُواْ مِنۡ أَبۡوَٰبٖ مُّتَفَرِّقَةٖۖ وَمَآ أُغۡنِي عَنكُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَيۡءٍۖ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَعَلَيۡهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُتَوَكِّلُونَ } [Surah Yūsuf: 67] Abdullah Muhammad Basmeih: Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
Idea Nabi Yaakub dilontarkan dalam rangka kebaikan, untuk menyelamatkan anak-anaknya kalau ada marabahaya, maka tidak semuanya tersangkut di satu pintu ke Mesir sahaja. Kedua-dua kisah yang berkaitan pintu ini mengingatkan kita sebuah hadis:
إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر، فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه، وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه. Di antara manusia ada padanya kunci pembuka kebaikan dan penutup kejahatan. Beruntunglah mereka yang dijadikan Allah pembukan kebaikan di tangannya dan celakalah sesiapa yang dijadikan Allah pembuka kejahatan di tangannya.
Lalu bagaimana dengan kita? Pintu mana yang kita akan buka hari ini? Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Show all...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

👍 11 4