St David's Channel
Open in Telegram
To update the parents with latest information of the school (Memberi maklumat terkini kepada para ibu bapa)
Show more3 278
Subscribers
-424 hours
-67 days
+2330 days
Posts Archive
3 278
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pn Nor Azizah binti Muhammad Ishak atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Ikon Admin DELIMa (SM) Peringkat Negeri Melaka 2026. πππ»
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan usaha gigih beliau dalam memperkasakan penggunaan DELIMa serta pendidikan digital di SMK Tinggi St David.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah.
Enter to Learn, Depart to Serve.
St David, We Are The Best! π
3 278
π SYABAS DAN TAHNIAH! π
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada En Arman bin Razali, GPK Kokurikulum, atas kepimpinan dan komitmen cemerlang sehingga SMK Tinggi St David menerima Anugerah Pelibatan Tertinggi MSSM Kebangsaan (Sekolah Menengah).
Sekalung tahniah juga kepada:
π Cikgu Yusnima binti Yusof β Anugerah Pengisian Rekod Sesi Kaunseling Terbanyak (Sekolah Menengah).
π Cikgu Muhammad Riduan Efendy bin Muhamad Hanapiah β Penghargaan atas khidmat bakti sebagai Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Daerah (Olahraga).
Pengiktirafan daripada PPD Melaka Tengah ini membuktikan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan warga St David dalam melaksanakan amanah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua guru untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan sekolah.
Enter to Learn, Depart to Serve.
π ST DAVID, WE ARE THE BEST! π
3 278
π SYABAS DAN TAHNIAH! π
Setinggi-tinggi tahniah kepada murid SMK Tinggi St David atas kejayaan dalam pertandingan Peringkat Negeri Melaka 2026:
π₯ Mbrithiga Vimalan β Naib Johan Drone Edu Challenge IR4.0.
π Loo Chee Zheng β Johan MY Robotic Challenge (MYRC).
Sekalung penghargaan kepada Cik Fatin Zahidah dan Cik Koh Chian Rou atas komitmen, bimbingan dan usaha gigih dalam membantu murid mencapai kejayaan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga St David untuk terus mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah.
Enter to Learn, Depart to Serve.
π ST DAVID, WE ARE THE BEST! π
3 278
Salam sejahtera dan salam St David.
Kepada barisan LPS, PIBG, Alumni, ibu bapa dan penjaga, guru-guru serta seluruh warga St David yang dihormati,
Marilah kita bersama-sama mendoakan calon-calon SPM 2026 agar dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan semangat yang kuat untuk menghadapi setiap kertas peperiksaan. Semoga mereka dapat menjawab dengan yakin, berusaha bersungguh-sungguh dan memperoleh kejayaan yang membanggakan.
Doa, sokongan dan kata-kata semangat kita amat bermakna buat mereka. Semoga segala usaha calon-calon SPM dipermudah dan diberkati.
Enter to Learn, Depart to Serve.
St David, We Are The Best!
3 278
Kepada :
Pengetua & Guru Besar
Askm wtb & salam sejahtera :
Perkara : Pelaksanaan UASA & Peperiksaan Akhir Tahun T4
Mohon akur Kenyataan Media KPM iaitu Penangguhan UASA & Peperiksaan Akhir Tahun T4 pada minggu hadapan
Dalam menghadapi situasi krisis perlu ada kebersamaan dan keakuran pada arahan untuk mengelakkan kekeliruan dan isu lain.
Terima kasih
3 278
MAKLUMAN PEPERIKSAAN PPSA DAN UASA
Salam sejahtera.
Untuk makluman, peperiksaan PPSA dan kertas UASA yang dijadualkan pada esok, Jumaat, 16 Oktober 2026, akan diteruskan seperti biasa. Murid diminta hadir dan bersedia untuk menduduki kertas peperiksaan yang telah dijadualkan.
Penangguhan yang diumumkan oleh KPM adalah bagi pelaksanaan UASA pada minggu hadapan. Jadual baharu bagi kertas yang terlibat akan dimaklumkan kemudian.
Harap maklum dan terima kasih.
3 278
*Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.*
Tuan/Puan,
Bersama-sama ini dilampirkan KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PELAKSANAAN UASA MINGGU HADAPAN DITANGGUHKAN untuk siaran dan tindakan selanjutnya.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
Sekian, terima kasih.
UKK KPM
