1 883
Subscribers
-124 hours
-17 days
+2930 days
Posts Archive
1 883
PERHATIAN CALON SPM 2026
Pastikan persediaan anda lengkap sebelum hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
✅ Bawa dokumen pengenalan diri yang sah seperti Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) atau pasport pada setiap hari peperiksaan.
🚫 Patuhi larangan penggunaan peranti elektronik sepanjang peperiksaan, termasuk telefon bimbit, jam pintar, fon telinga, tablet, komputer riba dan cermin mata pintar.
Semak persediaan anda, patuhi arahan peperiksaan dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk menjawab setiap kertas dengan tenang.
Selamat Maju Jaya!

Follow 🔵 @ppgb2
1 883
JOM KONGSIKAN KEPADA SEMUA MURID
BENGKEL PENGUASAAN KALKULATOR SAINTIFIK CASIO
CASIO dengan kerjasama Teacher Mirah akan mengadakan bengkel untuk membantu murid meningkatkan keyakinan dan minat dalam Matematik dengan penggunaan kalkulator saintifik sebagai alat untuk menyemak jawapan dan membantu pemahaman dalam Matematik.
Tarikh : 24hb Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang Platform: https://www.youtube.com/watch?v=Rxj1BRq3QSk
Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang bertuah!
Mohon cikgu kongsikan kepada murid dan ibu bapa agar lebih ramai dapat menyertai.
1 883
*MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI KEDAH PADA 19 OKTOBER 2026*
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Dan Salam Malaysia MADANI.
Merujuk kepada arahan pengoperasian Institusi Pendidikan semasa Jerebu. Maka dengan merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa sehingga jam 2.00 Petang 18 Oktober 2026. Bacaan menunjukkan semua kawasan di Negeri Kedah adalah dibawah Paras 100.
Sukacita dimaklumkan bahawa semua sekolah di Negeri Kedah akan beroperasi seperti biasa pada 19 Oktober 2026.
Sekian.
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
18 Oktober 2026
1 883
*MAKLUMAN PENANGGUHAN PEPERIKSAAN DI NEGERI KEDAH*
Assalamualaikum Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
Selaras dengan *Kenyataan Media* (KM) oleh *Kementerian Pendidikan Malaysia* (KPM) bagi susulan situasi jerebu yang masih melanda negara, semua *peperiksaan* yang dijadualkan pada minggu hadapan adalah *DITANGGUHKAN* sehingga ketetapan selanjutnya dimaklumkan.
KM yg dikeluarkan adalah meliputi seluruh negara maka ia perlu ada kebersamaan dalam mematuhi arahan ini.
Sehubungan itu, semua sekolah di bawah JPN Kedah dimohon mengambil maklum, akur dan mematuhi arahan ini serta memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa / penjaga.
Kerjasama semua pihak amat dihargai.
Terima kasih.
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
17 Oktober 2026
1 883
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mohon semua Ibu bapa / earis untuk mengisi borang di atas.
Terima kasih.