496
Subscribers
No data24 hours
+57 days
+1230 days
Posts Archive
Tulisan sedikit panjang - Isu Tahfiz Sains
1. Alhamdulilah hari ini dapat kiriman whatsupp dari seorang ibu kepada murid saya Afif tingkatan 2. Ibunya mengucapkan rasa syukur kerana anaknya dapat result UASA yang sangat membanggakan bagi kami yang melihat Afif murid yang biasa² sahaja sebelum ini.. ini juga diakui oleh Tn Hj Abd Razak Leman PK1 SMKA Maahad Muar - Rasmi
2. Semuanya bermula apabila Afif mula menekuni murajaah al-Quran dengan saya pada awal tahun 2023. Walaupun sebenarnya ia bermula lagi awal dari itu, seingat saya bulan April 2022 ketika Afif berada di tingkatan 1.
3. Afif menunjukkan minat begitu mendalam untuk duduk dibawah jagaan saya, tapi saya agak susah menerima murid baharu, kerana bimbang ‘tak tahan’ dengan modul saya. Ini terbukti ada beberapa murid yang terkandas ditengah jalan dalam mengikuti modul ini. Oleh sebab tulah saya tidaklah terus menerima melainkan mengujinya terlebih dahulu dengan beberapa ‘test’.
Afif lepas ujian itu, sejak dari itu, Afif tidak menoleh ke belakang… dia lakukan semua yang saya mahu.. waktu rehat pagi, kawan² nya ke kantin dia datang mencari saya buat murajaah, setiap malam ketika kawan lain prep, dia datang lakukan murajaah, cuti hujung minggu pagi dan malam juga datang mencari saya untuk lakukan murajaah.
4. Komitmennya pada murajaah al-Quran sungguh luar biasa. Kami tak mampu menerima murajah 3-6 juz sehari seperti di madrasah. Kami mampu 1-2 juz sahaja dibaca dihadapan guru.
5. Ya kami akui kami dari sistem Tahfiz Sains miskin, tidak semewah masa seperti Tahfiz Sepenuh Masa Aliran Perdana. Tapi ini tidak membuatkan kami berputus asa. Kami miskin masa, tapi kami kayakan kemahuan. Kami mahu ingat Quran!
6. Sepanjang proses ini ada beberapa ujian yg beliau hadapi antaranya :
1. Masa Quran vs masa untuk buat homework
2. Masa Quran vs masa dengan member
3. Masa Quran vs masa tidur
4. Masa Quran vs masa cuti sekolah
5. Ujian mulut kawan² dan orang sekeliling dan banyak lagi yg sukar saya kongsikan disini.
Semua itu alhamdulilah afif dapat tangani dengan baik. Saya yakin ramai murid Tahfiz Sains mampu buat seperti Afif bahkan memang sudah ada murid² dibawah seliaan saya yang mengalami proses sebegini dan berjaya melanjutkan pelajaran dibidang agama dan sains luar dan dalam negara.
7. Saya tidak setuju pandangan sinis terhadap sistem Tahfiz Sains. Saya akui ia ada kelemahan sana sini dan jujur saya katakan sayalah orang paling benci dengan sistem ini pada awal² ia diperkenalkan pada 10 tahun lepas. Tapi ruang, peluang sentiasa ada kata guru saya Ust Yunus Abdul Kadir guru tasmik saya yang pertama ketika menghafaz di Kelantan 25 tahun lepas.
8. So, jangan kerana sebahagian murid Tahfiz Sains yang tak ingat quran, kita terus nak membakulkan sampah sistem ini dan mengatakan projek yang gagal. Trust the process. Usaha, sabar, tawakal, itqan dalam jalan ini. InsyaAllah pasti tuhan berikan seperti kurniaan Allah kepada Afif dan seniornya.
9. Saya fikir anda kena fikir semula persepsi itu dan datang sini, duduk tidur sini, tengok aktiviti murid kami dan uji serta teliti bacaan dan ingatan bacaan murid kami.
“ Tinggalkan apa yang kau bimbangkan, kejarlah apa yang Tuhan janjikan”
Che Azizi Che Kadir
Guru Quran
SMKA Maahad Muar
19 Februari 2024
12.17am - masih jet lag lagi
📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/p/tgxDGv9gcTxBrJvS/?mibextid=WC7FNe
1. Semasa saya melakukan pembentangan Amalan Terbaik di beberapa sekolah yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) ada rakan² guru yang bertanya bagaimana saya menguruskan proses murajaah anak² halaqah?
2. Mungkin ramai yang belum tahu bahawa masa menghafaz di sekolah² sebegini tidak semewah seperti di madrasah aliran perdana pendidikan tahfiz. Mereka begitu ‘kaya’ dengan masa siang dan malam untuk melakukan aktiviti murajaah.
3. Maka, tidak hairan mereka dapat mengulang dihadapan guru 3 hingga 5 juz sehari. Keadaan ini berbeza di sekolah KBT. Murid² perlu menguruskan masa mereka untuk al-Quran, subjek akademik dan Ko-kurikulum.
4. Oleh itu, antara teknik murajaah yang pernah saya lakukan dinamakan teknik 5 al-Qassam. Saya gunakan teknik ini untuk mengurus murajaah anak² halaqah. Teknik ini menetapkan 20 muka surat (1 juz) dibahagikan kepada 4 bahagian (hari). Setiap hari murid akan murajaah 5 muka sahaja dihadapan guru.
5. Cara ini berterusan hingga murid dapat membaca 1 juz selama 4 hari (lengkap satu kitaran).
6. Kitaran ini akan berlangsung sebanyak 3 kali. Kemudian murid di ‘lepaskan’ untuk melakukan murajaah sendiri.
7. Guru perlu berikan carta ini kepada murid bersama jadual murajaah harian. Ini penting supaya murid serius dan tahu bahawa Hafazan Baharu perlu seiring dengan Murajaah Hafazan Lama.
8. Hari ke-5 saya akan ‘tebuk’ menguji hafazan murid yang telah melengkapkan satu kitaran.
Perkara ini saya lihat amat berkesan. Tidak ada alasan lagi bagi mengatakan tidak ada masa untuk melakukan murajaah.
Kata Hukama’ :
ما لايترك كله لايترك جله
Perkara yang tak dapat buat semua, Jangan tinggal semua
Che Azizi
SMKA Maahad Muar - Rasmi
