341
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
koperasi belum lagi beroperasi menggunakan kad digital. koperasi akan bermula operasi cashless pada tahun 2024.
murid² jga sudah boleh membuat pinjaman buku di pusat sumber menggunakan kad digital pada waktu rehat.
assalamulaikum dan salamsejahtera.. berikutan ada ibubapa/penjaga sudah topup kad digital..mulai esok pihak kantin menerima bayaran menggunakan kad digital.
Isnin(4 Disember 2023), Tn Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail telah melancarkan MINGGU DIGITAL MATEMATIK yang bermula dari 4 Disember hingga 8 Disember 2023.
Pelbagai akitiviti menarik telah dirancang oleh Panitia Matematik bagi menjayakan Pendigitalan dalam Matematik.
Antara Aktiviti yang dijalankan, Maths Wordwall Challenge, Cabaran Gamifikasi Matematik, MathKahoot, Mathematics Quiziz, Maths Decathlon, Kuiz Kemahiran Digital Matematik, Math Riddle, Teka Coklat, Congak Pantas, SifirRia Dan Woksyop STEM Outreach Jalinan bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Ayuh...sama-sama kita meriahkan.
#MATHS is FUN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Makluman kepada ibubapa/waris. Kad QR CODE sudah diserahkan kepada anak tuan/puan. Oleh itu, diminta tuan/puan membawanya semasa PELANCARAN PENDIGITALAN SEKOLAH esok Sabtu 25.11.2023 bagi tujuan tunjuk cara penggunaanya secara langsung. Harap maklum.
Assalamualaikum dan Salam Sejehtera
JEMPUTAN TAKLIMAT KHAS SISTEM PENDIGITALAN SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan pelaksanaan Program Pendigitalan Sekolah kepada semua murid bagi membudayakan penggunaan ICT di peringkat sekolah selaras dengan Program Transformasi Sekolah TS25. Program ini memerlukan penglibatan ibubapa/penjaga untuk merealisasikan pelaksanaan program ini. Sehubungan dengan itu, pihak akan mengadakan taklimat khusus bagi tujuan ini pada ketetapan berikut:
Tarikh : 25 November 2023
Masa : 8.00 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Tapak Perhimpunan Gemilang SKBJ
Pihak sekolah dalam proses mengedarkan KAD DIGITAL kepada semua murid bagi memudahkan murid mengekses kemudahan yang terdapat di sekolah. Antara kemudahan KAD DIGITAL yang disediakan adalah
1. Pinjaman buku bacaan di Pusat Sumber
2. Rekod kehadiran RMT
3. Krhadiran Kokurikulum
4. Laporan Kerja Rumah Murid (School Homework)
5. Rekod keluar masuk kelas
6. Rekod pinjaman buku TEKS
7. Pembelian Tanpa Tunai di kantin dan Koperasi (CASHLEES)
Pihak sekolah amat berbesar hati kehadiran tuan/puan dalam Taklimat ini. Disamping itu Guru Besar SKBJ yang baru Encik Ahmad Kaber Bin K.Ismail juga ingin bersama-sama sesi suai kenal bersama-sama tuan/puan. Semoga Sekolah kita dipereratkan hubungan Pihak sekolah bersama ibubapa/Penjaga SKBJ dan terus mencapai kecemerlangan
https://apps.apple.com/us/app/me12pay/id1435476449?ls=1
apk pendigital me12pay utk penguna iphone👆
