Najmi Farisham
Open in Telegram
2 041
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-1830 days
Posts Archive
2 041
Menurut Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, ada 4 perkara yang merosakkan badan.
1. Kerisauan.
2. Kesedihan.
3. Kelaparan.
4. Berjaga malam.
Itulah.
Najmi Farisham,
Simple tapi padat.
.
2 041
Saya nak jual tiket bas Mutiara.
Kota Bharu ke Puchong Prima
21 Jun 2024
9 malam
RM30
Puchong Prima ke Kota Bharu
23 Jun 2024
1:30 petang
RM30
Boleh WhatsApp : http://bit.ly/TiketBasNF
2 041
Rezeki sungguh jemaah haji yang sekapal dengan Tuan Guru Dato Dr. Abdul Basit Abdul Rahman ketika dalam perjalanan untuk menunaikan ibadat haji beberapa hari lepas.
Duk atas awan pun masih berpeluang untuk mendengar tazkirah ringkas dan padat sebegini. Itu belum lagi pengisian sepanjang keberadaan di sana. Insya-Allah penuh dan puas hati.
Rindu sebenarnya.
Dengar lafaz talbiah yang dilaungkan itu pun dah boleh menggugurkan air mata. Gagah dan bergetar.
Saya kongsikan videonya di sini untuk tatapan dan diambil panduan buat semua orang.
Itulah.
Najmi Farisham,
Labbaikallah humma labbaik.
.
2 041
Esok pagi, disunatkan kepada seluruh umat Islam untuk keluar menunaikan solat hari raya. Tak kira tua muda, lelaki perempuan. Semua pakatlah keluar meraikan hari kemenangan ini.
Buat kaum wanita yang nak masak, kasi settle terus malam ini. Esok pagi, mandi sunat siap-siap dan pakai baju terbaik yang kalian ada lalu pergilah ke masjid.
Bertakbir raya sama-sama.
Solat sunat hari raya sama-sama.
Pakat dengar khutbah raya sama-sama.
"Halah, sunat ja kan?"
Ya betul, namun ia sunat yang dituntut. Solat ini dikerjakan 2 kali sahaja setahun, usahakanlah untuk buat. Jangan abaikannya kerna ia sunah Nabi SAW yang kita kasihi.
Saya terbaca ada orang tak pernah solat raya pun sepanjang hidupnya. Ya Allah, sayang sungguh. Namun yang bagusnya, dia ada kesedaran dan boleh terus berubah.
Percayalah, raya akan lebih bermakna jika kita sambutnya mengikut sunah yang agama telah tunjukkan. Bukannya dengan main mercun tak ingat dunia, pusing kampung dengan motor sampai kering minyak.
Balik raya jauh-jauh, hadap jem lama-lama, mohon cuti kemain susah. Akhirnya pagi raya duk tidur membuta sahaja. Sangat rugi. Awal pagi lagi dah tak bermakna.
Tinggalkan kejap urusan lain. Di dapur ke, kerja ke, tengah menonton tv ke, tidur ke. Bangun dan pergilah memulakan hari raya ini dengan hal yang sangat dituntut dalam agama.
Ramadan dah berlalu pergi. Kini tiba Syawal pula untuk kita raikan. Buatlah yang terbaik. Jadikan Syawal ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Itulah.
Najmi Farisham,
Salam Syawal 1445 Hijrah.
https://www.facebook.com/share/p/yoztbUJKVxEpTRjn/?mibextid=oFDknk
.
2 041
Jemput download buku infografik ini sebagai panduan dan ilmu tambahan bagi menghadapi Ramadan tahun ini.
2 041
Ni soalan biasa bila masuk bulan Ramadan.
Jawapan saya :-
1. Puasa tetap sah walaupun 30 hari penuh tak mandi wajib.
2. Sebab syarat sah puasa tak semestinya kena mandi wajib.
3. Cuma sedikit pelik kalau tak mandi wajib walaupun sehari, awak tak solat ke?
4. Syarat sah untuk solat mestilah suci daripada hadas kecil dan besar. Maksud hadas besar di sini ialah keluar mani, bersetubuh, keluar haid dan nifas.
5. Nabi SAW pernah bangun tidur dalam keadaan junub iaitu berhadas besar selepas bersama isterinya pada malam hari. Lalu Baginda SAW mandi wajib dan teruskan berpuasa.
6. Nasihat saya, jangan lambatkan mandi wajib sebab kita perlu menjaga solat wajib. Apalah gunanya berpuasa jika tak solat sedangkan solat itu tiang agama.
7. Manakala jika terbangun lewat pagi, teruskan berpuasa walaupun belum mandi wajib.
8. Rukun Islam ada 5 yang perlu kita jaga iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan melaksanakan haji jika berkemampuan.
Itulah.
Najmi Farisham,
Moga bermanfaat.
.
2 041
Kawan,
Kami baru bawa masuk Kurma Tangkai untuk Ramadan kali ini. Tapi jangan terkejut sebab kami dan buang tangkainya siap-siap. Hihi. Ini juga antara kurma yang saya suka makan.
Buah baru.
Rasa sedap. Tak manis sangat, tak tawar sangat. Sedan-sedan kata orang.
Teksturnya juga tak keras sangat, tak lembut sangat.
Kotak cantik. Kalau nak hadiahkan kepada kenalan, jiran tetangga, kawan sepejabat, anak mukim, jemaah masjid, memang sesuai sangat.
Kami siap packing kecil-kecil 250 gram setiap kotak. Kalau nak beli perkarton pun ada, klik saja link di bawah ya.
Shopee : https://shope.ee/1fupiStrrW
Website kami : https://osini.co/B/yBgwJdanOD3p
Itulah.
Najmi Farisham,
Puasa dah dekat.
.
2 041
Dari zaman belajar lagi, saya tak jadikan Hajarul Aswad sebagai fokus utama untuk dikucup. Sebab saya tahu, bukan mudah. Mesti kena berhimpit-himpit dan menolak sana dan sini.
Cukuplah saya menatapnya dari jauh. Ketika tawaf, buat isyarat angkat tangan bila melintasi penjuru Hajarul Aswad sambil bertakbir mengagungkan Tuhan yang menciptakan batu tersebut. Cukup!
Mengucupnya, sunat. Kalau keadaan tenang, pasti saya pergi. Tapi bila gayanya dah macam nak pergi perang, saya tarik handbrake awal.
Kejap tarik orang depan.
Kejap siku orang kiri kanan.
Kejap tendang orang belakang.
Itu tak kira lagi orang yang buat kita. Nak jaga mulut lagi, nak pelihara hati pula. Sungguh mencabar.
Yang tu terbuka kain ihram. Yang ni tertarik kain tudung. Yang tu duk terkepit bawah ketiak bini orang. Yang ni duk melepek atas belakang suami orang. Hm.
Oleh itu, berbalik kepada hukumnya semula iaitu sunat.
Nak buat hal sunat sehingga menyakiti orang di sekeliling ni, perlu semak balik. Perlu berhenti sejenak dan fikir. Tanya diri, "Betul ke cara aku ni?"
Kita bukan nak meremehkan perkara sunat tau. Mengucup Hajarul Aswad, jelas sunah Nabi SAW. Namun sampai buat hal-hal haram yang lain, itu memang tak kena.
Seringkali ada jemaah tanya saya dulu, "Dah berapa kali kucup Hajarul Aswad? Rugilah duk sini tapi tak pergi."
Saya akan balas dengan senyuman sahaja.
"Insya-Allah kalau Allah izin, kita pasti dapat kucup Hajarul Aswad tu." Ini biasanya kata-kata semangat ketua rombongan ketika meluru ke penjuru Kaabah.
Saya setuju tu. Tapi adakah Allah izin tu, tanda Allah reda?
Itulah.
Najmi Farisham,
Moga Allah jaga kita semua.
https://www.facebook.com/share/p/7k26KSicNvtxxh7p/?mibextid=oFDknk
.
2 041
Jom kita buat income geli-geli dengan Kurma Ramadan tahun ini. Tak perlu keluar modal pun. Segala urusan pos, saya uruskan semuanya. Kalian cari pembeli sahaja.
Masuk group Telegram ya: https://t.me/+WQoeXs-laI0GRqjY
2 041
Dividen KWSP 2023 dah diumumkan.
Konvensional 5.50%.
Syariah 5.40%
Beza 0.10% sahaja di atas kertas.
Namun hakikatnya lebih lagi sebab di simpanan konvensional ada bahagian yang tak patuh syariah. Jadi kena asingkan duit tu dan salurkan ke baitulmal.
Bagi mereka yang sepenuhnya simpan di simpanan syariah, dah tak risau dan pening pasal ni. 5.40% ini sepenuhnya milik kalian.
Alhamdulillah, kini simpanan syariah dah setanding dengan simpanan konvensional.
Kalau dulu orang tak nak beralih kepada yang patuh syariah sebab dividennya rendah. Namun kini tidak lagi. Syukur!
Bagi kawan-kawan yang masih lagi menyimpan di simpanan konvensional, beralihlah kepada akaun simpanan patuh syariah.
Kena buat sendiri tau. Benda ni tak automatik. Boleh cuba buat di aplikasi KWSP ataupun terus ke kaunter untuk dibantu.
Itulah.
Najmi Farisham,
Alhamdulillah, syukur.
https://www.facebook.com/share/p/M6KGHxEnF1gHkgTs/?mibextid=oFDknk
.
2 041
Bungkusan kurma tahun ini lebih cantik, elegan dan mewah. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat mereka yang tersayang. Barulah mereka akan rasa lebih dihargai, cewah!
Macam dalam gambar, ini bungkusan 250 gram. Boleh dibawa ke mana sahaja. Letak dalam kereta, kutlah jalan jem nak balik rumah. Bolehlah berbuka dengan kurma yang lazat ini.
Kalian boleh pilih nak kurma yang mana.
Ajwah Aliyah.
Ajwah Madinah.
Safawi.
Mejdool.
Sukkari.
Setiap daripadanya ada 2 pilihan bungkusan iaitu 250 gram dan 500 gram.
Sengaja saya letak di Shopee supaya kalian dapat menikmati Free Shipping. Jimat! Klik link di bawah ya:-
https://shope.ee/1qDwVt7HxR
https://shope.ee/1qDwVt7HxR
Itulah.
Najmi Farisham,
Jom dapatkan Kurma Ramadan.
#NF
.
2 041
Syaaban ni, biasanya ramailah yang pakat berpuasa sunat. Tak kurang juga yang ambil peluang terakhir untuk gantikan baki puasa wajib tahun lepas.
Dan semestinya seperti tak lengkap ja puasa kalau tak ada kurma saat berbuka dan sahur.
Dah alang-alang Ramadan pun dah tak lama, saya nak buka tempahan kurma asli dari tanah arab. Insya-Allah kualitinya terbaik, rasanya sedap dan harganya pula berpatutan.
Kalian boleh tempah di link bawah ya,
https://shope.ee/1qDwVt7HxR
Boleh beli untuk diri sendiri.
Beli untuk mak ayah di kampung.
Beli untuk adik beradik dan sedara mara di bandar.
Juga untuk sahabat dan kawan-kawan sepejabat.
Itulah.
Najmi Farisham,
Saudagar Kurma Kegemaran Kalian. Cewah!
#NF
.
