SRC MRSM KOTA PUTRA
Open in Telegram
895
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-130 days
Posts Archive
CARA UTK JOIN LIVE DI INSTAGRAM
1. Pergi ke akaun @srcmrsmkopu
2. Tunggu di profile @srcmrsmkopu, ada tulis live, tekan di situ
link ig BWP :
https://www.instagram.com/srcmrsmkopu?igsh=MTR3YXhnZDJvMXMxcw==
Assalamualaikum wbt,
Insyaallah pada 9.15 malam hari ini iaitu 7 Januari 2024 , pihak BWP akan mengadakan bacaan Yasin secara dalam talian buat Allahyarhamah Cikgu Nafizah dan Allahyarhamah Ibu Ustaz Halim melalui live di akaun Instagram Rasmi BWP iaitu @srcmrsmkopu.
Semua pelajar diminta untuk menonton live tersebut bagi sama sama membacakan surah Yasin 🩷 .
Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah...
Solat jenazah telah dilaksanakan di Masjid Al-Muhammadi, Bachok.
Jenazah Allahyarhamah Cikgu Nafizah telah selamat dikebumikan pada pukul 10:48 pagi tadi di Tanah Perkuburan Beris Kubor Besar, Bachok.
Assalamualaikum W.B.T. 💐
Dukacita dimaklumkan guru kaunselor kita, Cikgu Nafizah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.50 malam , 7 Januari 2024.
Mari kita sama - sama sedekahkan Al-Fatihah serta mendirikan solat jenazah ghaib buat arwah cikgu Nafizah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh.
Aamin Ya Rabbal Aalamin 🤲
Assalamualaikum W.B.T. 💐
Dukacita dimaklumkan guru kesayangan kita, Cikgu Izzat telah dijangkiti virus Covid-19 pada minggu lepas.
Mari kita sama - sama mendoakan Cikgu Izzat supaya diberikan kesembuhan dan dilindungi daripada sebarang kesan sampingan Covid-19.
Semoga dengan izin Allah SWT, Cikgu Izzat bakal kembali sihat walafiat dan dapat menjalani setiap hari yang akan datang dengan penuh rahmat dalam lindungan-Nya.
Aamin Ya Rabbal Aalamin 🤲
Assalamualaikum wbt, 🌷
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Ustaz Abdul Halim, Puan Aini binti Sulaiman baru sahaja meninggal dunia pada pagi tadi.
Sesiapa yang berkelapangan, marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah serta mendirikan solat jenazah ghaib kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin Ya Rabbal Aalamin 🤲
Assalamualaikum wbt ,
Perhatian kepada semua pelajar, berkenaan datang ke maktab untuk pengambilan barang , pelajar hanya dibenarkan untuk datang ke maktab pada hari bekerja sahaja. Kebenaran untuk datang ke maktab pada hari minggu masih dalam proses permohonan. Sekiranya sudah mendapat kelulusan, kami akan maklumkan kemudian.
Di samping itu, pelajar dikehendaki untuk maklumkan kepada mana-mana BWP selepas selesai mengisi borang tersebut.
Assalamualaikum wbt.
Perhatian kepada semua pelajar yang mempunyai masalah atau ingin menetapkan semula password untuk e-mel maktab anda (tpxxxxxx@kputra.mrsm.edu.my), anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor berikut dengan membuat panggilan atau mesej melalui Whatsapp :
+60 19 232 5773 (En. Saufi)
+60 13 933 1092 (En. Ridhuan)
Anda perlu menyertakan nama penuh dan nombor maktab anda semasa menghubungi nombor tersebut.
Kerjasama yang anda berikan amat kami hargai ✨
Assalamualaikum w.b.t.
Rentetan daripada pelaksanaan PdPR secara mengejut, pelajar MRSM Kota Putra diberi kebenaran untuk datang ke maktab bagi mengambil barangan. Namun yang demikian, pelajar perlu membuat permohonan kebenaran masuk ke maktab sebelum datang ke maktab bagi memudahkan urusan pelajar dan pihak maktab. Pelajar boleh mengisi microsoft form menggunakan pautan di bawah. Sila baca arahan yang diberikan dalam microsoft form sebelum mengisi borang.
https://forms.office.com/Pages/ResponsePage.aspx?id=FQm-uFehYkSZarR7GdzfRBCNfVsqDrdAp_T2BTYXTVtUNjY0TkhCREdWV0lNVVNQSFc3UldUV1RXMS4u
Para pelajar juga diminta untuk mematuhi peraturan pemakaian maktab. Diharapkan pelajar dapat memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang berlangsungnya pdpr.
Diingatkan, _touch card_ adalah diwajibkan bagi pelajar sebelum memasuki perkarangan maktab.
Pelajar diminta untuk menggunakan emel kputra yang telah diberi untuk mengisi borang ini.
Chief Hanisa
BWP 23/24
Exco Akademik
Assalamualaikum w.b.t.
Berikut merupakan jadual terkini sepanjang kelas pdpr berlangsung. Diharapkan para pelajar dapat mematuhi jadual seperti yang berikut dan menghadiri kelas pdpr tambahan pula dengan peperiksaan akhir yang semakin mendekat.
🚨 PENGUMUMAN RASMI PENTING🚨
Assalammualaikum wbt,
Para pelajar MRSM Kota Putra yang dikasihi dan dirahmati sekalian.
Amanat daripada Pengetua MRSM Kota Putra pada 8.38 p.m, 31 Disember 2023:
"Berikutan gangguan bekalan air di beberapa kawasan dalam daerah Besut yang turut menjejaskan bekalan air ke MRSM Kota Putra, BPM bersetuju agar pelajar tingkatan 1-4 dibenarkan untuk tidak pulang ke maktab dan PdPR dilaksanakan secara dalam talian. Manakala pelajar tingkatan 5 perlu pulang ke maktab untuk melaksanakan sesi PdP secara bersemuka."
Adalah diharapkan rakan pelajar dapat memastikan tanggungjawab dilaksanakan sepanjang PdPr berlangsung seperti:
•Menepati masa serta menghadiri kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan
•Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
•Memberikan respon yang baik dan sopan kepada guru dan sebagainya.
Moga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan segala usaha kita dalam menuntut ilmu ini mendapat keberkatanNya
🚨PENGUMUMAN PENTING🚨
Assalamualaikum wbt ,
Perhatian kepada semua pelajar, kita dikehendaki untuk pulang ke maktab pada esok hari iaitu Isnin , 1 Januari 2024 . Pastikan anda semua berpakaian rasmi maktab dan tiba di maktab sebelum jam 5.00 petang .
Setakat ini tiada arahan mengenai penangguhan atau pdpr akan dilaksanakan.
Sekian , terima kasih. 💐
Perbaiki tahun 2024 dengan doa ini;
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِى دِينِىَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى وَأَصْلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيهَا مَعَاشِى وَأَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِى فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ
“Allahumma aslih lii diiniilladzii huwa ‘ismatu amrii, wa aslih lii dun-yaayallatii fiihaa ma’aasyii, wa asl-lih lii aakhirotiillatii fiihaa ma’aadii, waj’alil hayaata ziyaadatan lii fii kulli khoirin, waj’alil mauta roohatan lii min kulli syarrin"
Aamiin YRA ♥️
Assalamualaikum wbt ,
Pesanan mesra kepada semua pelajar, kita akan pulang ke maktab pada hari Isnin , 1 Januari 2024 . Pastikan anda semua berpakaian rasmi maktab dan tiba di maktab sebelum jam 5.00 petang .
Pesanan juga kepada semua pelajar lelaki untuk :
• membawa set baju melayu putih lengkap
• membawa sandal
• membawa songkok hitam
• membawa kopiah putih
• memotong rambut mengikut potongan yang dibenarkan sahaja
Sekian , terima kasih . 🌷
Assalamualaikum semua , di sini saya sertakan pautan-pautan untuk anda semua melawat akaun Instagram rasmi bagi semua BKP . Diharapkan agar semua pelajar dapat mengikuti akaun-akaun ini supaya tidak terlepas pandang mengenai info-info yang akan dikongsikan dan tidak ketinggalan sekiranya BKP mengadakan program secara dalam talian 😊
BWP
https://www.instagram.com/srcmrsmkopu?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
LDP
https://www.instagram.com/ldp.kotaputra?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
JPA
https://www.instagram.com/jpakopu?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
BADAR
https://www.instagram.com/badarkopu?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
PRS
https://www.instagram.com/peerskopu.co?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
RCC
https://www.instagram.com/rcckotaputra?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
EMC
https://www.instagram.com/emc.kopu?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
ALK
https://www.instagram.com/elqers.kopu?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
SIDANG
https://www.instagram.com/sidang.kopu?igsh=YzVkODRmOTdmMw==
Assalamualaikum W.B.T.
Kami seluruh warga MRSM Kota Putra doakan Kak Ina agar Kak Ina dikurniakan kesembuhan serta ketabahan untuk menghadapi setiap langkah dalam hari-hari yang akan datang. Semoga Kak Ina sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.
Pelajar MRSM Kota Putra merindui kehadiran Kak Ina di maktab. Semoga dengan keizinan-Nya
Kak Ina dapat kembali bersama kami di bumi Kota Putra. ❤🩹✨
Amin Ya Rabbal Aalamin. 🤲💐
Sesungguhnya setiap ujian yang Allah hantarkan kepada hamba-Nya bagi melahirkan kekuatan demi bangkit semula dan kembali melangkah dalam kehidupan. 💪
