SRC MRSM KOTA PUTRA
Open in Telegram
895
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-130 days
Posts Archive
Repost from ❝𝐬𝐩𝐦 𝐬𝐭𝐮𝐝𝐲 𝐜𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫❞
TAK TAHU MACAM MANA NAK STUDY WAKTU CUTI
JOMLAH JOIN ILMU FREE BY MCPLUS !!
FREE UNTUK SEMUAA
* Download app mcplus
* Log in as new student
* Tekan enter class and masuk kls ikut jadual !
Assalamualaikum wbt, pelajar-pelajar MRSM Kota Putra!
Adakah anda bersedia untuk menyertai satu cabaran yang akan mencabar semangat dalam diri anda? BWP 23/24 kini kembali dengan satu program khas yang pasti akan membangkitkan semangat produktif anda!
Sertai kami dalam Virtual Run MRSM ACROSS TERENGGANU! 🏃♂️ Dengan kerjasama di antara empat MRSM di Terengganu, kami menyediakan inisiatif ini untuk menerapkan kecergasan dan keaktifan dalam diri setiap warga maktab.
Setiap penyertaan akan diberi ganjaran e-sijil dan merit yang lumayan !
Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi warga maktab yang kekal cerdas dan cergas !💪🏼
Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3,
Memandangkan pada hari Sabtu dan hari Ahad ini, para pelajar akan mula hadir ke maktab bagi menjalani sesi persekolahan dan menduduki PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2, 2023, maka proses mengisi borang untuk mengambil barang akan diberhentikan pada HARI INI iaitu 16 Januari 2023. Oleh itu, proses mengambil barang pula diberhentikan pada HARI ESOK iaitu 17 Januari 2023.
Diharapkan semua pelajar boleh memberikan komitmen dan kerjasama yang baik.
Persiapkan lah diri anda bagi menduduki peperiksaan pada minggu depan dengan baiknya.
"Usaha Tangga Kejayaan"
Perhatian kepada para pelajar,
Bermula minggu hadapan, pemakaian uniform rasmi sekolah adalah kembali seperti biasa. Mohon para pelajar bersedia💐
Jangkaan air akan pulih pada 20/1/2024. Jika masalah air masih belum selesai seperti sedia kala, sila bersedia dari fizikal dan mental berkenaan isu ini. Pihak maktab telah berusaha sehabis baik untuk memastikan kebajikan para pelajar terjamin.💪🏿
Tambahan pula, kita akan menghadapi peperiksaan akhir sesi akademik bagi sesi 23/24. Jangan putus semangat dan harapan, selagi belum sampai tarikh peperiksaan, teruskan usaha. Tiada istilah terlambat atau tidak sempat. Semoga memperoleh kejayaan💐💐💐
Assalamualaikum kepada semua pelajar,
Berdasarkan maklumat Yang baru sahaja diperoleh dan juga peperiksaan semester yang bakal tiba, semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dikehendaki untuk hadir semula ke maktab pada 20/1/2024 (Sabtu) ATAU pada 21/1/2024 (Ahad) sebelum jam 5.00 petang.
Mohon pastikan segala peraturan kemasukan kembali pelajar ke maktab dipatuhi terutamanya dalam skop pemakaian dan kekemasan rambut bagi pelajar lelaki.
Para pelajar juga diingatkan agar touch card semasa kembali ke maktab.
Untuk itu, semua pelajar dikehendaki untuk mengisi maklumat berkaitan bagi tujuan penyediaan makanan di pautan di bawah :
https://forms.gle/gdy8UJeb4k2Q9qrq9
Hari terakhir untuk isi pautan pd 18/1/2024 (Khamis)
Para pelajar juga diminta untuk menyediakan bekalan minuman dan bekas air yang mencukupi sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Pihak maktab juga sentiasa berhubung dengan pihak SATU dan telah melakukan apa jua yang terdaya demi memastikan kebajikan para pelajar terjamin.
Segala pertanyaan dan permasalahan boleh berhubung dengan pihak maktab.
Untuk makluman para pelajar, terdapat sedikit kesilapan pada jadual yg dikongsikan tadi. Para pelajar boleh rujuk jadual yg baru ni ya. Maaf ats kesilapan. Usaha sebaik dan sehabisnyaa, insyaAllah kejayaan milik kamu💐💐💐
Assalamualaikum
Perhatian kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
Berikut merupakan JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER 2, 2023 (UASA) yang akan berlangsung bermula pada 22 Januari 2023 sehingga 6 Februari 2023.
Para pelajar diminta untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan kelak. Teruskan usaha selagi ada masa, man jadda wa jada💪🏻💐💐💐
Assalamualaikum
Perhatian kepada semua pelajar 📢📢📢
Berikut merupakan amanat daripada TPPP
Assalamualaikum wmt. Wbt.
Pihak maktab telah berbincang secara tidak rasmi berkenaan kembali semula pelajar tingkatan 1,2 dan 3 ke maktab.
Melihat kepada perkembangan selenggaraan pihak SATU, digambarkan bahawa bekalan air akan pulih seperti biasa lebih kurang seminggu lagi.
Oleh itu, mohon pihak ibubapa dan pelajar bersedia dengan kemungkinan tersebut. Apa yang boleh digambarkan ialah, jika air telah pulih pada hari ini, maka esoknya pelajar perlu hadir ke maktab. Tambahan pula pelajar akan menghadapi Ujian Akhir Semester. Bagi yang jauh dan perlu kepada tempahan tiket, mungkin dibenarkan datang lebih awal iaitu pada 20 Januari dan bersedia jika air masih belum pulih sepenuhnya.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB juga digambarkan bahawa bekalan air boleh pulih seperti dijadualkan iaitu 21 Januari atau lebih awal.
Sekian, terima kasih.
TPPP
bp: Pengetua
MRSM Kota Putra.
Semua pelajar perlulah bersedia dengan segala kemungkinan bagi pulang ke maktab berikutan masalah air yg berkemungkinan akan pulih dalam jangka masa yang terdekat.
Assalamualaikum wbt , disini saya sertakan Jadual Pdpr bagi 16-18 Januari 2024. Pdpr sebaiknyaa, fokus waktu kelas dan teruskan usaha💐
Assalamualaikum WBT,
Perhatian kepada semua pelajar yang kehilangan atau kerosakkan kad matrik , anda boleh membuat tempahan kad matrik baharu menerusi link di bawah. Diingatkan juga tempahan hanya boleh dibuat SEKIRANYA mempunyai masalah dengan kad matrik SAHAJA .Link tempahan akan ditutup pada jumaat jam 11:59 malam
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfsKhb_NvDiUgMavMJSDkgjBbnMfB6MIdL-H4Sy6ReW839umw/viewform?usp=sf_link
Assalamualaikum w.b.t
Insyaallah pihak BADAR akan mengadakan live bacaan surah Al Mulk pada setiap malam melalui live instagram @badarkopu. Bacaan Al Mulk akan berlansung pada jam 10:30 malam .
Berikut ialah link instagram BADAR MRSM KOTA PUTRA👇🏻
https://www.instagram.com/badarkopu?igsh=MWxnZ3JyYmx0M3U5Nw%3D%3D&utm_source=qr
Diharapkan para pelajar dapat meluangkan masa untuk sama sama menghidupkan malam dengan bacaan ayat ayat Al-quran.
#Lillahitaala
InsyaAllah semua pelajar boleh join sekarang 😊 💕
Bacaan Yassin & Tahlil buat Allahyarhamah Cikgu Nafizah, Allahyarhamah Ibu Ustaz Halim dan Allahyarham Encik Shahril Nizam, yang merupakan ayah kepada Hafizudin 🤍
Assalamualaikum semua
Kita gunakan link baharu utk Bacaan Yassin & Tahlil malam ini 😊
akan mula pada 9.15 malam
https://meet.google.com/ixq-mdfy-qpt
Assalamualaikum WBT
InsyaAllah mari semua join live Bacaan Yassin & Tahlil buat Allahyarhamah Cikgu Nafizah & Allahyarhamah Ibu Ustaz Halim 😊🤍
https://www.instagram.com/badarkopu/live/17986780865370430?igsh=MWticXdvYnI3aWRsNw==
Assalamualaikum wbt 🌻
InsyaAllah pada 9.00 malam hari ini iaitu 8 Januari 2024 , pihak BWP akan mengadakan bacaan Yasin & Tahlil secara dalam talian buat Allahyarhamah Cikgu Nafizah dan Allahyarhamah Ibu Ustaz Halim melalui live di akaun Instagram Rasmi BWP iaitu @srcmrsmkopu.
Semua pelajar diminta untuk menonton live tersebut bagi sama sama membacakan surah Yasin dan Tahlil buat arwah 🤲🩷 .
Assalamualaikum wbt , disini saya sertakan Jadual Pdpr bagi 16-18 Januari 2024
