cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

TarbiyahFillah🌼

Kejar redha Allah Jangan jadikan manusia penghalang kita. Biar kita hilang manusia kerana Allah bukan hilang Allah kerana manusia💖 Since July 2018 Anything pm @thegadisdakwah

Show more
Indonesia98 698The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
227
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

𝟭𝟬 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗬𝗘𝗜𝗞𝗛 𝗗𝗥. 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗧𝗛𝗜 1. Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid. 2. Ketika mendengar suara azan; di mana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah. 3. Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan. 4. Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah. 5. Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 6. Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu. 7. Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang menyukaimu tetapi Allah membencimu. 8. Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah ( mengumpat ) pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain pula. 9. Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian. 10. Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemungkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak. (Petikan dari kitab Bathinul Ithsmi (باطن الإثم), karangan Syeikh Ramadhan al-Buthi) #KalamUlama
Show all...
SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk? Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya? JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal. Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk. Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri. Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur. Dari Imran bin Husain r.a. berkata: Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab: مَنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ، وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَائِمِ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَاعِدِ Maksudnya: “Siapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.'' [Hadis Riwayat Bukhari] Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat. Dari Abu Musa Al- Asy’ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda: إذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتب مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا Maksudnya: “Apabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.” [Hadis Riwayat Bukhari] Wallahua’lam • Persatuan Belia Nasional Islam • @pembinapkb
Show all...
5 tips bagaimana untuk khusyuk di dalam solat. 1) At-tafahhum – Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya. 2) At-Ta’zim – Merasakan kebesaran Allah seolah olah berada dihadapnNya. 3) Al- Haybah – Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan. 4) Ar-Rajak – Mengharapkan Rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat yang kita lakukan akan diterima. 5) Al-Hayak – Merasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadapNya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapNya. @islamitu_indah
Show all...
Orang beriman itu akan berakhlak kepada sesiapa sahaja. Walaupun kepada tukang maksiat. Kata ulama: الدين هو الاخلاق لا دين لمن لا اخلاق له Agama itu adalah akhlak, tiada agama bagi siapa yang tiada akhlak kepadanya. [Ustaz Syamil Zain] @tarbiyahfillah
Show all...
Menuntut ilmu adalah TAQWA Menyampaikan ilmu adalah IBADAH Mencari ilmu adalah JIHAD -Imam Al-Ghazali @tarbiyahfillah
Show all...
HABIB UMAR BIN HAFIDZ pernah berkata di suatu majlisnya bahwa kalau ada orang yang berkata pada kita. Kenapa perlunya cinta dan sayang kepada RASULULLAH SAW sampai menangis? Kenapa berlebihan seperti itu? Maka jawab kepada mereka, ‎"BAGINDA RASULULLAH ﷺ telah terlebih dahulu menangis kerana kita. Kerana dosa kita.. Tidak pernah ada insan yang pernah mendoakan kita, yang minta pada ALLAH untuk mengampuni dosa kita seperti sebagaimana BAGINDA RASULULLAH ﷺ .." ‎Menangislah apabila hati ini tak pernah rindukan Nabi ﷺ 😭 @tarbiyahfillah
Show all...
"Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa berteman walaupun keseorangan.. kosongnya hati kita dari mengingati Allah membuat kita kesepian walaupun berada ditengah keramaian Jadi penuhilah hati kita dengan mengingatiNYA..moga hidup kita sentiasa terisi dengan kasih dan rahmatNYA".. Ziadatul khair @tarbiyahfillah
Show all...
Jika hari ini kita dipilih oleh Allah, duduk dalam perjuangan Islam, dapat merasakan kemanisan perjuangan, berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita untuk menjadi pencerah dan pembela kebenaran, tetaplah istiqomah dalam menjaga syariat Allah swt sehingga penghujung jalan. @tarbiyahfillah
Show all...
Positive and kind words can empower, encourage, motivate and help move someone towards their goals. Always choose words that can heal not destroy. @tarbiyahfillah
Show all...