en
Feedback
NotaKamaliaKamal

NotaKamaliaKamal

Open in Telegram

Ilmu kenali pasangan & bff dengan KKDI

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel NotaKamaliaKamal

Channel NotaKamaliaKamal (@notagirlboss) is an active participant. Currently, the community unites 46 709 subscribers, ranking 301 in the Psychology category and 643 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 46 709 subscribers.

According to the latest data from 08 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -548 over the last 30 days and by -12 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.74%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 1.21% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 1 748 views. Within the first day, a publication typically gains 564 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 6.
  • Thematic interests: Content is focused on key topics such as nak, kak, benda, kawan, karakter.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Ilmu kenali pasangan & bff dengan KKDI

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 09 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Psychology category.

46 709
Subscribers
-1224 hours
-1257 days
-54830 days
Posts Archive
Check anda Karakter apa secara percuma di sini 👇👇👇👇👇 http://bit.ly/kkdi2

Nak tahu ayat Vitamin Cinta bagi lelaki angau kat kita..

Penat jadi mak, susahnyaa nak handle anak 😭

Helloooo.....

Dia kata, isteri dia selalu cakap, "Awak ni budak-budak. Pemikiran tak matang. Semua benda tak reti." Ayat yang sama, over and over again. Sampai satu masa, depan orang ramai, isteri dia pernah cakap, "Nasiblah aku kahwin dengan orang macam kau. Tak matang. Itulah susah kahwin dengan orang muda ni." Kak Kay tanya, "Tuan rasa apa?" Dia jawab, "Saya dah 12 tahun kahwin, Kak Kay. Saya dah mati rasa. Saya dah tak ada apa nak rasa." Yang buat Kak Kay sedih, dia bukan datang sebab nak cerai. Dia cuma kata, "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma nak bercakap. Saya rasa tak ada apa dah yang boleh dibuat dengan isteri saya." Dia kerja dengan company US, waktu malam. Gaji banyak habis untuk rumah;bil, sewa, makan. Dia cuma simpan RM100, RM200 untuk diri sendiri. Bila Kak Kay tanya, "Kalau Tuan boleh bagi nasihat dekat orang lain, apa Tuan nak cakap?" Dia jawab, "Jangan kahwin dengan orang yang lebih tua." Kak Kay tanya kenapa. Dia kata, "Mungkin saya ni dapat perempuan macam ni. Kadang-kadang dia pijak-pijak saya pun ada. Tapi saya diam. Saya tak nak gaduh." Lepas tu dia tanya, "Saya ni macam budak-budak ke, Kak Kay?" Waktu tu Kak Kay rasa sangat sedih. Sebab Kak Kay terfikir, lelaki ni boleh jadi anak lelaki Kak Kay. Dan Kak Kay rasa, jadi lelaki zaman sekarang ni sangat-sangat susah. Perempuan sekarang semakin bijak. Dan bijak tu bukan masalah. Tapi kadang-kadang kita ada trauma yang kita tak pernah settlekan. Bila masuk relationship, pasangan pula yang kena hadap. Kita marah, merajuk, terasa, nak dipujuk... Sampailah suami dah tak ada tenaga nak melawan. Dia cuma cakap, "Ikutlah kau." "Ikutlah." Kita ingat dia okay sebab dia tak bersuara. Padahal mungkin dia dah mati rasa. Dan kita pula tak sedar yang kita rasa kita je betul. Kita je mudah terasa. Suami yang kena faham kita. Geng-geng wife dekat luar sana, kalau ada benda yang you tak puas hati dengan husband, jangan terus spill out semuanya. Sebab mungkin masa tu bukan you yang sedang bercakap. Mungkin anxiety you yang bercakap. You kata, "Aku tak ada anxiety." Tapi bila husband tak balik, "Mana? Kat mana? Kenapa tak balik? Pergi mana?" Itu pun boleh jadi anxiety. Kalau pasangan you jenis lembut dan tak melawan, jangan ingat dia okay. Sebab bukan perempuan je boleh mati hati. Lelaki pun boleh mati hati. Ramai sebenarnya suami yang baik. Yang tolong jaga anak, bagi isteri me time, ikut isteri pergi pasar, cuba jaga hati isteri. Hanya kerana husband you tak complain pasal you, doesn't mean you are perfect. Hanya kerana dia tak attack you, doesn't mean you boleh attack dia over and over again. You kena belajar conflict management. You kena belajar the art of responding. Dan paling penting, you kena tanya diri sendiri... "Aku ni defensive ke?" Sebab mungkin selama ni kita sibuk tengok salah pasangan, sampai kita tak pernah tengok apa yang kita buat dalam relationship tu.

Sampailah Kak Kay tanya, "Apa sebenarnya ayat isteri yang buatkan Tuan sampai datang jumpa Kak Kay?"
Sampailah Kak Kay tanya, "Apa sebenarnya ayat isteri yang buatkan Tuan sampai datang jumpa Kak Kay?"

Swan, jumpa khamis 8 malam tau. Register sini https://thephotolicious.onpay.my/order/form/kkdi2026
Swan, jumpa khamis 8 malam tau. Register sini https://thephotolicious.onpay.my/order/form/kkdi2026

Sekarang Kak Kay nak cakap pasal kita pula. "Kalau aku nak masuk dalam relationship, atau aku dah pun berada dalam relationsh
Sekarang Kak Kay nak cakap pasal kita pula. "Kalau aku nak masuk dalam relationship, atau aku dah pun berada dalam relationship..... apa yang aku kena tahu tentang diri aku?" Yang pertama sekali, identifying your defensiveness. Apa maksudnya? Mengenal pasti tahap sensitiviti diri sendiri. Benda ni sangat, sangat, sangat penting. Kalau kita berada dalam relationship tapi kita tak kenal tahap sensitiviti diri sendiri, memang kita akan berdepan dengan banyak cabaran. Bukan setakat dalam relationship dengan pasangan je. Tapi dalam seluruh kehidupan kita. Sebab relationship ni sebenarnya ialah benchmark kepada quality of life kita. Kalau relationship kita dengan pasangan pun bermasalah, selalunya relationship kita dengan orang lain pun ada isu juga.

Ramai orang cakap, "Saya tak ada masalah dengan orang lain. Saya ada masalah dengan suami saya je." Bagi Kak Kay... bullshit. Bukan sebab Kak Kay nak marah. Tapi sebab orang tu belum nampak apa yang sebenarnya sedang berlaku. Dia rasa, "Saya dengan mak saya okay. Dengan ayah okay. Dengan adik-beradik okay. Dengan bos pun okay." Betul ke okay? Atau sebenarnya... Tak ada siapa yang berani cakap apa-apa dekat kita? Just because nobody says anything to you, doesn't mean everything is okay. Kadang-kadang orang diam bukan sebab kita tak ada masalah. Orang diam sebab kita tak approachable. Orang takut nak tegur. Orang takut nak bercakap. Jadi jangan ingat, bila orang tak cakap apa-apa pasal kita, maksudnya kita ni dah cukup bagus. Belum tentu. Relationship dengan pasangan ni sebenarnya tempat yang paling cepat menunjukkan siapa diri kita. Sebab pasanganlah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau pasangan pun susah nak hidup dengan kita, besar kemungkinan ada benda pada diri kita yang kita belum nampak. Sebab tu jangan cepat cakap, "Saya ada masalah dengan suami saya je." Tak. Mungkin dengan orang lain pun ada. Cuma orang lain memilih untuk diam. Sebab kalau kita ni cukup approachable, orang akan boleh cakap, "Awak ni kadang-kadang macam ni..." "Awak ni selalu buat macam ni..." Dan kita boleh terima. Sekarang cuba tanya diri sendiri... Apa sebenarnya yang buat aku sensitif? Kalau suami cakap sikit, aku terus sentap? Kalau suami diam pun aku sentap? Suami ada, aku terasa. Suami tak ada pun aku terasa. Jadi... tahap sensitiviti aku ni sebenarnya dekat mana? Ada orang, bila suami cakap dengan nada yang sedikit tinggi, terus rasa macam diri dia diserang. Ada orang pula, bila suami tiba-tiba jadi terlalu baik, dia terus fikir, "Eh... kenapa dia baik sangat ni? Ada benda dia sorok ke?" Nampak tak? Sensitif setiap orang tak sama. Sebab tu kita kena kenal diri sendiri. Selagi kita tak sedar apa yang trigger kita... Selagi tu jugalah quality relationship kita susah nak meningkat. Dan lama-kelamaan, benda tu bukan saja merosakkan hubungan dengan pasangan. Tapi perlahan-lahan akan menjauhkan kita daripada semua orang di sekeliling kita.

Salam gaiss.. kakkay nak jemput semua hadir kelas Q&A KKDI online dan face to face jumaat ni. Jomm.. Nak tanya soalan 1. Grow
Salam gaiss.. kakkay nak jemput semua hadir kelas Q&A KKDI online dan face to face jumaat ni. Jomm.. Nak tanya soalan 1. Grow kkdi 2. ⁠relationship 3. ⁠career https://thephotolicious.onpay.my/order/form/qnakkdi

Buku yang ni you memang tak boleh lari dari diri you ❤️ Dapatkan kat sini👇 https://vt.tiktok.com/ZS9BkBvESPcPK-QOUhw/

Kalau you tak ada niat nak kahwin dengan I, jangan teman I pergi mana-mana. Kalau I ni single mom, jangan baik sangat dengan
Kalau you tak ada niat nak kahwin dengan I, jangan teman I pergi mana-mana. Kalau I ni single mom, jangan baik sangat dengan anak I. Tak payah tolong I. Tak payahhhhhh. Faham? Sebab you datang, you baik... You tanya khabar. You ambil berat. You tolong itu, tolong ini. Nak buat apa sebenarnya? Nak bagi I fake hope ke? Kalau memang you tak ada niat nak kahwin... Tolong jangan baik-baik dengan I. Kalau I lalu tepi jalan, tiba-tiba mati enjin ke... Tak payah tolong. Tak payah. Sebab nanti kalau I dah suka dekat you... Macam mana? Macam mana dengan I? Haa... fikir-fikirkanlah. (Kak kay bagi contoh ayat utk korang para wanitaaaa ni yaaaa)

Apa yg client ni share, dorg ni satu team, 7 orang semuanya. 4 perempuan, 3 lelaki. Memang setiap tahun akan sambut birthday semua orang. So dari dulu lagi sebenarnya buat event sambut2 birthday ni. Saje nak seronok seronok.  So client ni dgn kawan2 plan surprise birthday untuk salah seorang cikgu lelaki ni. Cikgu laki ni boleh dikatakan yg paling sporting. Dorg booking event space utk birthday, siap deko, tempah kek. 2 hari sebelum birthday tu client ni dah busy buat persiapan bagai. Lepas birthday tu, client ni memang put effort lah buat video, letak kat status wasap, story semua... yalah sbb semua orang excited.   Tapi bila client ni balik rumah, tiba2 peliknya suami ni mengelak utk bercakap. Takde nak duduk berdua sembang mcm biasa. Bila client ni tanya kenapa diam, suami cuma jawab penat. Apa yg client ni perasan, tiap kali keluar dgn kawan2 suami akan senyap je. Tapi kalini paling nampak sgt senyap tu. Kak Kay pun tanya, “Bayangkan kalau suami puan sambut birthday kawan perempuan, buat surprise sama-sama, gelak-gelak, ambil gambar... Puan okay ke?” Dia jawab, “Saya okay je Kak Kay.”. Kak Kay ulang lagi soalan tu, dua tiga kali. Sampai dia tunduk… dan menangis. Baru dia sedar, kadang kita rasa benda tu kecil, tapi tidak utk pasangan kita. Korang rasa macam mana? Patut ke suami tu terasa… atau apa yg isteri ni buat hal kecik je?

Kak Kay pun tanya balik, “Birthday kawan?” Kisahnya client kak kay ni dia cikgu. Dah 3 tahun kahwin. So bila kak kay go throu
Kak Kay pun tanya balik, “Birthday kawan?” Kisahnya client kak kay ni dia cikgu. Dah 3 tahun kahwin. So bila kak kay go through kisah client ni, kak kay fahamlah kenapa suami ni makin senyap.  

Penat jadi mak, susahnyaa nak handle anak 😭

Kali pertama, kedua, ketiga. Dan setiap kali dalam hubungan, dia memang seorang player. Perempuan pertama dia mainkan. Peremp
Kali pertama, kedua, ketiga. Dan setiap kali dalam hubungan, dia memang seorang player. Perempuan pertama dia mainkan. Perempuan kedua dia mainkan. Perempuan ketiga pun sama. Dalam masa yang sama, mak you masih ada. Ayah dah tak ada. Kita ambil contoh situasi macam ni. Sekarang, salah seorang bekas isteri atau bekas pasangan adik you datang jumpa you. Dia luah semua perasaan dia. Dia menangis, dia marah, dia tunjuk semua bukti apa yang adik you dah buat sampai dia kemurungan. Of course, adik kita memang salah. Memang salah. Jadi sebagai seorang kakak, apa yang patut kita buat?

Ingat... We always choose what to do. Kita sentiasa ada pilihan. Pilihan pertama, you boleh jadi nonchalant. "Itu hal dia." "Itu urusan dia." "Aku tak nak masuk campur." Lepas tu you jumpa adik you dan cakap dengan tenang, "Kalau kau buat orang, suatu hari nanti kau akan kena balik." Cukup. You boleh pilih macam tu. Pilihan kedua... You pegang title sebagai kakak besar. You buat family meeting. You marah adik you. "Kau tak boleh buat macam ni." "Apa yang kau buat ni salah." "Aku perempuan. Aku tahu macam mana sakitnya perasaan perempuan yang kau dah lukakan." Itu pilihan kedua. Pilihan ketiga... You tulis dekat media sosial. "Apalah nasib aku dapat adik macam ni." "Apalah dosa aku." "Kenapa Tuhan uji aku macam ni?" Itu pun pilihan. Pilihan keempat... You bergaduh dengan semua orang. You marah perempuan tu. You marah orang sekeliling. Tapi peliknya... bukan adik you yang paling you marah. Sekarang... You ada empat pilihan. Kalau tanya Kak Kay... Kak Kay akan pilih pilihan nombor satu. Kenapa? Sebab mak Kak Kay masih hidup. Kalau Kak Kay pilih nombor dua, tiga atau empat, akhirnya mak Kak Kay akan tahu. Dan Kak Kay tak sanggup tengok mak rasa dia gagal membesarkan anak. Tak sanggup tengok mak rasa hidup dia gagal kerana kesalahan anak dia. Kedua... Kak Kay juga kena jaga kesihatan diri sendiri. Kak Kay ada keluarga. Ada anak-anak. Kalau seluruh tenaga dan emosi Kak Kay habis digunakan untuk pilihan nombor dua, tiga dan empat tadi... Ada kemungkinan Kak Kay sendiri akan rosak. Cepat marah. Cepat penat. Mudah kemurungan. Anak-anak pun akan terkesan. Dan akhirnya, Kak Kay pula yang mengabaikan keluarga sendiri. Sedangkan itu bukan masalah yang Kak Kay boleh selesaikan. Yang ketiga... Adik you tetap adik you. Kita bercakap tentang orang dewasa. Umur 30 tahun. Boleh nasihat. Tapi jangan sangka nasihat akan mengubah seseorang. Sebab hakikatnya... Kalau orang tu memang nak buat, dia akan buat juga. Dia dah tahu pun benda tu salah. Kalau ada yang komen, "Dalam Islam kita kena saling ingat-mengingati." Kak Kay nak cakap... Kalau you betul-betul sayangkan seseorang, cara you menegur akan membuatkan dia rasa dekat dengan you. Bukan jauh daripada you. Kalau setiap kali you jumpa dia, you hentam... You serang... You buat dia rasa dia terpaling salah... Lama-lama dia akan menjauh. Dia tak nak lagi berada dekat dengan you. Jadi bila you cakap, "Saya nasihat sebab saya sayang." Kak Kay rasa, you kena tengok balik cara you. Sebab orang yang benar-benar sayang, dia tak nak orang yang dia sayang menjauh daripada dia. Sebab tu Kak Kay jarang guna perkataan "ajar." Tapi kali ni Kak Kay memang nak ajar. Sebab benda ni sangat penting. Ia melibatkan kesihatan fizikal. Kesihatan mental. Cara you menentukan keutamaan dalam hidup. Dan cara you menjaga orang-orang yang benar-benar berada di bawah tanggungjawab you. Sebab tu... Choose your battle. You mesti pilih battle yang betul. Bukan semua benda you kena lawan. Choose your battle.