cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Mohammad Ariff Ashaari (Kewangan & Pusaka)

Emas, Hibah, Wasiat, Pengurusan & Perancangan Harta Pusaka Islam.

Show more
Malaysia39 705The language is not specifiedLaw6 146
Advertising posts
589
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Pengajaran pada sang suami Aku isteri..anak 5.Telah kematian suami setahun lalu.Arwah suami bekerja Ofshore.Gaji mencecah 20k setiap bulan.Keuarga kami bahagia..mempunyai 5 anak kan.gado tu biasa.Saya bekerja.Pegawai di Pejabat Perikanan.Gaji saya mencecah 5k.Rules perbelanjaan kami, barang saya,saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri.Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja,saya akan menanggung semua.suami bekalkan bayaran bulanan cuma xde la memenuhi keperluan sebulan.tapi,saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya. Berbalik pada selepas kematian suami saya,tidak disangka,suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya.untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k.saya terdiam ketika menerima wasiat.saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat mbantu,cukup untuk mbayar hutang suami telah memadai.. Satu2 pihak bank datang..menyatakan hasrat mengutip hutang.. Mashaallah..hutang suami sy mencecah 300k (credit card,pinjaman,kereta,rumah dll)..Dengan apa saya mahu bayar.....Sedangkan insurans dan wasiat suami,untuk anak,perlu berumur 18tahun..saya terduduk.. Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 arwah dan hutang saya sendiri.Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2. Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya,bukan tidak dibagi..tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah,makan minum apatah lagi hutang.saya begitu sedih... Apa yang tidak disangka,ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya,yang disanjung suami,syurga kepada suami saya,xdisangka bersifat demikian.tidak berlaku adil.Jawapannya,ibu mertua perlu menanggung bapa mertua xbekerja dan anak2 yang masih sekolah(adik suami).sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.Saya tak nak gadohkan.. saya begitu sedih.saya perlu hadap dengan anak.Anak kecil saya terpaksa putus susu.Terpaksa disekolahkan disekolah biasa.Makan apa yang mampu..Barang rumah banyak dijual.Emas saya apatah lagi. Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi,mungkin takut saya menuntut lebih,saya dah redha.Saya percaya rezeki Allah itu pasti.Saya berserah pada Allah.Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.Walhal,adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2.Tapi masa inilah,mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya. Selepas saya kebuntuan,saya menurut kata rakan-rakan sepejabat,saya terpaksa berdaftar ke AKPK,walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya.Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.saya membayar sepenuhnya hutang suami..Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras,meehoon,biskut,susu,pampers,telur..anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur.Itu je saya mampu.. Untuk sang suami di luar,tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama,yang menjaga dan mnguruskan anak.Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan.apatah lagi waktu suami mati. Jangan biarkan isteri menanggung hutang.cukup pengalaman saya,bukan untuk memburukkan arwah tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana. Saya tetap sayangkan arwah suami saya.itulah syurga saya -Puan N-
Show all...
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1239110/tanah-keluarga-pelakon-dipindah-milik-ptg-selangor-tanpa-pengetahuan Dalam pengalaman saya mengendalikan hasrat pemilik atau pun kes-kes yang berkaitan pusaka, kes tanah adalah kes yang sebenarnya paling menyakitkan kepala tambah kalau dah jadi dalam situasi macam ni.... Sebab ia dah melibatkan tindakan yang perlu diambil oleh pemilik asal, balik kepada Pejabat Tanah yang prosesnya bukan makan masa sehari dua, atau sebulan dua....
Show all...
Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ammar Baharin, menuntut penjelasan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berkaitan kes tanah milik ibunya yang terletak di Semenyih apabila dikesan dikeluarkan geran oleh pihak berkenaan kepada orang lain secara tidak sah.

MASALAH HARTA PUSAKA SEMAKIN LAMA SEMAKIN KRONIK DI MALAYSIA! Perkongsian dari CEO Wasiyyah Shoppe Bhd, Tn. Hj. Ariffin Sabirin yang mengatakan sepanjang pemerhatian dan pengalaman beliau, dewasa ini masalah harta pusaka umat Islam sebenarnya telah menjadi semakin kronik dan semakin kucar-kacir walaupun kesedaran semakin meningkat. Beliau juga perhatikan, berlaku perubahan yang negatif di dalam industri. Di dalam tempoh sepuluh tahun pertama Wasiyyah Shoppe Bhd beroperasi, jika ada sepuluh kes pusaka yang diuruskan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad, mungkin ada satu sahaja kes di mana waris berbalah kerana pelbagai isu. Semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini pula, kadar perbalahan di antara waris semakin meningkat! Kini ada tiga atau empat kes yang berlarutan dan sukar diselesaikan kerana ketidaksepakatan atau perbalahan waris-waris. Baca selanjutnya di sini ๐Ÿ‘‡ https://www.dagangnews.com/anekdot-mawarith/masalah-harta-pusaka-semakin-lama-semakin-kronik-di-malaysia-34695?fbclid=IwAR3EyUGQ55J1vZUOwXU5P9vwKAZRiP8_lEeTNlJzYb7pSP6GiFkGAvfKcNU
Show all...

Hibah dan Wasiat TIDAK Menyelesaikan Masalah Pusaka Ramai yang tanya, ramai yang excited bercerita tentang buat hibah selesai semua masalah. Buat wasiat selesai semua masalah. . Kawan, realitinya tidaklah begitu. Sebelum wasiat dan hibah tersebut dilaksanakan, terdapat kunci utama yang perlu di selesaikan terlebih dahulu, iaitu Kunci Perolehan Kuasa. . Ramai pelanggan yang datang kepada kami membawa dokumen wasiat, bawa dokumen hibah, tapi proses Perolehan kuasa tidak dilaksanakan oleh waris. . Ramai waris tidak sanggup untuk nak melalui proses pertama ini disebabkan beberapa perkara yang rumit seperti kos yang tinggi, beban perbelanjaan hanya pada waris tertentu, tak tahu nak urus di mana, dan kekangan masa untuk menguruskan pusaka tersebut. . Jadi, mohon betulkan pemahaman sahabat semua. . 1. Hibah takaful tidak membantu waris menyelesaikan masalah pusaka. Tanyalah mana-mana agen takaful, betul ke syarikat takaful mereka yang akan uruskan pusaka anda dengan jumlah hibah yang ditinggalkan. Jawapannya TIDAK sama sekali. Waris yang akan uruskan menggunakan wang yang ditinggalkan. . 2. Ada syarikat yang hanya sediakan perkhidmatan dokumen hibah dan wasiat sahaja. Cubalah bertanya agen tersebut, untuk proses Perolehan kuasa, siapa yang akan uruskan. Adakah waris yang akan uruskan, atau pihak syarikat akan uruskan. Jika jawapannya syarikat, maka tanya kepada kos yang perlu dijelaskan kepada syarikat. Adakah ianya melibatkan kos sekarang, atau ada lagi kos yang diperlukan selepas kematian. Jika jawapannya adalah waris Urus sendiri, bermaknan ianya bukanlah pilihan yang tepat untuk sediakan dokumen. Kerana kunci pertama tetap perlu diuruskan oleh waris. . 3. Ada juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh. Di mana, urusan Perolehan kuasa akan diuruskan oleh pihak syarikat. Selesai Perolehan kuasa, barulah aset tadi boleh ditadbir dan diagihkan mengikut wasiat atau hibah seperti yang telah diamanahkan oleh pelanggan. Ini paling mudah kerana waris cuci tangan. Segala urusan diuruskan sehingga selesai. Apa yang anda perlu tahu, adakah ianya melibatkan kos di kemudian hari, atau kos dijelaskan sekarang. Kebiasaannya, kos sekarang atau upfront loading jauh lebih jimat berbanding back end loading kerana back end loading akan mengambil kira nilai harta semasa berlaku kematian, berbanding upfront loading yang mengambil kira nilai harta semasa membuat perancangan. . Membuat perancangan harta ini mudah Jika kita faham konsep dan keperluannya. Tetapi akan menjadi rumit jika kita enggan mengambil tahu masalah yang bakal berlaku di kemudian hari jika tidak dirancang dengan baik. . Jadi, jangan malu jangan segan nak bertanya ya. Tanya tak kena bayar pun. Buka mulut je ye. ๐Ÿ˜
Show all...
๐Ÿ‘Ž 2
Bulan Ramadhan ni kureng skit aktiviti pewarisan sebenarnya.... Adalah juga buat video satu dua sekadar nak bagi aktif media sosial. Tengahari tadi dapat satu voice message dari Puan L... Cerita Puan L, anak-anak tiri beliau menuntut hak pencen arwah ibu mereka. Puan L berkahwin dengan seorang duda dan mempunyai 5 orang anak termasuk seorang anak OKU. Oleh kerana itu pencen arwah isteri suami Puan L yang bekerja sebagai penjawat awam diberikan kepada suami dan anak arwah yang berstatus OKU. Tapi anak-anak tiri puan L tak berpuas hati dan menghantar macam-macam mesej ancaman berkenaan dengan memakan harta yang tidak difaraidkan. Nak gelak rasa dengar cerita puan L walaupun beliau sangat stress. Sebab duit pencen si mati ni dimasukan kedalam akaun suaminya. Kenapa anak-anak si mati tak mintak terus dengan ayah dia? Menurut cerita Puan L, anak-anak tiri beliau menganggap Puan L lah yang telah menghabiskan pencen arwah ibu mereka. Bagi saya jumlah pencen yang diterima oleh waris-waris arwah cukup lumayan. Tak hairan kalau anak-anak arwah gelap mata. Tapi dalam dunia zaman moden ni, takkan lah tak boleh dapatkan maklumat duit pencen tu pusaka atau tidak?.... Kejamkan manusia bila isu bab harta ni.... #ariffashaari #pusaka #wasiat #hibah #faraid
Show all...
๐Ÿ‘ 1
Show all...
Fatwa negeri hibah harta bercagar tidak sah? (Bahagian 1) | dagangnews

FATWA NEGERI HIBAH HARTA BERCAGAR TIDAK SAH? (BAHAGIAN PERTAMA) ย  ย  ย 

Nak hibah tapi nak suprise? Silap hari bulan hibah bertukar menjadi wasiat! Ada orang, hidup dia ni memang jenis yang suka buat suprise. Surprise kepada pasangan, kepada ibu ayah, kepada anak-anak, kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. . Namun begitu, bukanlah semua perkara boleh surprise haaaa. Contoh yang tak boleh dalam kes hasrat untuk hibahkan harta kepada penerima hibah. . Dalam hukum syarak, hibah ini perlu cukup rukun dan syarat hibah. Apakah rukun dan syarat hibah? 1. Pemberi hibah mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan waris akal fikiran, tanpa sebarang paksaan menghibahkan hartanya. 2. Penerima hibah dengan rela hati menerima harta hibah tanpa sebarang paksaan. 3. Harta yang ingin dihibahkan adalah milik penuh pemberi hibah. Jangan pegi hibahkan harta jiran pulak ya! 4. Ada ijab di antara pemberi dan qabul oleh penerima hibah. Alaaaa, macam akad nikah tu! Seterusnya adalah syarat qabad penyerahan harta. Contoh hibah rumah serah kunci rumah atau penerima mendiami rumah tersebut. . Jadi perlu pastikan lengkap rukun dan syarat hibah, barulah hibah itu sah ya. Tak boleh surprise ni! Nanti kang surprise dah jadi wasiat, sebab qabul hanya berlaku selepas kematian pemilik harta. Dah jadi tak sah pulak sebab tiada wasiat pembahagian harta kepada waris. . Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menyediakan dokumen hibah yang patuh syarak, boleh klik link di bawah untuk khidmat konsultasi ya.
Show all...
๐Ÿ‘ 1