1 258
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-330 days
Posts Archive
"ok..semua orang diberi 3 kali atempt untuk jatuhkan susunan 3 selipar yg ditegakkan kat hujung sana. anda kena jatuhkannya dengan selipar warna coklat ni, baling sehingga roboh "
tak sampai beberapa minit ada tangan-tangan yang berjaya menjatuhkan susunan selipar tersebut... ya kerana mereka membaling tepat mengena titik kelemahanbinaan itu. maka ahli-ahlinya berlarian, kini misi mereka untuk menegakkan kembali binaan itu setelah tangan mereka sendiri yang merobohkannya...
pihak mereka merencana strategi agar binaan itu berjaya mereka tegakkan sedang ahli-ahli musuh pun merencana untuk menghalang ahli-ahli mereka menegakkannya. musuh itu mahu mereka semua mati..agar tiada siapa pun yang berjaya menegakkan binaan itu semula.
namun kematian itu tidak menakutkan mereka... kerana cita-cita mereka adalah biar tangan-tangan mereka menjadi tangan yang pernah berusaha menegakkannya walau mungkin nyawa mereka melayang dengan sentuhan senjata selipar di badan mereka.
ada yang berusaha menjauhkan pandangan musuh agar ahli-ahli yang lain mampu berkejaran untuk tinggikan binaan itu...namun bila merasakan tangan-tangan musuh makin menghampiri untuk membinasakan mereka... maka mereka mula berlari menjauh dari binaan itu...
bukan kerana takut. Malah mereka bangga untuk mati. Namun mereka perlu kembali menyelamatkan diri untuk menyusun strategi kembali agar punya lebih waktu alihkan perhatian musuh.
namun dalam perjuangan untuk menegakkan binaan itu ada yang akhirnya terkorban... dengan bilangan yang sedikit mereka perlu lebih bijak merencana dan keazaman perlu lebih tinggi dari sebelumnya kerana hanya tinggal mereka untuk memperjuangkannya.
namun antara ahli nya itu ada yang berlarian kerana mengelak daripada syahid...jarang sekali menjenguk dan berusaha untuk menegakkan binaan itu... namun akhirnya dia juga mati kerana pejuang-pejuang itu akhirnya syahid semuanya...
namun ada kala nya kemenangan itu berpihak buat mereka sedang di antara ahli-ahlinya ada yang mengelat ketika berjuang... tak sanggup berkorban dan terkorban namun pulang bersorak andai kemenangan berpihak kepada kumpulannya seakan-akan dialah pejuang mulia.
yang mana satu watak kita?
Auckland, Domain.
Oktober 2010.
Kisah El-biruni.
“Sebelum sy start mengajar hari ni .. saya nak mintak awak lukis orang lidi - ada kepala, jasad and ade hati.. “
Budak3 form 3 ni pun pelik ..
“Saya suh lukis ni sebab saya nak bg tazkiroooohhhh..” dieorang pun tersengih.
Sy pun cite lah kat budak2 ni kisah makanan utk jasad, akal dan hati..
kite byk bg makan pada anggota badan kite.. isi perut kite, kite tuntut ilmu untuk “mengisi” akal / pemikiran kite.. tapi lupa nak isi hati kite… sedangkan hati lah raja yang control perbuatan kita.
Itu lah panjang nak cerita balik 🤣..
cume kadang kite menyampaikan kpd orang lain untuk mengingat diri sendiri balik.
Untuk ingatkan diri sendiri yang kita pun punya “hati” untuk sentiasa “ dijaga” sehinggalah kita mati…
Kalau nak lebih setiap surah dalam faham juz 30, kena bacalah buku best ni… ☺️
They endure whatever hardship they are called upon to endure, allowing no feelings of despair to creep into their minds. They withstand every hardship and pass every test, fulfilling their duties and marching along the long, hard road to their well-defined goal. Such people will not be left alone.
In the shades of the Quran
Sebagai guru yang banyak mengajar kelas tingkatan 4&5, kita akan “penat” sikit dengan segala analisis setiap kali peperiksaan, nak kne capai target.. nak kne buat swot analysis bagai and etc. so ade sedikit pressure di situ.
Tapi bila dapat ajar 1 or 2 kelas form 1, kelas tu macam jadi “healing class” untuk saya.
Walaupun penat ajar “budak kecik” tapi itu lah peluang nak bentuk budak2 kecik ni.
Deme ni naif.. mcm budak sekolah rendah lagi yang perlu byk di-guide. Tambahan pula duduk asrama, semua kena urus sendiri. Kesian die 😅.
Fasa transisi drp kanak-kanak ke alam remaja.
Ade yg baju comot.. tak terurus..
belajar berkawan..belajar untuk berkomunikasi dengan baik dgn kawan2… cara die express emosi die..
Itu semua nak kne dibentuk.. 😅.
Kadang dia tak tahu tindakan die tu tak bagus..so kite nak kne bagi tau die..
Nota kaki:
Dapat Markah ujian 100% tu sebab soalannye kacang gajus hehe..
Tapi markah tu bagi semangat dekat anak2.
Comel kan tulisan budak kelas form 1 saya? 😆
Fasa naik turunnya iman itu sgt real. Tapi kalau kita tidak buat sesuatu yg bertentangan dgn hawa nafsu, kita akan terus 'selesa' dgn merundumnya iman kita.
Datang pula satu, satu bisikan syaitan. Daripada selesa lewatkan solat, berlanjutan 'selesa' meninggalkan solat, rasa ringan tentang kewajiban yg satu ini.
Daripada chatting hanya soal apa khabar berlanjutan ke arah yang lebih dekat dgn maksiat.
Daripada hanya nak 'mencuba', pada akhirnya menjadi 'selesa'.
Iman kita bukan magic.
Harapkan menaik dgn menanti masa,
Tunggu kejap lagi tahun baru, tunggu kejap lagi ada program keinsafan atau menanti mana-mana event untuk di naiki tangga iman.
Fitrahnya memang ia naik dan turun, tapi kita perlu alert dengan kondisi lemah, jangan terus berlama, kerana iblis dan syaitan mempunyai banyak strategi zaman berzaman untuk menggelincirkan kita ke arah dosa dan kemaksiatan.
TheQuranStalker
“salam missss. nak tanya , boleh tak kalau nak nama channel yt history islam yang miss post status pagi tadi”
Why i like to save my students number?
This is the why... 😂
Deme ni ada yg bace status cikgu deme, so cikgu deme ni kena manfaatkan lah status whatsApp
Kita tak hidup untuk penilaian manusia, tapi kite hidup atas penilaian Tuhan atas setiap usaha dan niat kita.
Semua orang berjalan dengan kemampuan masing-masing, siapa kita untuk merendahkan setiap amal manusia walaupun ia mungkin kecil pada pandangan kita.
Tidak kah kita pernah mendengar hadith nabi s.aw. Jangan meremehkan kebaikan?
"Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun hanya sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria (manis/senyuman)." (HR Muslim)
Jadilah orang yang menyuburkan kebaikan-kebaikan yang kecil ini agar ia boleh berkembang menjadi amal-amal yang besar nanti.
