en
Feedback
Perbadanan Labuan

Perbadanan Labuan

Open in Telegram
745
Subscribers
No data24 hours
+27 days
No data30 days
Posts Archive
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2 PERBADANAN LABUAN DAN AMANAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Labuan, 18 Jun 2025 – Perbadanan Labuan telah
+9
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2 PERBADANAN LABUAN DAN AMANAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Labuan, 18 Jun 2025 – Perbadanan Labuan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 2 Tahun 2025 yang melibatkan kehadiran warga kerja PL dari pelbagai jabatan dan unit. Perhimpunan ini adalah penyampaian amanat oleh YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan. Dalam ucapan, KPE menekankan kepentingan integriti, penyampaian perkhidmatan awam yang cekap serta budaya kerja berpasukan dalam memacu kecemerlangan organisasi dan menyeru semua warga kerja untuk bersama-sama menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan WP Labuan. #WilayahPersekutuanKita #PerbadananLabuan #MalaysiaMadani

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media, khususnya di WP Labuan, atas komitmen menyampaikan maklumat y
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media, khususnya di WP Labuan, atas komitmen menyampaikan maklumat yang sahih dan beretika. Semoga terus menjadi suara yang membina dan pemangkin keharmonian negara. #WilayahPersekutuanKita #PerbadananLabuan #MalaysiaMadani

KPE PL MENINJAU TAPAK TANAMAN BUNGA SEMUSIM BFF @LABUAN 2025 YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perba
+2
KPE PL MENINJAU TAPAK TANAMAN BUNGA SEMUSIM BFF @LABUAN 2025 YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (KPE PL) hari ini telah turun padang meninjau hasil kerja dan perkembangan tanaman sebagai persediaan bagi Borneo Flora Festival @Labuan 2025. Tinjauan ini memberi tumpuan kepada kualiti tanaman yang akan menjadi tarikan utama semasa festival berlangsung dari 26 hingga 30 Julai 2025. Perbadanan Labuan komited memastikan semua aspek persediaan berjalan lancar dan menepati piawaian, sekali gus menjadikan festival ini sebagai antara acara florikultur berprestij. #BFF2025 #syoknyaLABUAN #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI

Makluman: Penutupan Operasi UTC Labuan sempena Cuti Umum Bulan Jun 2025 #WilayahPersekutuanKita #PerbadananLabuan #MalaysiaMa
Makluman: Penutupan Operasi UTC Labuan sempena Cuti Umum Bulan Jun 2025 #WilayahPersekutuanKita #PerbadananLabuan #MalaysiaMadani

BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS BAGI PEGAWAI PERBADANAN LABUAN 26 Mei 2025, Bilik Cemerlang, Aras 4, Blok A, Wisma Perbadanan Labua
BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS BAGI PEGAWAI PERBADANAN LABUAN 26 Mei 2025, Bilik Cemerlang, Aras 4, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan. Seramai 23 orang pegawai Perbadanan Labuan telah mengikuti Bengkel Pengurusan Majlis dengan jayanya yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan praktikal mengenai perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu majlis rasmi dan tidak rasmi secara sistematik di Perbadanan Labuan. Bengkel ini telah dikendalikan secara dalaman Perbadanan Labuan dengan menjemput tenaga pengajar iaitu Encik Hasmizulizam bin Hamidon yang berpengalaman dalam bidang ini. Peserta juga berpeluang mempelajari etika pengurusan protokol, susun atur tempat, pengendalian tetamu kehormat serta aspek komunikasi terkesan dalam majlis.

+2
Bermula 01 Jun 2025, Perbadanan Labuan akan menggunakan garis panduan dan syarat-syarat iklan yang terkini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Jabatan Pelesenan Perbadanan Labuan di talian 087-408692.

photo content
+8

Inisiatif Serampang Dua Mata Menyahut seruan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk merancakkan kempan Bersih Setiap Tempat (BeST) di seluruh Wilayah Persekutuan, kempen Labuan Bersih Labuan Indah dan jalinan kerjasama bersama penduduk kampung untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes, JPKK Kampung Patau-Patau 2 dan JPKK Kampung Durian Tunjung telah melaksanakan aktiviti pembersihan kawasan kampung masing-masing pada 18 Mei 2025 dan 24 Mei 2025. Program ini melibatkan pengelibatan lebih kurang 50 penduduk kampung. Disamping mewujudkan suasana yang lebih selesa dan bersih, program ini juga telah membantu pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan isu sampah kasar yang berleluasa di sekitar WP Labuan serta mengekang pembiakan nyamuk aedes. Perbadanan Labuan juga telah mengambil inisiatif meletakkan tong sampah jenis Ro-Ro setiap hujung minggu di setiap kampung secara bergilir bermula Mei 2025 untuk memberi peluang kepada penduduk kampung melupuskan sampah-sampah kasar secara sistematik. Sama-sama kita bekerjasama merealisasikan slogan Labuan Bersih Labuan Indah, Bersih Setiap Tempat dan pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes untuk manfaat kita bersama.

photo content
+2

PELANTAR TINJAU KINI DIBUKA KEPADA ORANG AWAM. LABUAN, 17 Mei 2025 - Pelantar tinjau ini telah dirasmikan secara simbolik ole
+9
PELANTAR TINJAU KINI DIBUKA KEPADA ORANG AWAM. LABUAN, 17 Mei 2025 - Pelantar tinjau ini telah dirasmikan secara simbolik oleh YBhg. En. Mojd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, pada hari ini. Pelantar ini kini dibuka kepada orang awam sebagai destinasi riadah yang ideal, terutamanya untuk menikmati keindahan terbit matahari pada waktu pagi."

photo content
+6

*Program Sukarelawan Penanaman Benih Bunga Semusim dan Penyediaan Media Tanaman Sempena Borneo Flora Festival 2025* Labuan, 3 Mei 2025 (Sabtu) – Sebagai usaha awal persiapan program Borneo Flora Festival, satu Program Sukarelawan Penanaman Benih Bunga Semusim dan Penyediaan Media Tanaman telah dianjurkan sempena Borneo Flora Festival 2025, bertempat di Tapak Semaian Pejabat Unit Landskap, Pulau Buah Perbadanan Labuan. Penganjuran Borneo Flora Festival ini diterajui oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dengan sokongan khidmat pengajaran daripada Perbadanan Putrajaya. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 300 orang sukarelawan, terdiri daripada 200 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 100 pegawai daripada Perbadanan Labuan. Program ini akan berlangsung selama dua hari bermula 3 - 4 Mei 2025, para sukarelawan telah berjaya menyemai sebanyak 200,000 benih bunga semusim serta menyediakan dan mengisi 50,000 polybeg dengan media tanaman yang sesuai. Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan kepimpinan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Pegawai dari Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya Kemuncak program akan berlangsung pada 4 Mei 2025 (Ahad) dan bakal disempurnakan oleh YBhg. Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, yang akan merasmikan penutup program sukarelawan tersebut. Program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pengajian, malah memberi ruang kepada komuniti belia untuk turut serta dalam aktiviti berimpak tinggi yang menyumbang kepada kelestarian bandar dan keindahan persekitaran menjelang Borneo Flora Festival 2025.

photo content
+6

BORNEO FLORA FESTIVAL 2025 BAKAL RANCAKKAN SOSIOEKONOMI LABUAN YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Borneo Flora Festival 2025 (BFF 2025) di Kompleks Sukan Antarabangsa, Labuan, pagi tadi. Festival ini akan berlangsung pada 26 hingga 30 Julai 2025. Konsep yang diperkenalkan mengambil inspirasi daripada Royal Floria Putrajaya sebagai usaha untuk mengangkat Labuan sebagai permata pelancongan tropika di kepulauan Borneo. Sebanyak 200,000 bunga dan tumbuhan tropika akan menghiasi lebih 20 taman bertema yang direka secara kreatif dan berwarna-warni. Penganjuran festival ini akan memberi nilai ekonomi yang luas dan membuka ruang kepada peluang perniagaan serta dapat menjana pendapatan melalui penglibatan pelbagai lapisan masyarakat setempat. BFF 2025 akan membawa harapan baharu untuk Labuan. Ia akan mencetus pertumbuhan ekonomi komuniti dan memperkukuh kedudukan pulau ini sebagai destinasi pelancongan beridentitikan kepelbagaian alam tropika dan budaya Borneo. Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, En. Mohd Sukuran Bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud. Presiden Perbadanan Putrajaya dan pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi. #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

photo content
+9

photo content
+2

SIARAN MEDIA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN PROGRAM SEMARAK AIDILFITRI MENYERIKAN HARI RAYA 1,000 WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN 11 APRIL 2025 Dalam membangunkan Malaysia MADANI yang sentiasa cakna dengan keperluan rakyat, Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Perbadanan Labuan menganjurkan acara majlis tahunan bagi komuniti Labuan menerusi Program Semarak Aidilfitri 2025/1446H. YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hari ini menyerahkan bantuan wang tunai sebanyak RM200.00 kepada 500 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan termasuk anakanak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan sahaja. Sumbangan kepada penerima selebihnya akan diserahkan secara berperingkat melibatkan keseluruhan penerima 1,000 orang. Sumbangan yang disampaikan dalam Program Semarak Aidilfitri ini merupakan sumbangan wang zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pemilihan penerima sumbangan ini dipilih melalui senarai asnaf yang berdaftar dengan MAIWP, sistem eKasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kategori asnaf yang dipilih juga termasuk golongan fakir, miskin, al-gharimin, al-riqab, fisabillah dan muallaf. Melalui penganjuran program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Labuan ini, pihak kerajaan dapat menyantuni golongan miskin yang seterusnya dapat meringankan beban golongan ini selaras dengan penekanan kerajaan untuk peduli dan belas kasihan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI Insan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Diharapkan melalui program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan ini dapat mengeratkan kasih sayang antara masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum tanpa mengira latar belakang bagi menyambut kemeriahan suasana perayaan Aidilfitri yang mulia. Disediakan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Wilayah Persekutuan 11 April 2025

photo content
+9

Warga Labuan di jemput hadir memeriahkan Program Semarak Aidilfitri WP Labuan 2025/1446H yang akan berlangsung esok, 11 April
Warga Labuan di jemput hadir memeriahkan Program Semarak Aidilfitri WP Labuan 2025/1446H yang akan berlangsung esok, 11 April 2025 (Jumaat) bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan ❤️ #WilayahPersekutuanLabuan #PerbadananLabuan #MalaysiaMadani

LABUAN, 10 APRIL 2025 - Perbadanan Labuan telah menerima dua unit lori kompaktor baharu bagi meningkatkan kecekapan pengurusa
+7
LABUAN, 10 APRIL 2025 - Perbadanan Labuan telah menerima dua unit lori kompaktor baharu bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di wilayah ini. Majlis penyerahan telah disempurnakan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta pegawai-pegawai Perbadanan Labuan. #MalaysiaMadani #WilayahPersekutuanLabuan #WilayahPersekutuanKita